Sekarang ini, kita banyak mendengar tentang berita-berita kes penceraian dalam
keluarga Melayu Islam di Malaysia. Ada yang baru berkahwin tak sampai 2 minggu
pun bercerai. Padahal, bercinta bertahun-tahun boleh pulak tahan. Isteri itu
adalah amanah Allah kepada suami. Suami dipertanggungjawabkan terhadap isterinya. Lydia tertarik dengan artikel ni maka izinkan Lydia sharekan dan moga dapat dimanafaatkan oleh kita bersama..
1. Tidak
Mengajarkan AGAMA dan HUKUM syariat kepada isteri
Banyak kita
dapati para isteri tidak mengetahui bagaimana cara solat yang betul, hukum haid
& nifas, bertingkahlaku/berperilaku terhadap suami secara tidak syar’ie
& tidak mendidik anak-anak secara Islam. Bahkan ada yang terjerumus ke dalam
pelbagai jenis kesyirikan. Yang menjadi perhatian seorang isteri hanyalah
bagaimana cara memasak & menghidangkan makanan tertentu, cara berdandan
yang cantik dsb. Tidak lain semua kerana tuntutan suami, sedangkan masalah AGAMA,
terutama ibadahnya tidak pernah ditanyakan oleh suami.
Padahal Allah s.w.t berfirman yang
bermaksud:
“Hai
orang–orang yang beriman, peliharalah dirimu & keluargamu dari api neraka
yang bahan bakarnya adalah manusia & batu, penjaganya malaikat – malaikat
yang kasar, keras & tidak mendurhakai Allah terhadap apa yg di
perintahkan-Nya kpd mereka & selalu mengerjakan apa yang diperintakan”
{Al-Quran, Surah At-Tahrim:6}
Maka para suami diminta untuk tidak
sesekali mengaaikan hal ini, kerana semuanya akan diminta
dipertanggungjawapkan keatasnya. Hendaklah benar-benar mengajarkan agama kepada
isterinya, baik dilakukan sendiri atau melalui perantara.
Antara lain yang dapat dilakukan; menghadiahkan buku-buku tentang Islam &
hukum-hukumnya serta berbincang bersama-sama, kaset/cd ceramah, mengajak
isterinya menghadiri ke majlis-majlis ILMU yang disampaikan oleh orang-orang
yang berilmu dsb.. (yang paling praktikal.. ajaklah solat berjemaah di rumah
atau di surau/masjid misalnya)
2. Suka
Mencari Kekurangan & Kesalahan Isteri
Dalam suatu hadith riwayat Bukhari &
Muslim, Rasulullah s.a.w melarang lelaki yang berpergian dalam waktu yang lama,
pulang menemui keluarganya di waktu malam, kerana dikhuatirkan akan mendapati
berbagai kekurangan isteri & cela isterinya. Bahkan suami diminta
bersabar & menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya, juga
ketika isteri tidak melaksanakan kewajipannya. Kerana suami
juga mempunyai kekurangan & celaan seperti sabda Rasulullah:
“Janganlah
seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak
menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” {H.R.
Muslim}
3.
Memberi Hukuman yang Tidak Sesuai Dengan Kesalahan Isteri
Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap
isteri, antara lain iaitu:
(a) Menggunakan
pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman {sila rujuk Al-Quran, Surah An-Nisa
: 34}
(b) Mengusir
isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara syar’ie {sila rujuk Al-Quran,
Surah Ath-Thalaq : 1}
(c) Memukul
wajah, mencela dan menghina.
Dalam as-Sunan
dan al-Musnan dari Mu’awiyah bin Haidah al-Qusyairi bahawa ia berkata: “Ya
Rasulullah, apakah HAK isteri atas suaminya? Nabi s.a.w menjawab:
“Hendaklah
engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau
berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menjelek-jelekkan & tidak
menghajar(boikot) kecuali di dalam rumah.” {H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh
Syeikh Albani}
4. Culas Dalam
Memberi Nafkah Kepada Isteri
“Dan ibu-ibu
hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang
yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi
makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah
diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan
seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan)
seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung
kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri
mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh)
mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan
jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada
salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan
cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah,
sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.” {Al-Quran,
Surah Al-Baqarah : 233}
Isteri BERHAK
mendapatkan nafkah, kerana dia telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati
suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh & mendidik anak-anaknya.
Dan jika isteri mendapati suaminya culas dalam memberi nafkah, bakhil, tidak
memberikan nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran syar’ie, maka dia boleh
mengambil harta suami untuk mencukupi keperluannya secara ma’ruf (tidak
berlebihan) meskipun tanpa sepengetahuan suaminya.
Sabda
Rasulullah s.a.w:
“Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” {Muttafaq ‘alaih}
“Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” {Muttafaq ‘alaih}
5. Sikap
Keras, Kasar, Tidak Lembut Terhadap Isteri
Rasulullah s.a.w bersabda: “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” {H.R. at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani}
Rasulullah s.a.w bersabda: “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” {H.R. at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani}
Maka suami hendaklah berakhlak baik
terhadap isterinya dengan bersikap lembut & menjauhi sikap kasar.
6. Kesombongan Suami Membantu Isteri Dalam Urusan Rumahtangga
Ini kesalahan yang paling banyak
MENJANGKITI para suami. Padahal lelaki yang paling UTAMA yakni Rasulullah s.a.w
tidak segan silu membantu pekerjaan isterinya.
Ketika Aisyah
r.ha ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w di rumahnya, beliau
menjawab:- “Beliau
membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu solat, maka beliau pun
keluar untuk solat.” {H.R. Bukhari}
7. Menyebarkan
Rahsia dan Aib Isterinya
“Sesungguhnya
diantara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat
adalah seseorang yang menggauli isterinya & isterinya menggaulinya kemudian
dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya.” {H.R. Muslim}
Dalam hadith
ini diHARAMkan seorang suami menyebarkan apa yang terjadi antara dia dengan
isterinya terutamanya di tempat tidur. Juga diharamkan menyebutkan perinciannya, serta apa yang
terjadi pada isterinya baik berupa perkataan mahupun perbuatan lainnya.
8. Sikap
Terburu-buru Dalam Menceraikan Isteri
Wahai suami yang mulia, sesungguhnya
hubungan antara engkau & isterimu adalah hubungan yang kuat lagi suci, oleh
keranyalah Islam menganggap penceraian adalah perkara besar yang tidak boleh
diremehkan kerana penceraian akan menyeret kepada kerosakan, kacau bilaunya
pendidikan anak dsb. Dan hendaknya perkataan cerai/talak itu tidak digunakan
sebagai bahan gurauan/mainan. Kerana Rasulullah s.a.w teleh bersabda:
“Ada 3 hal
yang kesungguhannya dan gurauannya sama-sama dianggap sungguh-sungguh iaitu:
NIKAH, TALAK (cerai) dan RUJUK.” {H.R. Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah,
dinilai “hasan” oleh asy-Syeikh Albani}
Memang perselisihan antara suami isteri
sering terjadi kadang sampai mengarah kepada penceraian. Akan tetapi penceraian
ini tidak boleh dijadikan sebagai langkah pertama dalam penyelesaian
perselisihan ini. Bahkan harus diusahakan berbagai cara untuk menyelesaikannya,
keran kemungkinan besar akan banyak rasa penyesalan yg ditimbulkan dikemudian
hari kelak.
Rasulullah
s.a.w bersabda:- “Sesungguhnya
Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian ia mengutus para
tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling
besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan
melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum
melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah
menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun
mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera
terbaik.” {H.R. Muslim}
9. Berpoligami
Tanpa Memperhatikan Ketentuan Syari’at
Menikah untuk kedua kali, ketiga dan
keempat kali merupakan salah satu perkara yang Allah syariatkan. Akan tetapi
yang menjadi catatan di sini bahawa sebahagian orang yang ingin menerapkan
syariat ini/telah menerapkannya tidak memperhatikan sikapnya yang tidak
memenuhi kewajipan serta tanggungjawab terhadap isteri. Terutama isteri pertama
& anak-anaknya.
“Kemudian jika
kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja.”
{Al-Quran, Surah An-Nisa : 3}
Sikap ini merupakan KEADILAN yang
diperintahkan Allah s.w.t. Memang benar berpoligami merupakan syariat Islam,
tetapi jika seseorang tidak mampu melaksanakannya dengan baik & tidak
memenuhi syarat-syaratnya atau tidak boleh memikul tanggungjawabnya, hal ini
boleh menjuruskan kerosakan sesebuah rumahtangga, menghancurkan anak-anak &
menambah permasalahan keluarga & juga kepada masyarakat. Maka fikirkanlah
akibatnya & perhatikanlah dengan saksama perkaranya sebelum masuk
ke’dalam’nya.
10. Lemahnya
Kecemburuan
Para suami
memBIARkan keelokan, keindahan & kecantikan isterinya DINIKMATI &
DIPERTONTONkan oleh ramai orang. Dia memBIARkan isterinya menampakkan auratnya
ketika keluar rumah, membiarkan berkumpul dengan lelaki-lelaki lain. Bahkan sebahagian ada yang BANGGA kerana
telah memiliki isteri yang cantik yang boleh dinikmati ‘pandangan’ kebanyakan
orang. Padahal wanita dimata Islam adalah makhluk yang SANGAT mulia, sehingga
keindahan & keelokannya hanya diperuntukkan atau DIKHUSUSkan buat suaminya
sahaja tidak sesekali di’jaja’ kemana-mana pun.
Seorang suami yang memiliki kecemburuan
terhadap istrinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yang
BUKAN mahram.
“Ditusukkan
kepala seorang lelaki dengan jarum dari besi lebih baik daripada dia menyentuh
seorang wanita yang tidak halal baginya.” {lihat dalam ash-Shahihah : 226}
Seorang suami yang memiliki kecemburuan
terhadap isterinya, dia akan memperhatikan sabda Rasulullah s.a.w:- “Janganlah
kalian masuk menemui para wanita.” lalu seorang Ansar berkata, “Wahai
Rasulullah, bagaimana dengan al-hamwu (kerabat suami)?” Beliau mengatakan, “Al-
hamwu adalah kematian.” {Muttafaq ‘alaih}
Perhatikan juga ancaman Rasulullah s.a.w
terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri):- “Tiga golongan
yang Allah s.w.t tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang
yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan
ad-Dayyuts” {H.R. An-Nasa’i dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat
ash-Shahihah : 674}
Dan ad-Dayyuts (dayus) adalah LELAKI yang
tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya.
Semoga bermanfaat buat kita semua..
InsyaAllah.
Sumber: Syahirul
No comments:
Post a Comment