Sunday, July 29, 2012

Rice Pudding (Res/Roz Bil Haleeb)


Rice Pudding (Res/Roz Bil Haleeb)
Dessert asas yang terkenal di middle east tak kira masa terutama dalam bualan puasa. Rice pudding ni sangat senang penyediaanya dan sangat ekonomi. Ianya sangat lembut dan manis, tetapi tahap kemanisan tu pandai- pandai le kalau nak adjust. Lagi sedap kalau ditambahkan thick cream..lemak manis.

Bahan A
5 cawan air
3/4 cawan Egyptian rice

Bahan B
1 cmt orange blossom water
3/4 cawan susu tepung*
1 cawan air panas*- dibancuh bersama
1/2 cawan gula pasir


Bahan C (garnishing)
Pistachios/ almond flakes/ kelapa kering (ikut suka)



Dalam periuk, masak Bahan A hingga hancur seperti buat bubur nasi dengan api yang perlahan selama lebih kurang 1 jam.
Selepas nasi dah jadi seperti bubur masukan Bahan B dan gterus masak lagi hingga pekat denagn api yang paling perlahan selama 30 minit.
Sendukkan ke dalam manggkuk kecil- kecil/ hidangan.
Sedia untuk dihidangkan suam atau sejuk dengan taburan Bahan C

No comments:

Post a Comment