Sunday, October 07, 2012

PETUA My Syrian Sister In Law MASAK NASI..



Assalamualikum dan salam sejahtera semua. Dah lama tak update blog sebab sejak kebelakangan ni mood MALAS makin menjadi- jadi. Hari ni Lydia nak jawab sikit la pasal cara masak nasik arab guna basmathi sebab ramai yang dok antar soalan kat my FB tanya pakai beras jenis apa, bagaimana cara masak dsb..
Cara Lydia senang saja dan Lydia hanaya hanya berguru ngan my Syrian Sister In Law saja cara nak masak nasi tak pernah g mana- mana class pon.
Kepada sesiapa yang selalu tanya Lydia Honey..macam mana cara masak nasik nampak beras tu panjang tak patah-patah, ni adalah sedikit jawapan ikhlas Lydia baut buat anda.
Dulu Lydia memang tak tahu masak nasi, selalu terlembik atau keras/mentah..puas berusaha dan mencuba, selalu kena perli ngan FIL, bertahun gak la ulat bulu ni nak jadi rama-rama..hehhehe..akhirnya berkat usaha dan kesabaran sendiri Lydia boleh masak sekarang tanpa mengalami banyak masalah, Alhamdulillah..
Kalau gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya..berusaha dan terus berusaha kerana cara masak..sukatan air serta jenis beras juga memainkan peranan yang penting.
CARA PERTAMA (ni yg pro sikit la)
PETUA my sis in law yg 100% arab:-
1) Cuci beras hingga jernih/bersih airnya, JANGAN mamas beras tu just macam kaup balik jer ya..

2) Rendamkan beras (terendam sepenuhnya) dan masukkan 1 camb garam selama 30 minit minimum, kalau lebih pon ok, sejat dgn penapis dan sedia untuk dimasak. Kadang- kadang Lydia rendam sampai 3-4 jam but alhamduillah masih ok cantik dan berderai agaknya beras yang lydia gunakan ni lasak ya.. tu kakak ipar gak ajar.

3) Kalau tak sempat nak rendam lama, lepas cuci rendam ngan air panas + garam = tapis dan masak..
KENAPA RENDAM DAN MASUKKAN GARAM..no idea..bila tanya SIL katanya bagi beras lembut, gebu dan berderai. Sukatan air untuk beras yang Lydia guna 1=1.5( 1c beras+1.5C air)

4) Lagi satu masa masak nasi tu jangan over kacau, just sesekali cakar ngan garfu dah ok..gunakan air panas/ stock/sup yang panas mengelegak masa nak masak supaya beras cantik jadinya..

5) Gunakan api yang besar dan tutup denagn penutup periuk. Bila air dah nak kering, perlahankan api seLOW yang boleh, cakar sedikit dengan garfu, cover periuk dengan aluminium foil dan tutup dengan penutup periuk. Tanak seperti biasa selama 10-15 minit. Kalau tak de aluminium foil gunakan je kitchen towel mcm kukus kue.

6) Offkan api dan biarkan nasi dalam periuk selama 5 minit, buka penutup/aluminium foil/ kitchen towel serta cakarkan sedikit dengan garfu..

7) Sedia untuk dihidangkan.

CARA KEDUA.. yg kureng yakin
1) Cucu & rendam beras macam CARA PERTAMA

2) Dalam periuk, panaskan air hingga mengelegak. Guna air yang banyak macam rebus pasta, masukkan sedikit minyak masak/ ghee, kalau nk boh spice ok jer..bila dah benar2 mengelegak..masukkan beras yg telh ditoskan tadi, biarkan nasik masak 3/4..agak-agak hampir nak masak la macam buat nasik Beryani India. Guna api sederhana besar, bila dah 3/4 masak tuangkan/ tapiskan air dan tinggalkan sedikit je kira not to dry sangat la masih sikit berair.

3) Masukkan nasi yang 3/4 masak tadi yang sikit beair tu , tutup periuk dan kecilkan api, tanak sehingga masak dalam 10-15 minit. Boleh guna aluminium foil/kitchen towel gak
..
4) Bila dah masak rehatkan nasi dalam 5 minit baru gembur dan hidangkan.
Insha'Allah cara ni sesuai untuk yang abru nak belajar masak like me before.

NOTE:- Kalau nasi agak keras atau mentah..renjiskan sedikit di atas nasi tu dengan sedikit air dan cover periuk, tanak semula selama beberapa minit.

Itu sjalah cara Lydia masak nasi selama ni dan kalau anda try my resepi ni tolonglah masak ikut bahan- bahan atau ramuan yang telah Lydia berikan bukannya masak ikut suka hati, bila tak dapat rasa yang di ingini jangan nak blame me kata tak rasa arab la..rasa nasik minyak biasa la hapa lah, tapi bila tanya balik awak guna bahan macam mana dia leh selamba jawab guna je apa bahan biasa yang ada kat umah cam tumis nasik minyak melayu.. memang la tak jadi past tu nak malukan orang, Alhamdulillah.

Buat pengetahuan kawan2 Lydia kawen ngan orang yang 100% arab bukan kacukan taw..hehehhe. Tulen banggg.. My hubby selalu komen apa yang terlebih atau terkurang kalu Lydia masak so dari situ Lydia berlajar. Lydia memeng pemilih dan cerewet bab makan sendiri pon, sedangkan makanan melayu Lydia tak boleh makan semuanya inikan arab...banyak makanan arab lydia masak tapi lydia tak makan tau.

Alhamdulillah, kebanyakkan penyumbang resepiku semuanya mak, nenek atau sis arab yang 100% arab yang resepinya diturunkan turun temurun dari keluarga mereka. Kalau ada yang dah claim resepi Lydia ni tak ORI atau campur- campur tu MAAFlah sebab tak pernah pon Lydia buat cam tu sebab my husband ni cerewet bab makan. Maybe Ur resepi kot campur- campur..hehhehee..cerminkan diri sendiri sebelum nak kata orang. Memang sakit hati baca tapi Lydia terima dengan Alhamdulillah kerana tak tahu apa motif dia kata gitu. Lydia share ilmu FREE tanpa kenakan bayaran pon. Suka- suka nak share ngan kawan- kawan yang sudi nak cuba my homemade cuisine.

Dah selau terfikir sedari sebelum ada FB dan Blog ni lagi rasa macam nak buka restoran arab balik. Dulu kami ada arab restoran kat BB KL, ada 4 chef dari 4 negara yang bebeza:-
1-Yemen
2-Lebenon
3-Syria
4-Mesir..
Semuanyer kedekut ilmu, tapi time tu tak minat pon nak tanya sebab busy dengan customer dan running sana sini, lagipon bini bos buat apa sibuk2kan diri nak masak, kalu nak mintak jer. Penat sangat rasanya dengan restoran ni..tapi kalau ingatkan balik cam best lak... tah la pasang angan- angan mat jenin panjat pokok kurma kat sini je la. My hubby bagi galakan tapi kena running sendiri la, so MALAS la sebab dia dah busy kat sini. Kalau cam tu memang tak mungkin la kot sebab tak terkejar.. Nampak je mudah tapi Allah yang tahu betapa susah nak menapak dan bukan senang nak maintain quality kalau kita boss tak turun padang takut orang hantar produk tak berkualiti..

Waaaa..makin jauh melalut dah la sekian sajalah untuk kali ni malas nak bebel stress lak orang baca nanti dan inilah ilmu serta rahsianya cara Lydia amsak masak nasi.
Dulu time baru belajar masak memang Lydia guna kaedah 1/2 cook beras tu past tu sikit pandai upgrade guna aluminium foil but not now, alhamdulillah dah pandai sikit nak agak jarang guna aluminium foil lagi, tapi kalau masak berkilo beras sesekali tu Lydia guna aluminium foil ler sebab takut ngan big amount.
Maaf kalu ada bahasa yang kureng..hehhhe..

Note:- Kalau tak guna aluminuim foil pon ok kalau anda yakin kalau tak ada aluminium foil kat umah tu, amik kain/tuala bersih, cover periuk kemas- kemas dan tutupkan dengan penutup periuk rapat- rapat supaya wap panas tek terkeluar (cam kukus kue) dan insha'Allah nasi akan masak dengan elok dan sempurna..

Lagi satu kalau masak nasik yang guna santan/susu/tomato paste kurangkan sikit air@ stock ye sebeb mudah lembik..hanya nasik melayu jer pakai susu@santan..hehhe

Mmmm..ada lagi satu (banyak lagi daaaa..), kalau boleh belilah beras basmathi yang kaler sikit yellowish sebab beras tu tak mudah patah. Ianya akan jadi panjang canti jer..tu beras yg lydia makan selalu


Monday, October 01, 2012

NASI AYAM HADRAMAUT



Asalamualikum dan salam sejahtera. Sebenarnya nasi ni dah 3-4 hari masak cuma sikit 2M'(Malas & Migraine) nak post N3 maka hari ni 2Mjuga tapi kenalah post gak sebab dah tak tahu nak buat apao so gagahkan diri menaip resepi. Actually nasi tai tak tahu nama sebenarnya sebab dulu kalu beli kat restoran Yemen kat Kuwait ni cakap nak nasik merah lauk ayam makan ni je yang keluo..so nak kasi nama maut sikit maka boh ler nama NASI AYAM HADRAMAUT..memang maut makan sedap wooo...
U olls jangan ler takut kalau tengok my recipe ni banyak bahan, tapi percayalah nak masak senang jer.. Masak Nasi Beryani India.Msai lagi leceh.. Try la..recipe kat bawah..

NASI AYAM HADRAMAUT

Bahan untuk merebus ayam
1/2 ekor ayam – potong )
pinch of nutmeg powder
1/4 cmt cardamom powder
1/4 cmt arabic mix spices
1-2 helai daun bay
1/4 camt kayu manis powder
2 kuntum bunga cengkih
1/4 camt corainder powder
pinch of serbuk lada hitam
1/4 camt cumin powder
1/4 camt ginger powder
1 biji tomato yang ranum- dibelah 4
1 labu bawang besar - didadu kecil
1 biji lada hijau - belah 2 –tk letak sbb tak ada stock ari ni
garam secukup rasa
air secukupnya untuk merebus ayam
Masukkan ayam dalam periuk bersama kesemua bahan di atas kecuali garam.
Rebuslah hingga ayam empuk lebih kurang 30 minit.
Masukkan garam pada 15 minit terakhir.
Asingkan ayam dari kuah/stock, tapis air/kuahnya.



Bahan untuk memasak nasi
2 biji cardamom pods*
1 helai daun bay*
1 batang kulit kayu manis*
2 kuntum bunga cengkih*
1/4 camt corainder powder*
1/4 camt serbuk lada hitam*
1/2 camt cumin powder*
1/4 camt ginger powder*
1 labu bawang besar - didadu kecil
1 biji lada hijau - belah 2*
garam secukup rasa
4 camb cawan minyak masak
11/2 cawan beras basmati
21/2 cawan air/air rebusan- (1cwn beras=11/2-2 cawan air bergantung jenis beras)
Tumiskan bahan bawang hingga transparent.
Masukka bahan bertanda* dan terus menumis hingga terbi baunya.
Masukkan beras dan goreng sebati dengan rempah ratus hingag transparent dalam 2-3 minit.
Kemudian masukkan air rebusan ayam tadi.
Masukkan garam secukupnya bersama sedikit saja pewarna kuning.
Kacau sedikit dan biarkan hingga mendidih dengan api yang paling besar dan tutupkan dengan penutup periuk.
Bila air hampir kering masukkan sedikit lagi pewarna merah+kuning bersama sedikit air panas dalam 1/4 cawan air(dicampur bersama baru tuang atas nasi)tadi di tengah- tengah periuk dan perlahankan api.
Tanak seperti biasa hingga nasik benar benar masak.
Bila nasi dah masak tutupkan api dan biarkan selama 5 minit dan gemburkan sedikit dengan garfu.
Taraaaaa… Nasi siap untuk dihidangkan…

NOTE:-sementara menunggu nasik masak bakar ayam

Cara-cara masak ayam
1 biji bawang besar-didadu kasar
2 ulas bawang putih-dicincang halus
2 camb minyak masak
2 biji tomato fresh-didadu kasar
1/2 cawan chopped fresh coriander
1 biji capsicum hijau- didadu kasar
1-2 biji cili hijau/ cili api kalau nak pedas (Lydia boh cili merah sbb abis stok)
2 camb tomato paste
1/4 camt ginger powder*
1/8 camt nutmeg powder *
2-3 biji cardamom pods
1 batang kulit kayu manis
1/2 camt corainder powder *
1/4 camt serbuk lada hitam *
1/2 camt cumin powder *
1/4 camt arabic mixed spices *
1/4 camt kunyit powder*-dicampur bersama, & add sikit air, gaul sebati
Sedikit air rebusan ayam-ikut suka nak banyak mana kuah
garam secukup rasa .
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bawang besar hingga transparent.
Masukkan bawang putih, biarkan hingga naik baud an mauskkan rempah* (yg dicampur bersama), cardamom pods , cili dan kulit kayu manis.
Kacau hingga naik bau wangi rempah ratus.
Masukkan fresh tomato, mask hingga tomato layu.
Masukkan capsicum dan gorengkan sebentar hingga sedikit layu dan masukkan tomato paste, masakkan sehingga sedikit kering dan masukkan ayam, kaacau hingga ayam bergaul rata dengan tomato dan tambahkan sedikit air biarkan sebentar hingga kuah pekat.
Tutupkan api dan taburkan dengan fresh coriander.
Hidangkan dengan nasi.
Selamat mencuba.
Note:- Tak yah masak lama ayam tu sebab, ayam dah pon masak just nak bagi mesra ngan rempah ratus/sosnya saja. Sos tu pula kering/lembab cam ayam masak merah jer tau bukan macam kari.

Salsa

2-3 biji buah tomato masak
cili hijau/cili api(ikut kepedasan masing2)
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
lemon jus lemon (semasam yang anda suka)
garam secupup rasa sedikit air untuk blend bahan
Blend kesemua bahan dan simpan dalam peti sejuk selaam 30 minit sebelum dihidangkan.


Maraq

1 biji bawang besar-di dadu halus
2 ulsa bawang putih- dicincang halus
4 camb tomato paste
1-2 biji cili hijau
2 biji medium fresh tomato- kupas kulitnya & didadu kasar
sayur (bendi@terung@carrot@zucchini@labu@potato@buncis)-pilih yg mana suka atau masukkan semua/ pilih 2-3 jenis sayur masak bersama- dadu kasar
air rebusan ayam
1 camb lemon jus
1/2 camt arab mix spices*
1/2 camt cumin powder*
1/2 camt corainder powder*
1/4 camt cardamom powder*
1/4 camt black paper powder*
2 camb minyak masak
Garam secukup rasa
sedikit chopped fresh corainder-utk tabur
Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang besar hingag transparent.
Masukkan cili hijau dan gorengkan sebentar.
Masukkan bawang putih dan bahan bertanda, biarkan sebentar hingga terbit bau.
Masukkan sayuran dan gorengkan sebentar dan masukkan fresh tomato dan gorengkan hingga tomato layu.
Masukkan tomato paste dan kacau sebati.
Masukkan air/ chicken stock, biarkan mereneh hingga sayuran masak Dan masukkan jus lemon serta garam.
Offkan api dan taburkan dengan fresh corainder leave.
Hidangkan dengan nasi..


Tuesday, September 25, 2012

KUIH BINGKA SEKUT CREAM CRAKERS




My breakfirst today..dah lama dok perap resepi Yatie ni kat my folder..akhiran hari ni jadi gak..memang sedap dan lemak je. Dah le tu senang lak nak membuatnya..masuk dalam blender, blend je siap untuk dibakar..
Thakns Yatie for the kue yang simple dan sedap ni. Resepi kat bawah, apa lagi jom buat!.

Kuih bingka crackers

140 gm biskut cracker (biskut lemak)
85 gm tepung gandum
1 cawan gula pasir
3 biji telur
710 ml santan
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu kecil pandan paste atau pewarna hijau
Secubit garam
Sedikit bijan unutk tabur
Panaskan oven suhu 180 C.
Lengserkan loyang dengan minyak.
Blend semua bahan kecuali bijan sehingga semua hancur.
Tuang ke dalam loyang,taburkan bijan jika suka.
Panaskan loyang yg di sapu minyak terlebih dulu dlm 3 minit, baru tuangkan adunan.
Bakar selama 1jam/sehingga keperangan.
Sejuk dan hidangkan.

IKAN BAKAR/GRILL ALA ARAB

Assalamualikum.. Salam sejahter semua, maaf lewat masuk blog. Resepi ni dah baut beberapa hari llau cuma mood nak memBLOG je M'..hehehee.. Resepi ni dapat dari mak angkat kat Saudi//memangs edap tambah lagi kalau dapat panggan atas bara memang membara la..bab iakn tu leh guna ikan lain pon asal beso udah le.. sila cuba ya...



IKAN BAKAR/GRILL ALA ARAB
Sumber:- Mama Hajiah-Al Khobar Saudi

Seekor ikan-medium saiz (lydia guna ikan kerapu)
1 biji bawang besar,medium saiz-didadu halus
2 ulas bawang putih-ditumbuk halus
Sedikit daun parsely-dihiris halus
Sedikit daun corainder-dihiris halus
Sedikit daun dill-dihiris halus
1 biji medium tomato-didadu kecil
1/2 cmt serbuk kunyit
1/2 cmt cumin powder
1/4 cmt black peper powder
1/2 cmt paprika powder
1/2 cmt arab mix spices-kalau tak ade pon tak per
garam secukup rasa
1/4 cawan minyak zaitun
1/2 biji lemon-ambil jusnya
1 biji bawang besar dihiris bulat2*

Campurkan semua bahan dalam mangkuk kecuali ikan/bahan bertanda*, gaul sebati.
Lumurkan pada keseluruhan ikan.
Letakkan/susunkan bawang besar dia ats ikan dan biarkan seketika, dalam 10 minit dan bakar/grillkan hingga masak..
Sedia untuk di hidangkan.

Sunday, September 23, 2012

KUSHARI


Kushari, juga di panggil Koshary atau Kosheri, semua tu sama je cuma ejaan dan bunyinye sikit lain, tapi maksud sama je. Kushari ni adalah makanan tradisi orang Egypt yang amat femes kat Mesir, so kalu g Mesir tu tak completelah lawatan anda kalau tak try makanan ni. So sapa- sapa yang bercadang nak ke Egypt masukkan nama makanan ni dalam list anda yang WAJIB anda cuba. Ianya amat sedap dan berkhasiat. Campuranya banyak dan nampak agak remeh kerana ianya terpaksa dimasak bersaingan jadi banyaklah pinggan mangkok, periuk belanga yang nak kena cuci lepas ni. Tengok ajelah senarai bahan0 bahanya nasi + pasta + dall hitam/brown + kacang kuda + bawang goreng + salsa tomato + air cuka bawang putih & cili/ sos pedas. Tapi ianya sedap dan berbaloi kalau buat kushari ni. Jom skodeng resepi kat bawah dan silakan mencuba ya..

Kushari
Bahan A
1 ½ cawan brown lentils
1 ½ cawan Egyptian rice -kalau tak ada pakai je beras biasa
1 cawan elbow macaroni
Salt to taste
minyak lebihan menggoreng bawang

1) Cuci bersih dhal dan rebus hingga masak/empuk.
Semasa merebus tu masukkan sedikit garam.
Bila dah masak, offkan api dan tuang di atas tapisan untuk menyejat air supaya kering dan ketepikan.

2) Dengan menggunakan air lain, rebus elbow macaroni hingga lembut/empuk seperti merebus pasta biasa hingga empuk dan tapis/ keringkan airnya.
Bila dah kering airnya, gaulkan dengan sedikit minyak lebihan goreng bawang dan ketepikan seketika.

3) Basuh beras hingga jernih airnya dan tapiskan supaya kering airnya.
Tuangkan sedikit minyak lebihan mengoreng bawang (guna periuk yang sama lepas goreng bawang pon ok), gorengkan beras hingga transparent dalam 2 minit.
Masukkan air panas mengelegak (1 1/2 C beras = 2 1/2 C air+-).
Masukkan sedikit garam dan tanaklah seperti memasak nasik biasa.

Bawang goreng
5 camb minyak masak
500g bawang besar (sliced)

Panaskan periuk, masukkan minyak dan goreng bawang hingga garing.
Simpan baki minyak goreng bawang dan bahagikan kepada 2 bahagian. (1-masak nasi & 2-gaul pada macaroni.
Ketepikan seketika

Salsa Tomato
1 tin crushed tomatoes
1 tin tomato paste
1 tin air (guna tin tomato yang sama)
2 medium bawang di dadu halus
7 ulas bawang putih dicincang halus
2 camt cuka putih
1/4 cawan minyak masak
garam secukup rasa
1/4 camt black pepper powder
1/2 camt cumin powder
hot chili flakes -kalau nak sikit pedas-lydia tak letak sbb tak suka pedas

Sauté bawang hingga transparent, masukkan bawang putih dan mask hingga naik bau dan lightly brown.
Masukkan black peper powder dan cumin powder, kacau hingga sebati.
Masukkan tomato paste, crushed tomato, garam, chili flakes(kalau suka), air dan cuka.
Biarkan mendidih sehingga sos menjadi sedikit gelap lebih kurang 1 jam, dengan menggunakan api yang perlahan. Sedia untuk dihidangkan..

Air Cuka Bawang Putih
1/4 cawan cuka putih
1/4 cawan air
1/4 camt cumin powder
4-5 ulas bawang putih-cincang halus
Masak semua bahan hingga mendidih.
Offkan api dan ketepikan.

Cara menghidang Kushari
Ada 2 cara menghidang Kushari ni..
i) campur/ gaul semua bahan A bersama

ii) Asingkan dengan melayer dalam pingan semasa nak makan seperti Lydia buat ni..

1st: Letakkan sedikit nasi dalam mangkok/pinggan


2nd: Layerkan di atas nasi dengan macaroni.


3rd: Layerkan di atas macaroni dengan dhal.


4th: Layer seretusnya letakkan kacang kuda rebus.


5th: Layer terakhir.. Salsa tomato.


6th: Taburkan sedikit bawang goreng diatasnya dan sudukan sedikit cuka bawang putih serta sos pedas.

Sedia untuk dinikmati..Selamat mencuba

Saturday, September 22, 2012

YELLOW RICE aka NASI MINYAK ARAB(ROZ/REZ ASFAR)


Assalamualikum..hari ni terajin sikit la nak post 2-3 N3, bukan apa pelengkap set hidangan nasi arabku je..sebenarnya 1 set je saja pecahkan sana sini nk bagi nampak banyak post..hahhahha..
Resepi ni dapat dari My Syrian Sister in law..No Idea kenapa mereka panggil Roz/ Rez Asfar (Nasi Kuning), nak kata nasi tu kuning sepenuhnya tak, ianya ala- ala beryani jer..di tompok- tompok ngan sikit kaler kunin kat atas tu. Nasi ni memang femes kat Syria sebab kalau ada jemputan lunch ataupun dinner kat umah arab Syrian sure ada nasi cam ni, nama yan paling khusus memang Lydia tak tahu kerana My SIL hanya kata Roz/ Rez Asfar (Nasi Kuning) je, so Lydia pon ikut je la... nasi ni sesuai dihidangkan dengan ayam goreng @ ayam 65 @ ayam bako mahu pun ayam masak merah bersama dengan maraq (sup/salsa arab la..)..
Nak buat memang mudah tak leceh, cuma nampak je tapi sebenarnya ianya semudah ABC..tak caya cer try, rasa pon sedap..Resepinya kat bawah ye, dah tengok kenalah cuba baru tahu rasanya, kalau U olls nak tunggu datang Syria mustahila la..tambahan pula tengah berperang ni sapa berani nak serah diri..


YELLOW RICE aka NASI MINYAK ARAB(ROZ/REZ ASFAR)
21/2 cawan basmati-cuci, rendam dgn air garam selama 15 minit & toskan.
2-3 kuntum bunga cengkih*
1 -2 helai bay leave*
1 batang kulit kayu manis*
2-3 biji cardamom pods*
1/2 cawan kismis*-cuci, rendam 5 minit utk menghilangkan skt manis & tapiskan
Air rebusan ayam secukupnya( 3cawan +- ikut beras )
Garam secukup rasa
4 camb minyak canola/ jagung ( kalau suka boleh gantikan dengan minyak sapi)
Yellow food coloring + 1cmb rose water jika suka

Bahan tabur atas nasi:-
Roasted pine nuts/ almond.

Tumiskan bahan bertanda hingga naik bau, masukkan beras dan gorengkan hingga transparents dalam 2-3 minit.
Masukkan air rebusan ayam yang masih panas dalam 3 cawan.
Dengan api yang besar, biarkan nasi mengelegak, tutup periuk dan biarkan hingga separuh kering dan buka penutup periuk.
Perlahankan api dan tuangkan safron/pewarna kuning bersama campuran rose water ke atas nasi dan tutup periuk dengan aluminium foil dan tudung periuk, tanaklah seperti biasa hingga nasi masak lebih kurang dalam 15 minit.
INGAT!.. Jangan kacau selalu nanti nasi patah tak cantik, cuma gemburkan sikit dengan garfu jer.
Bila nasi dah masak biarkan selama 5 minit baru digemburkan sedikit dengan garfu dan di hidangkan di atas pinggan hidangan.
Taburkan dengan pine nuts/almond yang telah digoreng di atas nasi jika suka, kalau tak letak pon tak per.
Hidangkan bersama, salsa/maraq dan lau kegemaran anda..
Lydia hidangkan dengan chicken 65 je hari ni..
Selamat mencuba.


JAJ/ DAJAJ 65 (CHICKEN 65)

Assalamualikum semua..dah lama tak update blog ni sebba mood malas melanda sejak akhir Ramadhan sampai la dah masuk bulan Zulhijjah. Ni pon gaghkan diri post gak la N3 lunch tadi.. Ayam/chicken/jaj/dajaj/diyai adalah sama je maksudnya cuma lain dari segi bahasa dan ejaan saja.. Ayam 65 ni amat femes kat Kuwait, dihidangkan ngan nasik arab yang kaler putih ataupun kuning mahupun makan ngan roti tanpa nasi pon ok jer bagi yang tak suka makan nasi..
Asal ayam 65 ni bukanlah resepi timur tengah ianya dibawa dari India tetapi ianya agak popular kat Kuwait kerana aroma dan rasanya yang enak..nak tahu rasanya silalah cuba ya.. Jom skodeng resepi yang mudah kat bawah ni



Jaj/Dajaj 65 (Chicken 65)

1/2 ekor ayam-dipotong kecil
1/2 tsp All spice (cloves, cinnamon, cardamom powder)
1 tsp Garlic paste
1 tsp Ginger paste
1 tsp chilies powder (kalau nka X'tra pedas boh le X'tra)
2 tsp flour
1 Egg -small
2 tbsp yoghurt
1 tsp Cornflour
1 tbsp Lime/lemon juice
Salt to taste
1/2 tsp corainder powder
1/4 tsp cumin powder
1 tsp paprika powder
Red food coloring

*Vegetable oil for deep frying
*Onions & chili-digoreng bersama, for garnishing



Bersihkan ayam dan rendamkan dengan sedikit cuka putih selam 5 minit dan bilas sekali lagi dengan air.
Rebuskan ayam 1/2 masak, angjan dan toskan hingga kering airnya.
Campurkan semua bahan rempah ratus ke dalam mangkuk kecuali bahan*, gaul sebati dan perapkan selama 3-4 jam.
Goreng dalam minyak dengan api serdahana hingga masak/ crispy.
Angkat letakkan di atas kitchen towel, biarkan seketika hingga diserap semua balance minyak..
Letakkan di dalam pinggan hidangan, taburkan dengan bawang dan cili goreng (goreng bersama hingga bawang kekuningan & cili sekadar layu-naik bau)-Lydia tak boh pon cili sebab tak makan & tak ada stock..
Kalau nak X'tra wangi leh letak daun kari masa nak goreng ayam..
Selamat mencuba.