Monday, June 03, 2013

KARI IKAN ALA UTARA

Oklah Lydia tak mo melalut lagi sebab rasa macam nak nangeeessss... ni resepinya..Kari ni Lydia buat khamis semalam untuk berbuka, sorry bebanyak sebab kat folder ni memang banyak N3 tertunggak untuk dipublishkan. Actually kari ni is not my favourite walaupon I ni ada darah campuran mamak Penang. Lydia tak suka apa saja makanan yang pedas walaupon ada cili potong sebab lidah Lydia ni nipis sangat cepat terasa. My Mon selalu buat, boleh dikatakan seminggu tu pasti la ada kari memang tak pernah ku sentuh pon.. kalau sup memang lajuuuuu.. Sian My Mom sabar ngan kerenah anak tunggalnya ni, kalau nak masak terpaksa masak 2 jenis, satu pedas satu tak.. Mostly my foods ni sup atau tumis air je senang tak tah nak santan atau cili. Lagi satu Lydia juga tak suka bawang, kalau ada bawang pasti Lydia akan pilih 1 by 1 bawang sampai licin dari yang besar sampai yang kecil Lydia akan selongkar, melainkan kalau bawang tu hancur ditumbuk atau di blend. Tapi ada 1 rahsia my self yang pelik bawang goreng yang browning tu makan pulak..ngeeeeee..
Dah terpelanting jauh di Kuwait sesekali teringin air tangan My Mom and Tok tu sangat menebal di hati dan sesekali Lydia masak untuk makan sendiri. Kadang kala makan pon dengan linangan air mata sebab sedih rindukan mereka. Walaupon di Malaysia Lydia tak masak sangat tapi kalau mereka masak Lydia tengok sebab tu Lydia dapat tahu sedikit sebanyak resepi turun temurun keluarga.

KARI IKAN ALA UTARA

2 keping ikan (ikut suka ikan apa..Lydia guna ikan Hamam tapi in Malay tak tau ni in arabic..hehhe)
2 camb rempah kari ikan 
3 Biji bawang merah*
2 Ulas bawang putih*
1 inchi halia*- ditumbuk bersama hingga lumat dan dibahagi kepada 2 bahagian
1/4 camt Halba campur
Air asam jawa scukup rasa
Garam secukup rasa
Setangkai daun kari
Santan secukupnya (ikut suka la nak banyak mana kuah)
Air Secukupnya jika perlu
Minyak untuk menumis

Bahan Sampingan
Bendi
Cili Hijau
Buah Tomato

Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan separuh bahan tumbuk bersama campuran halba campur hingga naik bau. 
Separuh lagi baki bahan tumbuk dicampurkan bersama serbuk kari dan sedikit santan di jadikan pes.
Bila naik bau masukkan pes rempah/kari tadi dan daun kari, teruskan menumis sehingga pecah minyak.
Setelah rempah garing dan pecah minyak, masukkan air dan pati asam jawa, biarkan sehingga mendidih.
Masukkan ikan,biarkan sehingga ikan separuh masak dan masukkan santan, tomato, cili hijau dan bendhi.
Gunakan api yang kecil supaya tak pecah minyak.Seterlah ikan masak, perasakan dengan garam dan bolehlah offkan api.
Tutup periuk dengan penutup periuk supaya wap/ baunya tak keluar dan hidangkan bersama nasi atau roti.
Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment