Tuesday, May 07, 2013

PERSIAN STEAMED WHITE RICE )with LADY FINGERS TOMATOES & LAMB STEW/MARAQ

1st time masak nasik ni sendiri, sellau beli atau amakn makan kat luar je. Tapi dek kerana dah beli barang tu (dry barberries) beberapa minggu tersimpan kat freezer makan nak tak nak trylah. Masakan ni adalah yang paling simple, senang, sedap lagi healty. Anda hanya perlu memasak nasi ini di dalam air mendidih dengan minyak dan garam, seperti merebus pasta,  tunggu sehingga nasi "al dente" (apabila menggigit sebutir nasi ia masih harus mempunyai titik putih di tengah-tengah), seperti pasta.... Nasik ni sedap di makan bersama stew/maraq ayam/ daging/ sayuran serta iakn ikan bakar ala arab.


PERSIAN STEAMED WHITE RICE 
21/2 cawan basmati rice, cuci dan rendam sejam
  • 6 cawan air 
  • 1/4 cawan minyak canola/sunflower/ vehe/ghee cair
  • 11/2 camb garam
  • Isi periuk non stick besar dengan air, masukkan minyak dan garam, tutup dan masak sehingga mendidih dengan api yang besar.

Masukkan beras dan kacau sekali-sekala.

Selepas 3-5 minit, menggunakan sudu untuk mengaut buih- buih dari permukaan air. 

Masak nasi/beras sehingga "al dente", matikan api dan tuangkan beras ke dalam penapis, lalukan beberapa kali dengan air paip, ketepikan.
 
Steaming rice 

  • 2-3 camb canola oil- tuangkan di dasar periuk
  • 2 -3 camb air panas (untuk melarutkan safron/pewarna)
  • Saffron/ pewarna kuning
Letakkan periuk kosong tadi ke dapur dengan api paling kecil, add minyak masak/ ghee dan masukkan beras yang ala dente tadi ke dalam periuk bentukkan piramid (menggunung macam bukit) dan lubangkan sikit di tengah
Tutup periuk dengan menutup rapat penutupnya dengan aluminium foil/ kitchen towel dan tudung periuk, masak selama 10-15 minit sehingga nasi mula wap (macam nak kukus apam).
Bila nasi dah masak offkan api dan biarkan selama 2-5 minit dalam periuk dengan  penutupnya.
Buka penutup, cakarkan sedikit nasi supaay gebu.
Cedokkan sedikit nasi dari periuk, masukkan ke dalam periuk lain yang kecil dan tuangkan air panas yang ada safron/pewarna tadi, kacau rata dan masak sebentar sehingga kering airnya di atas api kecil.
Hidangkan nasi putih di pinggan hidangan, mounding ke dalam bentuk piramid/ membukit dan selang selikan sedikit di atasnya dengan nasi kuning.
NOTA:- Taburkan diatasnya dengan dried barberries/zerishk

LADY FINGERS/ OKRA/ BENDI TOMATO & LAMB STEW/ MARAQ

500g okra/bendi
500g kambing bertulang yang dipotong kecil
2 camb minyak
1 biji bawang besar- dicincang
1 ulas bawang putih- dicincang
4 tomato- dikupas dan cubed
1/2 lemon (ambil jusnya)
1 camb tomato paste, dicairkan dalam 1 cawan air
sedikit pudina kering
1-2 keping daun bay*
1/4 camt corrainder powder*
1/4 camt black papper powder*
1/4 camt cumin powder*
1/4 camt arab mix spice*
garam secukup rasa
air secukupny untuk merebus daging (cukup untuk merebus jer jangan terlalu banyak yer)
Dalam periuk besar, goreng bawang hingga transparent, kemudian masukkan bawang putih dan teruskan menggoreng hinga terbit bau serta masukkan daging dan gorengkan sebentar.
Masukkan pes tomato, tomato cubed, lemon jus dan gorengkan sebentar sehingga tomato hancur.
Masukkan air serta bahan bertanda dan biarkan ia mereneh dengan api perlahan sehingga daging empuk, masukkan garam dan daun pudina kering.
Matikan api,  pindahkan campuran daging ke caserol/pyrex, masukkan juga bendi kemudian kacau sedikit sehingga rata.
Tutup kaserol dengan sama ada tudung atau foil dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan selama 30- 45 minit.
Check dari masa ke semasa dan tambahkan air jika campuran kering.
Hidangkan panas bersama nasi putih.
NOTE:- kalau suka leh taburkan sedikit chopped corainder leave sebelum hidang di atas stew /maraq tu.



No comments:

Post a Comment