Thursday, April 12, 2012

JAPANESE COTTON MARBLE CHEESE CAKE


Japanese Cotton Marble Cheesecake
125gm cream cheese
90ml fresh milk
15gm butter
3 egg yolks
3 egg whites
pinch of salt
1/8 tsp cream of tartar
75gm sugar
30gm flour
24gm cornstarch
1 tbsp cocoa powder(I'm using X'tra 3 tbsp..)

In a heavy saucepan, cook cream cheese, milk and butter until thick and smooth, set aside.
Preheat oven at 160C.
Boil some water.
After the cheese mixture has turned warm and mix in both flours.
Stir with a whisk until smooth.
Put egg yolks into the cheese mixture and stir until well combined.
In another clean bowl, beat egg whites until frothy.
Put in cream of tartar and beat until soft peaks, add in sugar gradually and beat until stiff (soft droopy peak that will hold its form).
Fold 1/4 of egg whites into cheese mixture and then another 1/4 of the egg whites.
Put a little big (as U like)in a few tbsps of the cheese batter and mix until a smooth chocolatey batter is formed.
Pour main cheese batter into prepared pan.Drizzle chocolate batter over main cheese batter.
Use a knife and cut through the batter to create a marbling effect.
Put pan into slightly bigger but shallower pan.
Fill the bigger pan with boiling water and put in oven to bake at 150C for 45 minutes. Unmould cake immediately upon removal from oven, if not, the cake will shrink a lot. (If you're using a regular pan you can release the sides by running a knife between the cake and pan, and leave the cake in the pan to cool down).
Leave it to cool down totally and chill until cold before cutting.

NASI BERYANI ITIK

Waaaaa...dah over 1 month tak berBLOG rasanya sebab kepenatan dan tak de idea baru. Blog pon berdebu semacam je tak dikemaskini..
Bukan tak teringat nk post N3 tapi tak larat sangat- sangat dan network pon macam siput lambat giler. Tak kuasa nk jadi burung hantu so tulah yang tertangguh tak buka- buka Blog..
Hari ni Lydia nak share Nadi Beryani Itik. Buat untuk lunch tadi. Itik ni di terbangkan khas my asben worker dari Mesir untuk kami. Woker ni kalu setiap kali balik ke Mesir memang tu lah ole-ole dia dari duli kini dan selamanya kot..
Itik ni dah hampir 3 bulan kat es box tak tersentuh. dari hari ke hari nak buat tak terbuat- buat tapi hari ni menjadik gakkkkk..tu pon 1/2 je itiknya sebab makan berdua. Saja masak lebih sikit nasi bagi kat anak kakak ipar. Jom layan resepinya..


Nasi Bryani My Way.
Bahan A
1/2 ekor itik (tak tahu beratnya sebab nampak besar, potong ikut suka & bersihkan) *
2 helai bay leave*
3 biji cardamom pods*
4kuntum bunga cengkih*
1 batang kulit kayu msnis*
1 inci halia*
1 labu bawang besar (medium size)-belah 4*
4 ulas bawang putih-belah 2*
1 biji tomato-belah 4*
1 kuntum bunga lawang*
1/2 cmt cumin powder
1/2 cmt lada hitam powder*
1/4 cmt nut meg powder
Air secukupnya untuk merebus*
Dalam periuk pressure cooker rebus bahan * hingga daging empuk. Keluarkan daging itik,tapiskan stock dan ketepikan.

Bahan B
3 cmb minyak sapi
2 cmb minyak masak
1 inci halia**
3 ulas bawang putih**
1 labu bawang besar-**blend bersama jadikan paste
2 cmb rempah bryani
1/2 cmt cumin powder
1/2 cmt kunyit serbuk
2 cmb yogurt
3 biji cardamom pods
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1/2 cmt paprika powder
1/2 cmt zeera

Dalam mangkuk kecil, campurkan 1/2 bahan blend**, rempah bryani, serbuk kunyit, paprika powder, cumin powder, zeera dengan sedikit air hingga mendapat paste yang pekat dan ketetpikan.
Tumiskan lebihan bahan blend**, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu msnis, cardamom bersama minyak masak dan minyak sapi hingga wangi.
Masukkan paste rempah campuran tadi dan biarkan hingga pecah minyak. Masukkan itik yang direbus tadi kacau hingga sebati dan masukkan yogurt serta sedikit air rebusan.
Biarkan separuh kering dan perisakan dengan garam.
Kacau rata, biarkan hingga pecah minyak, matikan api dan ketetpikan.

Bahan C
3 cawan basmathi-cuci, rendam 30 minit dengan air garam & toskan
3 cmb minyak masak/ghee (Lydia mix +-)
2 biji cardamom pods
Air secukupnya
sedikit garam
1 cmt rose water
2 helai daun bay

Dalam periuk lain, didihkan air yang banyak (macam nak rebus pasta) bersama daun bay, garam dan minyak hingga mendidih, masukkan beras dan rebus hingga beras hampir masak, tutup api dan toskan airnya.

Bahan D
Choppeed coriander leave
Daun pudina
Gajus*
kismis*
bawang*
1/4 cmt serbuk kulit kayu manis*
capsicum* di goreng bersama hingga wangi
Sedikit pewarna kuning/ saffron
3- 4 camb minyak / ghee
sedikit air rebusan
Dalam periuk bersih lain yang besar,sendukkan separuh nasi yang dimasak separuh masak tadi dan ratakan menutupi dasar periuk.
Taburkan sedikit daun pudina dan coriander.
Layerkan dengan itik tadi memutupi nasi.
Tuangkan lebihan nasi tadi menutupi itik.
Tuangkan sedikit pewarna bersama sedikit air rebusan ke atas nasi.
Taburkan sedikit daun pudina, cover dengan aluminium foil dan tutup dengan penutup periuk.
Tanak seperti biasa dengan api yang paling kecil hingga nasi masak.
Bila dah masak terbalikkan periuk nasi tadi ke atas pinggan besar/ hidangan dan taburkan lebihan daun coriander, kismis/gajus/ bawang/capsicim goreng ke atas nasi.
Siap untuk di hidangkan dengan kuah pegemaran anda.
Selamat mencuba..di sini lydia hidangkan dengan sup itik dan beryani okra + kentang.



Monday, February 20, 2012

ACAR MENTAH/JELATAH

ACAR MENTAH/JELATAH
Timun - dihiris panjang 1-11/2 inchi setelah dibuang tengahnya
Lobak merah - dikupas dan dihiris panjang 1-11/2 inchi
Bawang besar- dipotong bulat
Cili hijau-dipotong serong
Cili merah-dipotong serong
Sedikit air suam
Cuka secukup rasa
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Potong timun, lobak merah, lada, bawang.
Dalam mangkuk kecil, satukan garam, gula, cuka serta air suam dan kacau hingga gula larut.
Tuangkan ke dalam mangkuk besar yang berisi syuran dan gaul sebati. Simpan dalam peti sejuk sebentar dan sedia untuk di nikmati..:)

Nasi Minyak Hujan Panas

(ni jer yg dapat snap..masa terhidang cantik2 belum disentuh terlupa lak nak tangkap gambonyer..heheh)

Nasi minyak hujan panas di perantauan buat jamuan teman- teman seperantauan :)..
Memang tak muak sebab tak guna santan mahupun susu..Lydia hidangkan dengan seta lauk pauk seperti jelatah, dalcha dan ayam masak merah.

Nasi Minyak Hujan Panas
6 cawan beras basmati
7 cawan air panas mendidih(+- ikut jenis beras)
3 camb minyak sapi
4 camb minyak masak
1/2 cawan kismis
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
6-7 kuntum bunga cengkih
5 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia* di blend bersama
Garam secukup rasa
Pewarna merah, kuning dan hijau

Bersihkan beras dan rendamkan lebih kurang 3 minit bersama sedikit garam dan toskan.
Panaskan periuk, masukkan minyak sapi dan minyak.
Tumiskan buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan beras dan kismis, gorengkan sedikit bersama rempah ratus tadi hingga transparent.
Masukkan air panas mendididh dan sedikit garam.
Bila nasi agak kering bolehlah di titikkan pewarna dan biarkan nasi masak, barulah boleh di kacau/cakar nasinya.
Sedia di nikmati bersama lauk kegemaran anda.

Kuih Tepung Gomak

Dah lama gak teringin nak makan kuih tepung gomak ni tapi de bahan- bahanya.Bila terjumpa bahan mulala berangan nak buat tapi SPIRIT nak baut lom sampai sebab makan sorang- sorang tak berbaloi. Kalu nak beli jangan harap la ada. Bukannya apa nak menyediakan tepung kacang hijau tu merumitkan!. Di sini tidak ada jual tepung kacang hijau, jadi kenalah buat sendiri. Oleh kerana hendak juga makan, maka terpaksalah merajinkan diri untuk membuatnya dan hasilnya, jadilah kuih tepung gomak di Q8..walaupon tak secantik tapi jadiklah makan reramai sama kawan- kawan buat lepas TERINGIN..hehehehhe..

Kuih Tepung Gomak
Tepung kacang hijau:-
500g kacang hijautanpa kulit
Basuh dan toskan kacang hijau.
Goreng kacang hijau sehingga kekuningan dan diangkat.
Kisar kacang tadi dengan menggunakan pengisar kering sehingga hancur dan menjadi tepung.
Ayak kacang supaya mendapat tepung yang halus.
Lakukan mengisar kacang sehingga semuanya habis.
Simpan didalam bekas sebelum digunakan untuk menyalut kuih.

Bahan inti:-
1 biji kelapa parut
200g gula melaka /gula merah
Gula pasir secukup rasa
1 camb tepung gandum
Secubit garam
1 helai daun pandan
Air secukupnya
Masak gula melaka, gula pasir, sedikit garam dan daun pandan bersama air sehingga gula hancur.
Angkat dan tapiskan.
Masukkan kelapa,tepung gandum ke dalam air gula tadi, kacau sehingga inti masak dan kering.
Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
Untuk memudahkan kerja, bulat2kan inti terlebih dahulu dan ketepikan.

Bahan kuih tepung gomak:-
500g tepung pulut
Sedikit garam
Air secukupnya
Dalam mangkuk adunan, masukkan tepung pulut dengan air yang telah dicampur sedikit garam sedikit demi sedikit dan uli sehingga mendapat doh yamg lembut/ tak melekat pada manggkuk adunan.
Buat sama macam bancuhan kuih buah melaka.
Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan.
Masukkan inti dan bulatkan serta leperkan semula. Masakkan air, setelah mendidih masukkan kuih dan masak sehingga kuih timbul atau naik ke atas, barulah diangkat.
Kemudian gaulkan dengan tepung kacang hijau sehingga menyaluti kuih dan bolehlah dihidangkan.
Selamat mencuba dan menjamu selera