Showing posts with label Religion and Spirituality. Show all posts
Showing posts with label Religion and Spirituality. Show all posts

Friday, May 20, 2011

SURAH AL KHAFI




JOM BACA SURAH AL KHAF
Jumaat datang lagi!.Umat Islam di maalysia memenuhi malam Jumaat dengan bacaan surah Yasin dan dah jadi macam satu trend kalu nak baca Yassin je tunggu malam jumaat, sehingga dijadikan jadual mingguan masjid ataupun surau untuk acara membaca surah itu pada setiap Khamis malam Jumaat.
Terdapat satu hadis bertaraf marfu (iaitu hadis yang tidak sampai kepada Rasulullah) yang menjadi pegangan orang-orang dahulu. Orang-orang zaman sekarang sebenarnya tak banyak yang tahu mengenai hadis marfu ini, apa lagi nilaian hadis ini sama ada sahih atau daif. Dalam buku Bid’ah Hasanah Tokok Tambah Amalan Rasulullah oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus (Karya Bestari, 2008) dalam muka surat 39-41 diterangkan mengenai kedudukan hadis ini.
Maksud hadis ini ialah: Sesiapa yang membaca Yasin pada malam Jumaat akan diampunkan dosa-dosanya.
Mohd Yaakub Mohd Yunus mengambil huraian Syeikh Nasiruddin al-Bani mengenai kedudukan hadis ini. Dicatatkan bahawa ‘hadis ini sangat lemah (dhaif jiddan). Hadis ini turut diriwayatkan oleh al-Asfahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib melalui jalan periwayatan daripada Zaid bin al-Haris, daripada al-Aghlab bin Tamim, daripada Ayyub dan Yunus daripada al-Hassan dan daripada Abu Hurairah.
“Hadis ini sangat lemah. Masalah dalam sanad ini melibatkan al-Aghlab bin Tamim yang menurut Ibn Hibban bahawa al-Aghlab adalah munkarul hadis. Al-Aghlab meriwayatkan daripada orang-orang yang tidak dipercayai kebenaran hadis-hadisnya. Cara beliau meriwayatkan hadis ini dianggap salah sehingga hadis itu tidak boleh dijadikan hujah. Tambah beliau tentang perawi bernama Zaid bin al-Haris, barangkali dia (Zaid bin al-Haris) tersilap dalam meriwayatkan hadis.
“Hadis ini juga diriwayatkan dalam kitab Amal al-Yaum wal Laylah, hadis bernombor 668 dan turut diriwayatkan oleh Ibn Adi dalam al-Kaamil Jilid 1, muka surat 416 tanpa disebut tentang malam Jumaat (maksud yang terlulis ialah: (Sesiapa yang membaca surah Yasin) setiap hari dan setiap malam semata-mata mencari keredaan Allah, akan diampunkan dosa-dosanya.”
Apakah pilihan lain setelah mengetahui hadis membaca Yasin malam Jumaat sebagai tidak sah? Ada satu hadis menganjurkan umat membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat yang sahih.
Maksud sabda Rasulullah: Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat maka dia diberi cahaya yang menerangi antara dua Jumaat. (Riwayat al-Baihaqi dan al-Hakim).
Selain sudah menjadi adat membaca Yasin, surah ini agak pendek jika dibandingkan dengan surah al-Kahfi. Itu agaknya yang menyusahkan masyarakat kita beralih kepada surah al-Kahfi

Bagi masyarakat arab lain pulak, kebanyakakn mereka memang tak baca pun yassin pada malam jumaat dan tak pernah saya dengar pon. Mereka mengamalkan Al-Kahfi pada hari jumaat. Tu pun bukan baca beramai-ramai, baca secara SENDIRIAN BERHAD..

Didalam surah al-kahfi dicerita sekumpulan pemuda yang lari menyelamatkan dari pemerintah yang zalim dan mereka di tidurkan di dalam gua oleh allah SWT selama 309 tahun.

Terdapat beberapa hadis menerangkan kelebihan membaca surah al-kahfi pada malam Jumaat( ada yang kata boleh baca selewat-lewatnya sblm solat jumaat, waallah hu a’lam).
Dari Ali r.a berkata: “Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya.” (Tafsir Ibnu Kathir)
Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal.” (HR Tirmizi)
Mashaallah betapa besarnya fadhilat surah ni..tak kanlah kita tak de masa nak baca...
Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi.” (HR Muslim)
Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)
Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya.” (HR Mustadrak Hakim)

Tunggu apa lagi meh le baca dan jadikan amalan/aktiviti mingguan kita bersama keluarga. Kalau orang tak buat kita buat..apa salahnya

Tuesday, May 10, 2011

AJARLAH ANAKMU MEMBACA AL-QURAN


Subhanallah, lapang dada kalau dapat anak mcm ni, baru 2 taun dah pandai..kalau sampai hingga dewasa taat mcm ni aman kubur mak ayah

AJARLAH ANAKMU MEMBACA AL-QURAN
Diantara manfaat menghafal Al Quran pada masa kanak-kanak adalah:
Meluruskan lidah
Membaca huruf dengan tepat
Mengucapkannya sesuai denan makhraj hurufnya, dan tidak mengalami seperti dialami oleh orang awam dan sayangnya sebagian pendidik, yang kurang fasih dalam membaca huruf jim, dan tidak mengeluarkan lidah saat membaca huruf tsa(ث), dzal(), zha(ظ) dan lainnya, tidak menebalkan huruf-huruf izh-har yang terkenal dalam kha(ق), shad(ص), dhadh(ض), tha(ت), zha(ظ), ghain(غ), dan qaf(ق), bila harus menebalkan huruf raa(ر) dan bila menipiskannya, juga seperti huruf lam(ل) dalam kata Allah, bila ditebalkan, dan bila dinipiskan.
Dan semacamnya dari bermacam-macam hal yang biasa kita lakukan, sehingga membuat lidah lembut dari semenjak kanak-kanak, akibat menghafal Al Quran dan membacanya dengan baik, sehingga akhirnya itu menjadi tabi`at yang kedua. (Al-Qardhawi)
“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).

Sunday, May 08, 2011

Makbulnya Doa Seorang Ibu

Makbulnya Doa Seorang Ibu
Dahulu kala di negeri Arab ada seorang pemuda yang sangat terhormat. Setiap orang mencintainya kerana budi dan amalnya. Ilmunya yang tinggi menyebabkan namanya bertambah harum. Ibunya sangat bahagia sekali mempunyai anak yang dihormati oleh setiap orang. Itulah sebabnya mengapa anaknya tidak diperbolehkan menuntut ilmu ke negeri jauh.
Pada suatu hari anaknya yang sangat dicintai ini menghendaki pergi ke Mekah. Maksudnya ingin menambah ilmunya ke negeri yang sangat mulia itu. Tentu sahaja ibunya sangat keberatan apabila anaknya merantau ke Mekah. Apalagi dia akan bermukim di sana beberapa tahun.
"Anakku!" kata ibunya pada suatu malam.
"Engkau adalah mutiara hatiku. Ibu sangat tersiksa apabila engkau pergi ke Mekah. Ibu sudah tua, maka sangat berat sekali jika berpisah dengan engkau. Batalkan niatmu nak!" Kata ibunya menasihati.
Akan tetapi kerana tekad anaknya yang sudah tak dapat dibendung lagi, berangkatlah ia ke Mekah. Nasihat ibunya sudah tak dihiraukan lagi.
Sekarang ibunya tinggal sendirian di rumah dengan deraian air mata. Hatinya menjadi sakit sekali kalau mengingatkan anaknya yang tak memperdulikan nasihatnya itu.
"Ya, Tuhan," demikian ibunya merintih.
"Sesungguhnya anakku telah membakar hati hamba, dengan pemergiannya. Turunkanlah siksa kepada anakku, Ya Tuhan."
Hampir setiap malam ibunya berdoa demikian.
Anaknya pada waktu itu telah sampai di Mekah. Dengan giat sekali ia mencari ilmu dan beribadah di sana. Pada suatu malam yang buta, terjadilah satu musibah menimpa dirinya. Pada waktu itu ada seorang pencuri masuk ke rumah seorang saudagar kaya. Tetapi malang bagi pencuri kerana perbuatannya diketahui oleh tuan rumah. Pencuri itu lalu lari lintang pukang menyelamatkan diri. Tetapi jejaknya ini telah diekori oleh tuan rumah.
"Ah, cilaka aku jika aku tidak mencari akal," kata pencuri di dalam hati, "Biarlah aku masuk ke masjid, mungkin aku dapat menyelamatkan diri."
Kebetulan ketika dia sampai di masjid dilihatnya orang yang sedang berzikir. Dengan licik sekali lantas dia berteriak-teriak sambil menuding-nuding orang yang sedang berzikir.
"Pencuri, pencuri..... " teriaknya keras sekali.
Tuan rumah ketika sampai di masjid langsung sahaja menangkap orang yang disebut pencuri itu. Tanpa fikir panjang lagi dia lalu diseret dihadapkan kepada raja. Malang bagi dia, kerana raja memberi hukuman kepadanya dengan dipotong tangannya, kakinya dan dicungkil kedua matanya. Setelah itu raja memerintahkan kepada hulubalangnya untuk mengarak pencuri itu di hadapan umum.
"Inilah akibatnya kalau cuba mencuri barang orang," kata pegawai raja di sepanjang jalan.
Sewaktu arakkan sampai di pasar berkatalah orang yang dituduh mencuriitu kepada pegawai raja:
"Wahai pegawai! Janganlah engkau berkata begitu tetapi katakanlah begini: Inilah balasannya kalau orang durhaka kepada ibunya. Ayuh, katakanlah begitu!"
Para pegawai pun menjadi hairan sekali mendengarkan saranan yang dituduh itu.. Hatinya menjadi ragu, apakah betul ucapannya itu atau pura-pura. Ternyata setelah diselidiki lagi orang yang didakwa sebagai pencuri itu betul-betul bukan pencurinya. Para pegawai raja kemudian membebaskannya untuk dihantar ke rumah ibunya.
Ketika sampai di rumah maka para pegawai raja meletakkannya di muka pintu rumahnya. Keadaannya yang cacat ini menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa kecuali hanya memanggil-manggil dari luar. Dari dalam rumah dia mendengar ibunya sedang beroda:
"Ya Allah, apabila telah turun cubaan kepada anakku, kembalikanlah dia ke rumah ini supaya hamba dapat melihatnya." Doa ini diucapkan oleh ibunya berulang-ulang kali sampai ada suara anaknya yang berpura-pura menjadi pengemis, "Ya tuan, berilah hamba sedekah."
"Datanglah ke sini mendekat pada pintu," terdengar suara dari dalam.
"Bagaimana tuan saya dapat mendekat, padahal saya tak punya kaki," jawab anaknya.
"Kalau begitu hulurkan sahaja tanganmu," jawab ibunya dari dalam.
"Tuan, maafkanlah hamba kerana hamba tak punya tangan, tangan hamba telah dipotong."
"Jika demikian bagaimana aku dapat memberimu, padahal aku bukan muhrimmu?" jawab ibunya.
"Tuan, janganlah tuan khuatir sebab kedua mata hamba telah buta," jawab anaknya.
Ibunya yang belum mengerti bahawa pengemis itu sebetulnya adalah anaknya sendiri, terpaksa keluar dengan membawa sepotong roti. Tetapi ketika roti itu diberikan, tiba-tiba pengemis merebahkan dirinya di pangkuan ibunya sambil menangis.
"Ibu...... maafkanlah ibu! Sebetulnya hamba adalah anakmu sendiri yang telah mengalami nasib seperti ini, Ibu, hamba merasa berdosa kepada ibu, maafkanlah ibu."
Ibunya yang setelah mengetahui nasib anaknya yang mengerikan itu lalu berkata:
"Ya Tuhan, saksikanlah bahawa semua kesalahan anakku telah hamba maafkan. Tetapi sungguh mengerikan siksa anakku ini Ya Tuhan. Hamba tak sampai hati melihat keadaan anakku yang cacat sedemikian rupa. Ya Tuhanku, akhirilah hidupku ini bersama-sama anakku sehingga kami tidak menanggung malu lagi."
Doanya dikabulkan oleh Allah, dia dan anaknya mati bersama-sama. Demikian nasib anak yang tidak menuruti kepada orang tua, dan orang tua yang kurang reda kepada anaknya di dalam mencari ilmu. Ingatlah cakap ibu tu macam satu DOA KERAMAT…. Pada yang bergelar ibu, janganlah terlalu LASER sangat cakap yang bukan-bukan kalau marah pada anak, berpada-padalah dalam percakapan, manalah tahu dalam pada kita marah cakapkan yang bukan-bukan tu Allah SWT makbulkan cakap dah jadi lain pulak.
Tepuk dada tanyalah diri kita kerana hanya kita dan Allah SWT yg lebih mengetahui apa yang tersurat dan tersirat di dalam hati budi masing-masing.
EVERY DAY IS MOTHER DAY..SO HEPI MOTHER DAY TO ALL MOTHER

Friday, May 06, 2011

TIPS SUAMI SUKA LAKUKAN KERJA RUMAH

Bagaimana ingin membuatkan suami sukakan kerja rumah tangga

Diterjemah dari Rahsia-rahsia wanita tulisan Maryam ‘Attariyan, Department keluarga dan kehidupan, Yayasan Tebyan, Qom, Iran.
Apakah hingga saat ini anda punya impian suami anda membantu kerja-kerja rumah? Apakah sudah bertahun-tahun anda menanti kata-kata suami, bahawasanya ia mahu menolong kerja-kerja rumah? Semoga artikel ini membantu sehingga impian anda tercapai.

Jangan buat penilaian awal
Semua wanita yang sudah bernikah tahu bahawa lelaki punyai kefahaman berbeza dengan wanita. Untuk mencetuskan stimulasi dalam diri suami anda, ingatlah dan janganlah leka dengan perkara penting ini, jauhkan diri daripada membuat tanggapan bahawa suami anda hendaklah mengetahui itu dan ini atau hendaklah dia punyai kemampuan untuk melakukan sebarang kerja. Terimalah dia seadanya. Tenanglah dan damailah tanpa syarat jikalau keupayaannya terbatas, hanya itu saja yang terbaik dia lakukan dalam mempengaruhinya.
Sayangilah pasangan anda seperti mana ciri-ciri yang dia ada sekarang. Sebagaimana isteri minta disayangi dan diperhatikan, sebagaimana itu juga suami perlukan penghormatan. Begitu juga para wanita membayangkan kasih sayang suami mereka tanpa syarat dan penghalang, maka suami juga memerlukan penghormatan tanpa syarat dan halangan dari isteri mereka (walaupun hidup mengalami perubahan material).

Biarkan suami anda melakukan kesalahan
Kemungkinan inilah pengorbanan paling besar. Perkara paling cepat untuk mengikis kasih sayang dan kepercayaan pada suami ialah cepat mengkritik susah payah dan usaha mereka membantu urusan rumahtangga. Maksud kami tentang mengkritik ialah memfokuskan kemarahan yang tidak waras terhadap kesalahan-kesalahan suami. Jikalau iya pun, bawalah kritikan membangun dengan lemah lembut serta pada saat tiada masalah. Jikalau anda terus mendesak sudah tentu kerja-kerja menurut apa yang anda inginkan itu tidak perlu minta bantuan suami, lebih baik anda lakukan sendiri kerana tanggungjawab telah anda letakkan pada suami, tetapi anda sentiasa letakkan dia di bawah arahan anda. agaimana suami ingin melaksanakannya?
Sebagai contohnya, suami anda bantu memandikan anak anda berusia dua tahun, berikan dia kebebasan untuk melakukan kerja lazim memandikannya. Selama ia tidak mendatangkan bahaya kepada anak anda, biarkanlah ia memandikan dan bermain dengan si kecil itu menurut kesukaannya.
Begitu juga ketika pasangan anda memohon bantuan dalam melaksanakan tanggungjawabnya, jangan meleset dari sebarang pedoman yang dikasinya. Namun jika dalam keadaan yang tidak memerlukan campurtangan anda, lebih baik berdiam diri dan biarkan tanggungjawab ini berada di bahu suami anda. Jikalau dalam perbuatan suami terlihat ada kesalahan, janganlah cepat-cepat menunding masalah itu dengan marah dan bengis. Akan tetapi anda boleh ingatkan dia perkara penting ini di akhir malam atau setelah selesai kerja-kerja harian dalam keadaan suasana harmoni. Dari jalan ini, bukan sahaja anda tidak mengeluh kerja tanggungjawab suami, namun anda memberikan ia pengajaran baik. Buat suami anda, langkah-langkah ini iringilah dengan kemesraan dan senyuman. Dengan ini anda membetulkan dia dan menyiapkan latar suasana ia dapat lebih banyak membantu. Ketika mengingatkan dia, mulakan bicara anda dengan menyebut kerja-kerja baik yang pernah dia laksanakan. Kemudian dengan penuh penghormatan dan kemersaan ingatkanlah ia kesilapan-kesilapan yang telah ia lakukan.

Terima kasih atas susah payah suami anda melaksanakan urusan rumahtangga.
Jangan biarkan bantuan dan penjagaan dari suami tidak diringi dengan terima kasih (walaupun jika perkara yang anda inginkan tidak terlaksana semuanya). Dengan ini anda telah mempengaruhi dan menyokong ia agar lebih banyak membantu.
Hendaklah katakanya padanya sesungguhnya bantuannya telah banyak memberi kesan kerja-kerja anda siap dengan cepat.

Kuatkan situasi mengenal diri.
Suami anda dapat bersabar dalam berbagai tekanan dan kesusahan di tengah masyarakat dan tempat kerja. Sentiasalah iringi dia dengan dukungan, pembelaan dan insentif sokongan. Dalam keadaan seperti ini tanpa memerlukan keluhan, anda dapat menukar sikap suami.

Jangan mengharapkan suami dapat membaca fikiran kita.
Bertentangan dengan tanggapan umum para wanita, mereka mengira suami dapat melihat betapa sibuknya kita, mereka dapat membaca fikiran dan keperluan kita. Kaum lelaki tidak mampu melakukan ini. Mungkin anda sepanjang masa sibuk dalam menguruskan bayi, kerja-kerja rumahtangga dan lain-lain lagi. Emosi anda tertekan dengan tanggungjawab berat di bahu anda. Dalam menghadapi perkara begini lebih baik anda momohon bantuan dari suami dengan penuh rasa hormat.

Ajari suami anda.
Sebelum kerja-kerja (tanggungjawab di rumah) diserahkan kepada suami anda, ajarilah ia terlebih dahulu dengan menunjukkan cara melaksanakan kerja di depan matanya. Dengan ini kemusykilan mendatang dapat dicegah awal. Begitu juga ayat: “Bolehkah kamu membantu saya?.” Lebih baik anda menggunakan ayat yang lebih terperinci dan jelas seperti: “Bolehkah kamu bantu saya sehingga makan tengahhari siap dan rumah dikemaskan?

SYIAH DAN WAHABI?

Bacalah untuk renungan kita bersama..yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan. Sedih dan takut mengenangkan nasib umat Islam sekarang ni..
"Ya Allah..lindungilah kami umat Islam menuju ke jalan yang benar..peliharailah kami dan keluarga kami dari fitnah dunia dan fithah kubur. Biarlah hidup dan mati kami dan keluarga kami dalam iman dan islam. Ya Allah, bimbingilah kami dan berialh petunjuk menuju ke jalan yang benar.."

SYIAH & WAHHABI. Siapa Lebih Bahaya?
Kedua kelompok pelampau agama ini ( Wahhabi & Syiah ) saban kurun menyusahkan umat Islam. Mereka terlalu banyak memburukkan nama dan pandangan terhadap agama Islam di kaca mata dunia. Perang yang berlaku mesti wujud pembunuhan & perbalahan besar antara dua pihak ini. Sebut lah dimana? bagaikan anjing dengan kucing yang selalu bersekedudukan dalam satu kandang.
Syiah ada kesesatan tersendiri. Wahhabi pula terlalu banyak kesesatan yang disebar tetapi tidak dibendung di Malaysia.
Syiah dah di haramkan di Malaysia. Tapi masih ada yang curi-curi bermahzab ni.. Negara kita akan jadi seperti Iraq atau lebih teruk sekiranya puak Wahhabi juga tidak dibendung.
Buktinya terpampang depan mata kesemua masyarakat yang prihatin hal Syiah & Wahhabi ini amat berterang lagi bersuluh.
Berdasarkan kajian detail dan ilmiah antara Syiah dan Wahhabi ini siapa yang lebih bahaya. Jawapannya berdasarkan 3 keadaan:
1- Lihat secara rambang kedua-duanya bahaya dan perlu ditangani dengan segera. Kedua-duanya duanya ada penyelewengan aqidah masing-masing.
2- Tengok dari segi pengharaman terhadap Syiah oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan amalan Syiah yang melampau maka Syiah lah lebih bahaya. Lagipun Syiah ada pelbagai kesesatan yang tersendiri.
3- Meneliti kajian secara ilmiah dan kajian lapangan kita akan dapati bahawa Wahhabi lah yang lebih bahaya. Ini kerana sekiranya di matematikkan susunan kesesatan Syiah dan Wahhabi. Wahhabi akan mendapat ranking yang tinggi dalam hal mengucar-kacirkan masyarakat dalam pelbagai hukum agama dan membawa kepada pembunuhan yang jelas serta peperangan terhadap pemerintah secara lebih extrime. Sekarang di Malaysia telah terbukti...di mana sahaja ada Wahhabi di situ ada pertelingkahan tegar.

Ayatullah Husaini Qazwini
Metodologi tabligh Wahabi untuk menentang Syiah.
Bertempat di Mushalla Qom, 11/08/1389.
بسم الله الرحمن الرحيم
Tajuk perbahasan kita pada hari ini ialah metodologi terbaru propaganda Wahabi. Jikalau kita ingin katakan tentang pembahasan Wahabi dalam satu ayat, dengan mengamati keupayaan dana dan gerak kerja Wahabi, maka ia merupakan sebuah pusat kebudayaan yang sangat utuh di mana golongan Kristian sekalipun tidak mempunyai pergerakan seperti ini.
Hampir 4 tahun sebelum saya melihat Makkah, salah satu pusat kebudayaan Wahabi bernama رابطة العالم الإسلامية di mana para hadirin dapat melihatnya ketika masuk ke Makkah dari Madinah, di permulaannya ada sebuah gedung putih yang mereka letakkan papan tertera رابطة العالم الإسلامية, saya sendiri hampir tujuh jam melawat pusat ini dan melihat dengan lebih dekat berbagai bahagian methodologi propaganda, risalah dan percetakan buku yang berbeza. Ringkasnya pusat رابطة العالم الإسلامية sama seperti Pejabat Tablighat Eslami dan Sazman Tablighat Eslami kita. Inilah perbezaan yang ada pada pusat kebudayaan mereka. Namun dalam Sazman Milal Muttahid (PBB), mereka ada anggota rasmi sebagai pemerhati dalam pertubuhan UNESCO dan UNICEF. Salah seorang penyelia mereka berkata, “Belum ada negara yang tidak ada pejabat atau wakil kami”. Penyelia pusat pengajian mereka, telah mencapai gerakan kebudayaan membantu anak yatim dan golongan miskin, serta membekalkan ubat ke rumah sakit dan lain-lain lagi.
Para hadirin sekalian tahu, methodologi propaganda hari ini sangat jauh bezanya dengan zaman yang lalu. Dahulu tatkala alat cetak telah ditemui, surat kabar dan buku telah digunakan untuk memindahkan budaya ke wilayah yang lain, dan dari generasi ke generasi. Namun hari ini, dengan kebolehan alat moden pada manusia seperti bidang ‘cyber’, internet, satelit dan sms, pihak penentang dan musuh kita menggunakan ruang yang ada ini sebanyak-banyaknya.
Statistik propaganda Wahabi
Dalam statistik yang ada, laman web www.isl.org.uk telah memaklumkan lebih dari 40,000 laman web Wahabi yang asyik bekerja 24 jam menentang Syiah. Memadailah anda merujuk kepada laman web Faisal Nur www.fnoor.com yang diselenggarakan oleh seorang Wahabi di Arab Saudi. Sudah terkenal bahawa penajanya adalah putera mahkota Arab Saudi sekarang iaitu Amir Naif. Dalam laman web ini ada lebih dari 40 ribu judul kitab dan makalah menentang Syiah, dan boleh dikatakan nenek kepada segala laman sesawang Wahabi. Terlalu sedikit laman web Wahabi yang tidak berpaut (link) dengan laman ini atau tidak mengambil subjek-subjek daripadanya. Begitu juga beberapa laman web Parsi seperti Sunni News, Sunni Online dan Islam Teks, sebahagian besarnya menyebarkan bahan-bahan yang lancang dalam menentang Syiah, serta meluaskan penghinaan dan caci maki.
Dalam berita-berita minggu lalu, laporan online menyebut seorang penyelidik Kanada mengistiharkan bahawa satu daripada 2 laman web Islam adalah berkaitan dengan Wahabi sehingga ada yang berselindung dibalik pusat pengajian kebudayaan Ikhwanul Muslimin.
Sebelum hari raya ketika saya bermusafir ke negara German dan Belanda, saya berpeluang menggunakan laman-laman web dari internet teman baik yang membantu saya di sana. Salah satu perkara yang menghairankan saya ialah tentang Imam Mahdi yang dinantikan, ada 1.5 juta laman dalam internet tentang perkara itu. Namun tentang al-Masih yang dinantikan iaitu seorang reformis dan juru selamat mempunyai 18 juta laman dalam internet. Zahirnya mungkin statistik ini kelihatan biasa, namun andainya kita mengamatinya sedikit, nescaya kita akan lihat berapa yang telah mereka gunakan kemudahan, dan berapa yang telah kita gunakannya. Perkara ini dapat dirujuk dalam laman web universiti Amir Kabir سايت دانشگاه امير كبير.
Aktiviviti saluran-saluran satelit.
Sekarang ini, dari 1800 saluran satelit yang aktif di rantau ini, hampir 300 saluran satelit yang diisi dengan acara dan program menentang Ahlul Bait.
Mungkin mendengar perkara ini dianggap biasa, menyatakan statistik liputan dan pendengarnya sangat mudah. Namun anda semua lihatlah apa matlamat mereka dalam masalah propaganda dan kebudayaan? dan apakah matlamat kita? Akhirnya kerja اتحاديه تلويزيون‌هاي اسلامي mampu dilaksanakan, iaitu pada 2 minggu lalu sebelum persidangan di Tehran, mereka telah mengumpulkan 182 radio dan televisyen tempatan.
Dalam beberapa saluran satelit, demi mempertahankan Wilayah dan Tasyayyu’ mereka telah menghentam Ahlusunnah dan menyerang mereka yang biadap terhadap kesucian Ahlul Bait. Hasilnya tidak lain dari fitnah. Kami telah mendengar bahawa dalam kongres Amerika pada tahun 2009 secara rasminya meingistiharkan ia sebagai ‘Tahun Ikhtilaf Sunni dan Syiah’. Untuk ini mereka telah memperuntukkan anggaran yang khusus. Kita tidak lupa di permulaan perang di Iraq, seluruh surat kabar memaklumkan, jika tidak salah saya bertarikh 20 atau 19 Esfand 1384 surat kabar Kayhan menulis, “نظاميان آمريكايي در عراق، يك جوان سيد و معمم نوراني را دستگير كرده بودند كه او، همان مهدي موعود است و مدت‌ها او را در زندان شكنجه مي‌كردند تا اعتراف كند او مهدي است” (Tentera Amerika di Iraq menangkap seorang Sayid dan guru; iaitu Imam Mahdi, mereka menyeksanya di penjara sehingga ia mengaku bahawa dirinya Imam Mahdi) setelah mereka mengetahui ayah dan ibu Imam Mahdi itu mempunyai beberapa tanda. Ayah dan ibu individu ini adalah orang lain, mereka sudah berputus harapan dan berjanji akan melaporkan kepada tentera Amerika jikalau menemui tempat persembunyian Al-Mahdi. Begitu juga Bush, presiden Amerika yang lalu, sebuah lembaga ilmu dibentuk yang terdiri daripada orang Islam dan Kristian, teoretisi Rumah Putih telah diterangkan sehingga mereka melakukan penyelidikan tentang Al-Mahdi Maw’ud dan melaporkannya kepada beliau (presiden). Pernyataan ini turut tersebat dalam laporan berita tempatan, namun tidak diketahui apakah hasilnya.
Tanggal 17 bulan Ramadan tahun ini seorang pelajar jahil dan tidak waras di London melangsungkan hari kewafatan Aisyah dan memberi ucapan yang kasar, tidak benar dan menyalahi sayra’. Perkara ini sampai memancing perhatian para Marji’ Taqlid dan Rahbar sehingga 90 orang ulama besar Syiah di Arab Saudi dan wilayah Timur, Imam Juma’at dan Jemaah, pengetua pusat pengajian ilmiyah mengecamnya. Kecaman ini telah dicetak juga dalam surat khabar yang bernama al-Riyadh. Pergerakan yang mempunyai unsur fitnah seperti ini tidak jauh dari modal-modal Wahabi. Individu seperti ini telah mereka perkenalkan, dan biaya serta kemudahan telah diperuntukkan untuknya supaya ia dapat memberikan uncapan tentang dunia Islam. Setelah bulan Ramadhan, sama waktu dengan penghinaan (Yasser al-Habib) terhadap Ummul Mu’minin Aisyah, hampir 19 saluran satelit Wahabi senada mengadakan program menentang Syiah. Akibatnya sebahagian saluran Wahabi seperti saluran Wisal dan Safa, saya sendiri menonton program-program mereka selama beberapa minit, saluran ini tidak dapat menahan kesabaran, mereka menggunakan kata-kata yang paling buruk untuk mencerca para Marji’ Taqlid, sehingga orang merusuh sekalipun tidak akan melakukan seperti ini. Mereka terlalu biadab menghina makam-makam suci para Imam seperti salah seorang hadirin mengatakan, “ ‘Tidak malu’ pun ada hadnya, namun orang ini tidak malu tanpa had” terutama sekali dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan tahun ini, saluran-saluran al-Mustaqillah, Hafiz, Safa, Nas, al-Rahmah, al-Hikmah, al-Khalijiyah dan al-Sihhah tidak ada lagi segan silu . Namun mereka ini punyai satu konspirasi. Kami tidak tahu apa yang berada di baliknya kerana saluran-saluran ini disiarkan melalui Nil Sat. Minggu lalu, pemerintah Mesir telah menyekat penyiaran saluran ini, seperti saluran Safa dan Wisal, di mana saluran ini lebih tidak malu berbanding saluran-saluran yang lain.
Arab Saudi mengistiharkan dalam hari-hari Haji tahun ini, sebuah saluran radio siaran langsung dalam lapan bahasa sedang dibangunkan supaya sekurang-kurangnya ia dapat diperkenalkan kepada pengerja haji Baitullah al-Haram.
Perkara penting di sini, beberapa laporan dalam laman-laman web iaitu mereka memaklumkan, ‘Saluran satelit Syiah lebih bahaya dari bom nuklear dan atom. Ini disebabkan mereka tahu saluran seperti al-Kawthar, individu seperti Ayatullah Kurani atau Sayed Kamal Haidari ada berbicara di dalamnya. Atau juga saluran Ahlul Bait dan saluran al-Wilayah, bicara-bicaranya seperti bom atom yang meletup, dan pemikiran pemuda Wahabi disedarkan.
Gelombang kesedaran para pemuda Ahlusunnah dan Wahabi, dan cenderungnya mereka ke arah Syiah.
Dengan mengamati informasi yang telah tersebar, saya selalunya dengan segera mencari berita-berita online atau satelit, ataupun berita akan sampai dengan perantara sahabat-sahabat. Saya ingin mengatakan satu ayat, “Dalam kurun ke-15 ini, belum ada lagi kurun yang lalu para pemuda Wahabi dan Ahlusunnah cenderung kepada Syiah seperti kurun sekarang”. Setiap minggu 10, 20 orang atau sebahagian minggu lebih dari 30 orang merujuk kepada saya dan secara rasmi mengsitiharkan mereka mengikut Mazhab Ahlul Bait. Dalam tahun ini saja, beberapa kali para pemuda Kristian datang ke Qom dan tuhan memberi taufiq, mereka telah menjadi Syiah di tangan kami dan pulang.
Dalam hampir 40 hari yang lalu, seorang pemuda berusia 25 tahun datang dari London, seorang pendakwah Bahai. Beliau terpengaruh dengan kata-kata kami dalam satelit dan mengambil keputusan bertaubat, lantas mengikuti mazhab Ahlul Bait dan cenderung kepada Syiah.
Percanggahan kita dengan Ahlulsunnah
Dengan tersebarnya propaganda yang dilakukan Wahabi, di beberapa tempat seringkali menghasilkan keputusan yang terbalik.
Abu Bashir pernah datang menemui Imam Sadiq dan berkata:
Bagaimana cara kita melayan Ahlusunnah? Imam berkata: Apakah engkau mempunyai Imam dan yakin mengikutinya? ujarnya: Iya. Imam berkata: Saya adalah Imam kamu, dan kamu mengikuti kami, muamalat saya dengan Ahlusunnah adalah seperti ini, andainya mereka sakit saya menziarahi mereka. Jikalau mereka meninggal dunia, saya akan mengikut perarakan jenazah mereka. Sekiranya…
Kerana itu kami mengatakan beberapa kali. Apakah yang bakal terjadi kepada Syiah jikalau para Imam tidak berpesan supaya kita beradab santun dengan Ahlusunnah. Apa yang berlaku jika para marji’ kita tidak melarang kita dari mencerca?
Wallahalam..

GAMBAR DAN VIDEO DALAM KAABAH

Tuesday, May 03, 2011

POKOK GHARQAD @ POKOK YAHUDI

HADIS MENGENAI POKOK GHARQAD @ POKOK YAHUDI
Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan
oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: "Tidak akan
berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang
Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan
dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi
berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan
bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, dibelakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".
Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Seperti yang telah dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel
sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar
tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi Muhammad SAW, akan tetapi mereka masih lagi ego dan bersikap bongkak.


POKOK GHARQAD @ POKOK YAHUDI
Orang Yahudi sememangnya tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya mereka ini terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa, tengok sajalah kezaliman mereka ke atas saudara kita di Pelestine.

Ramai juga yang tak tahu bagai manakah rupanaya pokok Gharqad?.
Jom kita baca dan lihat fakta mengenai pokok ni...
Terdapat lebih 20 spesis Gharqad di Amerika Utara, 30 spesis di Amerika Selatan, 30 di Afrika, 10 di Eurasia dan satu di Australia. Pokok Gharqad, adalah panggilan bagi pokok Yahudi dalam bahasa Arab. Dalam istilah botani, pokok Gharqad dikenali sebagai spesis Boxthorn, termasuk dalam keluarga Solanaceae yang terdiri lebih daripada 90 spesis. Nama-nama lain yang biasa digunakan untuk pokok ini ialah desert-thorn, Christmas berry, wolfberry, Matrimony vine, Tea-tree dan Goji.
Dalam bahasa Ibrani, pokok Gharqad disamakan dengan pokok Atad. Sarjana botani Prof. Michael Zohary dan Noga Hereuveni of Neot Kedumim yang mengkaji tumbuhan yang disebutkan dalam bible mengesahkan pokok atad adalah sama dengan spesis Jujube.
Spesis ini adalah tumbuhan kedua terbesar di negara haram Israel selepas pokok akasia. Spesis ini banyak tumbuh pada ketinggian kurang daripada 1500 meter dan boleh menyesuaikan diri dengan keadaan kering serta kekurangan air.
Pokok jujube juga ditanam dalam kawasan perumahan secara besar-besaran sebagai pokok hiasan.
Kalau tak salah saya, saya MACAM pernah ternampak pokok ini ada juga di Kuwait, nanti kalu ada kelapangan saya akan pergi mengambil sendiri gambar pokok ni dan cuba kita bandingkan adakah tekaan saya ini benar.
Moga sedikit gambar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad.



Pokok Gharqad dan Tembok
Pokok Gharqad adalah pokok African Boxthorn, dari keluarga Solanaceae. Ia sejenis pokok yang berduri dan mempunyai dahan yang berjalin-jalin. Dikategorikan sebagai beracun, dan buahnya seperti buah tomato, tetapi kecil dan hanya berdiameter 1 cm sahaja. Daun nya bewarna hijau muda. Bunganya kecil dan berwarna putih dengan tompok-tompok ungu.
Nama Arabnya adalah Awsaj tetapi lebih popular dengan nama Gharqad di kalangan orang-orang Arab.
Di dalam laman web Jewish National Fund, terdapat maklumat di mana kerajaan Israel menyediakan satu dana khas untuk penanaman pokok. Dana kebangsaan khas ini bertujuan untuk menghijaukan bumi dan tujuan paling utama adalah mencari tanah untuk puak-puak Yahudi ini tinggal. Laman ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek-projek lain. Penanaman pokok Gharqad ini adalah satu dari agenda kempen menghijaukan bumi ini dan kempen ini berkumandang di seluruh dunia bagi mengaburi agenda mereka di Palestin.

Kempen Kerajaan Israel "Projek Menghijaukan bumi"
TEMBOK PEMISAH (GHETTO ABAD 21)
Pada tahun 2005, Israel telah membina sebuah tembok di daerah yang ternyata jelas bukan wilayahnya. (Jika kita mengaku ia ada wilayah). Tembok dengan ketinggian 8 meter ini, dua kali ganda ketinggian tembok Berlin dan sepanjang 730 km. Ia memisahkan 90,000 populasi Palestin dibahagian Barat dan 42,000 orang dibahagian Timur. Lebih setengah juta orang Islam menerima kesan yang teruk akibat tembok ini.

Dengan pembinaan tembok haram ini, ternyata jelas Israel telah mengulangi sejarah kekejaman Nazi ketika perang dunia ketiga. Ketika itu orang-orang Yahudi dikurung dalam Ghetto/satu kawasan di mana orang-orang Yahudi dikurung dan pergerakan mereka terkawal sebelum dibunuh.

Tembok pemisah yang dibina oleh pengganas Zionis-Israel ini menelan belanja yang sangat besar dan tidak pernah diumumkan kosnya. Kos pembaikan kerosakan sepanjang 1 kilometer sahaja, menelan belanja US$4.7 juta. Namun orang-orang Yahudi ditakdirkan akan menerima nasib seperti yang telah diberitahu oleh Rasulullah SAW. Mungkin inilah tembok batu yang dimaksudkan oleh Rasullullah dalam Hadis tersebut ialah batu tembok pemisah Israel - Palestin ini?
" Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang terbentang atau di sebalik tembok" ( al-Hasyr : 14 )
Umat Islam yang beriman tidak perlu gusar dengan tembok dan pohon Gharqad ini kerana kewujudannya adalah petanda ketibaan saat kemusnahan orang-orang Yahudi. Penghijrahan orang-orang Yahudi dari seluruh pelusuk dunia ke tanah Palestin sangat-sangat dialukan walaupun ia menuntut pengorbanan yang sangat besar. Percaya dan yakinlah dengan janji Allah, saat-saat kemusnaha Yahudi PASTI hampir tiba dan sudah dekat pun.

TANDA-TANDA AKAN BERLAKUNYA KIAMAT

Bismillahirrahmanirrahim...
Cuba renungkan sejenak...

1) Perutusan Muhammad bin Abdullah sebagai Nabi dan Rasul.
Daripada Sahal Bin Saad radiyallahu anhu berkata; "Aku lihat Rasulullah SAW berkata sambil mengangkat jari tengah dan telunjuknya; Aku diutuskan dan hari kiamat seperti dua (jari) ini". Soheh Bukhari dan Muslim.

2) Kewafatan Nabi Muhammad.
Daripada Auf bin Malik radiyallahuanhu berkata; "Aku datang kepada Nabi dalam peperangan Tabuk dan baginda berada di dalam satu khemah daripada kulit, lalu Nabi bersabda; "Bilanglah enam perkara di antara tanda-tanda kedatangan kiamat; kematianku, kemudian pembukaan Baitul Maqdis…". Soheh Bukhari.

3) Terbelahnya bulan pada zaman Nabi Muhammad.
Terbelahnya bulan dalam Al Qur'an dan Hadits.
Ayat al Qur'an ada menyatakan bahwa bulan pernah terbelah ketika kiamat makin hampir.
Telah dekat datangnya saat itu dan telah terbelah bulan. (QS Al Qamar (54): 1)
Berikut adalah hadis-hadis yang meriwayatkan peristiwa terbelahnya bulan di masa Nabi SAW. Hal ini terjadi ketika kaum musyrikin 'menantang' Nabi SAW untuk Menunjukkan bukti kenabiannya dengan meminta baginda membelah bulan.
I. Hadis riwayat Abdullah bin Masud ra., ia berkata: Bulan terbelah menjadi dua pada masa Rasulullah SAW, lalu Rasulullah SAW bersabda: Saksikanlah oleh kalian. (Shahih Muslim No.5010)
II. Hadis riwayat Anas ra.: Bahwa penduduk Makkah meminta kepada Rasulullah SAW untuk diperlihatkan kepada mereka satu mukjizat (tanda kenabian), maka Rasulullah SAW. memperlihatkan kepada mereka mukjizat terbelahnya bulan sebanyak dua kali. (Shahih Muslim No.5013)
III.Hadis riwayat Ibnu Abbas ra.: Sesungguhnya bulan pernah terbelah pada masa Rasulullah SAW. (Shahih Muslim No.5015)
Kajian NASA telah membuktikan bahawa permukaan bulan pernah terbelah dan ini membuktikan tentang KEBENARAN ayat al quran.

4) Pembukaan Baitul Maqdis.
Umar al-khattab telah membebaskan Baitul Maqdis pada tahun 16 Hijrah. Kemudian pada zaman kerajaan Abbasiah (Ayyubiyyah) pada tahun 583 Hijrah oleh Solahuddin al-Ayyubi.
Hal ini masih berlaku di Israel. Tetapi insyaallah dengan kuasa Allah, Baitul Maqdis akan dibebaskan semula oleh orang islam sehinggalah kayu dan pokok-pokok berkata; "Hai orang islam, dibelakangku ini ada Yahudi, mari sini bunuhlah dia".

5) Munculnya fitnah banyak dengan pelbagai jenis dan bentuk.
Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi bersabda yang bermaksud; "Bersegeralah kamu melakukan amalan sebelum datangnya fitnah-fitnah seperti dalam satu malam yang sangat pekat, seorang lelaki pada pagi hari adalah mukmin dan apabila petang menjadi kafir. Pada petang hari dia mukmin kemudian esok pagi dia menjadi kafir, dia menjual agamanya dengan sedikit daripada habuan dunia". Hadis soheh Muslim.

6) Berlakunya peperangan Siffin di antara tentera Ali Dan Muawiyah.
Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda; "Tidak berlaku kiamat sehinggalah akan berperang 2 kumpulan yang besar, kedua-dua kumpulan mengalami kematian yang banyak, seruan kedua-dua pihak adalah sama". Muttafaq Alaihi.

7) Munculnya golongan khawarij.
Daripada Ibnu Mas'ud bahawa Nabi SAW bersabda bermaksud; "Akan keluar pada akhir zaman satu kaum yang muda-muda, pendek akalnya, membaca al-quran tetapi tidak melepasi tenggorokan mereka, mereka berkata dengan kata-kata Allah, keluar daripada agama ini sepertimana seperti keluarnya anak panah daripada busurnya". Muttafaq Alaihi.
Golongan ini dah banyak pada zaman sekarang.

8) Keluarnya dajjal-dajjal kecil yang mengaku sebagai Nabi.
Daripada Thauban bahawa Nabi SAW bersabda; "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah qabilah-qabilah daripada umatku akan mengikuti kaum musyrik dan sehingga mereka menyembah berhala, dan sesungguhnya akan ada dikalangan umatku 30 pendusta, semua mereka mendakwa sebagai Nabi dan aku adalah penghabisan para Nabi, tiada Nabi selepas aku". Hadis soheh riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

9) Berlakunya pembunuhan yang banyak.
Sekarang pembunuhan dah banyak berlaku di sana sini seolah-olah nyawa manusia sudah tiada harga lagi.

10) Munculnyanya api besar di bumi Hijaz (Madinah).
Nabi bersabda bermaksud; "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan keluar api daripada bumi hijaz, ianya dapat menerangi tengkuk-tengkuk unta yang berada di Busra(Syria)". Soheh Bukhari.
Kejadian ini berlaku di Madinah pada malam Rabu 3 Rabiul akhir tahun 654 Hijrah seperti disebutkan oleh Abu Syamah dan lain-lain kitab Tarikh.

11) Berlaku peperangan dengan golongan Tatar (Monggol).
Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi bersabda; "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah kamu memerangi at-Turk, mata mereka sepet, mukanya kemerah-merahan, hidungnya tidak mancung, seolah-olah muka mereka seperti perisai (lebar mukanya)…..". Soheh Bukhari Dan Muslim. Rujuk kitab (al-Bidayah Wan Nihayah) tahun 656 Hijrah.
Kejadian ini telah berlaku dan akhirnya Zaman Kegemilangan Islam jatuh ke tangan mereka yang Jahil ini. Namun dengan kuasa Allah SWT, mereka ini akhirnya memeluk Islam jua. Maha suci Allah, Tuhan sekalian Alam.

12) Hilangnya sikap amanah daripada hati manusia.
Nabi SAW bersabda; "Jika amanah telah tercicir (hilang) maka tunggulah kedatangan kiamat". Soheh Bukhari.

13) Mengikuti ajaran-ajaran umat dahulu kala.
Daripada Abu Hurairah Nabi bersabda; "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah umatku mengambil daripada apa yang telah diambil oleh kurun sebelum mereka, satu jengkal demi satu jengkal dan satu hasta demi satu hasta", kemudian ditanya; "Ya Rasulullah, seperti Parsi dan Rom?" Nabi menjawab; "Siapa lagi kalau bukan mereka". Soheh Bukhari.

14) Ibu-ibu yang melahirkan tuannya.
Dalam hadis Jibril yang panjang Nabi SAW menyebutkan; "Aku akan beritahu tanda-tandanya (kiamat), jika seorang amah melahirkan tuannya". Soheh muslim.
Maksudnya ialah, emak yang telah melahirkan telah dilayan dengan teruk oleh anaknya dan dipaksa membuat kerja-kerja berat seperti abdi/hamba.

15) Berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi.
Nabi bersabda; "Dan kamu akan lihat orang yang berkaki ayam, telanjang dan fakir dan pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi". Soheh Muslim dan sila rujuk syarah.
Dalam satu riwayat; "Dan kamu akan lihat orang yang berkaki ayam (tidak berkasut), lapar dan miskin yang dulu mereka adalah ketua-ketua manusia. Maka yang demikian adalah tanda-tanda kiamat dan syarat-syarat kedatangannya". Kemudian Nabi SAW ditanya; "Wahai Rasulullah SAW, siapakah mereka yang engkau gambarkan itu". Nabi SAW menjawab; "orang-orang Arab"- Hadis disohehkan oleh al-Bani.
Contohnya Menara Burj Dubai.

16) Tidak memberi salam kecuali kepada orang yang dikenali sahaja.
Daripada Abil Ja'di berkata, telah bertemu Abdullah seorang lelaki, maka berkata lelaki itu; "Assalamualaik ya Ibnu Mas'ud". Abdullah bin Mas'ud berkata; "Benarlah Allah dan RasulNYA sesungguhnya aku mendengar Rasulullah berkata; "Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat ialah, seseorang lelaki melalui satu masjid tetapi tidak melakukan solat 2 rakaat, dan tidak memberi salam kecuali kepada orang-orang yang dikenali sahaja." Riwayat ibnu Khuzaimah dan disohehkan oleh Albani dengan jalan yang lain.

17) Bercambahnya bisnes dan perdagangan.
Nabi bersabda yang bermaksud; "Di antara hampirnya kedatangan kiamat, memberi salam hanya kepada orang tertentu, banyaknya perniagaan sehingga wanita membantu suaminya dalam perniagaan, memutuskan silaturrahim, persaksian dusta, menyembunyikan kebenaran, dan munculnya pena". Riwayat Imam Ahmad dan dihasankan oleh Syuaib Arnaout.

18) Saksi-saksi pendusta.
Betapa ramainya umat islam yang sanggup menjadi saksi-saksi palsu kepada kes-kes mahkamah? Semata-mata kerana wang ringgit ataupun kemasyhuran?

19) Menyembunyikan persaksian yang hak.
Tidak ramai yang sanggup menjadi saksi kepada perkara-perkara yang benar. Samada kerana takutkan ugutan dan ancaman ataupun kerana tidak sanggup berdepan dengan risiko yang difikirkan negetif. Persaksian yang hak juga melibatkan bab-bab keagamaan. Ulama tidak berani menyatakan yang benar. Menyembunyikan fakta dan hakikat dengan alasan mahu menjaga hati majoriti umat islam kononnya.

20) Tersebarnya kejahilan.
Nabi bersabda; "Akan datang kepada manusia satu zaman yang orang tidak tahu apa itu solat, tidak tahu apa itu puasa, dan tidak tahu sedekah". Riwayat Tobrani.

21) Ramainya orang-orang yang bakhil.
Nabi menyebut; "Masa akan saling hampir, kerja semakin berkurangan, dicampakkan kepada hati manusia kebakhilan melampau, dan banyaknya pembunuhan". Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

22) Tersebarnya perkara-perkara keji.
Nabi bersabda; "Demi yang diri Muhammad ditangannya, tidak akan berlaku kiamat sehinggalah terzahirnya perkara keji….."Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak dan disohehkan oleh Albani.
Yang dimaksudkan perkara-perkara keji ialah, kata-kata kesat, lucah dan cercaan dan sebagainya yang memalukan.

23) Kekayaan hanya berlegar disekeliling orang-orang kaya dan pemimpin sahaja.
Surah al-Hasyar ayat 7. Nabi SAW menyatakan; "Jika harta hanya diambil oleh orang-orang tertentu sahaja…". Hadis riwayat Tirmizi tetapi pada sanadnya terdapat perbahasan.

24) Mempelajari ilmu bukan kerana Allah.
Nabi menyebut; "….dan mempelajari bukan kerana tujuan agama,….."Tirmizi.

25) Para suami lebih mentaati isteri berbanding ibunya sendiri.
Realiti yang berlaku sekarang lebih parah apabila terdapat manusia yang sanggup menderhakai ibu bapa semata-mata ketakutan mereka kepada isteri masing-masing.

26) Orang yang paling jahat dan hina menjadi pemimpin.
Nabi SAW menyebut; "Jika disandarkan sesuatu urusan bukan kepada ahlinya maka nantikanlah kedatangan kiamat". Dalam sunan Tirmizi Nabi SAW menyatakan:- "Dan yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina dikalangan mereka.."

27) Penghalalan sutera, arak dan muzik-muzik.
Nabi SAW menyebut; "Akan ada dikalangan umatku satu kaum yang menghalalkan zina, sutera, arak dan muzik".
Menghalalkan zina. Sutera diharamkan kepada golongan lelaki tetapi ianya mula dipakai dan digilai oleh orang-orang lelaki. Arak dan muzik boleh difikirkan oleh anda.

28) Bercita-cita dan berharap agar cepat dimatikan.
Daripada Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seorang lelaki apabila melalui satu perkuburan lelaki maka dia berkata; "Hai, betapa baiknya sekiranya aku mengambil tempatnya" Muttafaqun Alaihi.Perkara yang kadang-kadang kita sebut tanpa kita sedari.

29) Perhiasan-perhiasan melampau di masjid.
Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah manusia berbangga-bangga di masjid-masjid". Riwayat Abu Daud, An-Nasaie dan Ibnu Majah dengan sanad yang soheh.

30) Bertambahnya kes orang yang mati disambar petir.
Daripada Abi Said al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda; "Bertambah banyak petir ketika hampir kepada hari kiamat sehingga seorang pembesar kaum datang dan berkata; "Siapa yang telah mati disambar petir dikalangan kamu semalam?". Lalu mereka menjawap, si fulan, si fulan dan Si fulan telah disambar petir. Hadis riwayat Imam Ahmad akan tetapi pada sanadnya seorang rawi "Dhaif" bernama Muhamad bin Mus'ab.

TANDA-TANDA BESAR HARI QIAMAT
1.Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti flu di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2.Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan merenggut keimanan, hingga banyak orang yang akan terpedaya dengan rayuannya.

3.Binatang besar yang keluar bergerombol dari Bukit Shafa di Mekah yang akan membawa berita bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah SWT.

4.Turunnya Nabi Isa AS ke bumi. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

5.Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dimuka bumi, apabila mereka bisa menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

6.Gempa bumi di Timur.

7.Gempa bumi di Barat.

8.Gempa bumi di Semenanjung Arab.

9.Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

10.Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.





sebelum terlambat, cepat2lah kita bertaubat, Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang..
jangan tunggu lagi....

"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Az-Zumar: 53)

5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

Lima Perkara Sebelum Lima Perkara
Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Muslim daripada Amru bin Maimun R.A., pada suatu hari Rasullullah SAW telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki, dengan sabdanya yang bermaksud:-
“Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian.”

Masa muda sebelum masa tua.
Jika masa remaja tidak digunakan dengan sebaiknya menurut syariat islam sudah tentu ianya akan meninggalkan 1001 kenangan di masa tua. Janganlah menghabiskan usia mudamu dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah kerana kita tak tau lama mana nak hidup.

Masa sihat sebelum masa sakit.
Kesihatan perlu digunakan sebijak mungkin bagi melakukan segala amal ibadah dan suruhan Allah SWT kerana kalau dah sakit nak buat apa pun payah.

Masa kaya sebelum masa papa.
Janganlah jadi seperti Qarun yang tamak dan mabuk dek kerana harta kerana kekayaan tanpa dimanafaatkan sebaikan mungkin akan membawa padah.

Masa lapang sebelum masa sibuk.
Masa sangat bernilai dan masa yag berlalu tidak akan berulang lagi. Justeru itu hargailah masa anda sebaik mungkin dan JANGAN biarkan ianya
berlalu dengan sia-sia.

Masa hidup sebelum datangnya saat kematian.
Allah SWT kurniakan hidup dengan kelahiran manusia daripada Rahim ibu, sebagai suatu rahmat yang mesti disyukuri. Isilah kehidupan dengan aktiviti yang bermanfaat untuk kehidupan di dunia dan akhirat. Sebaik je kita dibangunkan di Padang Mahsyar lima perkara ini akan ditanya oleh Allah SWT. Semua soalan tersebut akan dijawab, tapi bukan mulut atau lidah kita yang akan berkata-kata/ menjawab, setiap anggota kita akan bertanggungjawab melaksanakan segala tindakan.

Allah SWT telah berfirman mengingatkan hambanya dengan firmannya, “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putus.” Surah at-Tin (95: 4-6)

Sunday, May 01, 2011

SHABSUKA

Origin of this dish is southern Turkiye. In hot summer days, Sabsuka with yogurt and garlic sauce and fresh bread for dunking in its juice makes a perfect light dish.Tried this recipe from mummy jam.Sedapppp!! Didn't manage to take the picture because of my computer problem adn I lost some data so i copy n paste from mummy jam webpage. Sorry mummy, i hope U tak marah I... Sweap woo..try le If U don't belive me..

Ingredients:-
300gm mince meat
100-200gm mixed vegetable
2-3 large tomatoes, chopped
2 large onions, chopped
1 small can tomato puree
3-5 tbsp chilli paste, more if you like it spicy
1 tbsp meat curry
6 tbsp tomato ketchup
2 tbsp ginger paste
2 tbsp garlic paste
5 tbsp oil
salt to taste
4-5 large eggs
1 fresh red chilli, thinly sliced
1 fresh green chilli, thinly sliced
scallions and chinese parsley, finely chopped
Mix mince meat, garlic, ginger paste and curry powder and leave it to marinade for 20mins. Heat oil in the wok Add chilli paste and fry it till oil separates Add chopped onions and fry till it turns translucent. Add tomato puree, tomato ketchup, mince meat mixture and salt. Mix them well and let it simmer till the meat is cooked. Add chopped tomatoes, mixed vegetables, fresh chillies, scallions and parsley. Let it simmer and add a bit of water if the mixture gets too dry. Prepare a casserole dish, transfer cooked meat into the dish and pour eggs onto the meat mixture. Bake in the preheated oven for about 10minutes or until the eggs are cooked. Serve hot and eat it with bread or rice .


