This Blog dedicated to all viewers to share and try my recipes, to enjoy MY HOMEMADE cooking and baking from Middle East 2Ur house to all food lovers. 10Q very much 2all because viewing my BLOG, HAVE A FUN and PLEASE COME AGAIN. Shukran Jazilan.
Saturday, September 22, 2012
YELLOW RICE aka NASI MINYAK ARAB(ROZ/REZ ASFAR)
Assalamualikum..hari ni terajin sikit la nak post 2-3 N3, bukan apa pelengkap set hidangan nasi arabku je..sebenarnya 1 set je saja pecahkan sana sini nk bagi nampak banyak post..hahhahha..
Resepi ni dapat dari My Syrian Sister in law..No Idea kenapa mereka panggil Roz/ Rez Asfar (Nasi Kuning), nak kata nasi tu kuning sepenuhnya tak, ianya ala- ala beryani jer..di tompok- tompok ngan sikit kaler kunin kat atas tu. Nasi ni memang femes kat Syria sebab kalau ada jemputan lunch ataupun dinner kat umah arab Syrian sure ada nasi cam ni, nama yan paling khusus memang Lydia tak tahu kerana My SIL hanya kata Roz/ Rez Asfar (Nasi Kuning) je, so Lydia pon ikut je la... nasi ni sesuai dihidangkan dengan ayam goreng @ ayam 65 @ ayam bako mahu pun ayam masak merah bersama dengan maraq (sup/salsa arab la..)..
Nak buat memang mudah tak leceh, cuma nampak je tapi sebenarnya ianya semudah ABC..tak caya cer try, rasa pon sedap..Resepinya kat bawah ye, dah tengok kenalah cuba baru tahu rasanya, kalau U olls nak tunggu datang Syria mustahila la..tambahan pula tengah berperang ni sapa berani nak serah diri..
YELLOW RICE aka NASI MINYAK ARAB(ROZ/REZ ASFAR)
21/2 cawan basmati-cuci, rendam dgn air garam selama 15 minit & toskan.
2-3 kuntum bunga cengkih*
1 -2 helai bay leave*
1 batang kulit kayu manis*
2-3 biji cardamom pods*
1/2 cawan kismis*-cuci, rendam 5 minit utk menghilangkan skt manis & tapiskan
Air rebusan ayam secukupnya( 3cawan +- ikut beras )
Garam secukup rasa
4 camb minyak canola/ jagung ( kalau suka boleh gantikan dengan minyak sapi)
Yellow food coloring + 1cmb rose water jika suka
Bahan tabur atas nasi:-
Roasted pine nuts/ almond.
Tumiskan bahan bertanda hingga naik bau, masukkan beras dan gorengkan hingga transparents dalam 2-3 minit.
Masukkan air rebusan ayam yang masih panas dalam 3 cawan.
Dengan api yang besar, biarkan nasi mengelegak, tutup periuk dan biarkan hingga separuh kering dan buka penutup periuk.
Perlahankan api dan tuangkan safron/pewarna kuning bersama campuran rose water ke atas nasi dan tutup periuk dengan aluminium foil dan tudung periuk, tanaklah seperti biasa hingga nasi masak lebih kurang dalam 15 minit.
INGAT!.. Jangan kacau selalu nanti nasi patah tak cantik, cuma gemburkan sikit dengan garfu jer.
Bila nasi dah masak biarkan selama 5 minit baru digemburkan sedikit dengan garfu dan di hidangkan di atas pinggan hidangan.
Taburkan dengan pine nuts/almond yang telah digoreng di atas nasi jika suka, kalau tak letak pon tak per.
Hidangkan bersama, salsa/maraq dan lau kegemaran anda..
Lydia hidangkan dengan chicken 65 je hari ni..
Selamat mencuba.
Label:
Arab Cuisine,
Nasi/Rice
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment