Wednesday, July 11, 2012

ROZ/REZ SAYADEH (RICE WITH FISH ARABIC STYLE)





ROZ/REZ SAYADEH (RICE WITH FISH ARABIC STYLE)
Assalamualikum kepada kengkawan yang setia singgah kat blog Lydia..
Memang sejak kebelakangan ni Lydia jarang post N3 disebabkan oleh beberapa faktor luaran dan dalaman serta cuaca yang tak menetu menjadikan keMALASAN makin menebal, nak ikutkan N3 tu banyak tapi network very poor dan fenant maka terbantut segalanya..
Ok berbalik pasal N3 hari ni.. Ini adalah resipi tradisional Arab Saudi untuk hidangan tradisi ikan dengan limau, bawang dan rempah(Bharat)dihidangkan dengan nasi. Resepi ni dah lama tersimpan kat folder tapi tak pernah buat sebab belum sampai seru..tapi hari ni Lydia sampai seru maka terhasillah nasi ni untuk En. Huby. Semalam tanya nak makan nasi Sayadeh tak? jawabnya tak mau makan nasi tu sebab dia pernah makan kat UAE katanya tak sedap.. Kenapa? Ok nak citer sikit..versi yang asli berasal dari Lubnan, rasanya sikit manis sebab bawang tu digoreng dengan gula hingag hingga golden brown..memang tak lalu pon sebab Lydia sefamily memang tak pernah masak letak gula dalam masakan kecuali air dan manisan jer...:) Tapi ari ni Lydia buat bodo masak nasi ni walaupun dah tahu my hb kata dia tak suka... bila my hb balik umah nak lunch dia tengok nasik ni muka berubah macam kureng suka, Lydia buat dek...dia makan. lama- lama makin laju makannya dan siap ucap shukran lagi sebab katanya LAZIZAH(sedap ...). Alhamdulillah, jom tengok my versi dan cuba buat..


ikan

2 ekor ikan hamur (medium saiz
minyak masak-deep fry
1/2 biji lemon-diperah jusnya
1 camt arabic mix spices#
1 camt cumin powder#
garam dan lada hitam secukup rasa#( digaul bersama)
1/4 cawan tepung gandum
Sementara menunggu nasi masak sediakan..
Ikan yang dibersihkan dipotong kepada 3 bahagian dan ditoskan lebihan airnya.
Masukakn perahan lemon ke atas ikan dan biarkan seketika hingga meresap jusnya.
Masukkan bahan bertanda# dan gaul sebati..(tinggalkan sedikit rempah ratus campur ni dalam 1 camt ) dan biarkan seketiaka dalam 30 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, sebelum goreng ikan lumurkan ikan dengan tepung gandum yang dicampurkan dengan lebihan rempah tadi dan goreng hingga garing.
Angkat dan ketepikan

Nasi

1 1/2 cawan basmathi-cuci,rendam air garam selama 1 jam dan toskan
1 labu besar bawang, didadu kasar
2 cawan stok ikan
4 camb minyak masak
1/4 camt cumin powder*
1/4 camt arabic mixed spices*
kulit kayu manis*
garam secukup rasa jika perlu
2 camb roasted pine nuts
2 camb chopped fresh corainder leave

Panaskan minyak daalm periuk dan goreng bawang hingga garing, macam bawang goreng tu la..dan apabila bawang dah garing(bukan hangus ya) masukkan beras serta bahan bertanda*, goreng selama 2-3 minit hingga beras menjadi transparent dan sebati rempah ratusnya.
Kemudian masukkan stock ikan( kalau tak de tak boh pon tak per).
Masak hingga mendidih dengan api yang besar dan tutupkan periuk dengan penutupnya.
Bila air hampir kering, kacau nasi gengan garfu perlahan-lahan, dan perlahankan api serta tutup kembali periuk dengan kemas dan tanaklah nasi seperti biasa sehingga nasi masak.
Apabila nasi masak matikana pi dan biarkan 5 minit, jangan dikacau kerana takut nasi patah tak cantik.
Selepas 5 minit gemburkan sedikat nasi menggunakan garfu dan hidangkan di atas pinggan hidangan dan susunkan ikan di atasnya dan taburkan chopped corainder leave berserta pine nut.
Sedia untuk dihidangkan bersama dakous atau salsa tomato dan salata(salad)..
Selamat mencuba:))

2 comments:

  1. salsa tomato tu camner yer..sedap le bla mkn kt kedai arab sambal tu...bertmbh2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lyn-online..maaf baru ternampak Ur comment.. salsa tu senang je nak buat pakai 3-4biji fresh tomato yg masak ranum+1-2 biji bwg besar+ 1-2 ulas bwg putih+ 1 biji capsicum ijau+jus lemon+garam& kalau nak pedas add sikit cili api..blens semua tanpa air sampai hancur, dah siap masukkan dlm peti sejuk fah sejuk baru sedap makan..

      Delete