This Blog dedicated to all viewers to share and try my recipes, to enjoy MY HOMEMADE cooking and baking from Middle East 2Ur house to all food lovers. 10Q very much 2all because viewing my BLOG, HAVE A FUN and PLEASE COME AGAIN. Shukran Jazilan.
Friday, July 13, 2012
SUP IKAN MERAH SEMPOI
SUP IKAN MERAH SEMPOI
Assalamualikum semua..moga kalian dalam rahmat Allah SWT selalu. Semenjak dua menjak ni tak tahu menu apa yang haru dimasak sebab setiap kali masak selalu jer buang.. almaklumlah makan sorang- sorang gini la jadinya, tapi kalau makan berkawan- kawan tu pulak dah macam lupa diri. Semalam dok sibuk ngemas dan check freezer ternampak ikan merah sePACK..hahahhahaaa.. hampir sebulan belinlupa nak masak. Oleh kerana niat beli ikan merah ni pon nak buat sup maka gagahkan diri gak buatkan sup ni for my lunch 2day..Dah lama tak makan sup ikan merah sekali makan seko ikan ni habis semua Lydia bedal. Lydia memang fanatik sangat ngan sup, tak kira apa sup asal sedap, paling sedap kalau dapat daging lagi la mengaum.. waaaaa.. bebel panjang lak jom tengok my simple resepi kat bawah dan silalh cuba, sesuai dimakan dalam bualan puasa sebab sup cam gini tak berminyak sangat.. Terima kasih atas kunjungan anda.
1 ekor ikan merah
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji bawang merah kecil-dihiris halus
Daun sup untuk hiasan
carrots jika suka
Rempah tumis:-
2 biji bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia *
1/4 camt lada sulah powder* (*ditumbuk halus)
1/4 camt cummin powder
1/4 camt corrainder powder
1/4 camt annise seeds powder
Garam secukup rasa
Ikan dibersihkan, di potong ikut suka dan perap dgn limau dan garam utk 10 minit. Bilas kembali dan toskan. Satukan rempah tumis. Panaskan minyak dalam periuk (kurang lebih 3 camb+-), tumis, bawang merah yang dihiris halus hingga garing(golden brown),angkat dan ketepikan. Tumiskan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga hingga wangi. Masukkan rempah tadi dan tumis hingga pecah minyak. Gunakan api perlahan. Masukkan air secukupnya (kurang lebih 1 liter+-). Biarkan mendidih. Masukkan ikan dan carrot, masak dgn api sederhana hingga ikan masak (kurang lebih 15 minit). Perasakan dgn garam. Sebelum makan taburkan hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng.
Selamat mencuba
Label:
Seafoods
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment