Derita menjadi remaja paling tinggi di dunia
Kadang kala kelebihan yang Allah SWT berikan pada diri seseorang itu akan membawa kepada keburukan atau kelemahan yang perlu ditanggung oleh seseorang individu tersebut. Senario ini terpaksa di tanggung oleh remaja yang memegang rekod remaja paling tinggi di dunia iaitu Malee Duangdee, 19 tahun, dari timur Thailand.
Duangdee melalui zaman kanak-kanak yang pahit disebabkan oleh ketinggiannya.Dia sering dibuli dan disisihkan di sekolah oleh teman-temannya. Yang paling memeritkan lagi ialah keadaan tubuhnya yang 'meninggi' secara mendadak semasa meningkat remaja menyebabkan Duangdee kehilangan penglihatan.
Menurut doktor yang merawatnya, keadaan Duangdee adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang disebabkan oleh ketumbuhan tumor dalam otak.
Duangdee mempunyai ketiggian luar biasa.
(Sumber: Aol News)
Duangdee akhirnya terpaksa meninggalkan sekolah kerana sikap teman-teman yang sering membulinya. Katanya pada The Telegraph, "saya terdesak untuk mempunyai kawan bermain tetapi mereka semua tidak mempedulikan saya,"
Namun demikian, Duangdee tetap optimistik tentang masa depannya. Katanya lagi, "saya sangat ingin untuk menjadi seperti remaja lain dan boleh hidup sendirian, membina kehidupan untuk diri saya sendiri dan bergembira, tetapi tidak siapa tahu apa akan berlaku kelak"
Ketika ini Duangdee sedang memegang rekod sejak dari Januari 2009 dalam Guiness World Records sebagai wanita paling tinggi dengan ketinggian hampir 6 kaki 9 inci.
Ibu bapanya hanya di paras bahu, remaja gergasi belasan tahun ini yang setinggi 208.23 sentimeter adalah paling tinggi di dunia dan dia masih membesar.
Dengan berat badan 130 kilogram, Malee Duangdee dari Thailand timur sedar dia berbeza dengan kanak-kanak seusianya sejak muda lagi. Ketinggiannya meningkat begitu pantas berbanding rakan sekolahnya.
Ketika berusia sembilan tahun, ibunya, Ji, 40, membawanya berjumpa doktor kerana menyedari perbezaan anaknya dengan rakannya dan mahu memastikan tidak ada apa-apa yang serius dengannya.
Doktor menemui ketumbuhan dalam otak yang menindih satu saraf yang mengganggu keseimbangan hormon dan menyebabkan ketinggiannya tidak akan terhenti. Kini, Malee memerlukan suntikan yang menelan belanja kira-kira RM10,000 setiap tiga bulan untuk mengawal pertumbuhannya.
Ketinggiannya menyebabkan gadis berusia 19 tahun ini berdepan masalah ketika bersekolah. Dia dibuli dan terpaksa menghabiskan sebahagian besar kehidupannya dalam kesunyian kerana tidak mempunyai kawan.
“Saya seperti orang tidak siuman. Budak sekolah membuli dan mengejek saya. Namun, sejak berhenti sekolah, saya cuba menyesuaikan diri dengan keadaan saya. Saya terpaksa menjalani kehidupan sendiri tetapi ia sangat sukar,” kata Malee.
No comments:
Post a Comment