Monday, May 06, 2013

GRILL FISH WITH HERBS SAUDI STYLE


Ikan kerapu adalah salah satu ikan yag paling femes di Arab dan di sini ikan ni agak mahal sedikit. Selalunya iakn ni di masak dengan cara mengoreng with some spice dan tepung dimakan bersama roti pita Arab, sos tahina serta salad. Atau juga dimakan bersama nasi Arab white rice atau rice Shariye atau dimasak nasi sayadeh. Juga ada yang memanggang ikan ni bersama herbs seperti yang lydia buat ni. Resepi ni lydia dapat 6 tahu lalu dari seorang ibu tua arab iaitu Oum Fahad mama hajiah yang beada di Al Khobar Dammam Saudi. Ianya menjadi kegemaran my hubby dan my father in law. Honestly lydia tak suka ikan berherbs ni sbb lydia bukan pemakan sayur sangat banyak makanan lydia tak makan dari makan. Tapi kalau makan pon bahagian yang tak terkena herbs jer.. but trust me ikan herbs ni memang sedap.. Maaf tak sempat nk snap yang dah siap masak sebab lydia buat ni untuk my SIL yang tengah mengidam so masa keluar oven my Hubby balik terus bawa ke rumah adiknya so sebab tu la tiada gambar ikan yang dah dimasak..

GRILL FISH WITH HERBS SAUDI STYLE
Sumber:- Mama Hajiah Oum Fahad Al Khobar Saudi Arabia
Ikan kerapu (medium size belah belakang)
#Chopped dill
#Chopped parsely
#Chopped corainder
#Chopped onion
#Choppd onion
#Chopped tomatoes
#Sedikit tomato paste
1/2 lemon juice
*Loomy powder
*Black pepper
*Cumin powder
*Garam
*Kunyit powder
*Arab mix spice/ Sea foods spice
Olive oil
  
  • Campurkan kesemua bahan bertanda * hingga sebati dan bahagikan kepada 2 bahagian (1 untuk lumurkan pada ikan & 1 bahagian lagi untuk add dalam herbs).
  • Bersihkan ikan dan keringkan dengan kitchen towel sebaik mungkin dan lumurkan dengan lemon jus rata ke badan ikan, ketepikan seketika.
  
  • Add bahan bertanda# dan olive oil dalam mangkuk, add lebihan spices tadi dan ramaskan sedikit sehingga semuanya mesra sebati.
  • Lumur rata pada ikan (bahagian dalam je tau!)
  • Letakkan ikan di atas aluminium foil yang disapu sedikit minyak dan balut/bungkuskan ikan kemas.
  • Simpan dalam peti sejuk selam beberapa jam atau semalaman dan grill/bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 20 minit pada suhu 18C(ikut jenis oven dan saiz ikan gak yer).
  • After 20 minit buka foil



Friday, April 19, 2013

TALAM LAPIS KOLE KACANG


Tergoda tengok N3 di FB..nampak macam sedap. Seumur hidup memang tak pernah tahu kewujudan kue ni dan apatah lagi nak makan atau buatnya. Perkongsian resepi dari Zaharah Abu Bakar

Talam Lapis Kole Kacang
1200ml air
300ml santan pekat
250gm gula
75gm tepung kacang hijau
85gm  tepung honkwee putih
100 tepung ubi
150gm tepung gandum
2 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
Pewarna
Panaskan pengukus

Masak 500ml air bersama gula dan daun pandan hingga mendidih.
Masukkan santan dan padamkan api.(keluarkan daun pandan)
Masukkan lebihan baki air tadi.(bahan tersebut sudah menjadi suam apabila bercampur air)
Masukkan ke dalam blender dan masukkan juga tepung-tepung dan garam,
Bagikan adunan kepada 3 warna.
Alaskan loyang dengan plastik dan lengserkan dengan sedikit minyak masak.
Panaskan loyang di dalam pengukus
Masukkan sedikit adunan ke dalamnya dan kukus selama 5 minit.
Lakukan proses ke dalam adunan bewarna yang lain pulak.
Lakukan berselang seli sehingga adunan habis.
Untuk lapis yang terakhir kukus selama 15 minit.
Sejukkan adunan dan bolehlan dipotong dengan pisau.

Thursday, April 18, 2013

SINGGANG MILK FISH/IKAN SUSU


Makanan melayu yang paling sempoi lagi berkhasiat tak kira apa jua keadaan anda, sihat atau sakit. Yang berdiet pon boleh makan selalu tak jadi hal sebab ianya hanya rebusan tanpa minyak. Rupanya makanan ni juga femes kat Filipine dan deme panggil SININGGANG.. ada lagi satu makanan melayu femes kat Filipine dipanggil adobo..kalau melayu panggil amsak kicap la,..hehehhe

SINGGANG MILK FISH/IKAN SUSU
1 EKOR IKAN SUSU
1 KEPING ASAM GELUGOR (TAK DE GUNA AIR ASAM JAWA JER)
2 BIJI CILI (NK PEDAS BOH CILI API)
KACANG BENDI( KALAU KECIK TAK PAYAH POTONG, KALAU BESAR DIPOTONG DUA )
AIR SECUKUPNYA
GARAM SECUKUP RASA

BAHAN HIRIS
2 ULAS BAWANG PUTIH
2 ULAS BAWANG MERAH
1 BIJI BAWANG BESAR-POTONG BULAT
2 INCI LENGKUAS
1-2 BATANG SERAI-DITITIK
1 BIJI FRESH TOMATO -DIPOTONG 4

MASAK AIR BERSAMA BAHAN HIRIS, CILI, ASAM KEPING/AIR ASAM, GARAM SEHINGGA MENDIDIH DAN MASUKKAN IKAN, ERTA RENEHKAN SEHINGGA IKAN MASAK.
MASUKKAN KACANG BENDI DAN TOMATO. BILA DAH LAYU, MATIKAN API DAN HIDANGKAN.


DOH FATAYER ARABI BUNGA ROSE



Kali ni lydia buat roti versi bunga ros menggunakan doh fatayer.. malangnya fatayer yang dah siap di bako tak sempat nk snap sebab suami balik terus maakn..huhuh
DOH FATAYER ARABI
1camt Dry yeast*
1/2 cmt Gula*
200ml Air suam*
2C Tepung gandum
1/2 camt baking powder
2-3 tbs Virgin olive oil
secubit Garam
Paperoni
putih telur
Masukkan tepung dan garam dalam mangkuk besar.
Buatkan lubang di tengahnya dan masukkan campuran yeast(yeast,gula&air suam) dan minyak zaitun.Uli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal * elastik.
Bila doh dah sebati, lembut dan elastik serta tak melekat di mangkuk adunan, ketepikan & biarkan sehingga ianya naik 2x ganda. Bila doh dah naik 2X ganda bahagikan doh kpd bebarapa bebola kecil supaya senang nk canai.
   

 

  Canaikan memanjang potongkan setebal 1cm . (3-3.5cm lebar x 15cm panjang-ikut suka nk panjang/besar mana ikut saiz paperoni anda).
  Susunkan paperoni yang dipotong dua sepanjang doh tadi dan gulungkan sehingg habis menjadi bentuk bunga ros...
Susunkan di atas tray, sapukan dengan putih telur diatas fatayer bakar dalam oven yg telah dipanaskan (200C) selama 5-8 minit(ikut jenis oven & saiz) sehingga golden.

Tuesday, April 16, 2013

10 Kesalahan Popular Suami Kepada Isteri



Sekarang ini, kita banyak mendengar tentang berita-berita kes penceraian dalam keluarga Melayu Islam di Malaysia. Ada yang baru berkahwin tak sampai 2 minggu pun bercerai. Padahal, bercinta bertahun-tahun boleh pulak tahan. Isteri itu adalah amanah Allah kepada suami. Suami dipertanggungjawabkan terhadap isterinya.  Lydia tertarik dengan artikel ni maka izinkan Lydia sharekan dan moga dapat dimanafaatkan oleh kita bersama..
  
1. Tidak Mengajarkan AGAMA dan HUKUM syariat kepada isteri
Banyak kita dapati para isteri tidak mengetahui bagaimana cara solat yang betul, hukum haid & nifas, bertingkahlaku/berperilaku terhadap suami secara tidak syar’ie & tidak mendidik anak-anak secara Islam. Bahkan ada yang terjerumus ke dalam pelbagai jenis kesyirikan. Yang menjadi perhatian seorang isteri hanyalah bagaimana cara memasak & menghidangkan makanan tertentu, cara berdandan yang cantik dsb. Tidak lain semua kerana tuntutan suami, sedangkan masalah AGAMA, terutama ibadahnya tidak pernah ditanyakan oleh suami.
Padahal Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Hai orang–orang yang beriman, peliharalah dirimu & keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia & batu, penjaganya malaikat – malaikat yang kasar, keras & tidak mendurhakai Allah terhadap apa yg di perintahkan-Nya kpd mereka & selalu mengerjakan apa yang diperintakan” {Al-Quran, Surah At-Tahrim:6}
Maka para suami diminta untuk tidak sesekali mengaaikan hal ini, kerana semuanya akan diminta dipertanggungjawapkan keatasnya. Hendaklah benar-benar mengajarkan agama kepada isterinya, baik dilakukan sendiri atau melalui perantara. Antara lain yang dapat dilakukan; menghadiahkan buku-buku tentang Islam & hukum-hukumnya serta berbincang bersama-sama, kaset/cd ceramah, mengajak isterinya menghadiri ke majlis-majlis ILMU yang disampaikan oleh orang-orang yang berilmu dsb.. (yang paling praktikal.. ajaklah solat berjemaah di rumah atau di surau/masjid misalnya)

2. Suka Mencari Kekurangan & Kesalahan Isteri
Dalam suatu hadith riwayat Bukhari & Muslim, Rasulullah s.a.w melarang lelaki yang berpergian dalam waktu yang lama, pulang menemui keluarganya di waktu malam, kerana dikhuatirkan akan mendapati berbagai kekurangan isteri & cela isterinya. Bahkan suami diminta bersabar & menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya, juga ketika isteri tidak melaksanakan kewajipannya. Kerana suami juga mempunyai kekurangan & celaan seperti sabda Rasulullah:
“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” {H.R. Muslim}

3. Memberi Hukuman yang Tidak Sesuai Dengan Kesalahan Isteri
Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri, antara lain iaitu:
(a) Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman {sila rujuk Al-Quran, Surah An-Nisa : 34}
(b) Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara syar’ie {sila rujuk Al-Quran, Surah Ath-Thalaq : 1}
(c) Memukul wajah, mencela dan menghina.
Dalam as-Sunan dan al-Musnan dari Mu’awiyah bin Haidah al-Qusyairi bahawa ia berkata: “Ya Rasulullah, apakah HAK isteri atas suaminya? Nabi s.a.w menjawab:
“Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menjelek-jelekkan & tidak menghajar(boikot) kecuali di dalam rumah.” {H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani}

4. Culas Dalam Memberi Nafkah Kepada Isteri
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.” {Al-Quran, Surah Al-Baqarah : 233}
Isteri BERHAK mendapatkan nafkah, kerana dia telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh & mendidik anak-anaknya. Dan jika isteri mendapati suaminya culas dalam memberi nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran syar’ie, maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi keperluannya secara ma’ruf (tidak berlebihan) meskipun tanpa sepengetahuan suaminya.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” {Muttafaq ‘alaih}

5. Sikap Keras, Kasar, Tidak Lembut Terhadap Isteri
Rasulullah s.a.w bersabda: “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” {H.R. at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani}
Maka suami hendaklah berakhlak baik terhadap isterinya dengan bersikap lembut & menjauhi sikap kasar.

6. Kesombongan Suami Membantu Isteri Dalam Urusan Rumahtangga
Ini kesalahan yang paling banyak MENJANGKITI para suami. Padahal lelaki yang paling UTAMA yakni Rasulullah s.a.w tidak segan silu membantu pekerjaan isterinya.
Ketika Aisyah r.ha ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w di rumahnya, beliau menjawab:- Beliau membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” {H.R. Bukhari}

7. Menyebarkan Rahsia dan Aib Isterinya
“Sesungguhnya diantara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya & isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya.” {H.R. Muslim}
Dalam hadith ini diHARAMkan seorang suami menyebarkan apa yang terjadi antara dia dengan isterinya terutamanya di tempat tidur. Juga diharamkan menyebutkan perinciannya, serta apa yang terjadi pada isterinya baik berupa perkataan mahupun perbuatan lainnya.

8. Sikap Terburu-buru Dalam Menceraikan Isteri
Wahai suami yang mulia, sesungguhnya hubungan antara engkau & isterimu adalah hubungan yang kuat lagi suci, oleh keranyalah Islam menganggap penceraian adalah perkara besar yang tidak boleh diremehkan kerana penceraian akan menyeret kepada kerosakan, kacau bilaunya pendidikan anak dsb. Dan hendaknya perkataan cerai/talak itu tidak digunakan sebagai bahan gurauan/mainan. Kerana Rasulullah s.a.w teleh bersabda:
“Ada 3 hal yang kesungguhannya dan gurauannya sama-sama dianggap sungguh-sungguh iaitu: NIKAH, TALAK (cerai) dan RUJUK.” {H.R. Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai “hasan” oleh asy-Syeikh Albani}
Memang perselisihan antara suami isteri sering terjadi kadang sampai mengarah kepada penceraian. Akan tetapi penceraian ini tidak boleh dijadikan sebagai langkah pertama dalam penyelesaian perselisihan ini. Bahkan harus diusahakan berbagai cara untuk menyelesaikannya, keran kemungkinan besar akan banyak rasa penyesalan yg ditimbulkan dikemudian hari kelak.
Rasulullah s.a.w bersabda:- “Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian ia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera terbaik.” {H.R. Muslim}

9. Berpoligami Tanpa Memperhatikan Ketentuan Syari’at
Menikah untuk kedua kali, ketiga dan keempat kali merupakan salah satu perkara yang Allah syariatkan. Akan tetapi yang menjadi catatan di sini bahawa sebahagian orang yang ingin menerapkan syariat ini/telah menerapkannya tidak memperhatikan sikapnya yang tidak memenuhi kewajipan serta tanggungjawab terhadap isteri. Terutama isteri pertama & anak-anaknya.
“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja.” {Al-Quran, Surah An-Nisa : 3}
Sikap ini merupakan KEADILAN yang diperintahkan Allah s.w.t. Memang benar berpoligami merupakan syariat Islam, tetapi jika seseorang tidak mampu melaksanakannya dengan baik & tidak memenuhi syarat-syaratnya atau tidak boleh memikul tanggungjawabnya, hal ini boleh menjuruskan kerosakan sesebuah rumahtangga, menghancurkan anak-anak & menambah permasalahan keluarga & juga kepada masyarakat. Maka fikirkanlah akibatnya & perhatikanlah dengan saksama perkaranya sebelum masuk ke’dalam’nya.

10. Lemahnya Kecemburuan
Para suami memBIARkan keelokan, keindahan & kecantikan isterinya DINIKMATI & DIPERTONTONkan oleh ramai orang. Dia memBIARkan isterinya menampakkan auratnya ketika keluar rumah, membiarkan berkumpul dengan lelaki-lelaki lain. Bahkan sebahagian ada yang BANGGA kerana telah memiliki isteri yang cantik yang boleh dinikmati ‘pandangan’ kebanyakan orang. Padahal wanita dimata Islam adalah makhluk yang SANGAT mulia, sehingga keindahan & keelokannya hanya diperuntukkan atau DIKHUSUSkan buat suaminya sahaja tidak sesekali di’jaja’ kemana-mana pun.
Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap istrinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yang BUKAN mahram.
“Ditusukkan kepala seorang lelaki dengan jarum dari besi lebih baik daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” {lihat dalam ash-Shahihah : 226}
Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya, dia akan memperhatikan sabda Rasulullah s.a.w:-  “Janganlah kalian masuk menemui para wanita.” lalu seorang Ansar berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan al-hamwu (kerabat suami)?” Beliau mengatakan, “Al- hamwu adalah kematian.” {Muttafaq ‘alaih}
Perhatikan juga ancaman Rasulullah s.a.w terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri):-  “Tiga golongan yang Allah s.w.t tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts” {H.R. An-Nasa’i dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674}
Dan ad-Dayyuts (dayus) adalah LELAKI yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya.
Semoga bermanfaat buat kita semua.. InsyaAllah.
Sumber: Syahirul