This recipe I dapat from my recipe yang dah di melayukan sikit...
SHABSUKA
500g daging cincang
4cmb cili paste-ikut taste masing2
2cmb halia*
3cmb bwg putih*-kisar
3cmb tomato puri
4cmb tomato sos
2cmb cili sos
2cmb serbuk jintan halus
1cmt serbuk lada hitam
½C bwg goreng*
4 biji bwg besar-hiris- goreng layu
2 biji tomato-dadu
½C bwg goreng*
daun ketumbar*hiris (sop/bwg)
1btg cili merah dan hijau*-ihiris
Garam/gula secukup rasa
3 - 4 biji telur
ghee/ minyak-menumis
How to prepare:
Panaskan sdkt minyak dlm kuali, tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan daging.Gaul rata higga daging berubah warna.
Masukkan sos,bhn serbuk,bwg besar dan gaul hingga sebati.
Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan pula ½ bwg goreng dan ½ bhn bertanda * juga tomato, gaul rata.
Masak hingga daging empuk tapi jangan terlalu kering.
Panaskan oven pd suhu 180C.
Tuangkan masakan daging tadi ke dlm baking dish atau mangkuk yg tahan panas.
Taburkan dgn ½ bahagian bahan tabur tadi.
Buat 3-4 lubang berjarak lalu pecahkan telur kedalamnya.
Bakar selama 15 min atau sehingga telur kelihatan masak.
Sajikan ketika panas bersama roti yg dibakar atau roti putih ikut selera.

MIMPI PELAJAR UIU BERJUMPA RASULULLAH SAW

Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W

Saya tertarik dengan cerita ni dan tak ada apa yang dapat saya katakan hanya SUBHANALLAH...
Saya CNP untuk santapan minda kita pada kali nie. Bacalah hingga akhir dan ambillah iktibar dari apa yang tersurat dan tersirat di sebalik cerita nie..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..
Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad SAW melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , jua gelaran Nabi SAW pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah SAW. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah SAW sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.. " Subhanallah. .baginda Nabi SAW rupanya! Nabi SAW memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda SAW. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi SAW, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi SAW katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi SAW berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi SAW di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati. .." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah .. " tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah... " Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi SAW.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah SWT. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh berderaia n air mataku mengalir daku rindu akan dirimu Ya RasulullahSAW! (kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel dan blog sebelum ini)

sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad SAW. Banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu' alam..(*_ *)
Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i'tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini.

Ada apa dengan mimpi ini?
Imam Muslim telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya : " Sesiapa yang melihat daku di dalam tidur , maka sesungguhnya dia telah melihat daku kerana syaitan tidak menyerupai aku ."
Jadi mimpi bertemu dengan Rasullullah SAW adalah satu berita gembira- basheera buat orang-orang yang bernasib baik. Para ulama berkata bahawa sesiapa yang bermimpi bertemu dengan Rasullullah SAW di dalam tidurnya maka mimpi tersebut adalah benar.

Di dalam satu riwayat yang lain Rasullullah SAW bersabda maksudnya : " Sesiapa yang melihat daku di dalam tidur , maka ia akan melihat daku di dalam jaga ( keadaan sedar ) ."
Ulama telah berselisih pendapat tentang maksud " akan melihat daku di dalam keadaan sedar ."

Pendapat pertama : Ini adalah ditujukan kepada golongan yang hidup di zaman Rasullullah , dan dia tidak berhijrah ke Madinah , maka Allah akan memudahkannya berhijrah dan dia akan melihat Rasullullah SAW.
Pendapat kedua :Ia akan melihat baginda Rasullullah SAW di akhirat .
Pendapat ketiga : Ia akan melihat dengan penglihatan yang dikhususkan kepadanya secara dekat dan mendapat syafaat daripada baginda .
Oleh itu sebahagian daripada para ulama berkata bahawa sesiapa yang melihat Rasullullah SAW di dalam tidurnya maka , dengan izin Allah, InsyaAllah ia akan mendapat husnul Khatimah( meninggal dunia di dalam keadaan mulia).

Mengenai syarat untuk melihat Rsullullah SAW dalam mimpi, beberapa orang soleh berpendapat bahawa orang yang biasa melihat Rasullullah SAW adalah orang-orang yang saleh serta menyintai Rasullullah s.a.w. Golongan yang tidak melihat Rasullullah SAW dalam mimpi adalah golongan bid'ah .

Beberapa dalil yang berkaitan dengan mimpi :
“Sesungguhnya Allah akan buktikan mimpi itu benar kepada Rasul-Nya, kamu akan masuk Masjidil Haram jika dikehendaki Allah dengan aman”, maksud Surah al-Fath, ayat 27.

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a (mafhumnya): “Rasulullah SAW menjelaskan bahawa mimpi manusia ada tiga jenis. Satu, mimpi-mimpi baik lagi benar (rukyaa sadiqah), kedua, mimpi gangguan syaitan dan yang ketiga, mimpi sebagai mainan tidur atau menggigau.”

Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq)”. Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Kata Prof Dr Harun Din,…” Mimpi benar memang wujud dan boleh berlaku, dengan izin Allah SWT. Mimpi benar, khususnya bermimpi bertemu Rasulullah SAW boleh digolong dalam erti mimpi anugerah Allah kepada seseorang. Banyak lagi hadis yang menceritakan hal mimpi bertemu Rasulullah SAW yang menggambarkan bahawa mimpi sedemikian adalah berlaku dan ia adalah benar”.
Namun ada tiga mimpi yang tidak boleh dita’abir atau ditafsir iaitu:-
1. Perkara yang dicita-citakan pada siang hari yang terbawa-bawa ke dalam mimpi pada malam harinya atau mimpi oleh seseorang yang sakit tenat.
2. Seseorang yang belum lagi mandi junub kerana ketika itu syaitan bersama-sama pada anggotanya.
3. Raja yang zalim atau menteri yang zalim.
"Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan Alhamdulillah dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan Isti'azah dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya."Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa'id.

Adab-adab selepas bermimpi:
Ta’abir mimpi ada pelbagai, kadangkala menyesat dan merunsingkan fikiran, kadangkala menggembirakan dan menyeronokkan. Jadi dalam menangani permasalahan mimpi kita perlu juga satu garis panduan , iaitu jika kita bermimpi baik dan menggembirakan maka bersyukurlah kepada Allah swt. dengan ucapan Alhamdulillah. Kita boleh ceritakan kepada orang lain dan kepada mereka yang kita sayang dengan harapan bahawa mimpi tersebut akan betul-betul berlaku. Sebaliknya jika kita bermimpi buruk dan merunsingkan maka pintalah perlindungan Allah swt. dari kejahatan syaitan yang mengaturkan mimpi-mimpi yang karut untuk menyiksakan jiwa insan. Jika bermimpi buruk juga kita disunatkan melakukan perkara-perkara berikut :-
1. Membaca ta'awwuz (A'uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim)
2. Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali.
3. Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain.
4. Bangun sembahyang 2 rakaat (kalau termampu), lebih baik teruskan tahajjud 8 rakaat + 3 rakaat witir. Semoga malam kita diberkati Allah




Saturday, April 30, 2011

8 Tips Bagaimana Untuk Jaga Solat

Ada sesetengah orang solat ikut mood, kalu dia rasa mood OK dia solat. Kalau dia letih atau sibuk sikit, maka dia liat nak solat. Kita pon kadang kala macam tu gak solat last minit..tapi kita harus sedar dan ada kesedaran tentang pentingnya solat di awal waktu serta berusaha untuk menjaga solat, setidak-tidaknya 5 kali sehari. SOLAT ITU TIANG AGAMA!!!... Berikut saya kongsikan beberapa perkara yang mungkin kita boleh amalkan supaya diri kita menjadi lebih berdisiplin dalam melaksanakan solat yang diperintahkan.

1. Tingkatkan kesedaran tentang peri pentingnya solat itu sendiri
Perkara paling asas supaya dapat menjaga solat adalah datangnya dari kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan solat.

Ketahuilah bahawa solat merupakan ibadah pertama sekali dikira pada hari pembalasan. Jika diterima maka amalan lain akan dihitung, jika tidak maka sia-sialah amalan kita yang lain.


2. Berkawanlah dengan rakan-rakan yang sentiasa jaga solat
Kita kena cari kawan-kawan yang menjaga solat mereka. Kawan-kawan sebegini boleh saling ingat mengingati dalam melakukan perkara ibadah. Rakan-rakan kita tu setidak-tidaknya boleh memberikan kita motivasi untuk melaksanakan perintah Allah.
Jadi, carilah dan dampingilah rakan-rakan yang baik dan menjaga solat dan apa ju amalan kehidupan seharian, insyallah barulah berkat hidup kita.


3. Cuba lawan nafsu sedaya mungkin
Kadang-kadang nafsu malas solat memang datang juga kepada kita. Jangan sesekali tewas dan mengikut rasa hati untuk tidak mendirikan solat. Lawan perasaan tersebut, jangan biarkan kita tewas. Setiap kali kita menang, ia akan berikan kekuatan tambahan bagi mendirikan solat pada waktu seterusnya.

4. Ingat ganjaran dan pahala bagi orang yang menjaga solat
Cuba ingat dan fikirkan ganjaran bagi orang yang bersusah payah menjaga solat. Pahala yang melimpah ruah yang boleh berganda sehingga 700 kali ganda, apatah lagi jika dilakukan pula secara berjemaah.Ini belum dikira penghapusan dosa bagi mereka yang melakukan solat secara konsisten. Ingatlah dari satu solat ke satu solat yang lain dapat menghapuskan dosa-dosa yang dibuat di antara kedua solat tersebut.

5. Jangan tidur lewat. Pastikan anda dapat tidur yang mencukupi
Ini terutamanya memberikan kesan pada solat subuh. Kalau kita tidur lewat dan tidur tak cukup, bagaimana untuk solat subuh? Memang liat laa jawabnya.
Jadi, pastikan kita dapat tidur yang mencukupi. Ini akan dapat membantu kita lebih mudah untuk bangkit bagi mendirikan solat.


6. ‘Set’ kan minda bawah sedar dan niat dalam hati
Peranan minda bawah sedar sebenarnya sangat penting. Sebenarnya minda bawah sedar ni adalah sangat berkait rapat dengan niat di dalam hati. Saya sarankan sebelum kita masuk tidur, cuba cakap pada diri kita, samaada cakap dalam hati atau cakap bisik pada diri sendiri, contohnya ‘Esok, aku mesti bangun pukul 6 pagi untuk solat subuh’. Ia mungkin nampak kecil saja perkara ini, tetapi sebenarnya ia memberikan pengaruh yang besar pada minda dan tubuh badan kita.
Pernahkah kita ada pengalaman seperti ni, contohnya bila kita nak jumpa awek ker, pakwe ker atau ada meeting penting pada esok, sure kita set otak kita untuk bangun awal untuk mandi dan bersiap-siap. Apa kita buat sebelum kita tidur? Bukankah kita akan set kan minda kita, atau niat dalam hati bahawa, ‘Besok pagi, aku kena bangun awal sebab nak jumpa awek/pakwe atau nak kena hadiri meeting penting’. Kalau kita memang dah set kan minda dan niat dalam hati macam tu, kita mesti boleh bangun punya walaupun tidur baru 2-3 jam, inayallah tak caya cube la...

7. Ingat mati
Bayangkan jika kita mati sebentar lagi atau esok. Di mana kita akan ditempatkan? Apa nasib di kubur nanti? Bagaimana pula pada hari akhirat kelak?

8. Doa pada Allah mohon hidayah dan kekuatan
Sentiasalah pinta pertolongan dari Allah. Perbanyakkanlah doa. Pohonlah pada Allah, “Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah pertolongan bagi diriku untuk berzikir mengingati-Mu, memanjat syukur pada nikmat-Mu dan memperbaiki ibadahku kepada-Mu”

Begitulah 8 tips yang sempat saya coretkan untuk kita sama-sama amal dalam usaha kita menjaga solat/ibadah kepada Allah. Pastikan juga agar kita dapat khusyu’ semasa solat. Moga Allah SWT sentiasa melindungi kita di duni adan akhirat...

10 Gangguan Syaitan Dalam Solat

Sudah pasti setiap orang akan mengalami gangguan dalam melakukan solat mahupun apa-apa ibadah lain dalam kehidupan seharian kita, tak kira di mana saja pasti godaan tu datang, sama ada kita sedari ataupun kita tidak sedari. Bukan senang nak senang beb, kalu nak susah tu memang senang!!!... Lagi kita bertekad nak buat kebaikan lagi kuat godaannya.
Dalam dok saja-saja sowang-sowang ni kadang kala kat otak tu terfikir macam-macam:-sedey, lucu, marah dsb...
Pernah tak korang dengar, tengok atau terbaca kisah jemaah haji yang melontar jamrah?. GELI hati bercampur sedih pun ada mengenangkan kisah-kisah jemaah haji yang melontar jamrah kat Arafah tue...
Dah ditetapkan kalu kita nak melontar guna batu- batu kecil je sebagai syarat, ni ada pula yang lomtar batu besar, botol air dan tak kurang pula yang melontarkan selipa jepun... Silap hari bulan batu besa tu landing kat kepala mau bertelo kejap dan tak pun nampak bulan bintang dan burung berterbangan. Nak marah salah tak marah pun salah so SABO je lah....Kalaulah benda asing tu lanfing kat korang agak-agaknya korang marah tak? Kalau haku la..rasa-rasanya tak marah kot sebab kat Mekah ni kena jaga adab, tutur dan perilaku. Tapi tak tau le plk sebab hanya Allah yang lebih mengetahui...
Ada juga yang tak cukup lontar benda-benda tu siap ada pula yang maki hamun kononya marahkan Syaitan... Aduhai!..fening dengan kerenah manusia, lain di suruh lain di buatnya..
Kan si Setan/Iblis ni dah BERSUMPAH yang dia akan menyesatkan/ menganggu bani Adam sampai dunia ni kiamat.
Meh baca serba sedikit tentang gangguan yang besa orang alami sewaktu nak mendirikan solat.
1)WAS-WAS SAAT MELAKUKAN TAKBITAUL IHRAM
Saat mulai je nak bace takbiratul ihram "Allahu Akbar". dah start ragu-ragu/ was-was, apakah takbir yang kita lakukan tu dah sah atau belom sah. Sehingga ada yang terus mengulangi bertakbir. Saya pernah ternampak satu hamba Allah ni bertakbir je melebihi 10 minit tapi belom start sembahyang, bukan setakat tu saja si fulan ni pun selalu was-was semasa berwuduk (amana saya tau semua ni?..hahahaha, dia sedara kite ler...) Kesian saya tengok si fulan tu?.Dia memang amat berjaga-jaga dalam amal ibadatnya seharian. Kadang kala kalu dia datang uamh terdetik gak hati saya ni berkata sendirian, "kalau dia ni yang mengimamkan saya tak tau bila la nak abis..".
Ibnul Qayyim berkata: "Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwudhu) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat". Was-was itu membuat mereka tersiksa dan tidak tenteram.

2)TIDAK KONSENTRASI SAAT MEMBACA BACAAN SOLAT
Sahabat Rasulullah SAW iaitu 'Utsman bin Abil 'Ash datang kepada Rasulullah SAW dan mengadu: "Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah dan rancau". Rasulullah SAW menjawab, "Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Akupun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku"-HR. Muslim..INGAT!, ludah sikit jew buat syarat bukannye ludah betul-betul sampai bertepek kat carpet tu, nanti geli lak nak solat..hehehehe

3)TERLUPA JUMLAH RAKAAT YANG TELAH DIKERJAKAN
Abu Hurairah r.a berkata, "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Jika salah seorang dari kalian shalat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang ia telah kerjakan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam" HR Bukhari dan Muslim.
Nie perkara biasa yang paling banyak kita alaminya..

4)HADIRNYA FIKIRAN- FIKIRAN YANG MENGANGGU KONSENTRASI
Abu Hurairah r.a berkata: "Rasulullah SAW bersabda, "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muadzin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamat dikumandangkan, ia berlari. Apabila telah selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya: "Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!", sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat" HR Bukhari
Taim ni la teringat itu ini sebelum tu lupa je, macam tak de masa lain Setan nak remind kita!!!...

5)TERGESA-GESA UNTUK MENYELESAIKAN SOLAT
Ibnul Qayyim berkata: "Sesungguhnya ketergesa-gesaan itu datangnya dari syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tergesa-gesa muncul kerana dua perilaku buruk, iaitu sembrono dan buru-buru sebelum waktunya".
Bila je solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka pelaksanaannya asal solat, asal selesai dan jadik jew!, macam ayam atau burung patuk makanan jap je dah abis, tak de ketenangan atau thuma'ninah.
Pada zaman Rasulullah SAW ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi kerana solat yang telah ia kerjakan tidak sah.
Rasulullah SAW bersabda kepadanya: "Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur'an yang mudah bagimu, lalu ruku'lah sampai kamu benar-benar ruku' (thuma'ninah), lalu bangkitlah dari ruku' sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma'ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu"-HR Bukhari dan Muslim

6) MELAKUKAN GERAKAN-GERAKAN YANG TIDAK PERLU
Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, maka Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat. "Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan tersebut berasal dari syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah SAW". Orang tersebut bertanya: "Apa yang dilakukannya?" Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya diatas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. "Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah SAW", kata Ibnu Umar-HR Tirmidzi

7)MENENGOK KE KANAN ATAU KE KIRI KETIKA SOLAT
Dengan sedar atau tidak, seseorang yang sedang solat memandang ke kiri atau ke kanan, itulah akibat godaan syaitan penggoda. Kerana itu, setelah takbiratul ihram, focuskan pandangan pada satu titik, iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan tidak mudah dicuri oleh syaitan.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, ia berkata: "Saya bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hukum menengok ketika solat". Rasulullah SAW menjawab, "Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba"-HR Bukhari

8)MENGUAP DAN MENGANTUK
Rasulullah SAW bersabda: "Menguap ketika solat itu dari syaitan. Kerana itu bila kalian ingin menguap, maka tahanlah semampu yang mungkin-HR Thabrani.
Dalam riwayat lain Rasulullah SAW bersabda, "Adapun menguap itu datangnya dari syaitan, maka hendaklah seseorang mencegah/ menahannya termampu yang boleh ia berkata ha... bererti syaitan tertawa dalam mulutnya"-HR Bukhari dan Muslim.

9) BERSIN BERULANG KALI SAAT SOLAT
Syaitan ingin mengganggu kekusyukkan solat dengan bersin, sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud: "Menguap dan bersin dalam solat itu dari syaitan"-Riwayat Thabrani.
Ibnu Hajar menghuraikan pernyataan Ibnu Mas'ud, "Bersin yang tidak disenangi Allah SWT adalah yang terjadi dalam solat, sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah SWT. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan berbagai cara".

10) TERASA INGIN BUANG ANGIN ATAU BUANG AIR
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang dari kalian bimbang atas apa yang dirasakan di perutnya apakah telah keluar sesuatu darinya atau tidak, maka janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin telah mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya"-HR Muslim.

Moga kita semua beroleh manafaat dan bebas dari berbagai macam gangguan syaitan. Semoga kita semua juga dibebaskan oleh Allah SWT dari gangguan-gangguan tersebut. Dan bagi yang merasakan gangguan tersebut, sebahagian atau keseluruhannya, jangan putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk!. Moga Allah SWT memberkati segala amal ibadat kita. Amin..