Tuesday, May 03, 2011

POKOK GHARQAD @ POKOK YAHUDI

HADIS MENGENAI POKOK GHARQAD @ POKOK YAHUDI
Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan
oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: "Tidak akan
berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang
Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan
dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi
berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan
bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, dibelakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".
Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Seperti yang telah dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel
sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar
tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi Muhammad SAW, akan tetapi mereka masih lagi ego dan bersikap bongkak.


POKOK GHARQAD @ POKOK YAHUDI
Orang Yahudi sememangnya tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya mereka ini terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa, tengok sajalah kezaliman mereka ke atas saudara kita di Pelestine.

Ramai juga yang tak tahu bagai manakah rupanaya pokok Gharqad?.
Jom kita baca dan lihat fakta mengenai pokok ni...
Terdapat lebih 20 spesis Gharqad di Amerika Utara, 30 spesis di Amerika Selatan, 30 di Afrika, 10 di Eurasia dan satu di Australia. Pokok Gharqad, adalah panggilan bagi pokok Yahudi dalam bahasa Arab. Dalam istilah botani, pokok Gharqad dikenali sebagai spesis Boxthorn, termasuk dalam keluarga Solanaceae yang terdiri lebih daripada 90 spesis. Nama-nama lain yang biasa digunakan untuk pokok ini ialah desert-thorn, Christmas berry, wolfberry, Matrimony vine, Tea-tree dan Goji.
Dalam bahasa Ibrani, pokok Gharqad disamakan dengan pokok Atad. Sarjana botani Prof. Michael Zohary dan Noga Hereuveni of Neot Kedumim yang mengkaji tumbuhan yang disebutkan dalam bible mengesahkan pokok atad adalah sama dengan spesis Jujube.
Spesis ini adalah tumbuhan kedua terbesar di negara haram Israel selepas pokok akasia. Spesis ini banyak tumbuh pada ketinggian kurang daripada 1500 meter dan boleh menyesuaikan diri dengan keadaan kering serta kekurangan air.
Pokok jujube juga ditanam dalam kawasan perumahan secara besar-besaran sebagai pokok hiasan.
Kalau tak salah saya, saya MACAM pernah ternampak pokok ini ada juga di Kuwait, nanti kalu ada kelapangan saya akan pergi mengambil sendiri gambar pokok ni dan cuba kita bandingkan adakah tekaan saya ini benar.
Moga sedikit gambar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad.



Pokok Gharqad dan Tembok
Pokok Gharqad adalah pokok African Boxthorn, dari keluarga Solanaceae. Ia sejenis pokok yang berduri dan mempunyai dahan yang berjalin-jalin. Dikategorikan sebagai beracun, dan buahnya seperti buah tomato, tetapi kecil dan hanya berdiameter 1 cm sahaja. Daun nya bewarna hijau muda. Bunganya kecil dan berwarna putih dengan tompok-tompok ungu.
Nama Arabnya adalah Awsaj tetapi lebih popular dengan nama Gharqad di kalangan orang-orang Arab.
Di dalam laman web Jewish National Fund, terdapat maklumat di mana kerajaan Israel menyediakan satu dana khas untuk penanaman pokok. Dana kebangsaan khas ini bertujuan untuk menghijaukan bumi dan tujuan paling utama adalah mencari tanah untuk puak-puak Yahudi ini tinggal. Laman ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek-projek lain. Penanaman pokok Gharqad ini adalah satu dari agenda kempen menghijaukan bumi ini dan kempen ini berkumandang di seluruh dunia bagi mengaburi agenda mereka di Palestin.

Kempen Kerajaan Israel "Projek Menghijaukan bumi"
TEMBOK PEMISAH (GHETTO ABAD 21)
Pada tahun 2005, Israel telah membina sebuah tembok di daerah yang ternyata jelas bukan wilayahnya. (Jika kita mengaku ia ada wilayah). Tembok dengan ketinggian 8 meter ini, dua kali ganda ketinggian tembok Berlin dan sepanjang 730 km. Ia memisahkan 90,000 populasi Palestin dibahagian Barat dan 42,000 orang dibahagian Timur. Lebih setengah juta orang Islam menerima kesan yang teruk akibat tembok ini.

Dengan pembinaan tembok haram ini, ternyata jelas Israel telah mengulangi sejarah kekejaman Nazi ketika perang dunia ketiga. Ketika itu orang-orang Yahudi dikurung dalam Ghetto/satu kawasan di mana orang-orang Yahudi dikurung dan pergerakan mereka terkawal sebelum dibunuh.

Tembok pemisah yang dibina oleh pengganas Zionis-Israel ini menelan belanja yang sangat besar dan tidak pernah diumumkan kosnya. Kos pembaikan kerosakan sepanjang 1 kilometer sahaja, menelan belanja US$4.7 juta. Namun orang-orang Yahudi ditakdirkan akan menerima nasib seperti yang telah diberitahu oleh Rasulullah SAW. Mungkin inilah tembok batu yang dimaksudkan oleh Rasullullah dalam Hadis tersebut ialah batu tembok pemisah Israel - Palestin ini?
" Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang terbentang atau di sebalik tembok" ( al-Hasyr : 14 )
Umat Islam yang beriman tidak perlu gusar dengan tembok dan pohon Gharqad ini kerana kewujudannya adalah petanda ketibaan saat kemusnahan orang-orang Yahudi. Penghijrahan orang-orang Yahudi dari seluruh pelusuk dunia ke tanah Palestin sangat-sangat dialukan walaupun ia menuntut pengorbanan yang sangat besar. Percaya dan yakinlah dengan janji Allah, saat-saat kemusnaha Yahudi PASTI hampir tiba dan sudah dekat pun.

4 comments:

  1. susah juga nk cam pokok ni, kalau2 tertanam di negara kita Malaysia, tapi rasanya pokok ini boleh tersebar dibawa oleh burung melalui bijinya.

    ReplyDelete
  2. mintak penjelasan sikit..
    kat atas ada kata pokok goji pun tmasuk dalam pokok yahudi ni..
    tp dalam satu blog ni dia kata buah goji ni makanan sunnah..

    http://makanansunah.blogspot.com/2012/11/buah-goji-beri-wolfberry-lycium-barbarum.html?showComment=1359641577753#c8869659506227261526

    buah goji ni origin china,area muslim resident..
    banyak hasiat dan tidak beracun..
    mintak penjelasan..
    terima kasih..

    ReplyDelete
  3. "Dengan pembinaan tembok haram ini, ternyata jelas Israel telah mengulangi sejarah kekejaman Nazi ketika perang dunia ketiga. Ketika itu orang-orang Yahudi dikurung dalam Ghetto/satu kawasan di mana orang-orang Yahudi dikurung dan pergerakan mereka terkawal sebelum dibunuh."

    Perang dunia ke-3??

    ReplyDelete