Sunday, July 01, 2012

KEK PISANG GEBUS


Try nak guna oven baru nak biasakan ngan tempreture..pening fikir nak cari kek yang ekonomi takut kalau tak menjadi tak le bazir sangat. Fening jugak memikirkanya..fikir punya fikir ternampak pisang yang sedang meranum kat atas dinning table..terlintas kat kepala nak baut kek pisang jer. Kek pisang ni....actually, Lydia dapat dari Dayang Jack, Sebelum ni dah selalu buat kek pisang tapi tak tahu resepi sapa Cuma kali ni tergoda ngan ayat si Dayang maka cubalah,memang sedap rasanya. Untuk kek pisang ni, kalau tengok kat resepinya, Dayang Jack tak menggunakan soda bikarbonat tapi Lydia add 1/2 camt.
Kek ni memang lembut, mois dan gebu especially kalau dah dibiarkan semalaman, lagi lembut dan lembap.Rasanya pun semakin sedap. Gulanya pula Lydia kurangkan sikit sebab tahu pisang montel ni memang manis.
Mula- mula tu ingat nak add chocolate rice, tapi dek kerana handphone asyik bordering- dering maka TERLUPA lak..so jadilah kek plain jer sama cam DJ buat cuma tak berHROLIKS jer.. insha'Allah next time leh try versi chocolate rice lak.. Tengs DJ atas perkongsian resepi yang sedap ni dan maaf kalu ada penambahan dan pengurangan bahan ya DJ..lydia sharekan kat my blog pula..

Kek Pisang Gebu
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang/loyang 8 inci api atas bawah)
2 cawan tepung gandum -DJ guna 1 3/4 cwa tepung dan 1/4 cwn horlicks,guna tepung jer


1/2 camt baking powder
1/2 camt baking soda
1 cawan pisang yang dilecek
1/2 sudu besar ovalette
1/4 cawan susu cair atau susu segar
4 biji telur gred B
3/4 cawan gula kastor
1 camt esen vanilla atau esen pisang
100 ml minyak jagung atau mentega cair

Panaskan oven pada suhu 160-170C atau ikut suhu oven masing-masing. Griskan loyang kek dengan mentega.
Dalam bekas/mangkuk yang agak besar, 1kan kesemua bahan di atas KECUALI pisang dan minyak jagung/mentega cair. Putar adunan pada kelajuan minima selama 1 minit dan kemudian putar lagi pada kelajuan maksimum sehingga kembang dan gebu. Masukkan pisang yang sudah dilecek tadi dan putar perlahan hingga sebati. Akhir sekali tuangkan minyak jagung/mentega cair dan kacau perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Apabila sudah sebati, tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakarlah selama 45-50 minit atau hingga masak keperangan.
Setelah masak, sejukkan kek sebelum dipotong

Wednesday, June 27, 2012

Salsa Tomato (Dakous)




Salsa Tomato (Dakous)

2 tbsp oil
1 small onion, chopped
3 cloves garlic, chopped fine
1 tbsp lemon juice/ white vinegar
4 medium tomatoes- blend without water
2 tbsp tomato paste
1/4 cup water
Salt to taste
1 pcs loomy

Fry onions and garlic till golden.
Add remaining ingredients, stir and simmer 5 minutes.

ROASTED CHICKEN KABSA

Kabsa ni amat popular kat Saudia Arabia dan arab gulf. Kabsa ni seakan- akan nasi tomato kalau sekali pandang tapi kalau rasa memang tak sama..kalau nak tahu cam ner rasanya jom try buat..maaf yer resepi in english malas nak translate sebb my network ni terlalu teruk..verrrrry pooor..insha'allah kalau ada kesempatan Lydia akan buat terjemahan nya kemudian.. resepi ni kawan akt Saudi bagi dan dah lama tersave kat otak. Selalu baut sebab rasanya sedap sangat pada tekak Lydia la..jom skodeng resepinya..



ROASTED CHICKEN KABSA


Ingredients:-
4C basmati rice
1kg Chicken- cut into half, wash & drain
1 large onion-quartered
300g fresh Tomatoes*-blended together without water
2 large green pepper*
1/2 tsp Black pepper
1/2 tsp Cardamom powder
1/2 tsp Cinnamon
4 pieces Cloves
2-3 pieces Bay leave
1 tsp Mixed spices
1 tbsp Salt
2 pieces dried lemon (lomy)
1/3C Oil/ Ghee
1/2C Raisin, soak for 15 minutes

How to prepare:-
Wash rice well, soak in salted water for 30 minutes.
In a medium casserole, add water, chicken, onion, cardamom, cinnamon, cloves, black pepper, bay leave, all spices, *, lomy and bay leave, bring to a boil and cook for 30 minutes or until chicken is tender.
Remove chickens from the stock and keep aside, strain the stock.
In a medium casserole, fry raisin until golden, remove and set aside.
Fry rice for 1-2 minutes, add water/ stock to get 4 cups of stock.
Add 1tsp salt and kabsa spices.
Bring to boil in high heat for 10-15 minutes until water boils then cover tightly and reduce the heat.
Simmer for 20-25 minutes until rice is cooked and dry.
Arrange chicken nicely and roast until golden brown.
Place the rice in the platter, arrange chicken and sprinkle with nuts and raisin on the top.
Serve it with dakous or salsa tomato and salata/ salad. (Refer to the old recipe).

Monday, June 25, 2012

Golden Chicken Puff with Mayo and Parmesan cheese


Bosan dan tak tau nak buat apa dah dgn roti sandwich yang berbaki dan hampir expired?
Jom kita manafaatkan dengan membuat puff ayam mayo bercis guna roti. Penyediaannya sangatlah mudah. Lydia dapat idea ni semalam semasa dok ngintai kek lapis kat blog Dayang Jack. Roti sandwich Lusine ni memang jarang beli pon, sesekali beli selalu je tak habis. Yang lepas- lepad Lydia buatkan puding roti jer. Tapi asyik pudding roti pon bosan gak. Ternampak puff ni terus Lydia dapat idea nak buat, Cuma Lydia ubahsuaikan intinya saja ikut bahan yang ada dan selera anak tekak. … Hehhehe.. Ampun Dayang sebab menderhaka.. Alhamdulillah menjadi puff ni, rangup, garing dan sedap! Tak yah buat pastry atau guna kulit pastri instant t upon stay leh dimanafaatkan dengan roti pon sedap. Tapi kena makan panas-panas. Ditambah pula dengan kelemakkan mayonise dan parmesan cis..pergh, terangka U. Sib baik la si pak arab sowing ni makan kalau tak penat gak sebab tamak buat banyak. Lydia buat time dinner tadi, tapi kan puff ni boleh dihidangkan bila-bila masa. Meh tengok resepinya dan kalau rajin sudi – sudikanlah yaer mencuba nyer.

Golden Chicken Puff with Mayo and Parmesan cheese

6-8 keping roti sandwich
100 g daging ayam cincang
1 keping cheesedale (disiat-siat kecil)
1 ulas bawang putih-dicincang halus
1 camb entra virgin olive oil
Secubit garam dan lada sulah
Mix vege
1 biji telur (dipukul sedikit)
1 camb mayonis
Parmesan cheese powder-ikut suka nak banyak mana

Panaskan olive oil di dalam kuali.
Tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan isi ayam cincang, mi vege dan kacau hingga sedikit kering.
Masukkan garam dan lada sulah dan matikan api.
Masukkan parmesan cheese powder dan mayonis.
Kacau sebati dan ketepikan.
Sediakan roti. Potong semua bahagian tepinya(kerak.
Kemudian leperkan dengan rolling pin( Lydia guna pasta machine sebab cepat dan rata jer).
Sapukan semua bahagian tepinya dengan telur.
Kemudian letakkan inti ayam tadi di tengah-tengahnya.
Lipat seperti bentuk triangle dan tekan kemas bahagian tepinya dengan garpu.
Sediakan minyak untuk goreng terendam.
Gunakan api sederhana.
Apabila sudah cukup panas, gorenglah roti tadi hingga keemasan. (MINYAK JANGAN TERLALU PANAS, nanti roti cepat jadi hangus).
Setelah masak dan garing, angkat dan toskan.
Hidangkan panas-panas bersama sos kegemaran atau enak juga dimakan begitu saja.

Saturday, June 23, 2012

DAGING MASAK KANDAR, NASI TOMATO PERANTAUAN




Assalamualikum dan selamat berjumpa kembali….N3 hari ni agak simple dan sedap. Resepi ni dapat dari kaksma@myresipi.com. Ianya sangat mudah dan ringkas tetapi Lydia ubah suaikan ikut citarasa sebab kalau ikut resepi asal rasanya agak manis dan pedas sikit kot sebab menggunakan sos tomato dan rempah kari yang banyak. Lydia dan suami tak makan pedas dan tak suak manis dalam masakkan, so terpaksalah di oleh sedikit sebanyak mengikut selera yang nak makan. Maaf ya empunya resepi sebab terpaksa menderhaka, Al maklumlah yang nak makan bukan orang melayu sepenuhnya. Daging Masak Kandar ni Lydia buat bersama Nasi Tomato. Terima kasih empunya resepi asal. Kawan- kawan yang ada anak kecil pon leh bagi makan anak- anak tu sebab tak pedas, lydia dah plus minus apa yang perlu kalau nak cuba jom tengok resepinya kat bawah ni.

DAGING MASAK KANDAR, NASI TOMATO PERANTAUAN




DAGING MASAK KANDAR
1 kg daging
1 labu bawang besar*
1/2 labu bawang putih*
1 inci halia*(di blend bersama)
2 camb kicap pekat
2 camb tomato paste
1 paket kecil rempah kari daging
2 camb rempah kurma
1/2 camt corainder powder
Sedikit nutmeg powder
1 biji buah tomato ddipotong 4
1 labu bawang besar-dimayang
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
sedikit daun kari
garam secukup rasa
Fresh corainder leave-dicincang kasar
Air rebusan daging secukupnya
Minyak untuk menumis

Potong daging medium saiz, bersihkan dan rebus hingga empuk dan simpan air rebusannya
Campurkan serbuk rempah kari, rempah kurma dan bahan blend, kacau sedikit sehingga mendapat paste yang pekat.
Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan bahan rempah yang dijadikan paste tadi hingga pecah minyak.
Masukkan bawang besar yang dimayang dan daun kari, kacau sedikit hingga sebati.
Kemudian masukkan kicap pekat,tomato paste, sedikit air rebusan (+- 1/3 cawan) dan buah tomato,kacau sehingga sebati.
Bila sebati, biarkan seketika sehingga buah tomato sedikit hancur, masukkan daging dan air rebusan daging.
Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga kuah menjadi pekat.
Matikan api dan taburkan sedikit daun corainder dan sedia dihidangkan bersama roti atau nasi kegemaran anda. (nasi minyak, nasi tomato, nasi hujan panas atau nasi putih biasa).
Selamat mencuba dan menjamu selera..
Note:- Kalau yang suka pedas tu bolehlan letak cili mesin sikit, adjust la ikut kesesuaian tekak anda ya..



NASI TOMATO
2 cawan beras basmathi - cuci, rendam dalam air garam selama 1 jam dan toskan.
2 camb susu cair
1 biji tomato - didadu kasar
1 camb tomato puree
1 camb ghee
2 camb minyak masak
1/4 cawan kismis- rendam 10 minit dengan air panas dan toskan
garam secukup rasa
2 cawan air panas mengelegak

Bahan taburan:-
daun sup/ daun bawang
gajus bakar
bawang goreng

Bahan Tumis:-
1 ulas bawang putih*
2 ulas bawang merah*
1/2 inci halia*- ditumbuk lumat/halus
2 biji buah pelaga
2 kuntum cengkih
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang

Dengan menggunaka periuk nasi elektrik, panaskan minyak masak bersama ghee.
Tumis bahan tumbuk dan rempah tumis hingga naik bau.
Masukkan buah tomato, kacau sedikit dan biarkan hingga tomato masak hancur.
Masukkan kismis dan tomato paste. Kacau sedikit.
masukkan beras dan goreng hingga transparent dalam 1-2 minit.
Masukkan air panas,susu cair dan garam, gaul rata.
Biarkan mendidih dan alihkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan nasi masak seperti biasa.
Bila telah masak, kacau perlahan- lahan menggubakan garfu dan biarkan selama 5 minit dan gemburkan sekali lagi dengan garfu.
Hiaskan dengan taburan daun sup/bawang, bawang goreng dan gajus bakar.