Ya, hanya empat bahan sahaja digunakan di dalam resepi taufufah yang lazat ini. Kacang soya dan tepung jagung boleh didapati dengan mudah di pasaraya atau kedai runcit.
GDL atau Sekko? Mana yang bahaya untuk Kesihatan?
Ramai yang tidak mengetahui Sekko yang dikenali dengan nama Gypsum atau 'Calcium Sulfate Dihydrate' merupakan bahan yang digunakan dalam industri pembinaan dalam pembuatan simen, celling, drywall dan plaster rumah. Mesti ramai yang terperanjat, namun itulah kenyataan sebenar.
Walaubagaimanapun, penggunaan yang sedikit di dalam taufufah tidaklah menjejaskan kesihatan. Namun pemakanan yang kerap dan berlebihan boleh memberi kesan negatif pada kesihatan jangka panjang terutamanya pada buah pinggang anda.
Jangan risau kerana ada pengantinya iaitu GDL. GDL (Glucono Delta Lactone) dihasilkan daripada buah-buahan melalui proses 'fermentation'. Namun harga GDL yang lebih mahal membuatkan ramai peniaga taufufah menggunakan Sekko. GDL menghasilkan Tafufauh yang lebih cantik, licin dan halus.
Tu je info yang saya dapat untuk kita share
Terima kasih Lydia. Info yang sangat bermanfaat untuk kita semua...
ReplyDeletesama2 kasih kak.. :)
Delete