Wednesday, June 22, 2011

Solat merupakan tiang agama

Solat merupakan tiang agama


ABSTRAK Sembahyang merupakan ibadat yang boleh menghalang pelakunya daripada melakukan perbuatan mungkar, iaitu perbuatan salah dan terlarang. Seseorang itu perlu memahami hakikat sembahyang, iaitu memahami kesan sembahyang terhadap pembentukan peribadi.
Sembahyang juga dapat memberi ketenangan jiwa, tidak kira sama ada ketika seseorang itu dalam kesusahan atau dalam kegembiraan.
Sembahyang dari sudut bahasa diertikan dengan doa atau memohon kebajikan dan pujian. Dari sudut syarak, sembahyang diertikan “beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir disudahi dengan salam, dilakukan dengan keadaan beribadah kepada Allah S.W.T dengan menurut segala syarat yang telah ditentukan.
Sembahyang diWAJIBkan kepada seluruh umat islam yang telah baligh, berakal, dan suci daripada hadas kecil dan besar.
Sembahyang tidak diwajibkan kepada kanak-kanak yang belum baligh, orang yang gila, dan orang yang tertidur.Walaupun begitu, kewajipan sembahyang masih belum berlaku kepada orang yang sakit. Terdapat lima keistimewaan sembahyang iaitu ibadah yang utama dan pertama, ibadah yang diwasiatkan, amal yang paling awal dihisab, amal yang paling akhir ditinggalkan, dan asas syiar islam.
Kepentingan sembahyang diertikan supaya sembahyang dapat menghubungkan insan dengan penciptanya. Sembahyang merupakan ibadah yang pertama disyariatkan dan yang paling akhir ditinggalkan oleh manusia. Solat adalah penolong dalam segala urusan penting dan pencegah dari maksiat dan kemungkaran.
Solat adalah kebahagiaan jiwa orang-orang beriman serta penyejuk hati dan solat adalah penghapus dosa-dosa dan pelebur segala kesalahan. Seksa orang yang tidak sembahyang adalah semasa di dunia, ketika hendak mati, semasa di dalam kubur dan semasa hari akhirat.
Sembahyang mengandungi rangkaian doa, ucapan kesyukuran, puji-pujian, juga susunan kata-kata, lambang pengabadian seorang hamba kepada khaliknya.
Sembahyang adalah penghubung di antara seorang hamba dengan tuhannya. Hanya orang yang beriman, yang dapat melakukannya dengan khusyuk dan tawak.
Sesungguhnya diperintahkan sembahyang itu semata-mata untuk kepentingan kita sendiri. Allah SWT tidak merasa diuntungkan walaupun kita mengerjakan sembahyang. Dan Allah SWT juga tidak akan merasa dirugikan seandainya seluruh umat manusia di dunia tidak mengerjakan sembahyang. Tetapi yang rugi adalah diri kita sendiri.
Sembahyang adalah untuk kepentingan manusia. Bukan kepentingan Allah. Sembahyang merupakan tiang agama islam kerana begitu pentingnya maka amat yang pertama kali diperhitungkan kelak di akhirat adalah amalan sembahyang. Jika ketika di dunia, seseorang mengerjakan sembahyang dengan baik (khusyuk dan ikhlas kerana Allah SWT) maka dia akan beruntung. Tetapi jika sembahyangnya rosak, maka rosak pula nasibnya. Dia pasti dihadapkan pada seksa yang sangat pedih.
Sedarilah bahawa meremehkan sembahyang akan diancam Allah SWT berupa seksa yang luar biasa pedihnya sebab sembahyang adalah kewajipan. Segala yang wajib jika dilanggar atau diaibkan, maka pasti mendapat hukuman. Mengabaikan kewajipan atau meruntuhkan adalah suatu sikap kesombongan dan pelanggaran. Sembahyang merupakan ibadat yang boleh menghalang pelakunya daripada melakukan perbuatan mungkar, iaitu perbuatan salah dan terlarang.
Allah SWT menegaskan bahawa sembahyang yang dilakukan oleh seseorang itu boleh menegah diri pelakunya daripada melakukan dosa-dosa dan kemungkaran.
Sembahyang perlu khusyuk. Seseorang itu perlu benar-benar dapat menghayati ibadah yang dilakukan kepada Allah SWT.
