Sunday, January 20, 2013

Ikan Merah Kuwait Masak Tauchu


Dah lama tak makan ikan masak taucu. Dulu masa kat Malaysia memang selalu suruh My Mom buat masak tauchu sebab masakkan ni cepat lagi sedap dan diminati seisi keluarga. Lydia mula mengenali masak tauchu ni masa dok Kat Kampar, Perak sebab di sana ada ramai cina dan dari situlah bermacam- macam makanan yang tak pernah Lydia makan masa tinggal ngan Tok Wan dan Tok kat Perlis Lydia makan. Bila dok Kuwait ni lagilah payah nak dapat tauchu, ni pon ihsan kawan Kak Sharifah Mahanim yang bagikan sikit, so Alhamdulillah dapatlah makan masak tauchu setahun 2-3 kali..hahhahaaa..kena kedekut sikit nanti abis payah. My husband lak memang sah- sah la tak makan macam ni. Selalu beli ikan asyik lupa je nak masak ni, kadang- kadang terbayang- baying nak buat bila sampai masanya masak lain. Hari ni fenin fikirkan nak makan apa dan masak apa. Dok terbayang something yang easy, cepat dan sedap serta tak payah masak macam- macam.. Teringin nak makan masak tauchu tapi M-A-L-A-S la pulak nak goring ikan tapi rasa sedap makan ngan nasik panas- panas gitu jer..emmmm ni tak boleh jadi ni, kena masak jugak. So cepat- cepat bangun tinggalkan laptop terus g dapo mulakan operasi masak. Since kat dalam fridge ada stok 2 ekor ikan merah, so jadilah Ikan merah masak taucu. Tengok bahan-bahan nye dia bawah ye, ni ala-ala malas dan tak pandai masak..huhuhu


Ikan Merah Kuwait Masak Tauchu
2 ekor ikan merah – di perap bersama garam dan kunyit dan digoreng garing
1 camb tauchu yang dah hancur (kalau pakai yang kasar kena tumbuk)
1 cawan air (ikut suka nak banyak mana kuah)
1 bawang besar – hiris halus
2 bawang putih – hiris nipis memanjang
1 inci halia– hiris halus memanjang
1 biji lada– di belah 2 tapi jangan sampai putus
1/2 batang carrot- dipotong memanjang
Sedikit bendhi
Air asam jawa/ jus lemon secukup rasa

Panaskan minyak, tumiskan bawang dan halia hingga naik baunya.
Bila terbit baud an bawang layu, masukkan taucu dan kacau sebentar.
Masukkan cili biarkan sebentar dan masukkan carrot serta bendhi (jika suka kalu tak suka gantikan ngan timun), kacau hingga mesra.
Masukkan air dan air asam jawa/ jus lemon, biarkan sehingga mendidih sehingga bendhi masak.
Offkan api tuangkan kuah tauchu pada ikan goreng tadi dan sedia untuk dihidang
Note:- Kalau masak taucu, JANGAN boh garam sebab dah masin.


Sesekali pekena makan lauk cengini memang sedap..kalau dapat makan ramai- ramai lagi bestkan?

Tuesday, January 15, 2013

Dates and Pistachios Ma'moul aka Arab Kukis

Dah lama tak jenguk dan update blog sendiri.. Memang selalu malas sebab dah tak de mood nak memblog rasanya..
Maaf tak tahu nak bicara apa, layan je lah biskut arab yang femes tak kira musim raya atau tak raya ni.. Saja nuat atas permintaan suami nk bawak ke UAE sari dua lagi.. 1st time buat versi pistachio ni..memang sedap dengan haruman orange blossom water, rose water dan cardamom powder menambahkan lagi aroma seluruh rumahku ari ni..
Jom layan resepi simple ni.. Rasanya anda bileh buat janji ada keinginan kan..





DATES AND PISTACHIOS MA'AMOUL
Doh:-
21/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula castor (*Lydia letak 1/2 cawan jer)
3/4 cawan ghee
2 butir telur kuning
1/4 cawan thick cream
1/2 tsp vanilla powder
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp mahlab powder
1/4 tsp mistika powder

Pukul gula dan ghee hingga kembang.
Masukkan telur kuning, thick creamn, vanilla, mahlab, mastika dan baking powder.
Pukul lagi sebentar hingga sebati.
Masukkan tepung dan gaul sebati hingga mendapat adunan doh yang lembut.
Tutupkan doh dengan sehelai kain dab biarkan ianya rehat selama 30 minit.
Note:-Lydia buat 2 adunan sbb 1 adunan tak dapat banyak sangat


Inti kurma:-
1 cawan kurma tanpa biji-(lydia guna paste kurma yg beli kat supermarket jew)
1 tbsp butter
1/4 tsp cardamom powder
1 tsp cinnamon powder (lydia add sendiri)
1/2 tsp rose water
1/2 tsp orange blossom water
Campurkan semua bahan dan gaul sebati.
Bahagikan adunan kepada bebola kecil ikut suka nak letak banyak mana dan juga tergantung pada acuan anda.

Inti pistachio:-
1 cawan pistachio hancur
1/2 cawan gula icing
1/2 tsp rose water
1/2 tsp orange bolsom water
1/4 tsp cardamom power.
Gaul semua hingag sebati

Cara buat Ma'amoul
Ambil sedikit doh dan isikan dengan inti tamar ditengahnya.

Masukkan ke dalam acuan dan ketuk keluar.

Buat hingga habis dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160-180C (ikut oven masing) selama 15-20 minit atau golden brown.

 Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara..

 


Saturday, January 05, 2013

ARABIC GARLIC MAYONNAISE

Assalamualikum dan salam sejahtera... maaf memang lweat keluar resepi sebab network di Kuwait ni terutama kat my area ni memang selow tahap siput khin*** yang membuatkan lydia M' nak update macam-macam N3.
Resepi ni diturunkan dari my sister in law Alia Oum Eyad ikut versi Syrian family dia la. Resepi ni memang guna white egg sebab tu nampak mayo lydia ni putih sangat. Mayonise ni sesuai dihidangkan dengan ayam bakar, shawerma (orang melayu panggil kebab) atau sandwich atau daging grill pon sodap gak rasanya.
Kalau nak best simpan dalam peti ais jap baru hidangkan. Actually mayonise ni tak tahan lama macam mayonise biasa tu. Tempoh hayatnya lydia tak pasti sebab sekali buat terus habis so no idea la ya..hahhahaaaa..


Arabic Garlic Mayonnaise
1 ulas bawang putih- tumbuh halus
1 biji egg white
1/4 tsp garam
1 c +- vegetable oil/ sun flower/ canola oil atau apa je oil jangan minyak tanah dh
1/2 biji lemon jus.. nak masam boh le lebih atau 3 tbsp white veniger


Blend telur putih hingga gebu mcm buih sabun. Pakai normal blender atau hand blender pon ok.
Masukkan garam, lemon jus/ vineger dan bawang putih,terus blend.
Buka penutup blender, masukkan minyak perlahan- lahan, sedikit dalam blender yang sedang berputar tu dan teruskan blend sehingga creamy dan pekat.
Sedia untuk dihidangkan.

Note:- Pastikan blender anda tu bebas dari air atau minyak kerana nanti telur putih tak gebu atau lambat gebu. Boleh gak add minyak zaitun, tetapi mayo anda akan nampak sedikit yellowish la. Simpan dalam peti sejuk sebentar baru sedap.

perbezaan garlic mayo dan mayo biasa
 





Tuesday, January 01, 2013

MY HOMEMADE PUTU MAYAM.


PUTU MAYAM

Hidangan penutup tirai tahun 2012... “Putu Mayam”, orang utara panggil “putu mayung”. Mana satu betul ni ek? Manakala orang India Selatan menggelar “Idi Apom”. Tapi “Putu Mayam” kot betul kerana in Bahasa Inggeris di panggil ” String Hoppers”. Makanan ringan atau semi berat ini berasal dari benua India dan Sri Lanka. Makanan ini adalah khas untuk majlis keramaian atau pun sebagai sarapan pagi atau petang. Biasanya orang India makan putu mayam ini dengan kari tetapi di Malaysia ia lebih enak dimakan bersama kelapa parut dan gula perang (Gula Merah).

300g Tepung Beras
600-700 ml Air Panas
Garam secukup rasa.
Alat atau acuan muruku (yang berlubang paling halus).

Masukan tepung beras dalam periuk dan gorengkan sedikit. AWAS jangan sampai perang, just panaskan sikit jer.
Didihkan air dan masukkan garam supaya larut.
Masukkan air panas sedikit demi sedikit ke dalam tepung beras dan kacau sehingga sebati menjadi doh lembut dan tak melekat.
Kalau tangan tu tahan panas boleh adunkan dengan menggunakan tangan dan kalau tah tahan gunalah senduk kayu dab dila dah sedikit warm bentukkan doh kepada 3 atau 4 bahagian.
Panaskan air dalam bekas kukus.
Lapikan kain putih sebagai pelapis pada bekas pengukus, kalau ada daun pisang lagi best kot.

Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan dan mulakan pemutaran atau pemerahan mengikut saiz yang disukai.
Putuskan bahagian terakhir di setiap kepingan dengan menekan sedikit kepada putu mayam supaya tidak terburai apabila masak.
Kukus 5-10 minit. Hidangkan dengan kelapa parut dan Gula perang.
Kalau ingin warna hijau atau berwangi pandan masukan dua helai daun pandan dalam air mendidih dan campurkan perwarna hijau.
Mudah bukan.
Selamat mencuba.
 

SELAMAT TAHUN BARU 2013 DAN DUNIA YANG HILANG..


Tahun Baru 2013 dan Dunia Yang Hilang???

Assalamualaikum "SELAMAT TAHUN BARU 2013" buat semua sahabatku serta pembaca yang budiman. Bumi berputar 24 jam tanpa henti dan tak terasa begitu pantas masa berlalu tanpa kita sedari rasanya 2012 baru lagi.. Itulah kuasa Allah SWT. Mengalir airmataku pepagi ni, jiwang sendirian sambil menjamah sarapan pagi roti canai segera beserta kari ayam, telo dadar dan teh susu..kenapa? Aku rindu keluargaku di Malaysia yang teramat sangat. Tahun silih berganti begitu cepat.. terkenang saat aku di Malaysia kalau time balik kampong di Perlis akulah orang yang paling sibuk setiap hari. Tak sibuk pon buat- buat sibuk la..sibuk bangin awal pagi pergi jelajah kedai arau gerai- gerai kampong yang menjual sarapan. Begitu selesa naik motor EX-5 Tok Wan tanpa helmet dari naik kereta, bukan apa senanh nak U-turn dan parking di bahu jalan kalau TERjumpa makanan yang dicari, kadang- kadang sampai 1km juga pencarianku mencari sarapan untukku, ibu, Tok Wan, Tok dan adikku. Hidangan simple yang jarang jumpa di KL nasik lemak totet dengan setotet gak sambal ikan kering(ikan kering apa saya tak tahu yang aku tahu ikan tu isi semuanya) yang dibungkus menggunakan daun pisang..
Perlahan- lahan ku paksakan diri menyuap sarapan minda dan fikiranku masih merewang nunnnnnnn jauh di Malaysia.. masih lagi ku terkenang lagi kampungku halamanku di Perlis. Terkenang sup yang paling lazat di dunia tiada tolok bandingnya. Sup gear box yang Tok masak menggunakan dapur kayu api. Walaupun rumah Tok lengkan dengan kemudahan moden sedari mataku celik ke dunia namun dapur kayu api masih ada di luar yang hanya digunakan sesekali untuk masak sup ataupun memanggang ikan atau daging. Pastinya naluriku tahu tika dan saat ini jua pasti keluargaku merinduiku sebagaimana diriku merindui mereka. Jauh di lubuk hatiku tiada siapa yang tahu selain Allah SWT betapaku rinduuuuu sangggattt mereka. Biarlah apa jua tafsiran orang terhadapku namun aku adalah aku sedikit pun tak pernah melupakan keluarga. Di kejauhan dan kesepian hidup tanpa keluarga dan saudara mara mahu pun teman- teman di perantauan inilah saya belajar erti kehidupan yang sebenarnya. Belajar menerima seadanya dan sering bermuhasabah diri..
Sesungguhnya matlamat hidup di atas dunia fana ini hanya satu, adalah untuk tunduk kepada Allah SWT yang Maha Esa dan meraih redha Allah SWT serta ibuku. Cuba pandang di sekeliling kita, ramai manusia zaman sekarang lebih mementingkan redha manusia berbanding dari redha Allah SWT, seolah- olah redha manusia adalah segalanya punca kebahagian di dunia mahu pun akhirat yang menjadi penentu kehidupan.
Redha manusia? Ya, redha manusia. Jika disingkap kehidupan manusia ianya lebih menitik beratkan kepada kemewahan, kesenangan serta hiburan. Contohnya, sesetengah manusia berlumba lumba untuk cantik hanya kerana untuk mendapat pujian dan layanan yang baik. Ada pula yang sanggup berbelanja lebih untuk memiliki barang berjenama hanya untuk dilihat bergaya di mata orang lain.
Tidak salah untuk memakai barangan berjenama asal tidak melebihi keperluan dan yang kurang baiknya jikalau di lihat ianya melebihi keperluan yang ada sehingga ada yang hanya di pakai sekali dua kemudian di simpan buat koleksi. Andai dana tersebut diguna dan dibelanjakan untuk bersedekah, alangkah baik dan murninya.
Tidak salah untuk berfesyen mengikut arus moden yang bertamadun. Namun tidak baik jika ianya berfesyen sehingga lupa pada batas halal dan haramnya. Tudung singkat yang masih menampakkan dada mahupun bayangan leher dan rambut, mekap tebal menyilaukan pandangan sehingga boleh menimbul syahwat pada yang melihatnya. Ramai juga yang telah menunaikan haji dan bergelar hajjah masih tak sedar diri. Bukan maksud saya nak menunding jari pada sesiapa tetapi inilah reality kehidupan. Jika saya Tanya..APAKAH MEMBUAT PEMBEDAHAN PLASTIK TU HALAL? Jawapan YA bagi yang mempunyai masalah seperti kemalangan atau yang lahir cacat di bolehkan tetapi mestilah mengikut garis panduan yang ditetapkan bukan boleh suka- suka hati. Mengubah ciptaan Allah SWT adalah HARAM sama sekali ini juga termasuk kita mencabut kening serta cucuk sana sini nak cantik. Yang manusi Nampak membuat pembedahan plastic saja harm caut kening adalah halal.. perkara kecil yang kita tak ambil berat yang boleh menberi impak yang besar di akhirat nanti..
Kaum wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah. Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagiannya.Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik.Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan berterusan sehingga kini.
Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah.Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan. Merujuk kepada syarak berkaitan persoalan ini, terdapat 2 hadis yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening.
Daripada Abdullah bin Masud, daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:- " Allah SWT melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)
Perkara ini membabitkan satu riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah SAW yang rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya. Aisyah menjawab: “Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu.”Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:”Allah SWT melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah SWT.”Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik , namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantik. Mengenai hadis kedua pula, ulama menjelaskan pengertian <b>al-Namisah Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut. Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut. Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus.
Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri. Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadis kedua.
Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga kelihatan hodoh seperti ditumbuhi misai atau janggut, kening yang bercantum antara satu sama lain, dab sebadainya (wallahualam), bolehlah mencabutnya sekadar nya kerana ianya tidak dianggap mengubah ciptaan Allah. Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak. Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan memusnahkan diri sendiri. Wahai para suami dan ayah jadilah seorang lelaki yang bertakwa jangan jadi dayus membiarkan isteri serta anak- anakmu melakukan dosa kerana anda adalah ketua keluarga yang diamanakhan oleh Allah SWT dan akan di pertanggungjawabkan di akhirat nanti serta anda akan terhalang masuk syurga kerana sesuatu yang anda ingatkan kecil ini. Para isterimu dan anak- anakmu kelak akan menunding jari kepadamu kerana anda tidak menjalani kewajipan anda sepenuhnya.
Sedikit cerita sebenar pengalaman saya dalam menasihati seseorang wanita. Saya bukanlah seorang ahli agama mahupun ustazah saya hanya akan bercakap atau berdakwah melalui apa saja yang saya tahu kerana saya tahu kita diharuskan saling ingat mengingatikan dalam kehidupan ni. Saya menegur satu hamba Allah ni dengan menyatakan padanya mencanut kening tu adalah haram dan dilaknat oleh Allah, jawabnya amat mudah dan cepat. Katanya sekiranya dia tak cabut bulu kenianga tau muka dia akan di lihat seperti monyet atau beruk dan dia tak rela. Bila saya berikan risalah yang mengandungi hadis mengenai sebab- sebab wanita masuk neraka juga dia tak mahu baca kerana katanya nanti bila dah tahu tak ikut/ buat akan berdosa, lebih baik tak tahu dari tahu.. Subhanallah apa jenis munafik manusia seperti ini, tidak mahu menerima kebenaran. Saya juag pernah menasihati pekerja suami saya dengan bersembang santai bab agama bila bab mencabut bulu kening kam perbincangkan ada pekerja suami saya yang menerima dan memahaminya dan tak kurang pula ada yang menjawab, biarlah dia amsuk neraka kerana kesalahan isterinya asal isterinya kelihatan cantik serta menarik…Nauzubillah!
Bukankah indah jika bersederhana dan sempurna dalam mengikut syariat islam dalam erti kata yang sebenarnya serta menutup aurat? Bukan sahaja aurat dijaga rapi bahkan akhlak juga mestilah seiring.
Sama-sama kira renungi diri, kelak apabila kita pergi meninggalkan dunia ini, pasti kain putih jua yang akan membaluti tubuh kita. Amalan mulia jualah sebagai 'make up' diri kita. Jika cantik amalan kita, maka tentu 'cantik' jugalah diri kita bertemu denganNya.
Sama-samalah kita muhasabah, niat di hati tu sentiasa diperbaiki agar segala yang kita lakukan hanya semata-mata kerana Allah SWT. Biarlah apapun yang manusia lain perkatakan, kerana yang kita tahu nyawa kita ini hak Allah SWT dan hanya Allah SWT sahaja yang boleh mengambilnya pada bila- bila masa. Sesungguhnya niat kita itu penilainya adalah Allah SWT, bukan manusia. Maka setiap niat kita sandarkanlah ia hanya lillahitaa'la. Misalnya niat untuk menutup aurat, biarlah kerana Allah ta'ala, jangan niat hanya untuk cantik. Biar kita tidak cantik di mata manusia, asalkan kita cantik di sisi Allah SWT.
Sabda Nabi Muhammad SAW daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda :
"Islam itu bermula sebagai sesuatu yang asing dan akan kembali asing, maka sampaikan lah berita gembira kepada orang orang yang terasing itu."
(Hadis Riwayat Muslim no. 145)
Sesungguhnya apa yang baginda khabarkan kepada kita sememangnya betul. Cuba lihat sekarang dunia, yang mana menjadi keutamaan, duit ataupun agama? Tepuk dada tanya selera. Maafkan saya andai ada yang terasa. Bukan niat saya nak sakiti hati sesiapa hanya sekadar peringatan mahu pun renungan buat diri kita bersama. Saya bukan alim atau berlagak alim. Saya hanyalah manusia biasa yang berazam setiap hari untuk menjadi lebih baik dari hari semalam termampu yang saya boleh. Sebagai wanita muslimah yang menjunjung syariah suci sebagai panduan hidup, maka tidak sewajarnya kita terikut-ikut dengan cara wanita bukan Islam atau wanita fasiq menghias diri. Kerana kecantikan zahir yang kita dambakan itu sebenarnya tiada nilai disisi Allah SWT. Wajah kita hanyalah tempat jatuhnya pandangan manusia sedangkan Allah tidak memandang jasad yang cantik,bahkan tempat jatuhnya pandanganNya adalah hati kita. Maka perindahkan hati dan bersihkan jiwa kita sebelum kita mencantikkan luaran kita. Sementara untuk mencantikkan paras rupa, hendaklah kita mengambil kira pandangan Allah SWT dan RasulNya, jangan sesekali kita membelakangkan Allah SWT dalam urusan hidup kita.
Wallahu A’lam.

Forget the pains, sorrows & sadness behind
Let us welcome this New year with big smile
Wish You Happy New Year 2013