Sunday, August 05, 2012

BUBUR LAMBUK PERANTAUAN

Hari ni iftar sorang- sorang, bosan tak tahu nak makan apa.
Ha! taime cam ginilah yang boleh isi tekak melayu masak makanan melayu. Resepi pilihan Bubur Lambuk je la sebab dah bertahun tak makan. Alhamdulillah bubur ni sedap dan lemak je rasanye, sesuai untuk yang small family dan dapat la medium periuk..

3/4 cawan beras
1/2 camb minyak sapi
1 1/2 camb minyak masak
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Setangkai daun kari
Daging cincang(ikut suka)
1/4 cawan dhal-cuci bersih dan toskan airnya
segenggam udang kering
2 helai daun pandan
1/2 cmt halba*tak letak sbb tak de
1/2 camt jintan kasar
1 biji bawang besar -didadu kecil
2 ulasi bawang putih - didadu halus
2 inci hali - di blend dengan 2 cawan air dan ditapis
1/2 camt lada sulah powder
1 cawan santan pekat (kalau nak kurang pun boleh)
6 biji bawang merah - buat bawang goreng
daun sup dan daun bawang
garam secukup rasa
air secukupnya

Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau, tak yah goreng sampai kuning.
Selepas bawang dah naik bau masukkan daun pandan,daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan kasar, bunga cengkih dan halba hingga naik bau.
Kemudian masukkan daging masak hingga daging keluar air dah keluar air daging masukkan air halia, biar didih.
Masukkan air, agak-agak le banyaknya untuk masak nasik.
Bila mendidih masukkan lada sulah, dhal dan udang kering.
Masukkan beras masak hingga beras jadi hancur kalau tak cukup air boleh tambah lagi.
Bila beras dah cukup hancur masukkan pati santan ikut suka la kalau tak nak lemak sangat boleh kurang kan santannya.
Masak hingga bubur pekat dan amtikan api.
Sedia untuk dihidangkan dengan taburan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.


Nota: Kalau suka leh campur mix vege ataupun kacang tanah

Wednesday, August 01, 2012

KELEBIHAN KURMA

Assalamualikum dan salam sejahtera semua...
Walaupun Ramadhan dah masuk hari yang ke 12 baru nak keluar N3 kurma.. actually N3 ni dah bertahun tersimpan kat draft cuma tak terkeluar je ilmu karun ni...


Buah Kurma atau dalam bahasa Arab, tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit. Sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Ianya boleh dimakan mentah atau dimasak. Kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Selain kebiasaan, umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma bersandarkan sabda Rasulullah SAW yang lain maksudnya: Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan

Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Justeru itu disunatkan kita untuk berbuka puasa dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala sewaktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga, kerana makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mulalah mengantuk.

Berdasarkan hadis ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :- "Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah SAW akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata :- "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :-
Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jikalau kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat ianya amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia dapat melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah amat mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit sahaja.


Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan minda serta daya ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin kerana pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya. Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.
Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.


Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah, Wallahualam..










SPICES (Arab Mixed Spices)



