Friday, July 13, 2012

SUP IKAN MERAH SEMPOI




SUP IKAN MERAH SEMPOI

Assalamualikum semua..moga kalian dalam rahmat Allah SWT selalu. Semenjak dua menjak ni tak tahu menu apa yang haru dimasak sebab setiap kali masak selalu jer buang.. almaklumlah makan sorang- sorang gini la jadinya, tapi kalau makan berkawan- kawan tu pulak dah macam lupa diri. Semalam dok sibuk ngemas dan check freezer ternampak ikan merah sePACK..hahahhahaaa.. hampir sebulan belinlupa nak masak. Oleh kerana niat beli ikan merah ni pon nak buat sup maka gagahkan diri gak buatkan sup ni for my lunch 2day..Dah lama tak makan sup ikan merah sekali makan seko ikan ni habis semua Lydia bedal. Lydia memang fanatik sangat ngan sup, tak kira apa sup asal sedap, paling sedap kalau dapat daging lagi la mengaum.. waaaaa.. bebel panjang lak jom tengok my simple resepi kat bawah dan silalh cuba, sesuai dimakan dalam bualan puasa sebab sup cam gini tak berminyak sangat.. Terima kasih atas kunjungan anda.

1 ekor ikan merah
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji bawang merah kecil-dihiris halus
Daun sup untuk hiasan
carrots jika suka


Rempah tumis:-
2 biji bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia *
1/4 camt lada sulah powder* (*ditumbuk halus)
1/4 camt cummin powder
1/4 camt corrainder powder
1/4 camt annise seeds powder
Garam secukup rasa
Ikan dibersihkan, di potong ikut suka dan perap dgn limau dan garam utk 10 minit. Bilas kembali dan toskan. Satukan rempah tumis. Panaskan minyak dalam periuk (kurang lebih 3 camb+-), tumis, bawang merah yang dihiris halus hingga garing(golden brown),angkat dan ketepikan. Tumiskan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga hingga wangi. Masukkan rempah tadi dan tumis hingga pecah minyak. Gunakan api perlahan. Masukkan air secukupnya (kurang lebih 1 liter+-). Biarkan mendidih. Masukkan ikan dan carrot, masak dgn api sederhana hingga ikan masak (kurang lebih 15 minit). Perasakan dgn garam. Sebelum makan taburkan hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng.
Selamat mencuba

Wednesday, July 11, 2012

ARABIC WHITE RICE



ARABIC WHITE RICE


2 cups Basmati rice
3 cups hot boiling water (+-)
1/4 cup oil
1 /2 cip frozen green beans
1 stick cinnimon
1/3 tsp cardamom powder

salted water for half and hour.
In a medium casserole, heat oil and fry cardamom and cinnamom til fragrants.
Add rice and fry for 1-2 minutes until transparent, add hot bioling water and salt to taste.
Add green beans while water is boiling.
Let them boil for 10 minutes, stirring gently.
Cover tightly and simmer 30 minutes over low heat until rice is dry and fluffy.
Bring into the platter, sprinkle some nuts or choped corainder leave/ fry onion on the top rice.
Enjoy with dakous and maraq!

KUE LAPIS PECAH TANAH

Assalamualaikum... Salam sejahtera semua moga kita semua dalam rahmat Allah selalu. Memang TERINGIN sangat nak makan kue lapis ni tapi penyakit MALAS sentiasa ada tu yang buat semua tak menjadi..bukan apa la kan..kan..kan.. kesibukan menyiapkan tugasan seharian, menyebabkan Lydia jadi penat dan tambahan pula nak puasa ni, macam- macam benda nak dinuat namun demikian otak tu tetap juga sibuk memikirkan tentang idea dan resepi-resepi yang baru untuk dicuba tapi pa kan daya kudrat

ku tak sekuat mana..
Kue ni dinamakan pecah tanah sebab merasmikan kukusan baru hadiah dari sahabat di sini sempena hari lahirku lepas.. tak sangka dalam satu malam tu Lydia siapkan dua jenis kue melayu sekali gus..kue lapis dan pulut seri muka..tak cukup tu siap buat nasik lemak lagi, hehheheeeeee..angin taufan padang pasir kuat betul hari tu yer..
Resepi ni dapat kat umah Naz COSK..sedap cepat dan alhamdulillah menjadi..terima kasih Naz..dapatlah 2 prang teman ku merasa kue ni sebab almaklumlah sorang- sorang mana leh habis..
NAz izinkan Lydia CNP ya..thanks, moga Allah memberkati ilmu yang anda kongsiakn ni:)

KUIH LAPIS aka KUIH GENGGANG
1 cawan tepung beras
2/3 cawan tepung ubi
1/2 cawan dan 1/3 cawan gula + 2/3 cawan air - Larutkan di atas api dapur
400 ml santan + 1/3 cawan air
1 tbsp(sudu besar) sirap rose
Beberapa titis pewarna merah
Campurkan tepung beras dan tepung ubi di dalam sebuah mangkuk besar.
Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil mengacau agar tidak berketul-ketul. Masukkan air gula yang telah dilarutkan tadi.
Kacau rata.
Pastikan tiada ketulan-ketulan.
Bahagi 2 adunan dan warnakan salah satu adunan dengan warna merah dan masukkan sirap rose.
Kacau biar sebati.
Panaskan kukusan.
Apabila air kukusan menggelegak, kukus kuih selapis demi selapis berselang-seli warnanya di dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak masak agar senang mengeluarkan kuih nanti.

ROZ/REZ SAYADEH (RICE WITH FISH ARABIC STYLE)





ROZ/REZ SAYADEH (RICE WITH FISH ARABIC STYLE)
Assalamualikum kepada kengkawan yang setia singgah kat blog Lydia..
Memang sejak kebelakangan ni Lydia jarang post N3 disebabkan oleh beberapa faktor luaran dan dalaman serta cuaca yang tak menetu menjadikan keMALASAN makin menebal, nak ikutkan N3 tu banyak tapi network very poor dan fenant maka terbantut segalanya..
Ok berbalik pasal N3 hari ni.. Ini adalah resipi tradisional Arab Saudi untuk hidangan tradisi ikan dengan limau, bawang dan rempah(Bharat)dihidangkan dengan nasi. Resepi ni dah lama tersimpan kat folder tapi tak pernah buat sebab belum sampai seru..tapi hari ni Lydia sampai seru maka terhasillah nasi ni untuk En. Huby. Semalam tanya nak makan nasi Sayadeh tak? jawabnya tak mau makan nasi tu sebab dia pernah makan kat UAE katanya tak sedap.. Kenapa? Ok nak citer sikit..versi yang asli berasal dari Lubnan, rasanya sikit manis sebab bawang tu digoreng dengan gula hingag hingga golden brown..memang tak lalu pon sebab Lydia sefamily memang tak pernah masak letak gula dalam masakan kecuali air dan manisan jer...:) Tapi ari ni Lydia buat bodo masak nasi ni walaupun dah tahu my hb kata dia tak suka... bila my hb balik umah nak lunch dia tengok nasik ni muka berubah macam kureng suka, Lydia buat dek...dia makan. lama- lama makin laju makannya dan siap ucap shukran lagi sebab katanya LAZIZAH(sedap ...). Alhamdulillah, jom tengok my versi dan cuba buat..


ikan

2 ekor ikan hamur (medium saiz
minyak masak-deep fry
1/2 biji lemon-diperah jusnya
1 camt arabic mix spices#
1 camt cumin powder#
garam dan lada hitam secukup rasa#( digaul bersama)
1/4 cawan tepung gandum
Sementara menunggu nasi masak sediakan..
Ikan yang dibersihkan dipotong kepada 3 bahagian dan ditoskan lebihan airnya.
Masukakn perahan lemon ke atas ikan dan biarkan seketika hingga meresap jusnya.
Masukkan bahan bertanda# dan gaul sebati..(tinggalkan sedikit rempah ratus campur ni dalam 1 camt ) dan biarkan seketiaka dalam 30 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, sebelum goreng ikan lumurkan ikan dengan tepung gandum yang dicampurkan dengan lebihan rempah tadi dan goreng hingga garing.
Angkat dan ketepikan

Nasi

1 1/2 cawan basmathi-cuci,rendam air garam selama 1 jam dan toskan
1 labu besar bawang, didadu kasar
2 cawan stok ikan
4 camb minyak masak
1/4 camt cumin powder*
1/4 camt arabic mixed spices*
kulit kayu manis*
garam secukup rasa jika perlu
2 camb roasted pine nuts
2 camb chopped fresh corainder leave

Panaskan minyak daalm periuk dan goreng bawang hingga garing, macam bawang goreng tu la..dan apabila bawang dah garing(bukan hangus ya) masukkan beras serta bahan bertanda*, goreng selama 2-3 minit hingga beras menjadi transparent dan sebati rempah ratusnya.
Kemudian masukkan stock ikan( kalau tak de tak boh pon tak per).
Masak hingga mendidih dengan api yang besar dan tutupkan periuk dengan penutupnya.
Bila air hampir kering, kacau nasi gengan garfu perlahan-lahan, dan perlahankan api serta tutup kembali periuk dengan kemas dan tanaklah nasi seperti biasa sehingga nasi masak.
Apabila nasi masak matikana pi dan biarkan 5 minit, jangan dikacau kerana takut nasi patah tak cantik.
Selepas 5 minit gemburkan sedikat nasi menggunakan garfu dan hidangkan di atas pinggan hidangan dan susunkan ikan di atasnya dan taburkan chopped corainder leave berserta pine nut.
Sedia untuk dihidangkan bersama dakous atau salsa tomato dan salata(salad)..
Selamat mencuba:))

Sunday, July 01, 2012

KEK COKLAT PUDING KARAMEL



Kek ni Lydia ternampak kat umah kak Ummi Ziahadi, nampak menggoda tol, over then 2 months dok simpan niat nak baut at last tercapai gak hajat nak merasa.. Kek Coklat Puding Karamel ni sedap sangat terutama bial sejuk. terima kasih kak Ummi atas perkongsian resepi yang sedap ni.. Jom buaatttt dan makan!!....

KEK COKLAT PUDING KARAMEL
Sumber : Chahaya Sheila/ Ummi Zaihadi


A) Bahan (Gula Karamel)
2 camb gula pasir (jangan lebih, nanti kalau terlalu banyak lelehan pada kek lak)
Taburkan pada dasar acuan silikon dan bakar pada suhu 180 C selama 5 - 8 minit/gula mencair perang keemasan (suhu bergantung kpd oven masing2.
Oven akan berasap sekejap sebab kita bakar gula jangan panik ya jap jer)

B) Bahan Puding Karamel

3 biji kuning telor
1 cawan susu cair*
3/4 cawan susu pekat manis
1/2 sudu teh esen vanila
Kacau sebati semua bahan perlahan- lahan jer tau)
Tapiskan dan tuang atas gula karamel/gula hangus tadi.
Bakar sekejap dalam oven dengan kaedah "bain-marie" (letak loyang kek dalam loyang berisi air) selama lebih kurang 20 minit menggunakan api ats bawah pada suhu 160C hingga nampak mengeras sikit/pekat sikit permukaan puding tu,jangan terlampau keras lak, nanti takleh sebati dengan kek.
Ketepikan dan sejukkan puding lebih kurang 30 minit,sementara bakar tu sediakan adunan kek coklat.)

(C) Bahan Kek Coklat

1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat manis
1/2 cawan gula (kalau nak manis letak 3/4C)
1 cawan minyak masak *
2 sudu besar mentega yang dilembutkan * (bahan * disebatikan bersama)
3/4 cawan tepung gandum *
1 sudu teh soda bikarbonat *
1 sudu teh baking powder * (bahan * diayak bersama)
4 biji telor - blend hingga halus
Campurkan dalam periuk serbuk koko, susu cair, susu pekat manis, gula, minyak masak dan mentega.
Masak sambil dikacau selalu dengan api perlahan hingga semua bahan larut.
Sejukkan sebentar.
Masukkan telor yang telah diblend ke dalam adunan coklat, kacau sebati.
Kemudian masukkan tepung dan kacau dengan senduk atau spatula jer.
Kacau sebati semuanya.
Tuang ke atas adunan puding karamel tadi perlahan-lahan (tuang atas sudu dulu di permukaan puding agar tidak pecah).
Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam secara "bain-marie" hingga kek masak sepenuhnya. Sejukkan lebihkurang setengah jam atau lebih baru diterbalikkan ke dalam pinggan hidangan.. SELAMAT MENCUBA..