Saturday, February 09, 2013

BAHULU PERTAK BERMARBLE

Assalamualikum dan selamat berhujung minggu… Kami di arab dah lepas hujung minggu pon. Kat sini weekend hari jumaat. Hari ni memang tak tertahan TERnampak N3 kat Samabl Hijau post dari Princess Comey Lotei.. Lydia bukan suka bahulu tapi dek kerana kaler pink dan ijau dia tu memukau mata maka selepas maghrib Lydia pun apa lagi la buat projek membaking.
Maka terhasillah bahulu yang Lydia derhakakan jadi marble ni. Pon Lydia derhakakan sikit.. resepi asal boh 2 cmt vanilla powder tapi lydia boh 1 je kerana takut menyengat bau nanti tak leh makan lak..Ni pon baunya semerbak serumah. Sememangnya vanilla powder lebih kuat baunya dari yang liquid. Sorry Puan Princess..apa- apa pon shukran kerana Berjaya memukau mataku. Memang sedap waalupon tak tahu macam mana rasa bahulu tapi rasanya macam kek cuma sikit lain tak macam kek..eh! apa yang Lydia merepek ni. Apa- apa pun inilah hasil percubaan pertamaku membuat boulu dalam hidupku. Kaler memang menarik perhatian..Lydia guna pink, ijau dan plain kaler yang Lydia marblekan. So rasanya tak begitu manis dan kalau ada yang berpenyakit tu rasanya ok untuk makan tak yah nak adjust lagi. Insha'Alalh boulu ni akan ikut Lydia terbang lusa ke UAE. Ni dalam plan nak buat 1-2 bijik kek lain lagi nak bawak bekal kat sana sebab kalau time bosan- bosan tu leh makan…


BAHULU PERTAK BERMARBLE
5 biji Telur ayam grade A
1 cawan Gula
1 camt Vanilla powder
2 camt Baking powder*
11/2 cawan Tepung gandum* (di ayak bersama)
Pewarna ( Im using pink & green)

Panaskan oven 180C.
Pukul telur dan gula hingga gebu dan putih.
Masukkan vanilla dan pukul lagi hingga rata.
Masukkan bahan ayak dan kaup balikkan hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna kegemaran anda.
Griskan acuan dengan minyak. Lydia guna acuan silicon yang berlubang tengah.
Tuangkan adunna berselang seli hingga habis.
Bakar dalam oven selama 40 minit menggunakan api bawah saja.
Selamat mencuba..




MY HOMEMADE KAYA AGAIN..

FB ni banyak baik dan buruknya..TERNMAPAK orang post gamba makanan itu in buat pewot sentiasa bergelora. Semalam Lydia bermimpi makan roti bun yang di sapu kaya. Tu nostalgia zaman budak- budak dulu masa tinggal kat umah Tok dan Tok Wan di Perlis. Tiap petang sure masa zaman kanak- kanakku pasti ada orang datang berjaja bersama motor dari kampong ke kampong dan umah ke umah jual roti buns panas bersama kaya. Ingat lagi nama pak cik yang jual tu kami panggil Pak Mud, selalunya lepas adar je pasti honya membuat kami kana- kanak ni berlari- lari mahu membelinya.
Dek kerana nostalgit tu la membuatkan lydia gagahkan diri buat kaya kerana kat Kuwait ni bukan tak leh beli. Ada terjual tapi from Pilipina..rasanya tekakku tak tertelan baik buat sendiri kan tahu baerih dan halal sebab sendiri bikin.. ni dia resepi simple yang selalu lydia buat tapi kali ni lydia cuba less sugar lagi rasanya tak mansi gila- gila but nice la.. Jom cuba buat!!..
href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi3fCSyF8_S8sLyHK0secl528QWg3SZlbKW3TZcF7lFlFOjThGx8e-yaijw1A2Kf-elbBN5VFiPR0QQZ40BcqIz2FSP66DdlKzH1LUXc-2-Idg54GZpSY93l21b-K1Nin0L04znDsbdH60/s1600/010.jpg" imageanchor="1" style="">


KAYA

1/2 cawan gula *
1 cawan air *
* Buat gula hangus dan sejukkan
1/2 cawan gula
3 biji telur
1 ½ cawan santan pekat
1 camb tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
Daun pandan


Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam bekas, kacau rata dan tapiskan.
Masak di dalam kuali/periuk dengan menggunakan api serdahana.
Adunan hendaklah di kacau sentiasa. Masak sehingga pekat dan berkilat.
Lebih kurang 20-25 minit hingga pekat dan berkilat.
Note:- Paling tak tahan part meletup2 ni la..tapi makan sedap :)
a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhVQNbFXKONGxtGT7HlfPz5Rg_g-ajcSgYTGGcBJdI8cRbI9MYjSBeZUDU0X1G5D85tw41DK_ry8BHZReron6liXt1t4cGVE_93MO8Gvy0at3-A6MGBFlm6KnhyybzosKRIBOakeyQjMsc/s1600/017.jpg" imageanchor="1" style="">

PERJALANAN ADAT PERKAHWINAN ARAB


Assalamualikum dan selamat berhujung minggu serta Gong X Fa Chai paad yang merayakan Tahun Baru Cina. N3 lydia hari ni nak mengomel sikit la mengenai sedikit adat resam dalam perkahwinan atau pertunangan orang arab Syrian yang pernah Lydia hadiri dan Lydia tahu selama hidup bersama arab Syrian.. Kalau aad terkurang terlebih tu tak tahu la pulak sebba apa yang Lydia ceritakan ni adalah bersadarkan pengalaman sendiri je.. Pada yang nak tahu sikit mengenai kenduri arab sila baca hingga akhir....
Adat berkahwin dengan saudara terdekat masih berleluasa dalam keluarga arab tak kira arab Khaleej atau arab baladi sham. Mereka lebih senang berkahwin sepupu sepipit atau sedara masra sendiri dan yang berkahwin dengan orang jauh tu tak banyak kerana kebanyakkan perkahwinan arab di aturkan oleh ibu bapa mereka .
Bermula dari adat merisik sehinggalah perkahwinan semuanya diuruskan oleh ibu bapa. Adat merisik diadakan dengan dihadiri ibu bapa atau ibu saudara ataupun nenek si lelaki dan bila si pihak perempuanbersetuju untuk berkahwin barulah urusan peminangan diadakan dengan diadakan upacara pertunangan di rumah perempuan dengan hanya di hadiri keluarga, jiran dan teman perempuan bakal si pengantin perempuan dab saudara mara perempuan dari pihak bakal pengantin lelaki.
Mereka akan mengadakan upacara menari dengan meriah sekali sehingga berjam-jam lamanya. Pada masa ini bakal si pengantin perempuan akan didandan, bermeke up serta memakai pakaian seperti dress evening gown yang berwarna (ikut suka la nak kaler pink ke..biru ke..ijau..etc). Dalam pada masa ni la juga mana- mana mak arab yanga da anak dara akan menyuruh anak mereka bergaya sakan untuk tatapan tetamu mana lah tahu ada mak- mak arab teman mahupun sedra mara yang lain akan tersangkut hati nak buat menantu. Off course la si bakal pengantin akan menari dan bergaya sakan. Lepas satu per satu akan menari dengannya sehinggalah tibanya bakan tunang..
Bila bakal pengantin lelaki akan masuk ke hall tari menari yang ada si perempuan akan di iringi dengan alunan muzik khas berserta bunyi suara (tak tahu nak explain bunyi apa sebab mereka buat sendiri menggunakan lidah hehhehe). Time ni apa lagi yang mana tadi pakai sexy tak bertudung akan cepat- cepat sarungkan balik jubah duudk di kerusi diam- diam sebagai penghormatan acara pertunangan akan dimulakan. Manakala si perempuan akan duduk berdiri bersama ibu serta keluarga terdekat (perempuan) menanti si lelaki dan bakal si pengantin lelaki datang bersama diiringi bapa , atau abang atau adik si perempuan berserta saudara mara terdekat dan ibu si lelaki terus berjumpa si perempuan dan menuarungkan cincin tanda bertunang dan acara tari menari diteruskan dan si perempuan akan menari bersama si lelaki dan seterusnya bersama keluarga si perempuan (yang pompuan jer) dan keluarga si lelaki (perempuan jer)..
Dalam upacara pertunangan ni hanay di sediakan the secawan kecik arab tu bersama mineral water dan sedikit manisan arab seperti bakalawa, kunafat etc. Kadang- kala ada yang dalam bertunang ni pon terus akad nikah tapi tak dok bersama la just agreement je sampailah majlis perkahwinan/sanding di adakan.
Selalunya hari berlangsung bersandingan tak jauh jaraknya dari tempoh pertunangan..ada yang kurang sebulan ada yang hamper setahun, bergantung pada perbincangan keluarga. Rata- ratanya dalam jarak amsa terdekat saja.
Paling best segala persiapan perkahwinan di biaya 100% oleh si lelaki dari kenduri kendara, majlis berinai, pelamin, make up di saloon, barang kemas, barangan make up, perabot bilik tidur, langsir, cadar, pakaian pengantin sampai pakaian tidur dan harian serta barangan peralatan rumah (rumah baru yang akan mereka duduki lepas kawen la) akan di tanggung oleh si lelaki. Si perempuan tak yah keluar duit. Senang kan?
Selepas bertunang nilah baru mak si bakal pengantin pompuan terkedek- kedek nak ajar anak masak, kemas umah, cara nak layan suami (sampai bab dalam kain pon akan di ajar..eeeee) dan itu ini. Sebelum ni anak pompuan arab hanya gi skolah balik skolah tak yah buat apa pon.

Pada malam sebelum hari persandingan akan diadakan upacara berinai. Inai akan di lukis di tangan/lengan, kaki dan badan pengantin perempuan dan dalam upacara ini hanaya orang perempuan dari saudara mara, kenalan, jiran perempuan di kedua pihak akan dijemput. Malam berinai ni pon ada tarian juga.
Pada keesokkan harinya upacara persandingan di adakan pada selepas maghrib. Tempat bagi orang perempuan dan lelaki di asingkan. Lelaki menari bersama pengantin lelaki dan perempuan bersama pengantin perempuan dan buffet juga di sediakan di kedua hall ini. Bila masuk je hall kita duduk rehat akan di sediakan pelayan datang membawa dulang besar berisi kek, arab sweet, jus, tea atau kopi. Pelayan iani akan mengelilingi hall menari ni membawa dulang kepada orang perseorangan. Yang mana duduk boleh makan minum sesuka hati hidangan ringan ini dan yang mana nak menari di persilakan menari berasma pengantin perempuan atau sambil mengambil gambar di pelamin yang di sediakan. Selalunya pakaian pengantin perempuan adalah gown putih kembang..terpulang lah nak pakai tudung atau tidak. Seperti acaar bertunang acara perkahwinan ni pon ramai yang over melaram nak tarik hati mak- maka arab yang mama cuci mata nak cari calon isteri untuk anak mereka. Pakaian pompuan- pompuanya sexy dengan make up serta set rambut mengalahkan red carpet Hollywood..

Dah berejam menari baru leh makan buffet. Selalu makanan yang disediakan adalah seperti bermacam- macam jenis salad, pasta, nasi, sweet, jus, buahan dan beberapa arab snacks. Lepas makan continue menari dan selepas tu pengantin lelaki akan dating dalam sekitar jam 11 malam masuk ke hall perempuan. Pengantin lelaki akan diiringi oleh saudara maar terdekat atau sahabatnay masuk ke hall. Seperti biasa la yang mana pakai sexy tadi akan menyarung bali pakaian dan kalau pengantin perempuan ni bertudung dan pada majlis persandingan dia tak bertudung pon dia akan di arungkan dengan scarf khas. Bunyi- bunyian mulut kedengaran begitu kuat dan pengantin lelaki menghampuri pengantin perempuan yang duduk di pelamin. Upara ambil gambar bersama keluarga dan pengantin lelaki dibuat. Selepas tu pengantin lelaki akan mambawa pengantin perempuan menari bersama dan keluarga terdekat serta sapa- sapa yang nak menari pon di persilakan.. cukup time pengantin lelaki akan membawa pengantin perempuan balik ker rumah bersama kereta khas yang disediakan. Tak habis di sini, di rumah masih menunggu saudara mara yang lain nak menari sampai ke pagi, memang kacau daun. Kadang- kadang dibiarkan pengantin masuk beradu dan saudara mara yang lain akan enjoy sampai ke pagi menari sambil berchatting..maka tamatlah acara perkahwinan arab yang Lydia tahu. Ni arab Hourani Syrian je ya yang lain pon tengok lebih kurang sama saja.. Sekian terima kasih The End !



Thursday, January 24, 2013

Traditional Muhalabieh (arab flan/ pudding)

Salam MaulidulRasul.. ni adalah arab sweet yang femes kat seluruh tanah arab tak kira negara arab apa. Paling kerap disediakan bulan puasa sebagai pemanis mulut yang simple lagi ekonomi. Lydia dah buat ni lama pon tapi asyik terlupa je nak masuk N3.. layan je ya resepi yang simple.. nenek tua yang tak ada ggigi pon leh makan, jangan kata nenek baby pon boleh, nak- nak lagi masakn masa sejuk lepas kelua dari es box memang nyaman tekak dan semerbak je bau harum orange blossom water _ susu & rose water tu..

Traditional Muhalabieh (arab flan/ pudding)
550 ml susu segar
5 cmb tepung jagung
4 cmb gula pasir (adjust la ikut tahap kemanisan korang)
1 cmt orange blossom water
1/3 cmt rose water
Kelapa kering/ pine nut/ chopped pistachio/ almond flakes sebagai hiasan/garnishing (ikut suka)*
Masak sumer bahan di atas kecuali bahan * hingga pekat dan membuak2 macam lava gunung berapi atau ala2 macam buat pudding kastard menggunakan api yang perlahan. INGAT..perlu dikacau selalu sebab takut hangus kat bawah tu dan ini akan menjejaskan rasanya.
Kalu rasa nak gayut telipon tu bawak sekali kat dapo sambil mengacau pudding ni kerana susu cepat hangus kalu tak kena caranya.
Yang ada anak2 kecik tu pandai2la korang adjust.
Bila dah membuak2 tu off kana pi dan tuangkan ke dalam mould/ casserole.
Biarkan sejuk pada suhu bilik, taburkan apa2 garnishing yang korang suka dan masukkan ke dalam peti sejuk dengan menutup permukaan atasnya dgn ciling plastic. Kalu nak serve warm pun boley

SALAM MAULIDUL RASUL


Tiada harapan selain ALLAH S.W.T
Tiada idola selain NABI MUHAMMAD S.A.W.
Tiada kata seindah AL QURAN
Tiada jalan selurus SUNNAH
Tiada perjuangan selain ISLAM.. Salam maulidulRasul semua sahabat muslimku..
Subhanallah putaran masa begitu cepat berlalu dan kini bulan maulud datang lagi, maka ramailah rakyat Malaysia meraikan hari kelahiran Rasulullah s.a.w.
Alhamdulillah...
Ada yang tak pernah cukup solat 5 waktu pun sibuk bawak sepanduk,
Ada yang jarang atau tak p[ernah pergi ke masjid pun hari ni pergi masjid,
Ada yang konon-konon Islam tapi laksanakan kewajipan sebagai umat islam pun bertungkus-lumus selawat nak sambut maulud nabi.
Semuanya dengan satu alasan iaitu nak memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Selama saya di Kuwait dah hampir 7 tahun ni tak pernah sekali pon saya lihat sambutan maulud nabi, yang ada hanya cuti umum jer.
Dalam sejarah Islam, para sahabat adalah generasi yang paling mencintai Nabi s.a.w namun mereka tidak membuat perayaan khas hari kelahiran baginda disebabkan kerana mereka tidak melihat baginda melakukan hal yang demikian.
Bahkan Ibn Kathir menceritakan bagaimana Saidina ‘Umar apabila dicadangkan permulaan tahun Islam dikira pada tahun kelahiran Nabi s.a.w, beliau menolaknya. Sebaliknya khalifah agung itu memilih tahun hijrah baginda sebagai permulaan kiraan.
Hari berganti dan bertukar, dunia Islam kini dipenuhi dengan pelbagai krisis politik yang akhirnya mencetuskan mazhab. Antaranya Mazhab Syiah yang asalnya merupakan mazhab politik, bertukar menjadi mazhab agama dengan segala macam aliran di dalamnya. Perebutan kuasa berlaku atas agenda politik yang dimasukkan unsur Islam ke dalamnya, maka berpecah dan berselerakanlah umat Islam akibat agenda politik berbagai aliran, nauzubillah..
Banyak pendapat telah disuarakan dari segi hukum mengenai merayakan hari keputeraan junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Sambutan Maulid Nabi ni bukanlah satu perkara yang baru, ia merupakan amalan yang sudah dilakukan oleh umat Islam sejak berkurun lama di seluruh pelusuk dunia Islam. Perbicaraan mengenai keharusannya juga telah lama dibicarakan sehingga ramai ulama’ telah menulis secara lengkap dalam kitab-kitab mereka tentang keharusan dan galakan majlis ini diadakan. Namun sehebat itu pula pihak yang bertopengkan ulama’ mencemuh majlis seperti ini dengan alasan ia merupakan perkara bid’ah kerana tidak terdapat pada zaman Rasulullah s.a.w.
Tidak kita nafikan terdapat beberapa perkara bid'ah dan mungkar yang berlaku pada sebilangan kecil sambutan maulid Nabi yang diadakan di beberapa buah negara ‘Arab dan negara Islam lain. Perkara ini sering kali kita ingatkan dan tegurkan keburukannya. Namun begitu, alhamdulillah di kebanyakan majlis sambutan maulid yang kita hadiri tidak berlaku bid'ah dan perkara mungkardemikian.
Melihat dari sudut pengisian yang diadakan di dalam majlis ini, kebanyakkan ulama’ bersepakat mengharuskan amalan-amalan yang diadakan. Misalnya, mengumpulkan umat Islam untuk mengingati sirah Rasulullah s.a.w., memuji baginda, mengucapkan salawat dan sebagainya. Mengadakan majlis untuk memberikan peringatan dan mengambil pengajaran dari sirah Rasulullah s.a.w. merupakan majlis ilmu yang menjadi salah satu dari dakwah untuk melahirkan kecintaan umat Islam terhadap Allah dan RasulNya. Ini secara tidak langsung, menjana penghayatan umat Islam terhadap sunnah Rasulullah s.a.w. Begitu juga dengan mengucapkan kata-kata pujian dan salawat ke atas Baginda, sememangnya telah menjadi hak Rasulullah s.a.w. Menyediakan makanan untuk orang ramai pula merupakan suatu sedekah yang disunatkan, malah digalakkan kepada umat Islam. Majlis seperti inilah yang sepatutnya dimanfaatkan sebaiknya, kerana memberi peluang keemasan kepada umat Islam untuk melakukan berbagai-bagai kebaikan yang tidak ada pada majlis-majlis yang lain disamping mengeratkan silatulrahim sesama kita umat islam.
Justeru, tidak ada sebab majlis seperti ini menimbulkan keraguan bagi mereka yang mempunyai pemikiran yang sihat sehingga dihukum sebagai bid’ah yang sesat. Sekalipun, keharusan perkara ini telah lama meniti di bibir ulama’ dan diperdengarkan kepada umat Islam saban waktu, saya kira masih ada manfaatnya saya menyelitkan perkara ini di dalam artikel ini, memandangkan minat umat Islam semakin merosot terhadap bahan-bahan bacaan ilmiah ulama’ muktabar. sekiranya ada kesalahan saya mohon maaf kerana saya adalah insian biasa.. apa yang tertulis ni jadikan panduan dan sempadan, fikirkanlah yang baik dan tinggalkanlah yang buruk..Wallahualam.