Tuesday, May 07, 2013

SADALIA FIL BAIT..Kebaikan Dan Khasiat Herba Daun Parsley




Ada setengah orang mungkin pernah tersalah mengambil daun parsley di pasaraya apabila hendak membuat sup, termasuk le Lydia pon selalu gitu ... Kalau nak beli lydia akan petik sikit dan penyek- penyekan kat jari dan cium kerana kat Kuwait ni aad tiga jenis daun yang hampir sama iaitu daun sup, daun parsely dan daun corainder. 
Lydia sendiri pernah tersilap dan bila dah sampai rumah baru perasan tu daun sup..hehhehe. Cara memilih antara kedua daun parsely, anda perlulah ambik cikit daun atau batang dan menciumnya, bauan daun parsely agak kurang dari bau daun sup. 
Daun Parsley adalah tumbuhan keluarga Umbelliferae lebih dikenali sebagai sayuran. Batangnya lembut serta memiliki daun yang kerinting. Pokok Parsley (Petroselinum crispum) merupakan sejenis pokok herba dwitahunan yang daunnya biasa juga digunakan sebagai rempah.

Tapi tahukah anda akan kebaikan dan khasiat daun pasli ini? 
Daun pasli ini antara herba yang paling popular di negara barat serta timur tengah berbanding daun sup. Ianya banyak digunakan dalam masakan Itali seperti pasta, spagetti  serta sebagai hiasan masakan-masakan mereka serta salad. Dalam kata lain, kalau tanpa daun pasli ini, tidaklah lengkap resepi masakan tersebut. K ali ni Lydia nak cerita kelebihan si parsley... kelebihan dan kebaikkan daun parsely yea..dengan harga yang cukup murah ianya dpt membantu meningkatkan kesihatan kita, tapi kena amalkan la jangan makan sekali dua jer dah nak baik..














Orang Arab menggelarkan daun parsely ni "SADALIA FIL BAIT" iaitu pharmacy di rumah kerana khasiat daun ni..
Dengan pengambilan 2 camb daun parsely segar akan memberikan lebih daripada 150% keperluan harian untuk vitamin K, yang memainkan peranan penting dalam pengaliran darah. 

Daun ni amat sesuai untuk orang yang mengidap penyakit buah pinggang, terutama bab mencuci kotoran darah. Yang tak sakit pon leh makan sebagai pencegahan serta membantu  buah pinggang kita menapis darah dengan membuang garam, racun dan apa-apa yang tidak diingini memasuki badan kita. Garam  yang berkumpul ini perlu menjalani rawatan pembersihan.
Bagaimana kita akan pergi untuk melakukan ini?
Ia adalah sangat mudah, mula-mula mengambil parsely dan basuh bersih, kemudian potong dalam kecil dan memasukkannya ke dalam periuk dan tuangkan air yang bersih dan rebus selama sepuluh minit dan biarkan ia sejuk dan kemudian tapis dan tuangkan dalam botol yang bersih dan simpan di dalam peti sejuk untuk menyejukkannya.
Minum satu gelas setiap hari dan anda akan melihat semua garam dan racun lain terkumpul keluar dari buah pinggang anda dengan membuang air kecil. Anda juga akan dapat melihat perbezaan yang anda tidak pernah dirasai sebelum ini.
Pasli dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi serta paling murah!

Selain itu juga ianya amat baik untuk pembentukan tulang dan membantu fungsi hati. 

Selain dari itu daun parsley yang kaya dengan vitamin B, C dan E serta zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil jugak boleh diguna untuk:- 1. Rambut- Daun parsley yang diramas dengan air dapat bertindak sebagai tonik bagi menjaga kesihatan rambut. Air ramasan ini juga bertindak melawaskan kencing dan menurunkan tekanan darah.

2. Pulihkan Hipotensi- Air rebusan daripada sayuran yang mengandungi pelbagai zat ini merupakan minuman terbaik untuk pesakit hipotensi iaitu penyakit tekanan darah rendah yang berpunca daripada anemia, kekurangan saraf akibat diabetes, paras gula rendah dalam darah, tiriod yang tidak aktif atau kekurangan zat makanan.

3. Parsley/ juga dapat meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak.

Note:- Daun saderi atau daun sup kalau tak salah leh rebus akar daun sup dan minum air rebusan tu untuk ubat darah tinggi.

PERSIAN STEAMED WHITE RICE )with LADY FINGERS TOMATOES & LAMB STEW/MARAQ

1st time masak nasik ni sendiri, sellau beli atau amakn makan kat luar je. Tapi dek kerana dah beli barang tu (dry barberries) beberapa minggu tersimpan kat freezer makan nak tak nak trylah. Masakan ni adalah yang paling simple, senang, sedap lagi healty. Anda hanya perlu memasak nasi ini di dalam air mendidih dengan minyak dan garam, seperti merebus pasta,  tunggu sehingga nasi "al dente" (apabila menggigit sebutir nasi ia masih harus mempunyai titik putih di tengah-tengah), seperti pasta.... Nasik ni sedap di makan bersama stew/maraq ayam/ daging/ sayuran serta iakn ikan bakar ala arab.


