Tahun Baru 2013 dan Dunia Yang Hilang???
Assalamualaikum "SELAMAT TAHUN BARU 2013" buat semua sahabatku serta pembaca yang budiman. Bumi berputar 24 jam tanpa henti dan tak terasa begitu pantas masa berlalu tanpa kita sedari rasanya 2012 baru lagi.. Itulah kuasa Allah SWT. Mengalir airmataku pepagi ni, jiwang sendirian sambil menjamah sarapan pagi roti canai segera beserta kari ayam, telo dadar dan teh susu..kenapa? Aku rindu keluargaku di Malaysia yang teramat sangat. Tahun silih berganti begitu cepat.. terkenang saat aku di Malaysia kalau time balik kampong di Perlis akulah orang yang paling sibuk setiap hari. Tak sibuk pon buat- buat sibuk la..sibuk bangin awal pagi pergi jelajah kedai arau gerai- gerai kampong yang menjual sarapan. Begitu selesa naik motor EX-5 Tok Wan tanpa helmet dari naik kereta, bukan apa senanh nak U-turn dan parking di bahu jalan kalau TERjumpa makanan yang dicari, kadang- kadang sampai 1km juga pencarianku mencari sarapan untukku, ibu, Tok Wan, Tok dan adikku. Hidangan simple yang jarang jumpa di KL nasik lemak totet dengan setotet gak sambal ikan kering(ikan kering apa saya tak tahu yang aku tahu ikan tu isi semuanya) yang dibungkus menggunakan daun pisang..
Perlahan- lahan ku paksakan diri menyuap sarapan minda dan fikiranku masih merewang nunnnnnnn jauh di Malaysia.. masih lagi ku terkenang lagi kampungku halamanku di Perlis. Terkenang sup yang paling lazat di dunia tiada tolok bandingnya. Sup gear box yang Tok masak menggunakan dapur kayu api. Walaupun rumah Tok lengkan dengan kemudahan moden sedari mataku celik ke dunia namun dapur kayu api masih ada di luar yang hanya digunakan sesekali untuk masak sup ataupun memanggang ikan atau daging. Pastinya naluriku tahu tika dan saat ini jua pasti keluargaku merinduiku sebagaimana diriku merindui mereka. Jauh di lubuk hatiku tiada siapa yang tahu selain Allah SWT betapaku rinduuuuu sangggattt mereka. Biarlah apa jua tafsiran orang terhadapku namun aku adalah aku sedikit pun tak pernah melupakan keluarga. Di kejauhan dan kesepian hidup tanpa keluarga dan saudara mara mahu pun teman- teman di perantauan inilah saya belajar erti kehidupan yang sebenarnya. Belajar menerima seadanya dan sering bermuhasabah diri..
Sesungguhnya matlamat hidup di atas dunia fana ini hanya satu, adalah untuk tunduk kepada Allah SWT yang Maha Esa dan meraih redha Allah SWT serta ibuku. Cuba pandang di sekeliling kita, ramai manusia zaman sekarang lebih mementingkan redha manusia berbanding dari redha Allah SWT, seolah- olah redha manusia adalah segalanya punca kebahagian di dunia mahu pun akhirat yang menjadi penentu kehidupan.
Redha manusia? Ya, redha manusia. Jika disingkap kehidupan manusia ianya lebih menitik beratkan kepada kemewahan, kesenangan serta hiburan. Contohnya, sesetengah manusia berlumba lumba untuk cantik hanya kerana untuk mendapat pujian dan layanan yang baik. Ada pula yang sanggup berbelanja lebih untuk memiliki barang berjenama hanya untuk dilihat bergaya di mata orang lain.
Tidak salah untuk memakai barangan berjenama asal tidak melebihi keperluan dan yang kurang baiknya jikalau di lihat ianya melebihi keperluan yang ada sehingga ada yang hanya di pakai sekali dua kemudian di simpan buat koleksi. Andai dana tersebut diguna dan dibelanjakan untuk bersedekah, alangkah baik dan murninya.
Tidak salah untuk berfesyen mengikut arus moden yang bertamadun. Namun tidak baik jika ianya berfesyen sehingga lupa pada batas halal dan haramnya. Tudung singkat yang masih menampakkan dada mahupun bayangan leher dan rambut, mekap tebal menyilaukan pandangan sehingga boleh menimbul syahwat pada yang melihatnya. Ramai juga yang telah menunaikan haji dan bergelar hajjah masih tak sedar diri. Bukan maksud saya nak menunding jari pada sesiapa tetapi inilah reality kehidupan. Jika saya Tanya..APAKAH MEMBUAT PEMBEDAHAN PLASTIK TU HALAL? Jawapan YA bagi yang mempunyai masalah seperti kemalangan atau yang lahir cacat di bolehkan tetapi mestilah mengikut garis panduan yang ditetapkan bukan boleh suka- suka hati. Mengubah ciptaan Allah SWT adalah HARAM sama sekali ini juga termasuk kita mencabut kening serta cucuk sana sini nak cantik. Yang manusi Nampak membuat pembedahan plastic saja harm caut kening adalah halal.. perkara kecil yang kita tak ambil berat yang boleh menberi impak yang besar di akhirat nanti..
Kaum wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah. Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagiannya.Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik.Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan berterusan sehingga kini.
Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah.Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan. Merujuk kepada syarak berkaitan persoalan ini, terdapat 2 hadis yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening.