Assalamualikum & salam sejahtera..
Hari ni N3 Lydia nak cerita pasal rempah sikit je sebab nak cerita lebih tak tahu la pulak sebab Lydia ni bukan pakar pon setakat share ilmu sikit- sikit tu boleh la buat tambah pahala sendiri. Bukan apa Lydia terpanggil dengan setiap pertanyaan kawan kat FB mengenai Arabic mixed Spices yang selalu Lydia guna nak masak arab cuisine.
Rempah ialah bahan perisa dalam makanan mahupun minumah yang terdiri daripada kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga, jintan manis, lada hitam, halba dan lain-lain. Ia kadangkala juga digunakan sebagai bahan pengawet yang dapat membunuh atau menyekat pertumbuhan bakteria. Rempah ratus juga digunakan untuk tujuan lain seperti perubatan, ritual agama, kosmetik, pewangi atau dimakan sebagai sayuran.
Penggunaan rempah ratus yang betul adalah amat penting dalam setiap masakkan seharian kita. Kadang kala kita lihat secara mata kasar bahawa sesuatu makanan tu sama je tapi bila rasa barulah kita tahu bahawa apa yang kita lihat tak sama dengan apa yang kita rasa. Macam beli baju, tengok dan pakai tak samakan? Contohnya pada masa kasar kalau tengok Nasi Kabsa, Nasi Bukhari dan Nasi Tomato tu macam sama jer tapi cuba anda rasa ke tiga- tiga nasi ni, sudah pastinya tiap nasi ni berbeza rasanya.
Sebenarnya Lydia memang tak arif hal ehwal rempah ratus ni kerana Lydia pun macam BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR, baru je belajar masak semenjak menetap di Kuwait. Masa kat Malaysia dulu nak masuk dapo hanya makan je nak masak boleh kira dengan jari setahun beberapa kali jer justeru itulah Lydia tak kenal rempah. Bukan rempah jer iakn dan sayur- sayuran pun sama. (Ha pecah rahsia). Lydia rasa bukan Lydia aje yang tak kenal rempah ratus dalam masakan, tapi ramai lagi para wanita di luar sana sudah tidak kenal dengan rempah ratus, kerana sekarang ni semua guna instant kiub, perencah segera yang dah terkandung rempah-ratus tersebut.

Nak masak makanan arab ni senang jer tak yah pening- pening nak fikir mana nak cari ARABIC MIXED SPICES atau rempah khas. Bagi yang tinggal kat bandaraya besar rasanya senang cari tapi bagi yang tinggal jauh mana lak nak cari ya? Ok kat bawah ni Lydia sertakan cara nak buat Homemade Arabic Mixed Spices. Dengan rempah ni anda boleh masak hampir kesemua makanan arab kerana hampir kesemua masakkan Lydia yang di ajar oleh kawan- kawan menggunakan rempah ni. Takyah perlu pening kalau nak masak kabsa kena ada rempah kabsa, kalau nak masak mandhi kena ada rempah mandhi dan sebagainya, itu semua tak penting.
Kebanyakkan resepi Arabic Cuisine dalam blog Lydia ni Lydia dapat dari mak- mak, kakak- kakak dan kawan- kawan arab. Mereka tak pernah sebut pon rempah khas/ tertentu, mereka hanya guna Arabic Mixed Spices jer dan beberapa rempah tumis asas. So kawan- kawan tak yah nak bazir masa dan wang anda nak beli rempah itu ini serta save sikit space kat dapo umah tu.

95% resepi masakan arab Lydia ni, kawan- kawan atau ipar arab tau, TAK di melayukan pon kerana yang nak makan pon arab gak kecuali Lydia je buakan arab..hehhehe. Kadang kala Lydia skodeng gak resepi arab kat internet, bukan apa nak compare dan cari idea, kebanyakan resepi arab yang ada kat internet tu dah tak berapa asli sangat kerana di DERHAKAKAN, ikut tekak orang yang masak dan ikut bahan yang ada kat negara tu. Pernah Lydia cuba, hasilnya my hb cakap tak sama cam resepi arab dan dia tak mo makan dan terpaksa la Lydia sedekahkan kat orang. My hb ni kalau nak masak makanan arab kena arab betul- betul kalau tak banyak betul songehnya. Alhamdulillah kesemua kawan- kawan arab Lydia pandai masak dan mereka dating dari beberapa negara - negara arab seperti Saudi , Syria, Mesir, Lubnan dan Yemen. Peluang yang ada Lydia gunakan untuk bertanya resepi masakkan arab dan mereka pon tak loket ilmu.

Kalau nak buat spises ni curry powder yang digunakan bukannya cam kari powder yang biaas anda guna buat kari tu tapi belilah MADRAS CURRY POWDER dalam tin ijau macam gambar ni, ianya langsung TAK pedas kerana tiada cili hanya bau kari jer yang kuat.
Ha! lepas ni kalau buat tak jadi jangan nak salahkan Lydia yer..

