Saturday, February 09, 2013

PERJALANAN ADAT PERKAHWINAN ARAB


Assalamualikum dan selamat berhujung minggu serta Gong X Fa Chai paad yang merayakan Tahun Baru Cina. N3 lydia hari ni nak mengomel sikit la mengenai sedikit adat resam dalam perkahwinan atau pertunangan orang arab Syrian yang pernah Lydia hadiri dan Lydia tahu selama hidup bersama arab Syrian.. Kalau aad terkurang terlebih tu tak tahu la pulak sebba apa yang Lydia ceritakan ni adalah bersadarkan pengalaman sendiri je.. Pada yang nak tahu sikit mengenai kenduri arab sila baca hingga akhir....
Adat berkahwin dengan saudara terdekat masih berleluasa dalam keluarga arab tak kira arab Khaleej atau arab baladi sham. Mereka lebih senang berkahwin sepupu sepipit atau sedara masra sendiri dan yang berkahwin dengan orang jauh tu tak banyak kerana kebanyakkan perkahwinan arab di aturkan oleh ibu bapa mereka .
Bermula dari adat merisik sehinggalah perkahwinan semuanya diuruskan oleh ibu bapa. Adat merisik diadakan dengan dihadiri ibu bapa atau ibu saudara ataupun nenek si lelaki dan bila si pihak perempuanbersetuju untuk berkahwin barulah urusan peminangan diadakan dengan diadakan upacara pertunangan di rumah perempuan dengan hanya di hadiri keluarga, jiran dan teman perempuan bakal si pengantin perempuan dab saudara mara perempuan dari pihak bakal pengantin lelaki.
Mereka akan mengadakan upacara menari dengan meriah sekali sehingga berjam-jam lamanya. Pada masa ini bakal si pengantin perempuan akan didandan, bermeke up serta memakai pakaian seperti dress evening gown yang berwarna (ikut suka la nak kaler pink ke..biru ke..ijau..etc). Dalam pada masa ni la juga mana- mana mak arab yanga da anak dara akan menyuruh anak mereka bergaya sakan untuk tatapan tetamu mana lah tahu ada mak- mak arab teman mahupun sedra mara yang lain akan tersangkut hati nak buat menantu. Off course la si bakal pengantin akan menari dan bergaya sakan. Lepas satu per satu akan menari dengannya sehinggalah tibanya bakan tunang..
Bila bakal pengantin lelaki akan masuk ke hall tari menari yang ada si perempuan akan di iringi dengan alunan muzik khas berserta bunyi suara (tak tahu nak explain bunyi apa sebab mereka buat sendiri menggunakan lidah hehhehe). Time ni apa lagi yang mana tadi pakai sexy tak bertudung akan cepat- cepat sarungkan balik jubah duudk di kerusi diam- diam sebagai penghormatan acara pertunangan akan dimulakan. Manakala si perempuan akan duduk berdiri bersama ibu serta keluarga terdekat (perempuan) menanti si lelaki dan bakal si pengantin lelaki datang bersama diiringi bapa , atau abang atau adik si perempuan berserta saudara mara terdekat dan ibu si lelaki terus berjumpa si perempuan dan menuarungkan cincin tanda bertunang dan acara tari menari diteruskan dan si perempuan akan menari bersama si lelaki dan seterusnya bersama keluarga si perempuan (yang pompuan jer) dan keluarga si lelaki (perempuan jer)..
Dalam upacara pertunangan ni hanay di sediakan the secawan kecik arab tu bersama mineral water dan sedikit manisan arab seperti bakalawa, kunafat etc. Kadang- kala ada yang dalam bertunang ni pon terus akad nikah tapi tak dok bersama la just agreement je sampailah majlis perkahwinan/sanding di adakan.
Selalunya hari berlangsung bersandingan tak jauh jaraknya dari tempoh pertunangan..ada yang kurang sebulan ada yang hamper setahun, bergantung pada perbincangan keluarga. Rata- ratanya dalam jarak amsa terdekat saja.
Paling best segala persiapan perkahwinan di biaya 100% oleh si lelaki dari kenduri kendara, majlis berinai, pelamin, make up di saloon, barang kemas, barangan make up, perabot bilik tidur, langsir, cadar, pakaian pengantin sampai pakaian tidur dan harian serta barangan peralatan rumah (rumah baru yang akan mereka duduki lepas kawen la) akan di tanggung oleh si lelaki. Si perempuan tak yah keluar duit. Senang kan?
Selepas bertunang nilah baru mak si bakal pengantin pompuan terkedek- kedek nak ajar anak masak, kemas umah, cara nak layan suami (sampai bab dalam kain pon akan di ajar..eeeee) dan itu ini. Sebelum ni anak pompuan arab hanya gi skolah balik skolah tak yah buat apa pon.

Pada malam sebelum hari persandingan akan diadakan upacara berinai. Inai akan di lukis di tangan/lengan, kaki dan badan pengantin perempuan dan dalam upacara ini hanaya orang perempuan dari saudara mara, kenalan, jiran perempuan di kedua pihak akan dijemput. Malam berinai ni pon ada tarian juga.
Pada keesokkan harinya upacara persandingan di adakan pada selepas maghrib. Tempat bagi orang perempuan dan lelaki di asingkan. Lelaki menari bersama pengantin lelaki dan perempuan bersama pengantin perempuan dan buffet juga di sediakan di kedua hall ini. Bila masuk je hall kita duduk rehat akan di sediakan pelayan datang membawa dulang besar berisi kek, arab sweet, jus, tea atau kopi. Pelayan iani akan mengelilingi hall menari ni membawa dulang kepada orang perseorangan. Yang mana duduk boleh makan minum sesuka hati hidangan ringan ini dan yang mana nak menari di persilakan menari berasma pengantin perempuan atau sambil mengambil gambar di pelamin yang di sediakan. Selalunya pakaian pengantin perempuan adalah gown putih kembang..terpulang lah nak pakai tudung atau tidak. Seperti acaar bertunang acara perkahwinan ni pon ramai yang over melaram nak tarik hati mak- maka arab yang mama cuci mata nak cari calon isteri untuk anak mereka. Pakaian pompuan- pompuanya sexy dengan make up serta set rambut mengalahkan red carpet Hollywood..

Dah berejam menari baru leh makan buffet. Selalu makanan yang disediakan adalah seperti bermacam- macam jenis salad, pasta, nasi, sweet, jus, buahan dan beberapa arab snacks. Lepas makan continue menari dan selepas tu pengantin lelaki akan dating dalam sekitar jam 11 malam masuk ke hall perempuan. Pengantin lelaki akan diiringi oleh saudara maar terdekat atau sahabatnay masuk ke hall. Seperti biasa la yang mana pakai sexy tadi akan menyarung bali pakaian dan kalau pengantin perempuan ni bertudung dan pada majlis persandingan dia tak bertudung pon dia akan di arungkan dengan scarf khas. Bunyi- bunyian mulut kedengaran begitu kuat dan pengantin lelaki menghampuri pengantin perempuan yang duduk di pelamin. Upara ambil gambar bersama keluarga dan pengantin lelaki dibuat. Selepas tu pengantin lelaki akan mambawa pengantin perempuan menari bersama dan keluarga terdekat serta sapa- sapa yang nak menari pon di persilakan.. cukup time pengantin lelaki akan membawa pengantin perempuan balik ker rumah bersama kereta khas yang disediakan. Tak habis di sini, di rumah masih menunggu saudara mara yang lain nak menari sampai ke pagi, memang kacau daun. Kadang- kadang dibiarkan pengantin masuk beradu dan saudara mara yang lain akan enjoy sampai ke pagi menari sambil berchatting..maka tamatlah acara perkahwinan arab yang Lydia tahu. Ni arab Hourani Syrian je ya yang lain pon tengok lebih kurang sama saja.. Sekian terima kasih The End !



2 comments: