Arab Saudi Bakal Bina Bangunan Tertinggi Dunia 1.6 KM di Jeddah
Kiamat semakin hari dekat...
Ramai pula pemimpin- pemimpin negara maju yang berlumba-lumba nak membina bangunan pencakar langit. Jika sebelum ini Burj Khalifa menjadi bangunan pencakar langit nombor satu tertinggi di dunia dengan ketinggian 828 meter yang merupakan hampir 2 kali ganda tingginya dari Menara Berkembar Petronas, Malaysia (KLCC) iaitu hanya 452 meter sahaja. Tengok jew dah pasti buat kita gerun. Ngape tidak nye, KLCC jew udah kita rasakan cukup tinggi.Mungkin ramai yang masih belum sampai menjejak kaki ke puncak.
Inikan pula Burj Khalifa. Namun begitu, pasti anda lebih tergamam kerana ketinggian Burj Khalifa itu nanti hanyalah setengah jer dari ketinggian Kingdom Tower yang bakal dibina!
Kingdom Tower akan dibina di Jeddah merupakan bangunan pencakar langit yang paling tinggi di dunia! Ketinggian lebih kurang 1600 meter, pasti ianya mengerunkan kita yang melihatnya itu. Bukan saja gerun atau takut melihatnya..mendengarnya saja pun saya dah gerun, bukan apa takut kot- kot berlaku gempa bumi ke, Tsunami ke atau tak pun tumbang macam kat Highland Tower...Eeeeeeeeeeee..seram ko!!!..
Info yang paling menarik mengenai isu Bangunan Pencakar Langit ini ialah kebanyakkannya ialah terdiri daripada negara-neagra islam!
Mari kita fikirkan sejenak...Kingdom Tower,di Jeddah, Burj Khalifa di Dubai dan Menara Berkembar Petronas di Malaysia. Adakah ianaya satu kebetulan atau rekaan semata?
Hadith dari Jibril AS, percakapan antara Nabi Muhammad SAW dengan Malaikat Jibril AS tentang Islam, Iman, Ihsan, dan tanda-tanda Hari Kiamat:
Malaikat Jibril,berkata, “Beritahulah aku tentang hari Kiamat.”
Baginda (Nabi Muhammad SAW) menjawab : “Orang yang ditanya tentang hal tersebut tidak lebih tahu dari pada orang yang bertanya.”
Akhirnya ia berkata, “Beritahulah aku sebahagian dari tanda-tanda Kiamat itu”.
Beliau menjawab, “iaitu : Apabila ada hamba sahaya wanita melahirkan tuannya dan apabila kamu melihat orang-orang tak beralas kaki, tak berpakaian sempurna melarat lagi, pengembala domba saling membangga-banggakan diri dalam membangun bangunan yang tinggi‘.
[Hadith Riwayat Muslim dalam Sahihnya, kitab Al-Iman, bab 1, hadits ke 1. Dan diriwayatkan juga hadith dengan lafaz seperti ini dari Abu Hurairah oleh Al-Bukhari dalam Shahih-nya, kitab Al-Iman, bab 37, hadits ke 1.]
Cuba kita renungkan dan hayati hadith yang benar ini? Kita bukan sahaja tidak mengelakkan diri dari membuat bangunan tinggi sebaliknya kita berbangga memiliki antara bangunan tertinggi di dunia.
Adakah itu kemajuan yang kita mahu?
Adakah bangunan tinggi bermanfaat?
Benarkah ia bermanfaat?
Tepuk dada tanyalah selera..
INGATLAH bahawa kiamat dah makin dekat. Marilah kita pun sama- sama berlumba- lumba memperbaiki diri kita sebelum datangnya kiamat yang sebenar atau sebelum datangnya malaikat mencabut roh kita...
Demi masa...Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian!..
1 - Keluarga di-Raja Arab Saudi bakal membina bangunan paling tinggi di dunia, Kingdom Tower dengan kos AS$19.52 bilion (RM59.11 bilion)
2 - Bangunan itu setinggi 1.6 kilometer iaitu dua kali ganda lebih tinggi dari bangunan Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang kini menjadi bangunan paling tinggi di dunia.
3 - Akan dibina di Jeddah dan mengandungi hotel, apartmen mewah dan sebuah pusat beli-belah.
3 - Masa untuk tiba di puncak menara bangunan itu ialah 12 minit dengan menggunakan lif dan mempunyai 275 tingkat.
4 - Projek pembinaan itu dibiayai syarikat Kingdom Holdings Company (KHC) milik keluarga diraja Arab Saudi yang dipengerusikan Putera Alwaleed Bin Talal.
5 - Syarikat Emaar yang membina Burj Khalifa difahamkan memenangi kontrak untuk mendirikan bangunan berkenaan.
Sumber : sjiehan.com
No comments:
Post a Comment