Wednesday, August 01, 2012

REZ MA KAMUN (CUMIN RICE HADRAMAUT YEMAN)



Lama dah tak masak cumin rice ni..ni masak untuk berbuka tadi.
Ni masak sikit je takat dua molot sekali ngap..malas nak masak banyak- banyak dan ulang - ulang makan kerana memang tak gemar makan makanan yang sama .. Hahahahaaaa...memang penat tapi nak ikut selera tekak sendiri so kenalah rajinkan diri..tapi bagi kawan- kawan yang nak masak banyak untuk tetamu di hari raya boleh rujuk resepi yang lepas- lepas kat my blog ni..selongkar je sure jumpa...Nasi cumin ni ala nasi kabsa Yemen la kot memang sedap dan wangi jer aroma cumin tu. Nak buat pon mudah jom tengok resepinye..:))

AYAM
1/2 ekor ayam- potong 2, cuci, rendam dengan cuka putih, bersihkan dan tos
1 helai daun bay
2 biji cardamom pods
1 biji bawang besar-potong 4
1 ulas bawang putih- potong 2
1/4 camt arabic mixed spices
1/4 camt corrainder powder
1/4 camt cumin powder
1/2 camt salt( secukup rasa)
air secukupnya untuk merebus ayam
Masukkan kesemua bahan di dalam periuk dan rebus sehingga ayam benar- benar empuk/ masak.
Matikan api, asingkan ayam dari stock dan ketepilkan.


Campurkan secubit cumin powder, garam dan black pepper powder bersama sedikit minyak zaitun dengan pewarna.
Lumurkan rata pada ayam dan susunkan ayam di atas tray, bakar dalam oven yang telah di panaskan selama 5-10 minit (180C), api atas bawah hingga golden.



CUMIN RICE
1 1/2 cawan basmathi- cuci, rendam ngan garam selam 1 jam & toskan
1/2 tsp yellow food coloring
1 ketul kiub ayam MAGGI
1 kuntum bunga cengkih*
2 biji cardamom*
1 btg kulit kayu manis*
1/4 tsp cumin powder*
1/4 tsp corainder powder*
1/4 tsp Arabic mixed spices
1/2 camt cumin seeds*
2 camb minyak masak
1/2 tsp rose water
Air secukupnya sbb ikut jenis beras. (lydia guna 1 Cawan beras:1.5 cawan air)

Toasted Pine nuts/alamonds **
Fressh chopped Corainder leave **- taburan/garnishing

Nasi
Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan bertanda, tumis sekejap.
Masukkan beras dan goring hingga semua bersalut selama 1 minit dan masukkan air panas/ stock ayam secukupnya.
Bila dah hampir kering cam nampak lubang2 air kat atas permukaan nasi tu, titiskan pewarna dan rose water, biarkan nasi ditanak seketika sehingga kering sedikit.
Gemburkan sedikit dan tanak semula seperti biasa dengan api yang paling kecil sehingga benar- benar masak.
Bila nasi dah masak dalam 10-15 minit, matikan api dan biarkan 5 minit jangan dibuka penutupnya.
Selepas 5 minit buka penutup periuk dan dembur- gemburkan sedikit nasi dengan garfu.
Tuangkan nasi di atas pinggan/ talam hidangan, taburkan pine nuts/almonds dan daun corainder**.
Sedia untuk dihidangkan bersama ayam bakar, salad, salsa tomato dan maraq ataupun sup kegemaran anda.
Selamat mencuba..






NOTE:- Jangan di kacau sangat, kalau nak nasi yang cantik tutup tudung periuk dengan aluminium foil dan tanak atas apai yang perlahan. Bila dah masak off kan api dan biarkan 5 minit baru digembur. Sementara menunggu nasik masak bolehlah bakar ayam dalam oven.

2 comments:

  1. Thank you for sharing, nampak macam sedap ni...akan saya cuba. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fizlynn..welkam, kalau macam sedap rasanya insha'Allah sedappp..kalau minat makanan arab jengah ler selalu ya
      shukran

      Delete