Loomy/ Dried Lime?
Mana nak cari?
Boleh buat sendiri ker?
Jawapan YA! Tiada yang mustahil, hanya nak tak nak jer. Maybe kat Malaysia tak ada kot tapi anda boleh buat sendiri, caranya:-
Beli lime ijau/ kuning yang comel saiznye, basuh bersih, lap kering airnya dan jemur kat matahari sampai kering kontang jadi itam@brown. Tak tahu la beberapa hari atau minggu sebab ikut cuaca. Nak tahu lime tu dah benar- benar kering? Ketuk sikit lime tu kalau bunyi cam ketuk bola ping pong tu, insha'Allah dah kering la sebab lime ni perlu kering luar dan dalamnya. Kalau tak kering kat dalam tu cam ner nak blend kan? Bila dah benar- benar kering, bolehlah diblend jadi powder. Kalau nak masak Kabsa kena masukkan dry lime ni baru jadi kabsa, sama ada dry lime sebiji- sebiji ataupun powder boleh aje. Kalau nak guna dried lime ni JANGAN OVER letak yer sebab ianya akan jadi pahit kalau salah/ banyak letak.

Kabsa ni berbeza dari nasi Bukhari atau nasi tomato kat Malaysia kerana penggunaan loomy. Manakala perbezaan mandhi lak kerana asapnya. Jom skodeng resepi Homemade Arab Mixed Spises. Past ni leh buat sendiri dan bolehlah masak makanan arab untuk open house raya nanti...
Selamat mencuba..

Baharat (Saudi Mixed Spices) Recipe
1/3 cawan serbuk lada hitam
1/4 cawan serbuk kulit kayu manis
1/4 cawan s clove powder
1/3 cawan cumin powder
2 camt serbuk buah pelaga
1/4 cawan nutmeg powder
1/2 cawan paprika powder (sweet paprika)
1/3 cawan Masala curry powder (tak pedas dalam tin ijau)
1/4 cawan dried limes/loomy powder (limau kering)
Mix all ingredients.
Simpan daalm bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.








REZ MA KAMUN (CUMIN RICE HADRAMAUT YEMAN)



Lama dah tak masak cumin rice ni..ni masak untuk berbuka tadi.
Ni masak sikit je takat dua molot sekali ngap..malas nak masak banyak- banyak dan ulang - ulang makan kerana memang tak gemar makan makanan yang sama .. Hahahahaaaa...memang penat tapi nak ikut selera tekak sendiri so kenalah rajinkan diri..tapi bagi kawan- kawan yang nak masak banyak untuk tetamu di hari raya boleh rujuk resepi yang lepas- lepas kat my blog ni..selongkar je sure jumpa...Nasi cumin ni ala nasi kabsa Yemen la kot memang sedap dan wangi jer aroma cumin tu. Nak buat pon mudah jom tengok resepinye..:))

AYAM
1/2 ekor ayam- potong 2, cuci, rendam dengan cuka putih, bersihkan dan tos
1 helai daun bay
2 biji cardamom pods
1 biji bawang besar-potong 4
1 ulas bawang putih- potong 2
1/4 camt arabic mixed spices
1/4 camt corrainder powder
1/4 camt cumin powder
1/2 camt salt( secukup rasa)
air secukupnya untuk merebus ayam
Masukkan kesemua bahan di dalam periuk dan rebus sehingga ayam benar- benar empuk/ masak.
Matikan api, asingkan ayam dari stock dan ketepilkan.


Campurkan secubit cumin powder, garam dan black pepper powder bersama sedikit minyak zaitun dengan pewarna.
Lumurkan rata pada ayam dan susunkan ayam di atas tray, bakar dalam oven yang telah di panaskan selama 5-10 minit (180C), api atas bawah hingga golden.



CUMIN RICE
1 1/2 cawan basmathi- cuci, rendam ngan garam selam 1 jam & toskan
1/2 tsp yellow food coloring
1 ketul kiub ayam MAGGI
1 kuntum bunga cengkih*
2 biji cardamom*
1 btg kulit kayu manis*
1/4 tsp cumin powder*
1/4 tsp corainder powder*
1/4 tsp Arabic mixed spices
1/2 camt cumin seeds*
2 camb minyak masak
1/2 tsp rose water
Air secukupnya sbb ikut jenis beras. (lydia guna 1 Cawan beras:1.5 cawan air)

Toasted Pine nuts/alamonds **
Fressh chopped Corainder leave **- taburan/garnishing

