Monday, June 03, 2013

APAM MINI GULA HANGUS


Assalamualkum.. salam sejahtera semua. Diam tak diam dah masuk Rejab, ni bermakna Ramadhan makin hampir. Moga Allah panjangkan usia kiat untuk bertemu Ramadhan dalan tahun ni dan mudah- mudahan Ramadhan ni mejadi the best posa buat kita.

Sana sini kat Fb orang dok post apam, lydia pon tak terkecuali minggu ni mengapam lagi sebab minggu lepas buat apam mekar tak mo mekar. Ni lydia dapat resepi hasil skodeng umah Pak CMG beberapa tahun lalu. Pon gitu dah dua kali lydia buat guna resepi ni memang sedap je tak rugi, menjadik je in sha Allah.
Meh tengok resepinya, maybe ada sikit perubahan caranya tapi bahan- bahanya tetap sama.. halakan yer CMG..
APAM MINI GULA HANGUS2 biji telur
3/4  cawan gula pasir
3/4 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 camb butter
2 camb susu pekat manis
3/4 camt soda biarbonate
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camca teh esen vanilla

1/4 cawan gula pasir 

Dalam periuk yang dibasahkan sedikit, masak gula pasir hingga menjadi karamel. (ikut suka nk hitam mcm mana)

Bila dah dapat caramel yang dikehendaki warnanya, tuang air slowly, kacau rata dan masak hingga karemel tadi larut/ cair bersama air, off kan api masukkan butter, gula yg 1/4 cawan, kacau sikit dan sejukkan.
Dalam blender satukan susu pekat manis, telur, baking soda, vanilla dan minyak, putar hingga semuanya sebati. 
Masukkan karamel dan blend lagi sehingga sebati.
Masukkan tepung dan blend lagi hingga sebati.
Tapiskan dan biarkan adunan rehat selama 10-15 minit.
Masukkan dalam acuan apam, 3/4 penuh. 
Kukus 15 minit atau hingga masak mengikut saiz acuan apam anda.
Sedia untuk di hidangkan untuk sarapan atau minum petang.

KARI IKAN ALA UTARA

Oklah Lydia tak mo melalut lagi sebab rasa macam nak nangeeessss... ni resepinya..Kari ni Lydia buat khamis semalam untuk berbuka, sorry bebanyak sebab kat folder ni memang banyak N3 tertunggak untuk dipublishkan. Actually kari ni is not my favourite walaupon I ni ada darah campuran mamak Penang. Lydia tak suka apa saja makanan yang pedas walaupon ada cili potong sebab lidah Lydia ni nipis sangat cepat terasa. My Mon selalu buat, boleh dikatakan seminggu tu pasti la ada kari memang tak pernah ku sentuh pon.. kalau sup memang lajuuuuu.. Sian My Mom sabar ngan kerenah anak tunggalnya ni, kalau nak masak terpaksa masak 2 jenis, satu pedas satu tak.. Mostly my foods ni sup atau tumis air je senang tak tah nak santan atau cili. Lagi satu Lydia juga tak suka bawang, kalau ada bawang pasti Lydia akan pilih 1 by 1 bawang sampai licin dari yang besar sampai yang kecil Lydia akan selongkar, melainkan kalau bawang tu hancur ditumbuk atau di blend. Tapi ada 1 rahsia my self yang pelik bawang goreng yang browning tu makan pulak..ngeeeeee..
Dah terpelanting jauh di Kuwait sesekali teringin air tangan My Mom and Tok tu sangat menebal di hati dan sesekali Lydia masak untuk makan sendiri. Kadang kala makan pon dengan linangan air mata sebab sedih rindukan mereka. Walaupon di Malaysia Lydia tak masak sangat tapi kalau mereka masak Lydia tengok sebab tu Lydia dapat tahu sedikit sebanyak resepi turun temurun keluarga.

KARI IKAN ALA UTARA

2 keping ikan (ikut suka ikan apa..Lydia guna ikan Hamam tapi in Malay tak tau ni in arabic..hehhe)
2 camb rempah kari ikan 
3 Biji bawang merah*
2 Ulas bawang putih*
1 inchi halia*- ditumbuk bersama hingga lumat dan dibahagi kepada 2 bahagian
1/4 camt Halba campur
Air asam jawa scukup rasa
Garam secukup rasa
Setangkai daun kari
Santan secukupnya (ikut suka la nak banyak mana kuah)
Air Secukupnya jika perlu
Minyak untuk menumis

Bahan Sampingan
Bendi
Cili Hijau
Buah Tomato

Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan separuh bahan tumbuk bersama campuran halba campur hingga naik bau. 
Separuh lagi baki bahan tumbuk dicampurkan bersama serbuk kari dan sedikit santan di jadikan pes.
Bila naik bau masukkan pes rempah/kari tadi dan daun kari, teruskan menumis sehingga pecah minyak.
Setelah rempah garing dan pecah minyak, masukkan air dan pati asam jawa, biarkan sehingga mendidih.
Masukkan ikan,biarkan sehingga ikan separuh masak dan masukkan santan, tomato, cili hijau dan bendhi.
Gunakan api yang kecil supaya tak pecah minyak.Seterlah ikan masak, perasakan dengan garam dan bolehlah offkan api.
Tutup periuk dengan penutup periuk supaya wap/ baunya tak keluar dan hidangkan bersama nasi atau roti.
Selamat mencuba.

SUP KETAM MY MOM


Sup ketam memang sedap , tapi tak ramai yang tahu yang ketam pon sedap kalau dijadikan sup. Pada kebiasaanya biasa ketam lebih sinonim dengan masak cili, goreng tepung, atau ketam masak lemak cili api, ketam goreng telur asin dan sebagainya. Sesekali mencuba sup ketam boleh tahan sedap jika kena caranya. Kalau nak buat sup ketam tu INGAT  pilih ketam yang fresh sebab ketam ni kalau dah lama memang bau jangan cakap le!!.. Lydia memang alergy ngan ketam, sotong dan udang. Kalau makan tak sampai bebrapa minit mulalah bengkak dalam molot kalau lagi banyak makan ia akan melarat ke luaran sampai bengkak- bengkak. Tapi sesekali tu teringin layan le sikit walaupon kesan sampingan tu ada Lydia pejamkan mata makan sedikit.Ketam ada macam- macam jenis. Ada orang kata ketam batu/ ketam nipah mujarab untuk demam denggi, betul atau tak wallaualam.. 

Kat bawahi ni sikit Info atau khasiat ketam
  • Ketam rendah kalori mengandungi +- 85-90 setiap 100g kalori (tergantung pada jenis ketam gak)
  • Ketam di percayai boleh merawat denggi
  • Ketam tidak mengandungi lemak yang merbahaya
  • Ketam ada lemak tak tepu yang dianggap baik untuk jantung yang sihat
  • Ketam juga merupakan sumber semula jadi omega 3 asid lemak seperti yang di ketahui omega 3 asid lemak dapat membantu meningkatkan daya ingatan, mengurangkan mendapat serangan jantung, mengurangkan risiko KANSER dan kemungkinan membantu meningkatkan kemurungan dan kebimbangan.
  • Ketam adalah sumber vitamin A, C dan B termasuk B12 serta mineral seperti zink dan tembaga.
  • Ketam juga mempunyai beberapa kromium, yang dianggap sebagai mineral berguna jika anda mempunyai rintangan insulin, kerana ia boleh meningkatkan metabolisme gula darah.

Tips memasak ketam :- Sebaiknya ketam di masak dengan kulitnya sekali kerana terkandung khasiat yang terkandung dalam kulit ketam tersebut.

SUP KETAM MY MOM

4 ekor ketam- dibersihkan, buang kulit/cengkerangnya dan potong 2
3 ulas bawang putih*
1 labu bawang besar*
1 inchi halia*-ditumbuk bersama hingga lumat
Sedikit lada hitam powder
1 batang kulit kayu manis
1-2 kuntum bunga lawang
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Kentang-didadu kasar
Carrot- didadu kasar
1-2 biji Fresh tomato- dipotong 8
sedikit minyak 
Daun sup dan bawang goreng- sebagai taburan

Dalam periuk, panaskan minyak.
Tumis bahan tumbuk, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.
Masukkan kentang dan carrot, kacau sebentar dan masukkan air secukupnya.
Bila kentang dan carrot empuk masukkan ketam dan lada hitam.
Renehkan dengan api perlahan sehingga mendidih.
Bila dah mendidih masukkan fresh tomato, daun sup dan bawang goreng.
Perasakan dengan garam dan biarkan seketika sehingga mendidih sekali lagi dan offkan api.
Sedia untuk di hidangkan.

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH ALA MAMAK PENANG.


Resepi ni memang selalu my mom masak dan ianya amat sedap serta mangi baunya. But alhamdulillah mu hubby pon suka masak kicap versi berempah ni cuma Lydia perlu adjustkan rasa pedasnya jer supaya balance rasanya untuk tekak dan lidah kami. Sesekali makan masakan melayu ala kampung memang menyelerakan dari dok makan masakan arab jer sampai bosan dan tak berserela lagi..  

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH MAMAK PENANG.

1/2 ekor ayam -dipotong ikut suka
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Masukan serbuk kunyit dan garam , gaul rata dan goreng sehingga separuh masak, ketepikan. 
Note:-Kalau boleh perapkan 1/ jam sebelum goreng pon ok atau terus goreng pon no hal.

Bahan Kisar
2-3 Biji bawang besar dikisar halus bersama sedikit air, jangan terlalu cair ya. 
2 ulas awang putih tumbuk bersama 3 inci halia-dijadikan pes
Note:-Tujuan bawang merah ialah untuk mendapatkan kuah yang pekat kerana kegunaan bawang merah dalam masakan  resipi nasi kandar adalah unik.  Air bawang digunakan sebagai kuah dapat memekatkan kuah lauk nasi kandar tu.

1/4 tsp serbuk lada hitam#
1 camb kicap pekat#
1 camb sos tiram#
1 camb sos tomato#
1 tsp jus lemon#
1/4 tsp Jintan manis-ditumbuk kasar#
1/4 tsp Jintan Putih-ditumbuk kasar#
1/2 camb cili blend (ikut kepedasan tekak anda)#
1 camb rempah kari Daging#
1 kuntum bunga lawang*
1 batang kulit kayu manis*
2-3 biji buah pelaga*
1 batang serai -di ketuk sedikit#
Garam secukup rasa#
air secukupnya#
1-2cili hijau atau merah yang dibelah 2 (tapi tak putus)#
1-2 biji bawang besar yang dipotong kasar bulat
bawang goreng secukupnya
Hirisan daun bawang/sup untuk ditabur

1. Panaskan minyak, masukkan batang serai, bahan bertanda*, tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan pes bawang putih halia sehingga baunya naik dan masukan bawang yang diblend tadi dan biarkan sehingga naik baunya.
3. Masukan baki bahan-bahan  lain  dan biarkan kuahnya mendidih. 
4. Masukan ayam yang telah goreng separuh masak, kecilkan api dan biarkan selama 10 minit – 15 minit di dalam, kuah, biasanya daging ayam yang telah masak boleh tentukan dengan bahagian peha ayam daging urat mula gelembong dan cuba putus dari tulangnya.
5. Sikiranya kurang masin tambahkan garam. 
6. Masukkan hirisan bawang, gaul rata dan biarkan selama 1- minit.
7. Tutup api dan taburkan bawang goreng. 
8. Sedia untuk dihidangan bersama nasi panas-panas
Selamat mencuba

THE BEST BASBOUSE @ HARISEH @ NAMOURAH @ BASBOUSA


"Basbousa/ basbouseh/ haeiseh atau namura (sebutan ikut negara, tapi sama jer)", adalah dessert/ manisan yang femes kat arab sepanjang zaman/ masa. Semolina adalah bahan utama dalam penyediannya. Teksturnya hampir sa,ma macam kek. Ianya amat unique kerana  pengunaan sugar syrup di curah ke atas kek yang dah masak untuk mengekalkan kelembutan, rasa, kemanisan pada basbouseh tu. Untuk memotong sedikit rasa manis pada sugar syrup (bukan sirap ros yang merah buat minum tu yer!), disamping itu juga untuk menambahkan kesedapan/ keenakan pada basbouseh anda, anda boleh add sedikit rose water atau orange blossom water atau saffron, atau spices like cardamom pods/ cinnamon atau juga hirisan kulit lemon untuk menaikkan aroma yang harum dan secara tidak langsung menambahkan kesedapan dan kelainan pada basbouseh ni. Ianya bisanya dihidangkan bersama kopi pahit arab/ turkish coffee atau khaleji coffee.  Kandungan gula dan lelemak dapat di adjust ikut selera sekiranya kita buat sendiri kat rumah, kalau beli yaaaa ampunnnnn manissss dan lemakk sangat!. Di Syria ianya lebih dikenali sebagai Basbouseh/ Hariseh/ Namoura,Negara lain panggil basbousa jer. Orang Arab negara Baladi Sham pronounce ada sikit lai dari Arab khaleeji dan egitu juga Arab Afrika (Mesir dan yg sewaktu dengannya). Ia paling gemar dimakan pada waktu musim sejuk untuk memanaskan badan, tu kata my huuby la.. Sebab tu kalau time winter berkotak- kotak my father in law send to anak beranak dia yang kat Kuwait ni. Me sorry la nak rasa, jeling pon tan nk..bukan apa sebab tahu memang pekak teling makan manis- manis ni. Basbouseh ni ada 2 versi..yang plain atau yang berkelapa. Hari ni masih lydia share resepi yang without kelapa in shaa Allah next time buat versi kelapa I will share with U olls..

1/2 cawan pure ghee ( I mix vege & pure ghee)
1/2 cawan gula pasir 
1/2 camt  vanilla essence (tak boh pon tak per)
2 iji telur
2 cawan semolina halus
1/2 camt baking powder
1/2 camt soda bicarbonate
3/4 cup plain yogurt/ sour cream (I'm using sour cream)
Almonds -untuk hiasan

Pukul ghee, gula dan vanilla hingga gebu. 
Masukkan telur sekali gus dan teruskan memutar sehingga sebati.
Atak semolina bersama baking powder dan soda bicarbonate, masukkan ke dalam adunan erselang seli dengan yogurt/ sour cream sehingga sebati.
Rehatkan selam 10 minit di dalam mangkuk adunan.
Tuangkan ke dalam loyang 9x9 dan ratakan.
Dengan menggunakan pisau basah potong/guriskan adunan kek/babsbouseh ni mengikut saik atau bentu yang anda suka (diamond /square shape).
hiaskan dengan almond si setiap potongan (tekan sikit supaya terletak cun!). 
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 25-30 minit (ikut oven masing2)160-170C.
Note:- Untuk mendapatkan potongan yang cantik dan tak comot, pastikan setiap kali melorek/menguris pisau kena sentiasa di basahkan, part ni kena rajin, sediakan gelas berisi air di sisi supaya cepat dan nyaman kerja kita. (lorekkan/ gurisan/ porongan mesti sampai ke dasar baking pan tau..AWAS calar..pepandai la korang adjust nk buat macam mana, I'm using pisau plastik jer).

Sementara menunggu kek masak sediakan sugar syrup..
Sugar Syrup
11/2 cups sugar
1 cups water
1/2 camt  rose water/ essence
1/2 camt orange blossom water/ essence
1 camb lemon juice
1-2 biji cardamom pods 9ikut suka tak boh pon tak per)
Panaskan kesemua bahan di atas di atas api sehingga mendidih.
Biarkan seketika dan uangkan cardamom pods tu.
Note:- Kalau anda tak de rose/ orange blossom water leh gantikan ngan hirisan kulit lemon atau safron atau cardamom atau kulit kalu manis sebagai penaik aroma. Jangan pepandai nk guna honey lak kerana rasanya memang tak asli dan tak sesuai!..

How to Assemble the Cake
Bila kek/ basbouseh dah masak, keluarkan dari oven dan letakkan atas rak dawai atau yang sewaktu dengannya.
Berhati- hati dijalan raya.. dengan menggunakan pisau loerkkan/potong/ guriskan mengikut line yang telah anda buat sebelum masak tadi sekali lagi .
Siramkan sugar syrup rata keseluruhan permukaan basbouseh/ kek.
Biarkan selama 20-30 minit untuk penyerapan air gula sebelum dimakan.
After 20- 30 minutes..apa lagi selamat makan la.. kalau nk tambahkan lagi lemak tepu leh di hidangkan dengan topped whipped cream, tu saja tambah yang asli tak de nyer topped -topped ni. 
Dah manis jangan minum ngan tea/ kopi manis minum ngan kopi/ Nescafe tanpa gula sebagai contra kemanisan..
Selamat mencuba dan menjamu selera..

Saturday, May 25, 2013

HOMEMADE ARABIC GARLIC MAYONNAISE



Garlic mayonise ni memang sedap kalau dimakan bersama grill chicken atau disapu pada roti sandwich
arab atau dicicah bersama daging grill juga rasanya enak.
  

HOMEMADE ARABIC GARLIC MAYONNAISE
1 ulas bawang putih- tumbuk halus
1 biji egg white
1/4 tsp garam (secukup rasa)
1 c +- vegetable oil/ sun flower/ canola oil atau apa je oil
1/2 biji lemon jus.. nak masam boh le lebih atau 3 tbsp white veniger
1. Blend telur putih hingga gebu mcm buih sabun/kental. 
2.  Masukkan garam, lemon jus/ vineger dan bawang putih,terus blend.
3. Buka penutup blender, masukkan minyak perlahan- lahan, sedikit dalam blender yang sedang berputar tu dan teruskan blend sehingga creamy dan pekat.
4. Masukkan sebentar dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan.Note:- Pastikan blender anda tu bebas dari air atau minyak kerana nanti telur putih tak gebu atau lambat gebu. Boleh gak add minyak zaitun, tetapi mayo anda akan nampak sedikit yellowish la. Simpan dalam peti sejuk sebentar baru sedap.

ARABIC GRILL CHICKEN MY WAY

Hari ni malas nak makan nasi, dah bosan dok makan nasik sesekali tukar selera jadi musang ratah ayam lak..hehhehe.. Buat ayam bako memang sedap, tambah lagi makan panas- panas dicicah dengan mayo bawang putih homemade memang mebuka selera. Tambahan lagi aroma cumin amat memukau selera bagi yang tak lalu nk makan nasi. Semasa panas- panas selepas keluar ayam dari oven tu, anda cepat-cepat removekan oven bag letakkan ayam di atas pinggan/dulang hidangan, taburkan dengan sedikit sea salt serta serbuk cumin dan belag/prtong kepada dua bahagian dan makanlah dengan roti pita arab..



ARABIC GRILL CHICKEN MY WAY
1 ekor ayam- dicuci bersih, rendam ayam dengan air yang dicampur1 /4 cawan cuka selam 10-15 minit dan tapis/keringkan airnya

Bahan Perap
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit
Arabic mixed spice
Serbuk lada hitam
Serbuk cumin
Serbuk corainder
Serbuk bawang putih
1 biji lemon diperah ambil jusnya
Serbuk paprika
Dry oregano
Fresh rosemary leave- ditumbuk halus dan dicampur dengan olive oil

1 labu bawang putih
1-2 biji bawang besar (small size-jangan dipotong)
Baby potatoes secukupnya (dibersihkan dan dicucuk sedikit dengan garfu)
1 batang carrot di potong kasar-jika suka
1 biji capcicum dipotong 4

1. Campurkan kesemua bahan perap di dalam Oven Bag kecuali olive oil yang ditumbuk dengan rosemary dan masukkan ayam.
2. Gaulkan bahan perap sehingga sebati, luar dan dalam ayam tu.
3. Masukkan rosemary olive oil dan lumurkan rata luar dan dalam, ayam,
4. Masukkan kentang, capsicum, carrot, bawang merah dan bawang putih, gaul sebati.
5. Apabila sayur sebati bersama rempah ratus ambil bawang dan capsicum, sumbatkan ke dalam ayam kemas- kemas.
6. Ikat kaki ayam kemas- kemas supaya bawang dan capsicum tak keluar.
7. Simpan ayam di dalam peti sejuk dan biarkan terperap selama beberapa jam atau semalaman sebelum dibakar dalam oven.
8. Sebelum bakar ayam, ikat Oven Bag kemas- kemas dengan pengikat khas dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 30-45 minit pada suhu 200C. 
Selamat mencuba.
Link untuk mayonise :- http://lydiahoney2003.blogspot.com/2013/05/homemade-arabic-garlic-mayonnaise.html

 

Note:- Selepas ayam masak, keluarkan dari plastik (Oven Bag), taburkan pada ayam dengan sea salt dan serbuk cumin. Belah ayam kepada 2 dan sedap dihidangkan panas- panas bersama garlic mayo serta mokhalal(jeruk timun/jeruk carrot) dan roti pita arab.