Daripada Abdullah bin Masud, daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:- " Allah SWT melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)
Perkara ini membabitkan satu riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah SAW yang rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya. Aisyah menjawab: “Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu.”Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:”Allah SWT melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah SWT.”Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik , namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantik. Mengenai hadis kedua pula, ulama menjelaskan pengertian <b>al-Namisah Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut. Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut. Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus.
Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri. Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadis kedua.
Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga kelihatan hodoh seperti ditumbuhi misai atau janggut, kening yang bercantum antara satu sama lain, dab sebadainya (wallahualam), bolehlah mencabutnya sekadar nya kerana ianya tidak dianggap mengubah ciptaan Allah. Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak. Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan memusnahkan diri sendiri. Wahai para suami dan ayah jadilah seorang lelaki yang bertakwa jangan jadi dayus membiarkan isteri serta anak- anakmu melakukan dosa kerana anda adalah ketua keluarga yang diamanakhan oleh Allah SWT dan akan di pertanggungjawabkan di akhirat nanti serta anda akan terhalang masuk syurga kerana sesuatu yang anda ingatkan kecil ini. Para isterimu dan anak- anakmu kelak akan menunding jari kepadamu kerana anda tidak menjalani kewajipan anda sepenuhnya.
Sedikit cerita sebenar pengalaman saya dalam menasihati seseorang wanita. Saya bukanlah seorang ahli agama mahupun ustazah saya hanya akan bercakap atau berdakwah melalui apa saja yang saya tahu kerana saya tahu kita diharuskan saling ingat mengingatikan dalam kehidupan ni. Saya menegur satu hamba Allah ni dengan menyatakan padanya mencanut kening tu adalah haram dan dilaknat oleh Allah, jawabnya amat mudah dan cepat. Katanya sekiranya dia tak cabut bulu kenianga tau muka dia akan di lihat seperti monyet atau beruk dan dia tak rela. Bila saya berikan risalah yang mengandungi hadis mengenai sebab- sebab wanita masuk neraka juga dia tak mahu baca kerana katanya nanti bila dah tahu tak ikut/ buat akan berdosa, lebih baik tak tahu dari tahu.. Subhanallah apa jenis munafik manusia seperti ini, tidak mahu menerima kebenaran. Saya juag pernah menasihati pekerja suami saya dengan bersembang santai bab agama bila bab mencabut bulu kening kam perbincangkan ada pekerja suami saya yang menerima dan memahaminya dan tak kurang pula ada yang menjawab, biarlah dia amsuk neraka kerana kesalahan isterinya asal isterinya kelihatan cantik serta menarik…Nauzubillah!
Bukankah indah jika bersederhana dan sempurna dalam mengikut syariat islam dalam erti kata yang sebenarnya serta menutup aurat? Bukan sahaja aurat dijaga rapi bahkan akhlak juga mestilah seiring.
Sama-sama kira renungi diri, kelak apabila kita pergi meninggalkan dunia ini, pasti kain putih jua yang akan membaluti tubuh kita. Amalan mulia jualah sebagai 'make up' diri kita. Jika cantik amalan kita, maka tentu 'cantik' jugalah diri kita bertemu denganNya.
Sama-samalah kita muhasabah, niat di hati tu sentiasa diperbaiki agar segala yang kita lakukan hanya semata-mata kerana Allah SWT. Biarlah apapun yang manusia lain perkatakan, kerana yang kita tahu nyawa kita ini hak Allah SWT dan hanya Allah SWT sahaja yang boleh mengambilnya pada bila- bila masa. Sesungguhnya niat kita itu penilainya adalah Allah SWT, bukan manusia. Maka setiap niat kita sandarkanlah ia hanya lillahitaa'la. Misalnya niat untuk menutup aurat, biarlah kerana Allah ta'ala, jangan niat hanya untuk cantik. Biar kita tidak cantik di mata manusia, asalkan kita cantik di sisi Allah SWT.
Sabda Nabi Muhammad SAW daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda :
"Islam itu bermula sebagai sesuatu yang asing dan akan kembali asing, maka sampaikan lah berita gembira kepada orang orang yang terasing itu."
(Hadis Riwayat Muslim no. 145)
Sesungguhnya apa yang baginda khabarkan kepada kita sememangnya betul. Cuba lihat sekarang dunia, yang mana menjadi keutamaan, duit ataupun agama? Tepuk dada tanya selera. Maafkan saya andai ada yang terasa. Bukan niat saya nak sakiti hati sesiapa hanya sekadar peringatan mahu pun renungan buat diri kita bersama. Saya bukan alim atau berlagak alim. Saya hanyalah manusia biasa yang berazam setiap hari untuk menjadi lebih baik dari hari semalam termampu yang saya boleh. Sebagai wanita muslimah yang menjunjung syariah suci sebagai panduan hidup, maka tidak sewajarnya kita terikut-ikut dengan cara wanita bukan Islam atau wanita fasiq menghias diri. Kerana kecantikan zahir yang kita dambakan itu sebenarnya tiada nilai disisi Allah SWT. Wajah kita hanyalah tempat jatuhnya pandangan manusia sedangkan Allah tidak memandang jasad yang cantik,bahkan tempat jatuhnya pandanganNya adalah hati kita. Maka perindahkan hati dan bersihkan jiwa kita sebelum kita mencantikkan luaran kita. Sementara untuk mencantikkan paras rupa, hendaklah kita mengambil kira pandangan Allah SWT dan RasulNya, jangan sesekali kita membelakangkan Allah SWT dalam urusan hidup kita.
Wallahu A’lam.
Forget the pains, sorrows & sadness behind
Let us welcome this New year with big smile
Wish You Happy New Year 2013
No comments:
Post a Comment