Nasi
Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan bertanda, tumis sekejap.
Masukkan beras dan goring hingga semua bersalut selama 1 minit dan masukkan air panas/ stock ayam secukupnya.
Bila dah hampir kering cam nampak lubang2 air kat atas permukaan nasi tu, titiskan pewarna dan rose water, biarkan nasi ditanak seketika sehingga kering sedikit.
Gemburkan sedikit dan tanak semula seperti biasa dengan api yang paling kecil sehingga benar- benar masak.
Bila nasi dah masak dalam 10-15 minit, matikan api dan biarkan 5 minit jangan dibuka penutupnya.
Selepas 5 minit buka penutup periuk dan dembur- gemburkan sedikit nasi dengan garfu.
Tuangkan nasi di atas pinggan/ talam hidangan, taburkan pine nuts/almonds dan daun corainder**.
Sedia untuk dihidangkan bersama ayam bakar, salad, salsa tomato dan maraq ataupun sup kegemaran anda.
Selamat mencuba..






NOTE:- Jangan di kacau sangat, kalau nak nasi yang cantik tutup tudung periuk dengan aluminium foil dan tanak atas apai yang perlahan. Bila dah masak off kan api dan biarkan 5 minit baru digembur. Sementara menunggu nasik masak bolehlah bakar ayam dalam oven.

Tuesday, July 31, 2012

LAMB BRYANI




LAMB BRYANI

Bahan A
700g daging kambing bertulang-cuci bersih & toskan *
2 helai bay leave*
2-3 biji cardamom pods*
3 kuntum bunga cengkih*
1 batang kulit kayu msnis*
1 inci halia*
1 labu bawang besar (medium size)-belah 4*
2 ulas bawang putih-belah 2*
1 biji tomato-belah 4*
1 kuntum bunga lawang*
1/2 tsp lada hitam powder*
Air secukupnya untuk merebus*
Dalam periuk pressure cooker rebus bahan * hingga daging empuk. Keluarkan daging dan tapiskan stock, ketepikan.

Bahan B
2 cmb minyak sapi
1 cmb minyak masak
1 inci halia**
3 ulas bawang putih**
1 labu bawang besar-**blend bersama
1 cmt Arabic mixed spices
2 cmb rempah bryani
1/2 cmt cumin powder
1/4 cmt kunyit serbuk
2 cmb yogurt
2-3 biji cardamom pods
1 batang kulit kayu manis
2-3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
Dalam mangkuk kecil, campurkan 1/2 bahan blend**, rempah bryani, serbuk kunyit, Arabic mixed spices
dengan sedikit air hingga mendapat paste yang pekat dan ketetpikan. Tumiskan lebihan bahan blend** ,
bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu msnis, cardamom bersama minyak masak dan minyak sapi hingga wangi, masukkan paste rempah campuran tadi dan biarkan hingga pecah minyak, masukkan daging kamping yang direbus tadi kacau hingga sebati dan masukkan yogurt serta sedikit air rebusan. Biarkan separuh kering, masukkan kentang yang telah digoreng tadi dan masukkan garam secukup rasa. Kacau rata, biarkan hingga pecah minyak, matikan api dan ketetpikan

Bahan C
2 cawan basmathi-cuci, rendam 15 minit dgn air garam & toskan
2 cmb minyak masak/ghee
2 biji cardamom pods
Air secukupnya
1 cmb garam
Dalam periuk lain, didihkan air yang banyak (macam nak rebus pasta tu) bersama daun bay, garam dan minyak hingga mendidih, masukkan beras dan rebus hingga beras hamper masak, tutup api dan toskan airnya.

Bahan D
1 biji kentang (besar), kupas kulit, dadu besar & goring sampai golden brown
Choppeed coriander leave
Daun pudina
Toasted pine nuts/almond
1 tsp rose water
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Garam secukup rasa
Stock/ air rebusan
Dalam periuk bersih yang lain (hamek ko…memang banyak periuk nak kena settle past ni sebab asyik tuko periuk jer), sendukkan daging yang dimasak tadi dan ratakan menutupi dasar periuk.. taburkan sedikit daun pudina dan coriander. Layerkan dengan nasi yang di tanak tadi memutupi daging. Tuangkan 1/2 cawan lebihan stock daging ke atas nasi berserta air mawar dan perwarna kuning/ saffron ke atas nasi. Taburkan sedikit daun pudina dan cover dengan aluminium foil dan tutup dengan penutup periuk dan tanak seperti biasa dengan api yang paling kecil hingga nasi masak.
Bial dah masak terbalikkan periuk nasi tadi ke atas pinggan besar/ hidangan dan taburkan lebihn daun coriander, kismin dan pudina goring. Tara..siap untuk di hidangkan dengan lauk pegemaran anda.
Perghhhhhhhhh…memang penat ko..bukan je masak nak naip ni pun penat. Berbaloi buat kalu orang suka makan atau kuat makan.. Me??? huhuhu… penat jer makan sesenduk dah kenyang.
Note:- Kalu yang suka pedas boleh letak cili powder masa masak bryani kambing tu atau beli jer rempah bryani yang pedas abis cerita.



LAMB TASHREEBA

The MOST popular sup kat Arab Gulf/ khaleej....
Ianya dihidangkan setiap hari pada waktu berbuka puasa tanpa jemu sebelum mengambil makanan berat. Kebiassannya after azan orang Arab Gulf/ Khaleej akan makan tamar dan minum air. Selepas itu mereka akan makan tashreeba dan seterusnya sembahyang maghrib berjemaah bersama keluarga ataupun di masjid. Kemudian barulah mereka mengambil heavy foods.. Tashreeba is once of my favourite soup..It's very simple, healty and delicous..
Try my simple and easy Tashreeba recipe..


Lamb Tashreeba
2 tablespoons vegetable oil
½ kg lamb, cut into pieces
3 tablespoons tomato paste
3 medium tomatoes, peeled and pureed
3 cloves garlic, peeled
1/4 tsp cumin powder
1/4 tsp cardmom powder
1/4 tsp cinnamon powder
1/8 tsp black papper powder
Salt to taste
2 pcs bay leaves
2 pcs dried limes/ loomy
1.5 L water
5 baby onions, peeled
1 medium Zucchini*
1 carrot*
1 medium potato*- cut into large cubes
1 cup canned chickpeas
Regag Bread




Heat vegetable oil in a large non-stick saucepan, add & cook lamb from all sides golden brown.
Add tomato paste and stir for 3 minutes.
Add tomato pureed, garlic cloves, dried lime, baby onion & water. Bring to boil and simmer uncovered for over a low heat until the lamb is soft and tender.
Add potato, zucchini, carrot & chickpeas, simmer for 20 minutes or until vegetables are cooked.
Place the bread pieces over a large serving plate and pour on the stew sauce to soak the bread then place the remaining of the stew on top.
Cooking tips : You can use chicken to reduce fat content or only vegetable.

Sunday, July 29, 2012

Rice Pudding (Res/Roz Bil Haleeb)


Rice Pudding (Res/Roz Bil Haleeb)
Dessert asas yang terkenal di middle east tak kira masa terutama dalam bualan puasa. Rice pudding ni sangat senang penyediaanya dan sangat ekonomi. Ianya sangat lembut dan manis, tetapi tahap kemanisan tu pandai- pandai le kalau nak adjust. Lagi sedap kalau ditambahkan thick cream..lemak manis.

Bahan A
5 cawan air
3/4 cawan Egyptian rice

Bahan B
1 cmt orange blossom water
3/4 cawan susu tepung*
1 cawan air panas*- dibancuh bersama
1/2 cawan gula pasir


Bahan C (garnishing)
Pistachios/ almond flakes/ kelapa kering (ikut suka)



Dalam periuk, masak Bahan A hingga hancur seperti buat bubur nasi dengan api yang perlahan selama lebih kurang 1 jam.
Selepas nasi dah jadi seperti bubur masukan Bahan B dan gterus masak lagi hingga pekat denagn api yang paling perlahan selama 30 minit.
Sendukkan ke dalam manggkuk kecil- kecil/ hidangan.
Sedia untuk dihidangkan suam atau sejuk dengan taburan Bahan C