Sunday, July 01, 2012

KEK PISANG GEBUS


Try nak guna oven baru nak biasakan ngan tempreture..pening fikir nak cari kek yang ekonomi takut kalau tak menjadi tak le bazir sangat. Fening jugak memikirkanya..fikir punya fikir ternampak pisang yang sedang meranum kat atas dinning table..terlintas kat kepala nak baut kek pisang jer. Kek pisang ni....actually, Lydia dapat dari Dayang Jack, Sebelum ni dah selalu buat kek pisang tapi tak tahu resepi sapa Cuma kali ni tergoda ngan ayat si Dayang maka cubalah,memang sedap rasanya. Untuk kek pisang ni, kalau tengok kat resepinya, Dayang Jack tak menggunakan soda bikarbonat tapi Lydia add 1/2 camt.
Kek ni memang lembut, mois dan gebu especially kalau dah dibiarkan semalaman, lagi lembut dan lembap.Rasanya pun semakin sedap. Gulanya pula Lydia kurangkan sikit sebab tahu pisang montel ni memang manis.
Mula- mula tu ingat nak add chocolate rice, tapi dek kerana handphone asyik bordering- dering maka TERLUPA lak..so jadilah kek plain jer sama cam DJ buat cuma tak berHROLIKS jer.. insha'Allah next time leh try versi chocolate rice lak.. Tengs DJ atas perkongsian resepi yang sedap ni dan maaf kalu ada penambahan dan pengurangan bahan ya DJ..lydia sharekan kat my blog pula..

Kek Pisang Gebu
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang/loyang 8 inci api atas bawah)
2 cawan tepung gandum -DJ guna 1 3/4 cwa tepung dan 1/4 cwn horlicks,guna tepung jer


1/2 camt baking powder
1/2 camt baking soda
1 cawan pisang yang dilecek
1/2 sudu besar ovalette
1/4 cawan susu cair atau susu segar
4 biji telur gred B
3/4 cawan gula kastor
1 camt esen vanilla atau esen pisang
100 ml minyak jagung atau mentega cair

Panaskan oven pada suhu 160-170C atau ikut suhu oven masing-masing. Griskan loyang kek dengan mentega.
Dalam bekas/mangkuk yang agak besar, 1kan kesemua bahan di atas KECUALI pisang dan minyak jagung/mentega cair. Putar adunan pada kelajuan minima selama 1 minit dan kemudian putar lagi pada kelajuan maksimum sehingga kembang dan gebu. Masukkan pisang yang sudah dilecek tadi dan putar perlahan hingga sebati. Akhir sekali tuangkan minyak jagung/mentega cair dan kacau perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Apabila sudah sebati, tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakarlah selama 45-50 minit atau hingga masak keperangan.
Setelah masak, sejukkan kek sebelum dipotong

No comments:

Post a Comment