PERSIAN STEAMED WHITE RICE 
21/2 cawan basmati rice, cuci dan rendam sejam
  • 6 cawan air 
  • 1/4 cawan minyak canola/sunflower/ vehe/ghee cair
  • 11/2 camb garam
  • Isi periuk non stick besar dengan air, masukkan minyak dan garam, tutup dan masak sehingga mendidih dengan api yang besar.

Masukkan beras dan kacau sekali-sekala.

Selepas 3-5 minit, menggunakan sudu untuk mengaut buih- buih dari permukaan air. 

Masak nasi/beras sehingga "al dente", matikan api dan tuangkan beras ke dalam penapis, lalukan beberapa kali dengan air paip, ketepikan.
 
Steaming rice 

  • 2-3 camb canola oil- tuangkan di dasar periuk
  • 2 -3 camb air panas (untuk melarutkan safron/pewarna)
  • Saffron/ pewarna kuning
Letakkan periuk kosong tadi ke dapur dengan api paling kecil, add minyak masak/ ghee dan masukkan beras yang ala dente tadi ke dalam periuk bentukkan piramid (menggunung macam bukit) dan lubangkan sikit di tengah
Tutup periuk dengan menutup rapat penutupnya dengan aluminium foil/ kitchen towel dan tudung periuk, masak selama 10-15 minit sehingga nasi mula wap (macam nak kukus apam).
Bila nasi dah masak offkan api dan biarkan selama 2-5 minit dalam periuk dengan  penutupnya.
Buka penutup, cakarkan sedikit nasi supaay gebu.
Cedokkan sedikit nasi dari periuk, masukkan ke dalam periuk lain yang kecil dan tuangkan air panas yang ada safron/pewarna tadi, kacau rata dan masak sebentar sehingga kering airnya di atas api kecil.
Hidangkan nasi putih di pinggan hidangan, mounding ke dalam bentuk piramid/ membukit dan selang selikan sedikit di atasnya dengan nasi kuning.
NOTA:- Taburkan diatasnya dengan dried barberries/zerishk

LADY FINGERS/ OKRA/ BENDI TOMATO & LAMB STEW/ MARAQ

500g okra/bendi
500g kambing bertulang yang dipotong kecil
2 camb minyak
1 biji bawang besar- dicincang
1 ulas bawang putih- dicincang
4 tomato- dikupas dan cubed
1/2 lemon (ambil jusnya)
1 camb tomato paste, dicairkan dalam 1 cawan air
sedikit pudina kering
1-2 keping daun bay*
1/4 camt corrainder powder*
1/4 camt black papper powder*
1/4 camt cumin powder*
1/4 camt arab mix spice*
garam secukup rasa
air secukupny untuk merebus daging (cukup untuk merebus jer jangan terlalu banyak yer)
Dalam periuk besar, goreng bawang hingga transparent, kemudian masukkan bawang putih dan teruskan menggoreng hinga terbit bau serta masukkan daging dan gorengkan sebentar.
Masukkan pes tomato, tomato cubed, lemon jus dan gorengkan sebentar sehingga tomato hancur.
Masukkan air serta bahan bertanda dan biarkan ia mereneh dengan api perlahan sehingga daging empuk, masukkan garam dan daun pudina kering.
Matikan api,  pindahkan campuran daging ke caserol/pyrex, masukkan juga bendi kemudian kacau sedikit sehingga rata.
Tutup kaserol dengan sama ada tudung atau foil dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan selama 30- 45 minit.
Check dari masa ke semasa dan tambahkan air jika campuran kering.
Hidangkan panas bersama nasi putih.
NOTE:- kalau suka leh taburkan sedikit chopped corainder leave sebelum hidang di atas stew /maraq tu.



Monday, May 06, 2013

GRILL FISH WITH HERBS SAUDI STYLE


Ikan kerapu adalah salah satu ikan yag paling femes di Arab dan di sini ikan ni agak mahal sedikit. Selalunya iakn ni di masak dengan cara mengoreng with some spice dan tepung dimakan bersama roti pita Arab, sos tahina serta salad. Atau juga dimakan bersama nasi Arab white rice atau rice Shariye atau dimasak nasi sayadeh. Juga ada yang memanggang ikan ni bersama herbs seperti yang lydia buat ni. Resepi ni lydia dapat 6 tahu lalu dari seorang ibu tua arab iaitu Oum Fahad mama hajiah yang beada di Al Khobar Dammam Saudi. Ianya menjadi kegemaran my hubby dan my father in law. Honestly lydia tak suka ikan berherbs ni sbb lydia bukan pemakan sayur sangat banyak makanan lydia tak makan dari makan. Tapi kalau makan pon bahagian yang tak terkena herbs jer.. but trust me ikan herbs ni memang sedap.. Maaf tak sempat nk snap yang dah siap masak sebab lydia buat ni untuk my SIL yang tengah mengidam so masa keluar oven my Hubby balik terus bawa ke rumah adiknya so sebab tu la tiada gambar ikan yang dah dimasak..

GRILL FISH WITH HERBS SAUDI STYLE
Sumber:- Mama Hajiah Oum Fahad Al Khobar Saudi Arabia
Ikan kerapu (medium size belah belakang)
#Chopped dill
#Chopped parsely
#Chopped corainder
#Chopped onion
#Choppd onion
#Chopped tomatoes
#Sedikit tomato paste
1/2 lemon juice
*Loomy powder
*Black pepper
*Cumin powder
*Garam
*Kunyit powder
*Arab mix spice/ Sea foods spice
Olive oil
  
  • Campurkan kesemua bahan bertanda * hingga sebati dan bahagikan kepada 2 bahagian (1 untuk lumurkan pada ikan & 1 bahagian lagi untuk add dalam herbs).
  • Bersihkan ikan dan keringkan dengan kitchen towel sebaik mungkin dan lumurkan dengan lemon jus rata ke badan ikan, ketepikan seketika.
  
  • Add bahan bertanda# dan olive oil dalam mangkuk, add lebihan spices tadi dan ramaskan sedikit sehingga semuanya mesra sebati.
  • Lumur rata pada ikan (bahagian dalam je tau!)
  • Letakkan ikan di atas aluminium foil yang disapu sedikit minyak dan balut/bungkuskan ikan kemas.
  • Simpan dalam peti sejuk selam beberapa jam atau semalaman dan grill/bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 20 minit pada suhu 18C(ikut jenis oven dan saiz ikan gak yer).
  • After 20 minit buka foil



Friday, April 19, 2013

TALAM LAPIS KOLE KACANG


Tergoda tengok N3 di FB..nampak macam sedap. Seumur hidup memang tak pernah tahu kewujudan kue ni dan apatah lagi nak makan atau buatnya. Perkongsian resepi dari Zaharah Abu Bakar

Talam Lapis Kole Kacang
1200ml air
300ml santan pekat
250gm gula
75gm tepung kacang hijau
85gm  tepung honkwee putih
100 tepung ubi
150gm tepung gandum
2 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
Pewarna
Panaskan pengukus

Masak 500ml air bersama gula dan daun pandan hingga mendidih.
Masukkan santan dan padamkan api.(keluarkan daun pandan)
Masukkan lebihan baki air tadi.(bahan tersebut sudah menjadi suam apabila bercampur air)
Masukkan ke dalam blender dan masukkan juga tepung-tepung dan garam,
Bagikan adunan kepada 3 warna.
Alaskan loyang dengan plastik dan lengserkan dengan sedikit minyak masak.
Panaskan loyang di dalam pengukus
Masukkan sedikit adunan ke dalamnya dan kukus selama 5 minit.
Lakukan proses ke dalam adunan bewarna yang lain pulak.
Lakukan berselang seli sehingga adunan habis.
Untuk lapis yang terakhir kukus selama 15 minit.
Sejukkan adunan dan bolehlan dipotong dengan pisau.

Thursday, April 18, 2013

SINGGANG MILK FISH/IKAN SUSU


Makanan melayu yang paling sempoi lagi berkhasiat tak kira apa jua keadaan anda, sihat atau sakit. Yang berdiet pon boleh makan selalu tak jadi hal sebab ianya hanya rebusan tanpa minyak. Rupanya makanan ni juga femes kat Filipine dan deme panggil SININGGANG.. ada lagi satu makanan melayu femes kat Filipine dipanggil adobo..kalau melayu panggil amsak kicap la,..hehehhe

SINGGANG MILK FISH/IKAN SUSU
1 EKOR IKAN SUSU
1 KEPING ASAM GELUGOR (TAK DE GUNA AIR ASAM JAWA JER)
2 BIJI CILI (NK PEDAS BOH CILI API)
KACANG BENDI( KALAU KECIK TAK PAYAH POTONG, KALAU BESAR DIPOTONG DUA )
AIR SECUKUPNYA
GARAM SECUKUP RASA

BAHAN HIRIS
2 ULAS BAWANG PUTIH
2 ULAS BAWANG MERAH
1 BIJI BAWANG BESAR-POTONG BULAT
2 INCI LENGKUAS
1-2 BATANG SERAI-DITITIK
1 BIJI FRESH TOMATO -DIPOTONG 4

MASAK AIR BERSAMA BAHAN HIRIS, CILI, ASAM KEPING/AIR ASAM, GARAM SEHINGGA MENDIDIH DAN MASUKKAN IKAN, ERTA RENEHKAN SEHINGGA IKAN MASAK.
MASUKKAN KACANG BENDI DAN TOMATO. BILA DAH LAYU, MATIKAN API DAN HIDANGKAN.