Showing posts with label INFORMATION/ PICTURE/ VIDEO. Show all posts
Showing posts with label INFORMATION/ PICTURE/ VIDEO. Show all posts

Thursday, May 26, 2011

JENIS-JENIS MAKANAN DAN MINUMAN YANG BESAR KEBERKATANNYA

(1) Tsarid (Bubur Daging)
Tsarid (bubur daging) memiliki keutamaan dibandingkan makanan yang lain, di antara banyaknya hadis soheh menyebutkan keutamaan tersebut. Sebagamana disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Nabi saw bahawa beliau bersabda:
“Keutamaan ‘Aisyah dibandingkan semua wanita, bagaikan keutamaan tsarid (bubur daging) atas semua makanan”.-H/R Muslim
Diriwayatkan dari Salman Al-Farisi secara marfu’ bahawa Nabi saw bersabda:
"Keberkatan itu terdapat di dalam tiga perkara: berjamaah, tsarid (bubur daging) dan makan sahur”.
Lihat Silsilah Al Hadis As Sohehah, hadis no 1045
Diriwayatkan dari Asma’ binti Abu Bakar r.a bahawa:
Apabila dirinya membuat tsarid (bubur daging), ia menutupinya dengan sesuatu sehingga hilang asapnya. Ia berkata: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda”: “Sesungguhnya Tsarid (bubur daging) merupakan berkat yang paling besar”.-H/R Ahmad dan Ad Darimi
Ibnu Qayyim Al-Jauziah berkata: “Meskipun tsarid(bubur daging) merupakan makanan campuran. Tetapi ia campuran dari roti dan daging. Roti adalah makanan terbaik dan daging adalah lauk yang terlazat. Bila keduanya bercampur, maka tidak ada lagi yang menyamainya”.
Lihat: Zadul Ma’ad jilid 4 halaman 265

(2) Susu
Berkenaan dengan keberkatan susu, ada beberapa hadis yang menyebutkan keutamaan tersebut. Sebagaimana hadis berikut ini yang diriwayatkan dari Ummu Salim Ar-Rasin bahawa ia berkata: “Aku mendengar ‘Aisyah r.a mengatakan:
“Apabila dihidangkan susu kepada Rasulullah saw, beliau bersabda: “Keberkatan atau dua keberkatan”.-H/R Ibnu Majah
Dari ‘Aisyah r.a bahawa ia mengatakan:
“Apabila Rasulullah saw diberi susu, beliau bersabda: “Betapa banyak rumah yang di dalamnya terdapat satu keberkatan atau dua keberkatan”.-H/R Ahmad

(3) Kurma
Berkenaan dengan keberkatan kurma, ada beberapa hadis yang menyebutkan keutamaan tersebut. Sebagaimana hadis berikut ini yang diriwayatkan dari Anas r.a bahawa ia berkata: “Rasulullah saw bersabda:
“Sebaik baik kurma adalah al-barniy. Ia boleh menghilangkan penyakit dan tidak mengandungi penyakit”.-H/R Ibnu Adi, Baihaqi dan Ad Dhiya
Rasulullah saw juga bersabda:
“Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, maka kelaparanlah bagi penghuninya atau laparlah penghuninya”.-H/R Muslim dan Tirmizi
Diriwayatkan dari Ubaidillah bin Rafi’ dari neneknya, Salma r.a bahwa Rasulullah saw bersabda:“Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, bagaikan rumah yang tidak ada makanannya”
Lihat Silsilah Al Hadis As Sohehah, hadis no 1776
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma”.-H/R Ibnu Hibban dan Baihaqi
Keberkatan kurma ‘Ajwah Madinah
Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a bahawa ia berkata: Rasulullah saw bersaba:
“Pada kurma ‘ajwah ‘aliyah dipermulaan pagi sebelum sarapan adalah penyembuh dari setiap sihir dan racun”.-H/R Ahmad
Juga dikeluarkan muslim dengan lafal yang tidak disebutkan kata “’Alariq”:
“Di dalam kurma ‘ajwah’aliyah terdapat penyembuh atau ubat penawar racun di pagi hari”-H/R Muslim
Sheikh Al-Albani mengatakan “Hadis ini memiliki penguat dari hadis Sa’d bin Abi Waqqash yang marfu’ dengan lafal:
“Siapa saja makan tujuh kurma ‘ajwah tanah Madinah sebelum sarapan, tidak ada sesuatu pun yang membahayakannya pada hari itu hingga pagi”. Perawi berkata:
“Aku menduga beliau bersabda: “Dan jika memakannya ketika petang, tidak ada sesuatu pun yang membahayakan hingga pagi”.

(4) Madu
Adapun madu lebah, maka berkatnya besar sekali. Cukuplah kita mendapatkan penjelasan mengenai keberkatan ini dari firman Allah Ta’ala:
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia!. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)! Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapt ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memikirkan.
Surah An-Nahl ayat 68-69
Allah swt telah mamuliakan madu dengan menjadikannya minuman untuk penduduk syurga sebagaimana firmannya:
“…Dan sungai-sungai dari madu yang disaring. Dan mereka memperolehinya didalam segala macam buah-buahan dan ampunan dari Tuhan mereka….
Surah Muhammad ayat 15. Keutamaan madu juga disebutkan dalam banyak hadis Rasulullah saw. Kita teliti hadis-hadis berikut.
“Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud r/a bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Madu adalah penyembuh segala penyakit, sedang Al-Quran adalah penyembuh segala penyakit di dalam dada. Maka dari itu, hendaklah kalian berubat dengan dua penyembuh, iaitu Al-Quran dan Madu”.-H/R Ibnu Majah dan Hakim
“Diriwayatkan juga dari Ibnu Mas’ud r/a bahawa Rasulullah saw bersabda:
Hendaklah kamu berubat dengan dua penyembuh, Madu dan Al-Quran”.
H/R Ibnu Majah, Ibnu Mardawaih dan Hakim
Madu benar-benar adalah ubat yang hebat sebagaimana yang diriwayatkan Abu Sa’id Al-Khudri r.a bahawa ia berkata:
“Ada seorang lelaki datang kepada Nabi saw lalu berkata: “Ya Rasulullah, saudaraku sakit perut”. Rasulullah bersabda kepadanya: “Minumkan madu padanya! Orang itu melakukannya, lalu datang kembali kepada beliau dan berkata: “Aku telah memberinya madu, tetapi malah bertambah sakit”, Orang itu mengulangi sampai tiga kali. Ketika ia datang ke empat kalinya, Rasulullah saw bersabda padanya: “Minumkan madu padanya! Orang itu berkata: “Aku telah memberinya madu, tetapi bertambah sakit”. Rasulullah saw bersabda: “Maha benar Allah dan berdustalah perut saudaramu, minumkan madu padanya!” Orang tu melakukannya dan sembuhlah sakit saudaranya itu”.
H/R Bukhari dan Muslim

(5) Air Zam-Zam
Sesungguhnya sebaik-baik air yang ada di bumi dan yang paling bermanfaat adalah air zam-zam. Di dalamnya terdapat penyembuh dari segala penyakit, pengenyang dari setiap rasa lapar dan penyegar dari rasa haus. Ini sebagaimana yang diriwayatkan dari Ubadah bin Shamit r.a bahawa ia berkata:
Abu Dzar menuturkan dalam hadis yang panjang, lalu ia menyebutkan pertanyaan Nabi saw kepadanya, Sejak bila kamu di sini? Aku (Abu Dzar) menjawab, Kami di sini sejak 30 hari, siang dan malam”. Beliau saw bertanya: “Siapa yang memberikan kamu makan? Aku menjawab: “Tidak ada makanan padaku kecuali air zam-zam. Aku menjadi gemuk sampai perutku buncit, dan tidak aku dapati rasa lapar dalam perutku. Lantas beliau saw bersabda: “Sesungguhnya itu air yang diberkati, makanan yang mengenyangkan dan penyembuh penyakit”.-H/R Muslin dan At Thayalisi
“Rasulullah saw juga bersabda:
“Sesungguhnya itu air yang diberkati. Ia makanan yang mengenyangkan dan penyembuh penyakit”.-H/R Abu Daud an At Thayalisi
Dari Abu Dzarr bahawa ia berkata: Rasulullah saw bersabda:
“Air zam-zam adalah makanan yang mengenyangkan dan penyembuh penyakit”.
H/R Ibnu Abi Syaibah dan Al Bazzar
Dari Ibnu Abbas r.a bahawa ia berkata: Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya sebaik-baik air yang ada di bumi adalah air zam-zam. Di dalamnya terdapat pengenyang dari segala rasa lapar dan penyembuh penyakit. Dan seburuk-buruk air yang ada di bumi adalah air yang ada di lembah Badhut daerah Hadramaut, seperti kaki serangga belalang. Kalau pagi memancar dan petang hari tidak ada airnya”
H/R Thabrani dan Ad Dhiya

(6) Minyak dari Pokok Zaitun
Cukuplah sebagai dalil untuk kita akan keberkatan pokok zaitun sebagaimana firman Allah swt:
“Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi, Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti satu lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca, (dan) kaca itu seakan-akan bintang (bercahaya) seperti mutiara yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkatnya, (iaitu) pokok zaitun yang tumbuh tidak disebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis)…….-Surah An Nuur ayat 35
Dari Abi Usaid Al-Anshari bahawa ia berkata: Rasulullah saw bersabda:
“Makanlah minyak zaitun! Sesungguhnya ia diberkati. Berlauklah dengannya dan berminyaklah dengannya! Sesungguhnya ia keluar dari pokok yang diberkati”-H/R Ahmad, Ad Darimi dan Tirmizi
Hadis di atas juga tetapi diriwayatkan dengan lafaz yang berbeza-beza, iaitu hadis dari Umar, Abu Usaid, Abu Hurairah, Abdullah bin Abbas tentang sabda Nabi saw:
Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya! Sesungguhnya ia dari pokok yang diberkati”.
Lihat Silsilah Al Hadis As Sohehah, hadis no 379
Alhamdulillah dengan izin Allah swt, telah berjaya saya susunkan untuk pembaca tentang cara mendapat keberkatan pada makanan dan jenis-jenis makanan yang mendapat keberkatan yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Semoga artikel ini dapat memberikan Ilmu yang bermanfaat kepada pembaca dan diharap ilmu ini dapat disebarkan.

Wednesday, May 25, 2011

SEKIRANYA ANDA PENGEMAR TAUFUFA..BACA INFO NI..

Assalamualikum sumer..dah lama saya tak up date ket blog ni. So today saya nak kongsikan sedikit information ngan U olls...sebenarnya info ni dah lama terperap kat laptop saya cuma lupa nak upload je..

Ya, hanya empat bahan sahaja digunakan di dalam resepi taufufah yang lazat ini. Kacang soya dan tepung jagung boleh didapati dengan mudah di pasaraya atau kedai runcit.
GDL atau Sekko? Mana yang bahaya untuk Kesihatan?
Ramai yang tidak mengetahui Sekko yang dikenali dengan nama Gypsum atau 'Calcium Sulfate Dihydrate' merupakan bahan yang digunakan dalam industri pembinaan dalam pembuatan simen, celling, drywall dan plaster rumah. Mesti ramai yang terperanjat, namun itulah kenyataan sebenar.
Walaubagaimanapun, penggunaan yang sedikit di dalam taufufah tidaklah menjejaskan kesihatan. Namun pemakanan yang kerap dan berlebihan boleh memberi kesan negatif pada kesihatan jangka panjang terutamanya pada buah pinggang anda.
Jangan risau kerana ada pengantinya iaitu GDL. GDL (Glucono Delta Lactone) dihasilkan daripada buah-buahan melalui proses 'fermentation'. Namun harga GDL yang lebih mahal membuatkan ramai peniaga taufufah menggunakan Sekko. GDL menghasilkan Tafufauh yang lebih cantik, licin dan halus.

Tu je info yang saya dapat untuk kita share sharte bersama.

Friday, May 20, 2011

Serious Message about Using Mobile Phone at High Voltage Areas.

Serious Message about Mobile Phone at High Voltage Areas.
....Please read to the end


Dear All,

With deep pains (and tears in my eyes), I am sad to inform you that yesterday morning, one of my dear friend's elder son (Mr. Aditya Suresh Joshi), age 19, studying in 1st year engineering, died in Keshvani Hospital, Mumbai. He was admitted in Keshavani Hospital as burned patient.

Reason 4 days back this boy had gone to Amravati (One of the district place located in State of Maharashtra ) on study tour. After their study was over his classmates & teachers, all of them were standing on "Badnera"railway station to catch the train. "Badnera" is the name of the railway station for " Amravati "city.

As soon as they arrived on Badnera Railway station, many of them started taking pictures of their friends using "Mobile Phones" and/or "Digital Camera". One of them complained that, in his camera, he was not able to capture more number of friends in one frame. He was not able to catch the angle. Another boy suggested climbing on to the train boogie and take picture so that all of them can be accommodated in a single frame.

There was one goods wagon (all of them were oil tankers) train resting between 2 main railway lines.

Kumar Aditya climbed up the oil boogie. Above his head, 40,000 volts electrical line was passing through. As soon as he clicked the digital camera 40,000 volt current passed through the camera flash light to his camera and then from his camera to his fingers and then from his fingers to his body. All this happened within seconds. Next moment he was thrown from the top. His body was half burned on the spot.

At that time, his father (my friend) was traveling in Bangkok . His many friends in Pune came to know about this via mobile SMS. They instantly arranged air ambulance in Amravati and his burned body was brought to Keshavani Hospital , Mumbai. I was told that this is the best hospital in Mumbai. Prior to the incident i.e. few days ago he was talking to his relatives. When he was admitted to the hospital, doctor informed
his relatives that don't keep any great hopes. Because of lot of complexity issues in a half burned body. He died yesterday morning.

Now how many of us are aware about this technological threats &
dangers? Honestly, Kumar Aditya and his father were not aware. His family was not aware. Our entire friend circle of more than 12,000, we were not aware. Now should we call ourselves as fully educated and fully knowledgeable people? Think of it.

Please avoid mobile phones at petrol outlets. Please avoid talking on mobile phones while driving. I also know many friends who do not bother about this good suggestion and many of them have opted for a "couldn't care less attitude". Please avoid talking on mobile phones while they are in charging mode. Avoid charging mobile phones near your bed and/or near wooden furniture. Avoid using mobile phones and flash lights near high voltage electrical lines like railway stations. My friends, his family members learned our lesson with the loss of a young life. Now would you like to empower your friends about this accident so as to avoid future accidents?

We can save human life by empowering all friends who are in your network? I have done "My Karma {with deep pains & tears in my eyes}" by empowering you about this horrible experience.

KACANG SOYA MENGALIH KITA DARI PEMAKANAN SUNNAH


Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.
Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.
Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita. Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:- Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).
FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).
(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)
(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)
Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.
Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.
Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.
(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)
Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .
(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.
Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.
Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji

Tuesday, May 17, 2011

PENJAGAAN KESIHATAN MENURUT ISLAM

PENJAGAAN KESIHATAN MENURUT ISLAM

Penjagaan Kesihatan Menurut Pandangan Perubatan dan Islam


Islam memandang berat soal penjagaan kesihatan ummatnya. Islam mengajar kepada kita untuk menjaga kesihatan dengan cara pencegahan sebelum ditimpa sebarang penyakit, “Mencegah itu lebih baik daripada mengubati” sementara apabila ditimpa penyakit, maka kita disuruh untuk mengubatinya.

Kesihatan dalam perubatan
“Complete physical, mental and social well being” – Kesempurna aktiviti fizikal, mental dan sosial yang baik. Dalam tahun 1985, WHO telah menambah spiritual – rohani sebagai suatu aspek yang menggambarkan seseorang itu mempunyai kesihatan yang baik ataupun tidak.
Konsep Pencegahan di dalam Islam. “Mencegah lebih baik daripada berubat” (preventive medicine)
1. Penjagaan kebersihan diri dan persekitaran
2. Pemakanan yang seimbang
3. Perlakuan dan aktiviti fizikal – senaman
4. Hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah dalam aspek kerohanian

Kebersihan
Kebersihan amat dititikberatkan di dalam Islam. Sebagaimana yang disebutkan di dalam Hadith “Kebersihan itu sebahagian daripada Iman” Wajib untuk kita menjaga kebersihan yang seterusnya akan mengelakkan seseorang itu daripada pelbagai jenis penyakit samada penyakit berjangkit (communicable) ataupun tidak (non communicable)

Firman Allah SWT
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri.”
Dari aspek perubatan, kebersihan memainkan peranan yang cukup penting dalam mengelakkan seseorang ditimpa penyakit, kebersihan yang dimaksudkan adalah meliputi kebersihan diri dan kawasan persekitaran. Diri dan persekitaran yang kotor akan mengundang pelbagai jenis vektor pembawa penyakit ke kawasan tersebut.
Makanan yang disediakan juga hendaklah dipastikan kebersihannya dan hendaklah dibasuh dengan cara yang betul dan dimasak dengan sempurna. Jangan sambil lewa dalam menyediakan juadah dan hidangan untuk keluarga.

Pemakanan Yang Seimbang
Dalam kehidupan seharian kita sering dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan dan juadah bagi memenuhi keperluan jasmani kita dan membekalkan tenaga yang secukupnya dalam melakukan aktiviti sehari hari.
Allah telah menukilkan di dalam Al Quranul Karim melalui firmannya:
“Wahai manusia, makanlah apa-apa diatas dunia ini dari makanan yang halal dan baik dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya dia adalah musuhmu yang nyata.”

Firman Allah juga:
Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari apa-apa yang baik daripada rezeki yang dikurniakan oleh kami kepadaMu dan bersyukurlah kepada Allah dan kepadanyalah kamu bersembah sujud (beribadat)
Makanan yang kita makan sehari-hari adalah merupakan salah satu ibadat terhadap Allah apabila kita meniatkannya untuk membolehkan kita melakukan ibadat kepadaNya, oleh yang demikian amat perlu untuk kita memilih makanan yang kita makan dari jenis makanan yang berkhasiat dan baik bagi membolehkan kita mendapat manafaat yang optimum daripada apa yang kita makan.
Secara umumnya kaedah pemakanan yang seimbang adalah berdasarkan teori piramid makanan sebagaimana di bawah.

Aras Pertama:
LEMAK, MINYAK dan GULA
Lemak. Minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 1 Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.

Aras Kedua:
HASIL TENUSU
Hasil tenusu juga terletak di Aras 2 Piramid. Contoh hasil tenusu adalah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Pilihlah hasil tenusu rendah lemak.
SATU SAJIAN HASIL TENUSU
• 1 gelas susu
• ½ cawan dadih rendah lemak
• 1 keping keju

Aras Ketiga
DAGING, AYAM, IKAN dan KEKACANG
Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin b, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya (seperti tauhu dan tempe), kacang dhal dan kacang merah

SATU SAJIAN DAGING, AYAM, IKAN, DAN KEKACANG
• 1 ketul peha ayam bersaiz sederhana
• 1 ekor ikan kembong bersaiz sederhana
• 2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis
• 5 sudu makan ikan bilis tanpa kepala
• 2 biji telur bersaiz sederhana
• 2 keping tempe
• 2 keping taukua
• 4 sudu makan mentega kacang

Aras Keempat
SAYUR-SAYURAN dan BUAH-BUAHAN
Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.

SATU SAJIAN SAYUR-SAYURAN
• ½ cawan sayur berdaun hijau bersama batangnya (dimasak)
• ½ cawan sayuran buah berumbi, seperti terung, tomato (dimasak)

SATU SAJIAN BUAH-BUAHAN
• ½ biji jambu batu bersaiz sederhana
• 1 biji oren, pir atau epal bersaiz kecil
• 1 biji pisang bersaiz sederhana
• 1 hiris betik, nenes atau tembikai

Aras Kelima:
BIJIRIN, HASIL BIJIRIN dan UBIAN-UBIAN
Aras 5 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi, mihun, roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek, keladi dan kentang.
Pilihlah bijirin atau hasil bijirin mil penuh seperti beras perang, tepung gandum mil penuh atau tepung atta, dan roti atau biskut mil penuh.

SATU SAJIAN BIJIRIN DAN UBI-UBIAN
• 1 keping roti mil penuh
• ½ cawan nasi
• ½ cawan bihun/ mi/ pasta
• ½ keping capati bersaiz kecil
• 1 cawan bubur nasi kosong
• ½ cawan bijirin sarapan
• 1 biji kentang bersaiz sederhana
• 3 keping biskut kraker kosong

Begitulah pembahagian kelas-kelas makanan yang dianjurkan bagi membolehkan seseorang antara kita mendapatkan manafaat yang secukupnya dari apa yang dimakan dan supaya apa yang dimakan tidaklah kurang daripada yang sepatutnya dan tidak pula sebaliknya, lebih daripada apa yang diperlukan oleh badan.

Kategori zat-zat makanan.
Secara amnya makanan-makanan yang kita makan terbahagi kepada 4 kategori iaitu Karbohidrat, Protein, Lemak dan zat vitamin dan mineral.
Jumlah tenaga bagi setiap kategori atau kelas makanan tersebut boleh dilihat dari jadual di bawah:

KELAS MAKANAN NILAI KALORI
(kilokalori) SUMBER
Karbohidrat 4 nasi
Lemak 9 minyak masak
protein 4 ikan dan daging

Karbohidrat
Karbohidrat adalah merupakan kategori makanan yang paling utama dalam menu kita sehari-hari kerana tenaga yang dijana dalam badan kita adalah majoritinya diambil daripada kumpulan ini. Ini kerana makanan daripada kumpulan karbohidrat akan melalui proses penghadapan dan pencernaan untuk membolehkannya ditukarkan kepada bentuk yang paling ringkas iaitu sebagai gula penurun atau glukosa yang merupakan sumber utama tenaga dalam badan. Hasil atau lebihan karbohidrat yang tidak ditukarkan kepada glukosa akan terus disimpan oleh badan di bahagian hati sebagai glikogen dan akan digunakan apabila glukosa habis digunakan.
Glukosa yang dihasilkan ini akan digunakan oleh badan selama lebih kurang 2 jam sebelum ianya habis. Pada waktu inilah glikogen yang disimpan di dalam badan kita ditukarkan kembali kepada bentuk glukosa untuk memberikan tenaga yang diperlukan oleh badan sehinggalah ianya habis digunakan. Simpanan glikogen di dalam badan dapat bertahan dalam menyalurkan sumber tenaganya kepada badan sehingga 12 jam apabila bekalannya habis.
Selain glikogen, badan juga mendapat sumber glukosanya daripada sumber-sumber bukan karbohidrat seperti gliserol, asid amino dan lactate, Bahan-bahan ini akan memberikan sumber glukosa yang berterusan kepada badan bagi memastikan fungsi-fungsi berjalan dan berperanan dengan baik.

Lemak
Lemak juga adalah merupakan komponen makanan yang penting untuk badan, namun kita tidaklah memerlukannya dalam kuantiti yang banyak. Lemak perlu dalam membekalkan tenaga kepada badan ketika senaman dan melakukan kerja berat, sebagai lapisan membran bagi sel-sel badan, sebagai pengangkut nutrisi di dalam darah, sebagai sulfactant pada peparu dan banyak lagi.
Kita tidak memerlukan lemak yang banyak kerana lebihan lemak yang banyak dalam badan akan ditukar dan disimpan dibawah lapisan kulit sebagai tisu adipose dan boleh menyebabkan kegemukan dan obesiti kepada seseorang dan seterusnya mengundang pelbagai jenis penyakit kepadanya, seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Lemak-lemak yang berlebihan juga akan terkumpul dan melekat pada saluran darah dan menebalkan saluran darah tersebut sehingga menyempitkan laluan atau lumen saluran darah tersebut. Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami asteroclerosis dan tekanan darah tinggi. Keadaan ini amat merbahaya dan boleh membawa kepada maut.
Selain itu hasil daripada pelekatan asid-asid lemak kepada lapisan salur darah ini juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami aneurisme dan boleh menyebabkannya pecah dan mengalami pendarahan dalam badan. Oleh itu, langkah yang terbaik adalah dengan mengurangkan pengambilan lemak didalam makanan kita lebih-lebih lagi lemak daripada kategori lemak tepu sebaliknya banyakkanlah penggunaan lemak tak tepu dalam menu harian kita kerana lemak tidak tepu dapat membantu mengurangkan kandungan kolesterol dalam saluran darah dan organ-organ lain dalam badan.

Protin.
Protin juga adalah suatu komponen yang penting bagi badan kita, ia merupakan benda asas dalam membina sel-sel dalam badan kita dan diperlukan oleh badan secukupnya. Tanpa protin perkembangan dan tumbesaran seseorang itu boleh terbantut selain akan menghidapi pelbagai menyakit seperti kwashyiokor, merasmus dan sebagainya.
Selain itu, protin juga merupakan sumber tenaga yang penting apabila kandungan glukosa dan glikogen sudah habis digunakan bagi membolehkan tenaga dibekalkan dengan secukupnya kepada badan terutamanya otak dan bahagian yang tidak boleh menjana tenaga sendiri seperti sel-sel darah, retina, dan sebagainya.

Oleh itu, amatlah penting bagi kita untuk mengawal pemakanan kita agar tidak terlebih dan tidak terkurang agar apa yang kita makan adalah sesuai dengan keperluan badan kita seperti sabda Rasulullah SAW

“Kami adalah umat yang makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang”
Selain itu, sabda Rasulullah juga.
“Tiada bekas yang diisi oleh anak adam yang lebih keji daripada perut”
Bermakna di sini jangan lah kita mengisi perut kita dengan sewenang-wenangnya sehingga akhirnya nanti kita akan menghadapi pelbagai masalah kerana tabiat pemakanan kita yang tidak dijaga sejak awal lagi.
Senaman dan kesihatan fizikal
Sebagai individu amnya dan penuntut khususnya, senaman dan kecergasaan merupakan antara komponen utama di dalam kehidupan kita. Sabda Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkat oleh Muslim mengatakan
Muslim yang kuat itu lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding mukmin yang lemah.

Hadith lain pula adalah sabda Rasulullah yang berbunyi,
“Ajarlah anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda”
sebagai justifikasi betapa Islam mengambil berat soal bersukan untuk melahirkan individu yang kuat dan sihat dan bersedia untuk melakukan apa jua tugas yang diberikan.

Begitu juga dengan Firmah Allah SWT yang berbunyi:
Sesungguhnya Allah memilihnya menjadi rajamu, dan menganugerahinya dengan ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa
Jelas menunjukkan kita disini betapa Islam mementingkan umatnya supaya menjaga kesihatan mental dan fizikal dan berusaha untuk menjadi umat yang kuat dan cergas sepanjang masa.Namun, kebanyakan daripada kita agak mengabaikan perkara ini dengan beralaskan tugas dan pelajaran. Sikap sebegini amat merugikan kerana banyak faedah yang boleh diperolehi dengan mengamalkan senaman dan mengekalkan kecergasan. Senaman dapat membantu:
” Mengekalkan berat badan yang ideal
” Memberi lebih tenaga dan stamina untuk bekerja
” Memudahkan anda menangani stress dan kerunsingan
” Mengurangkan risiko darah tinggi, sakit jantung dan kegemukan
” Memberi kerehatan dan tidur yang lena
” Melicinkan peredaran darah dan pernafasan
” Memperbaiki penampilan diri anda

Apabila anda bersenam atau bersukan, anda sebenarnya membakar kalori yang menyumbang kepada pembentukan lemak di dalam badan. Pengambilan 500 kalori sehari di dalam seminggu ( 500 x 7 ) bermakna anda menambah berat anda sebanyak 2 pound!

Kita dapat mengelaskan senaman ini kepada empat jenis senaman
Pertama : Senaman aerobik
Kedua : Senaman anaerobik
Ketiga : Senaman isometrik
Keempat : Senaman isotonik

Senaman aerobik adalah senaman yang kita lakukan dalam keadaan oksigen dapat disalurkan secara terus kepada sel-sel badan dan seseorang itu tidak akan mengalami ketidakcukupan oksigen (hutang oksigen) berbanding senaman anaerobik yang menyebabkan seseorang itu tercungap-cungap selepas melakukannya.
Dalam hal ini, kita disarankan untuk mengamalkan senaman aerobik dalam aktiviti harian yang kita lakukan, tentu bila memperkatakan tentang senaman aerobik anda akan terbayang senaman yang dilakukan beramai-ramai dengan beberapa orang jurulatih di depan dan diiringi dengan alunan musik bukan? Namun pemahaman senaman aerobik adalah lebih luas daripada itu, apa jua bentuk aktiviti yang melibatkan pergerakan badan dan tidak menyebabkan keletihan yang melampau disebabkan kekurangan oksigen adalah merupakan senaman aerobik. Cara untuk anda memastikan samada aktiviti atau senaman yang anda lakukan itu adalah senaman aerobik ataupun tidak adalah dengan memastikan bahawa anda masih boleh melakukannya dalam keadaan anda masih boleh bercakap-cakap tanpa termengah-mengah. Dalam hal ini, berjalan adalah merupakan salah satu senaman yang baik untuk diamalkan. Berjalanlah setiap hari selama lebih kurang 30 minit setiap hari bagi memastikan anda telah melakukan senaman yang secukupnya.
Ini tidak termasuk perjalanan anda untuk kemana-mana, tetapi peruntukkan lah masa untuk berjalan secara terus menerus seperti pada waktu petang dan awal pagi. Berjalan dan beriadah pada waktu petang dapat membantu anda mendapatkan tidur yang cukup dan nyenyak pada waktu malamnya.
Selain berjalan, anda juga mungkin boleh melakukan apa sahaja jenis sukan yang anda minati seperti bermain bola sepak, berlari dan sebagainya, namun anda dinasihatkan tidak melakukannya dalam tempoh yang lama kerana senaman yang dilakukan ini agak merbahaya kerana ia menyusutkan bekalan oksigen kepada sel-sel badan.
Sekadar perkongsian biasa. Moga sedikit sebanyak memberi manafaat buat semua.
Wallahu ‘alam
Tengku Abdul Kadir bin Tengku Zainal Abidin,
Tahun 4,
Kuliah Perubatan,
Universiti Ain Shams, Kaherah, Mesir.

Monday, May 16, 2011

BOTOL MAYO MUNCUNG 3

Ni ler ghope botol mayo muncung 3..senang nak wat roti jala keler ful..


CLORETS

Email dibawah ini dari seorang rakan....sekadar mahu berkongsi dan mengetahui kebenarannya.
Untuk peringatan kita bersama sebagai muslim….

CLORETS
Pada 22.12.2010 yang lalu seseorang telah menerima email dari seorang sahabat baiknya. Pada awalnya saya kurang yakin dengan email berantai yang sering kita terima dan kita tidak pasti kebenarannya. Jika kita forward email yang tidak sahih akan timbul satu fitnah yang berpanjangan. Kekadang email yang kita terima sudah diubahsuai/edit oleh pihak tidak bertanggung jawab.

Sebelum penulis forward email dibawah, penulis cuba mencari bukti kebenarannya. Pada 26.12.2010 penulis telah membeli gula-gula “Clorets Infinity” seperti yang diberitahu di kedai serbanika yang dimaksudkan. Bila dibuka penutup, saya terus beristifar, ternyata dan apa yang penulis dapati email dibawah ini adalah benar. Begitulah caranya orang kafir latnattulah menyebarkan ajaran sesat untuk menyembah syaitan secara senyap/halus.

Jika tidak diambil peduli ini bermakna, jika kita orang islam membeli produk Clorets, sudah pastilah sedikit sebanyak kita menyumbang dana ke agama sesat tersebut. Dan, secara tidak langsung atau tidak sengaja di dalam poket manusia terutamanya orang-orang islam akan terdapat salib di dalam poketnya walaupun dia sedang solat jika ianya tidak mengetahui. Ini salah satu sebab kenapa kita tidak khusyuk bila mengerjakan solat atau ibadah lain kerana kita sering menggunakan produk yang tidak tentu asal usulnya, tidak halal yang kita gunakan atau makan.

Pandainya tindakan orang-orang kristian menyebarkan agamanya kepada manusia dan kita orang islam semua tahu, mereka semua adalah golongan orang-orang yang sesat di sisi ALLAH SWT.

Mulai hari, sama ada di dalam poket, kereta atau di rumah kita yang mempunyai produk gula-gula Clorets buangkan kedalam tong sampah. Kita orang-orang islam berjanji untuk BOIKOT clorets atau sekutunya.

LIPSTICK

LIPSTICK


Something to consider
Next time you go shopping for
Lipstick......
This comes from someone who works in the breast cancer unit at Mt. Sinai Hospital , in Toronto ..From: Dr. Nahid Neman


If there is a female you care anything about, Share this with her. I did!!!!!
I am also sharing this with the males on my e-mail list, Because they need to tell the females. THEY care about as well!
Recently a lipstick brand called 'Red Earth' decreased their prices from $67 to $9.90. It contained lead. Lead is a chemical which causes cancer. The lipstick brands that contain lead are:
CHRISTIAN DIOR
LANCÔME
CLINIQUE
Y.S.L
ESTEE LAUDER
SHISEIDO
RED EARTH (Lip Gloss)
CHANEL (Lip Conditioner)
MARKET AMERICA-MOTNES LIPSTICK.

The higher the lead content, the greater the chance of causing cancer. After doing a test on lipsticks,
It was found that the Y.S.L. Lipstick Contained the most amount of lead. Watch out for those lipsticks
Which are supposed to stay longer. If your lipstick stays longer, it is because of the higher content of lead.

Here is the test you can do yourself:
1. Put some lipstick on your hand.
2. Use a Gold ring to scratch on the lipstick.
3. If the lipstick colour changes to black,
Then you know the lipstick contains lead.

PILILAH PRODUK TEMPATAN...

Sunday, May 15, 2011

Gadis paling tinggi di dunia

Derita menjadi remaja paling tinggi di dunia



Kadang kala kelebihan yang Allah SWT berikan pada diri seseorang itu akan membawa kepada keburukan atau kelemahan yang perlu ditanggung oleh seseorang individu tersebut. Senario ini terpaksa di tanggung oleh remaja yang memegang rekod remaja paling tinggi di dunia iaitu Malee Duangdee, 19 tahun, dari timur Thailand.
Duangdee melalui zaman kanak-kanak yang pahit disebabkan oleh ketinggiannya.Dia sering dibuli dan disisihkan di sekolah oleh teman-temannya. Yang paling memeritkan lagi ialah keadaan tubuhnya yang 'meninggi' secara mendadak semasa meningkat remaja menyebabkan Duangdee kehilangan penglihatan.
Menurut doktor yang merawatnya, keadaan Duangdee adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang disebabkan oleh ketumbuhan tumor dalam otak.
Duangdee mempunyai ketiggian luar biasa.
(Sumber: Aol News)

Duangdee akhirnya terpaksa meninggalkan sekolah kerana sikap teman-teman yang sering membulinya. Katanya pada The Telegraph, "saya terdesak untuk mempunyai kawan bermain tetapi mereka semua tidak mempedulikan saya,"
Namun demikian, Duangdee tetap optimistik tentang masa depannya. Katanya lagi, "saya sangat ingin untuk menjadi seperti remaja lain dan boleh hidup sendirian, membina kehidupan untuk diri saya sendiri dan bergembira, tetapi tidak siapa tahu apa akan berlaku kelak"
Ketika ini Duangdee sedang memegang rekod sejak dari Januari 2009 dalam Guiness World Records sebagai wanita paling tinggi dengan ketinggian hampir 6 kaki 9 inci.
Ibu bapanya hanya di paras bahu, remaja gergasi belasan tahun ini yang setinggi 208.23 sentimeter adalah paling tinggi di dunia dan dia masih membesar.
Dengan berat badan 130 kilogram, Malee Duangdee dari Thailand timur sedar dia berbeza dengan kanak-kanak seusianya sejak muda lagi. Ketinggiannya meningkat begitu pantas berbanding rakan sekolahnya.
Ketika berusia sembilan tahun, ibunya, Ji, 40, membawanya berjumpa doktor kerana menyedari perbezaan anaknya dengan rakannya dan mahu memastikan tidak ada apa-apa yang serius dengannya.
Doktor menemui ketumbuhan dalam otak yang menindih satu saraf yang mengganggu keseimbangan hormon dan menyebabkan ketinggiannya tidak akan terhenti. Kini, Malee memerlukan suntikan yang menelan belanja kira-kira RM10,000 setiap tiga bulan untuk mengawal pertumbuhannya.
Ketinggiannya menyebabkan gadis berusia 19 tahun ini berdepan masalah ketika bersekolah. Dia dibuli dan terpaksa menghabiskan sebahagian besar kehidupannya dalam kesunyian kerana tidak mempunyai kawan.
“Saya seperti orang tidak siuman. Budak sekolah membuli dan mengejek saya. Namun, sejak berhenti sekolah, saya cuba menyesuaikan diri dengan keadaan saya. Saya terpaksa menjalani kehidupan sendiri tetapi ia sangat sukar,” kata Malee.

Arab Saudi Bakal Bina Bangunan Tertinggi Dunia 1.6 KM di Jeddah

Arab Saudi Bakal Bina Bangunan Tertinggi Dunia 1.6 KM di Jeddah
Kiamat semakin hari dekat...
Ramai pula pemimpin- pemimpin negara maju yang berlumba-lumba nak membina bangunan pencakar langit. Jika sebelum ini Burj Khalifa menjadi bangunan pencakar langit nombor satu tertinggi di dunia dengan ketinggian 828 meter yang merupakan hampir 2 kali ganda tingginya dari Menara Berkembar Petronas, Malaysia (KLCC) iaitu hanya 452 meter sahaja. Tengok jew dah pasti buat kita gerun. Ngape tidak nye, KLCC jew udah kita rasakan cukup tinggi.Mungkin ramai yang masih belum sampai menjejak kaki ke puncak.
Inikan pula Burj Khalifa. Namun begitu, pasti anda lebih tergamam kerana ketinggian Burj Khalifa itu nanti hanyalah setengah jer dari ketinggian Kingdom Tower yang bakal dibina!
Kingdom Tower akan dibina di Jeddah merupakan bangunan pencakar langit yang paling tinggi di dunia! Ketinggian lebih kurang 1600 meter, pasti ianya mengerunkan kita yang melihatnya itu. Bukan saja gerun atau takut melihatnya..mendengarnya saja pun saya dah gerun, bukan apa takut kot- kot berlaku gempa bumi ke, Tsunami ke atau tak pun tumbang macam kat Highland Tower...Eeeeeeeeeeee..seram ko!!!..
Info yang paling menarik mengenai isu Bangunan Pencakar Langit ini ialah kebanyakkannya ialah terdiri daripada negara-neagra islam!
Mari kita fikirkan sejenak...Kingdom Tower,di Jeddah, Burj Khalifa di Dubai dan Menara Berkembar Petronas di Malaysia. Adakah ianaya satu kebetulan atau rekaan semata?

Hadith dari Jibril AS, percakapan antara Nabi Muhammad SAW dengan Malaikat Jibril AS tentang Islam, Iman, Ihsan, dan tanda-tanda Hari Kiamat:
Malaikat Jibril,berkata, “Beritahulah aku tentang hari Kiamat.”
Baginda (Nabi Muhammad SAW) menjawab : “Orang yang ditanya tentang hal tersebut tidak lebih tahu dari pada orang yang bertanya.”
Akhirnya ia berkata, “Beritahulah aku sebahagian dari tanda-tanda Kiamat itu”.
Beliau menjawab, “iaitu : Apabila ada hamba sahaya wanita melahirkan tuannya dan apabila kamu melihat orang-orang tak beralas kaki, tak berpakaian sempurna melarat lagi, pengembala domba saling membangga-banggakan diri dalam membangun bangunan yang tinggi‘.
[Hadith Riwayat Muslim dalam Sahihnya, kitab Al-Iman, bab 1, hadits ke 1. Dan diriwayatkan juga hadith dengan lafaz seperti ini dari Abu Hurairah oleh Al-Bukhari dalam Shahih-nya, kitab Al-Iman, bab 37, hadits ke 1.]

Cuba kita renungkan dan hayati hadith yang benar ini? Kita bukan sahaja tidak mengelakkan diri dari membuat bangunan tinggi sebaliknya kita berbangga memiliki antara bangunan tertinggi di dunia.
Adakah itu kemajuan yang kita mahu?
Adakah bangunan tinggi bermanfaat?
Benarkah ia bermanfaat?
Tepuk dada tanyalah selera..

INGATLAH bahawa kiamat dah makin dekat. Marilah kita pun sama- sama berlumba- lumba memperbaiki diri kita sebelum datangnya kiamat yang sebenar atau sebelum datangnya malaikat mencabut roh kita...
Demi masa...Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian!..

1 - Keluarga di-Raja Arab Saudi bakal membina bangunan paling tinggi di dunia, Kingdom Tower dengan kos AS$19.52 bilion (RM59.11 bilion)

2 - Bangunan itu setinggi 1.6 kilometer iaitu dua kali ganda lebih tinggi dari bangunan Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang kini menjadi bangunan paling tinggi di dunia.



3 - Akan dibina di Jeddah dan mengandungi hotel, apartmen mewah dan sebuah pusat beli-belah.

3 - Masa untuk tiba di puncak menara bangunan itu ialah 12 minit dengan menggunakan lif dan mempunyai 275 tingkat.

4 - Projek pembinaan itu dibiayai syarikat Kingdom Holdings Company (KHC) milik keluarga diraja Arab Saudi yang dipengerusikan Putera Alwaleed Bin Talal.

5 - Syarikat Emaar yang membina Burj Khalifa difahamkan memenangi kontrak untuk mendirikan bangunan berkenaan.



Sumber : sjiehan.com

Tuesday, May 10, 2011

Budak 4 tahun lahir dari bukan islam tahu mengenai islam




SUBHANALLAH....
Budak Ajaib…Itulah yang diutarakan oleh TV3 semalam. Memang budak tu ajaib. Umur 4 tahun dah pandai dah khatam Al-Quran, siap boleh bagi khutbah lagi. Kebesaran Allah…S.W.T . Keluarga budak ajaib ni asalnya Kristian dan apabila kejadian ini..mereka pun memeluk islam

7 Fakta Kekayaan Bill Gates

7 Fakta Kekayaan Bill Gates
1.Setiap saat, Bill Gates menjana pendapatan sebanyak US$250 (RM750) setiap SAAT. Iaitu US$20 Million (RM60 Juta) dalam sehari, US$140 Million (RM420 Juta) dalam tempoh 1 Minggu dan US$7.8 Billion (RM23.4 Bilion) dalam setahun!

2.Jika US$1,000 tercicir dari poket Bill Gates, itu bukannya masalah besar bagi dia. Dia akan memperolehi jumlah tersebut dalam masa 4 Saat sahaja.
3.Kerajaan Amerika menanggung hutang berjumlah 5.62 trillion. Jika Bill Gates sudi menjelaskan hutang tersebut, dia cuma memerlukan 10 tahun sahaja utk melakukannya.

4.Andai kata, dia mensedekahkan US$15 (RM45) kepada setiap orang di dunia ini, dia masih memiliki US$5Million (RM15 Juta) dalam simpanannya.

5.Jika Bill Gates di anggap sebagai sebuah negara, dia merupakan negara yg ke 37 terkaya di dunia. Lebih kaya dari Malaysia ke? Not sure.

6.Katakanlah Bill Gates menukarkan kesemua wangnya menjadi wang kertas US$1 dan menyusunkan wang tersebut dari bumi hingga ke bulan. Kita memerlukan perjalanan ulang-alik sebanyak 14 kali dan memakan masa tanpa henti selama 1,400 tahun serta memerlukan sejumlah 713 kapal terbang BOEING 747 untuk membawa wang tersebut.

7.Usia Bill Gates sekarang dalam lingkungan 50an. Katakanlah dia boleh hidup 25 tahun lagi, dia perlu membelanjakan US$6.78 Million (RM20.34 Juta) dalam sehari utk menghabiskan wangnya sebelum dia meninggal dunia.

Salah satu sumber dengan teliti mencoba untuk menggambarkan seberapa kaya Bill Gates
- Sejak Microsoft berdiri tahun 1975, Bill Gates bekerja 14 jam tiap hari kerja maka pendapatannya ialah 300 USD setiap DETIKNYA…..
- Dengan tingkat suku bunga bank sekitar 5%/tahun, maka Bill Gates akan mendapat bunga ??? (korang kirala betapa banyak nya..)
- Tiket pesawat Boeing 747-400 sekitar USD1200, Bill Gates mampu membeli 261 PESAWATNYA, bukan TIKETNYA…..
- Jika Bill Gates pergi ke rental multiplayer dengan tarif sektiar 5000 / jam, maka dengan seluruh wangnya dapat bermain selama kurang lebih 77625 abad.
- Pesawat ulang alik NASA kurang lebih seharga 1,7 milon dolar. Bill Gates mampu membeli 23 buah dan masih ada baki lagi.
- Film TITANIC menelan biaya 200 juta dolar, Bill Gates mampu membuatnya 200 kali…
- Bila menggunakan uang pecahan 1 US dolar, dengan uang sebanyak punya Bill Gates bisa menyambung lembaran uang tersebut sepanjang 8x jarak bumi ke bulan.
- Roman Abramovic, raja minyak Rusia yang membeli Chelsea, memiliki kekayaan sekitar 5,7 milion dolar). Kekayaan Bill Gates kurang lebih 7x Roman. Jadi jika Bill membeli sebuah club bola, dia boleh berbelanja 7x lebih banyak dari Roman. Analoginya jika Chelsea belanja 100 juta dolar untuk beli pemain, maka club yang dibeli Bill Gates akan belanja 700 juta dolar, cukup untuk membuat club yang pemainnya SEMUANYA sekelas Zidane, Figo, Ferdinand, Ronaldo, dsb….
Rumah Bill Gates di Seattle, dibangun diatas tanah 5 hektar dan menelan 53 juta dolar. Dalam rumah tersebut terdapat 7 kamar tidur, 24 kamar mandi dengan 10 diantaranya sangat mewah, 6 dapur, 6 fireplace, bioskop, perpustakaan, ruang bermain keluarga, gym yang lebih baik daripada yang biasa terdapat di club-club.
Ruang bioskop sebesar 1500 sq feet dengan 20 tempat duduk dan mesin popcorn. Kolam renang indoor yang dilengkapi dengan underwater music system. Rumah tersebut tentunya dilengkapi dengan komputer yang amat canggih, banyak kabel fiber optik bertebaran.
Bill Gates menjadi orang sekaya itu bukanlah tanpa usaha, mungkin kita juga berkata,… wah !! dia sungguh beruntung, kebiasaan kita ialah jika melihat orang lain kaya, kita hanya memikirkan kekayaannya saja, tidak pernah memikirkan bagaimana usahanya.
Bill Gates hanya tidur 8 jam dalam seminggu saat ia mengembangkan Windows untuk pertama kalinya. Usaha dan kerja kerasnyalah yang menyebabkan dia menjadi sangat kaya.
Kekayaan Bill Gates
Bill Gates
Rumah Bill Gates dilihat dari satelit . . .
Rumah Gates terletak di tepi bukit di sudut Danau Washington dekat Seattle, dengan luas 20 hektar dengan ruang makan seluas 300 m2. Gates juga mempunyai kolam renang dengan sistem musik bawah air.
Kamarnya Bill Gates . . .
kereta Bill Gates . . .


Ishk..bila la aku boleh kaya mcm tu..mati idup balik pon idak le gamaknye...:-)