Bismillahirrahmanirrahim...
Cuba renungkan sejenak...
1) Perutusan Muhammad bin Abdullah sebagai Nabi dan Rasul.
Daripada Sahal Bin Saad radiyallahu anhu berkata; "Aku lihat Rasulullah SAW berkata sambil mengangkat jari tengah dan telunjuknya; Aku diutuskan dan hari kiamat seperti dua (jari) ini". Soheh Bukhari dan Muslim.
2) Kewafatan Nabi Muhammad.
Daripada Auf bin Malik radiyallahuanhu berkata; "Aku datang kepada Nabi dalam peperangan Tabuk dan baginda berada di dalam satu khemah daripada kulit, lalu Nabi bersabda; "Bilanglah enam perkara di antara tanda-tanda kedatangan kiamat; kematianku, kemudian pembukaan Baitul Maqdis…". Soheh Bukhari.
3) Terbelahnya bulan pada zaman Nabi Muhammad.
Terbelahnya bulan dalam Al Qur'an dan Hadits.
Ayat al Qur'an ada menyatakan bahwa bulan pernah terbelah ketika kiamat makin hampir.
Telah dekat datangnya saat itu dan telah terbelah bulan. (QS Al Qamar (54): 1)
Berikut adalah hadis-hadis yang meriwayatkan peristiwa terbelahnya bulan di masa Nabi SAW. Hal ini terjadi ketika kaum musyrikin 'menantang' Nabi SAW untuk Menunjukkan bukti kenabiannya dengan meminta baginda membelah bulan.
I. Hadis riwayat Abdullah bin Masud ra., ia berkata: Bulan terbelah menjadi dua pada masa Rasulullah SAW, lalu Rasulullah SAW bersabda: Saksikanlah oleh kalian. (Shahih Muslim No.5010)
II. Hadis riwayat Anas ra.: Bahwa penduduk Makkah meminta kepada Rasulullah SAW untuk diperlihatkan kepada mereka satu mukjizat (tanda kenabian), maka Rasulullah SAW. memperlihatkan kepada mereka mukjizat terbelahnya bulan sebanyak dua kali. (Shahih Muslim No.5013)
III.Hadis riwayat Ibnu Abbas ra.: Sesungguhnya bulan pernah terbelah pada masa Rasulullah SAW. (Shahih Muslim No.5015)
Kajian NASA telah membuktikan bahawa permukaan bulan pernah terbelah dan ini membuktikan tentang KEBENARAN ayat al quran.
4) Pembukaan Baitul Maqdis.
Umar al-khattab telah membebaskan Baitul Maqdis pada tahun 16 Hijrah. Kemudian pada zaman kerajaan Abbasiah (Ayyubiyyah) pada tahun 583 Hijrah oleh Solahuddin al-Ayyubi.
Hal ini masih berlaku di Israel. Tetapi insyaallah dengan kuasa Allah, Baitul Maqdis akan dibebaskan semula oleh orang islam sehinggalah kayu dan pokok-pokok berkata; "Hai orang islam, dibelakangku ini ada Yahudi, mari sini bunuhlah dia".
5) Munculnya fitnah banyak dengan pelbagai jenis dan bentuk.
Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi bersabda yang bermaksud; "Bersegeralah kamu melakukan amalan sebelum datangnya fitnah-fitnah seperti dalam satu malam yang sangat pekat, seorang lelaki pada pagi hari adalah mukmin dan apabila petang menjadi kafir. Pada petang hari dia mukmin kemudian esok pagi dia menjadi kafir, dia menjual agamanya dengan sedikit daripada habuan dunia". Hadis soheh Muslim.
6) Berlakunya peperangan Siffin di antara tentera Ali Dan Muawiyah.
Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda; "Tidak berlaku kiamat sehinggalah akan berperang 2 kumpulan yang besar, kedua-dua kumpulan mengalami kematian yang banyak, seruan kedua-dua pihak adalah sama". Muttafaq Alaihi.
7) Munculnya golongan khawarij.
Daripada Ibnu Mas'ud bahawa Nabi SAW bersabda bermaksud; "Akan keluar pada akhir zaman satu kaum yang muda-muda, pendek akalnya, membaca al-quran tetapi tidak melepasi tenggorokan mereka, mereka berkata dengan kata-kata Allah, keluar daripada agama ini sepertimana seperti keluarnya anak panah daripada busurnya". Muttafaq Alaihi.
Golongan ini dah banyak pada zaman sekarang.
8) Keluarnya dajjal-dajjal kecil yang mengaku sebagai Nabi.
Daripada Thauban bahawa Nabi SAW bersabda; "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah qabilah-qabilah daripada umatku akan mengikuti kaum musyrik dan sehingga mereka menyembah berhala, dan sesungguhnya akan ada dikalangan umatku 30 pendusta, semua mereka mendakwa sebagai Nabi dan aku adalah penghabisan para Nabi, tiada Nabi selepas aku". Hadis soheh riwayat Abu Daud dan Tirmizi.
9) Berlakunya pembunuhan yang banyak.
Sekarang pembunuhan dah banyak berlaku di sana sini seolah-olah nyawa manusia sudah tiada harga lagi.
10) Munculnyanya api besar di bumi Hijaz (Madinah).
Nabi bersabda bermaksud; "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan keluar api daripada bumi hijaz, ianya dapat menerangi tengkuk-tengkuk unta yang berada di Busra(Syria)". Soheh Bukhari.
Kejadian ini berlaku di Madinah pada malam Rabu 3 Rabiul akhir tahun 654 Hijrah seperti disebutkan oleh Abu Syamah dan lain-lain kitab Tarikh.
11) Berlaku peperangan dengan golongan Tatar (Monggol).
Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi bersabda; "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah kamu memerangi at-Turk, mata mereka sepet, mukanya kemerah-merahan, hidungnya tidak mancung, seolah-olah muka mereka seperti perisai (lebar mukanya)…..". Soheh Bukhari Dan Muslim. Rujuk kitab (al-Bidayah Wan Nihayah) tahun 656 Hijrah.
Kejadian ini telah berlaku dan akhirnya Zaman Kegemilangan Islam jatuh ke tangan mereka yang Jahil ini. Namun dengan kuasa Allah SWT, mereka ini akhirnya memeluk Islam jua. Maha suci Allah, Tuhan sekalian Alam.
12) Hilangnya sikap amanah daripada hati manusia.
Nabi SAW bersabda; "Jika amanah telah tercicir (hilang) maka tunggulah kedatangan kiamat". Soheh Bukhari.
13) Mengikuti ajaran-ajaran umat dahulu kala.
Daripada Abu Hurairah Nabi bersabda; "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah umatku mengambil daripada apa yang telah diambil oleh kurun sebelum mereka, satu jengkal demi satu jengkal dan satu hasta demi satu hasta", kemudian ditanya; "Ya Rasulullah, seperti Parsi dan Rom?" Nabi menjawab; "Siapa lagi kalau bukan mereka". Soheh Bukhari.
14) Ibu-ibu yang melahirkan tuannya.
Dalam hadis Jibril yang panjang Nabi SAW menyebutkan; "Aku akan beritahu tanda-tandanya (kiamat), jika seorang amah melahirkan tuannya". Soheh muslim.
Maksudnya ialah, emak yang telah melahirkan telah dilayan dengan teruk oleh anaknya dan dipaksa membuat kerja-kerja berat seperti abdi/hamba.
15) Berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi.
Nabi bersabda; "Dan kamu akan lihat orang yang berkaki ayam, telanjang dan fakir dan pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi". Soheh Muslim dan sila rujuk syarah.
Dalam satu riwayat; "Dan kamu akan lihat orang yang berkaki ayam (tidak berkasut), lapar dan miskin yang dulu mereka adalah ketua-ketua manusia. Maka yang demikian adalah tanda-tanda kiamat dan syarat-syarat kedatangannya". Kemudian Nabi SAW ditanya; "Wahai Rasulullah SAW, siapakah mereka yang engkau gambarkan itu". Nabi SAW menjawab; "orang-orang Arab"- Hadis disohehkan oleh al-Bani.
Contohnya Menara Burj Dubai.
16) Tidak memberi salam kecuali kepada orang yang dikenali sahaja.
Daripada Abil Ja'di berkata, telah bertemu Abdullah seorang lelaki, maka berkata lelaki itu; "Assalamualaik ya Ibnu Mas'ud". Abdullah bin Mas'ud berkata; "Benarlah Allah dan RasulNYA sesungguhnya aku mendengar Rasulullah berkata; "Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat ialah, seseorang lelaki melalui satu masjid tetapi tidak melakukan solat 2 rakaat, dan tidak memberi salam kecuali kepada orang-orang yang dikenali sahaja." Riwayat ibnu Khuzaimah dan disohehkan oleh Albani dengan jalan yang lain.
17) Bercambahnya bisnes dan perdagangan.
Nabi bersabda yang bermaksud; "Di antara hampirnya kedatangan kiamat, memberi salam hanya kepada orang tertentu, banyaknya perniagaan sehingga wanita membantu suaminya dalam perniagaan, memutuskan silaturrahim, persaksian dusta, menyembunyikan kebenaran, dan munculnya pena". Riwayat Imam Ahmad dan dihasankan oleh Syuaib Arnaout.
18) Saksi-saksi pendusta.
Betapa ramainya umat islam yang sanggup menjadi saksi-saksi palsu kepada kes-kes mahkamah? Semata-mata kerana wang ringgit ataupun kemasyhuran?
19) Menyembunyikan persaksian yang hak.
Tidak ramai yang sanggup menjadi saksi kepada perkara-perkara yang benar. Samada kerana takutkan ugutan dan ancaman ataupun kerana tidak sanggup berdepan dengan risiko yang difikirkan negetif. Persaksian yang hak juga melibatkan bab-bab keagamaan. Ulama tidak berani menyatakan yang benar. Menyembunyikan fakta dan hakikat dengan alasan mahu menjaga hati majoriti umat islam kononnya.
20) Tersebarnya kejahilan.
Nabi bersabda; "Akan datang kepada manusia satu zaman yang orang tidak tahu apa itu solat, tidak tahu apa itu puasa, dan tidak tahu sedekah". Riwayat Tobrani.
21) Ramainya orang-orang yang bakhil.
Nabi menyebut; "Masa akan saling hampir, kerja semakin berkurangan, dicampakkan kepada hati manusia kebakhilan melampau, dan banyaknya pembunuhan". Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
22) Tersebarnya perkara-perkara keji.
Nabi bersabda; "Demi yang diri Muhammad ditangannya, tidak akan berlaku kiamat sehinggalah terzahirnya perkara keji….."Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak dan disohehkan oleh Albani.
Yang dimaksudkan perkara-perkara keji ialah, kata-kata kesat, lucah dan cercaan dan sebagainya yang memalukan.
23) Kekayaan hanya berlegar disekeliling orang-orang kaya dan pemimpin sahaja.
Surah al-Hasyar ayat 7. Nabi SAW menyatakan; "Jika harta hanya diambil oleh orang-orang tertentu sahaja…". Hadis riwayat Tirmizi tetapi pada sanadnya terdapat perbahasan.
24) Mempelajari ilmu bukan kerana Allah.
Nabi menyebut; "….dan mempelajari bukan kerana tujuan agama,….."Tirmizi.
25) Para suami lebih mentaati isteri berbanding ibunya sendiri.
Realiti yang berlaku sekarang lebih parah apabila terdapat manusia yang sanggup menderhakai ibu bapa semata-mata ketakutan mereka kepada isteri masing-masing.
26) Orang yang paling jahat dan hina menjadi pemimpin.
Nabi SAW menyebut; "Jika disandarkan sesuatu urusan bukan kepada ahlinya maka nantikanlah kedatangan kiamat". Dalam sunan Tirmizi Nabi SAW menyatakan:- "Dan yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina dikalangan mereka.."
27) Penghalalan sutera, arak dan muzik-muzik.
Nabi SAW menyebut; "Akan ada dikalangan umatku satu kaum yang menghalalkan zina, sutera, arak dan muzik".
Menghalalkan zina. Sutera diharamkan kepada golongan lelaki tetapi ianya mula dipakai dan digilai oleh orang-orang lelaki. Arak dan muzik boleh difikirkan oleh anda.
28) Bercita-cita dan berharap agar cepat dimatikan.
Daripada Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seorang lelaki apabila melalui satu perkuburan lelaki maka dia berkata; "Hai, betapa baiknya sekiranya aku mengambil tempatnya" Muttafaqun Alaihi.Perkara yang kadang-kadang kita sebut tanpa kita sedari.
29) Perhiasan-perhiasan melampau di masjid.
Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah manusia berbangga-bangga di masjid-masjid". Riwayat Abu Daud, An-Nasaie dan Ibnu Majah dengan sanad yang soheh.
30) Bertambahnya kes orang yang mati disambar petir.
Daripada Abi Said al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda; "Bertambah banyak petir ketika hampir kepada hari kiamat sehingga seorang pembesar kaum datang dan berkata; "Siapa yang telah mati disambar petir dikalangan kamu semalam?". Lalu mereka menjawap, si fulan, si fulan dan Si fulan telah disambar petir. Hadis riwayat Imam Ahmad akan tetapi pada sanadnya seorang rawi "Dhaif" bernama Muhamad bin Mus'ab.
TANDA-TANDA BESAR HARI QIAMAT
1.Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti flu di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2.Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan merenggut keimanan, hingga banyak orang yang akan terpedaya dengan rayuannya.
3.Binatang besar yang keluar bergerombol dari Bukit Shafa di Mekah yang akan membawa berita bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah SWT.
4.Turunnya Nabi Isa AS ke bumi. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
5.Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dimuka bumi, apabila mereka bisa menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
6.Gempa bumi di Timur.
7.Gempa bumi di Barat.
8.Gempa bumi di Semenanjung Arab.
9.Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
10.Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
sebelum terlambat, cepat2lah kita bertaubat, Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang..
jangan tunggu lagi....
"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Az-Zumar: 53)
No comments:
Post a Comment