Tuesday, May 03, 2011

5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

Lima Perkara Sebelum Lima Perkara
Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Muslim daripada Amru bin Maimun R.A., pada suatu hari Rasullullah SAW telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki, dengan sabdanya yang bermaksud:-
“Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian.”

Masa muda sebelum masa tua.
Jika masa remaja tidak digunakan dengan sebaiknya menurut syariat islam sudah tentu ianya akan meninggalkan 1001 kenangan di masa tua. Janganlah menghabiskan usia mudamu dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah kerana kita tak tau lama mana nak hidup.

Masa sihat sebelum masa sakit.
Kesihatan perlu digunakan sebijak mungkin bagi melakukan segala amal ibadah dan suruhan Allah SWT kerana kalau dah sakit nak buat apa pun payah.

Masa kaya sebelum masa papa.
Janganlah jadi seperti Qarun yang tamak dan mabuk dek kerana harta kerana kekayaan tanpa dimanafaatkan sebaikan mungkin akan membawa padah.

Masa lapang sebelum masa sibuk.
Masa sangat bernilai dan masa yag berlalu tidak akan berulang lagi. Justeru itu hargailah masa anda sebaik mungkin dan JANGAN biarkan ianya
berlalu dengan sia-sia.

Masa hidup sebelum datangnya saat kematian.
Allah SWT kurniakan hidup dengan kelahiran manusia daripada Rahim ibu, sebagai suatu rahmat yang mesti disyukuri. Isilah kehidupan dengan aktiviti yang bermanfaat untuk kehidupan di dunia dan akhirat. Sebaik je kita dibangunkan di Padang Mahsyar lima perkara ini akan ditanya oleh Allah SWT. Semua soalan tersebut akan dijawab, tapi bukan mulut atau lidah kita yang akan berkata-kata/ menjawab, setiap anggota kita akan bertanggungjawab melaksanakan segala tindakan.

Allah SWT telah berfirman mengingatkan hambanya dengan firmannya, “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putus.” Surah at-Tin (95: 4-6)

No comments:

Post a Comment