Seseorang itu perlu memahami hakikat sembahyang, iaitu memahami kenapa sembahyang itu perlu di amalkan. Seseorang itu juga perlu memahami kesan sembahyang terhadap pembentukan peribadi. Sembahyang juga memberi ketenangan jiwa tidak kira sama ada ketika seseorang itu dalam kesusahan atau dalam kegembiraan.
PENGERTIAN SEMBAHYANGDari sudut bahasa, sembahyang sering diertikan dengan doa atau memohon kebajikan dan pujian. Dari sudut syarak, sembahyang diertikan sebagai “beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam, dilakukan dengan keadaan beribadah kepada kepada Allah SWT dengan menurut segala syarat yang telah ditentukan”. Jika kedua-dua pengertian ini digabungkan ketika seseorang itu melakukan sembahyang ia akan dapat menimbulkan sembahyang yang berkesan.
HUKUM SEMBAHYANG
Di dalam al-Quran banyak sekali ayat yang dapat dijadikan dalil tentang kewajipan sembahyang. Begitu juga dalam hadis Rasulullah SAW. “Dirikanlah sembahyang sesungguhnya sembahyang itu boleh mencegah daripada perbuatan jahat dan keji”. (Al- Ankabut : 45).
KEWAJIPAN SEMBAHYANG
Sembahyang diwajibkan kepada seluruh umat islam yang telah baligh, berakal, dan suci daripada hadas kecil dan besar. Sembahyang tidak diwajibkan kepada kanak-kanak yang belum baligh, orang yang gila, dan orang yang tertidur. Walaupun begitu, kewajipan sembahyang masih berlaku kepada orang yang sakit. Hanya cara mengerjakannya sahaja agak berbeza dengan orang yang sihat. Bagi orang yang sakit cara mengerjakannya disesuaikan dengan kesanggupan pesakit seperti dilakukan sama ada secara berdiri, duduk atau baring mengikut keadaan dan keupayaan pesakit itu.
KEISTIMEWAAN SEMBAHYANG
Sembahyang merupakan ibadah yang utama dan pertama. Sembahyang adalah ibadah yang pertama sekali diwajibkan kepada umat islam. Imam Ahmad berkata: “sembahyanglaah ibadah yang mula-mula difardhukan oleh Allah SWT kepada Rasul-Nya sebelum ibadah yang lain”.
Selain itu, sembahyang juga merupakn ibadah yang diwasiatkan. Nabi Muhammad SAW sangat menekankan dua ibadah penting yang perlu dipelihara dalam kehidupan seharian, iaitu sembahyang dan berbuat baik kepada orang.
Sembahyang juga penting kerana sembahyang merupakan amal yang paling awal dihisab. Kesempurnaan ibadah sembahyang menentukan kesempurnaan ibadah yang lain.
Rasullulah SAW bersabda, amalan yang mula-mula dihisab daripada seseorang hamba pada hari kiamat ialah sembahyang. Jika ibadah sembahyang sembahyang diterima, nescaya diterimalah amalan-amalan yang lain. Apabila sembahyangnya ditolak, maka ditolaklah amalan-amalan yang lain.
Selain itu, sembahyang merupakan amal yang paling akhir ditinggalkan. Menurut hadis Rasulullah SAW, “sembahyang adalah ibadah yang teristimewa, kerana ia merupakan amalan yang paling akhir ditinggalkan oleh manusia. Jika sekiranya semua manusia meninggalakan ibadah sembahyang bererti kehancuranlah yang akan menimpa mahkluk didunia ini”.
Keistimewaan sembahyang yang terakhir adalah sembahyang merupakan asas syiar islam. Hubungan makhluk dengan khaliqnya ditentukan oleh sembahyang kerana sembahyang merupakan syiar islam yang utama dan satu-satunya ibadah yang dapat menghampirkan seseorang hamba kepada Allah SWT.
KEPENTINGAN SEMBAHYANG
Sembahyang dapat menghubungkan insan dengan penciptaNya secara langsung. Selain itu, sembahyang merupakan ibadah yang pertama disyariatkan dan yang paling akhir ditinggalkan oleh manusia. Solat juga adalah penolong dalam segala urusan penting dan pencegah dari maksiat dan kemungkaran ( saleh Al-Uthaimin, Syeikh Muhammad, 2003,124 ). Kepentingan sembahyang juga adalah solat merupakan kebahgiaan jiwa orang-orang beriman serta penyejuk hati. Solat juga adalah penghapus dosa-dosa dan pelebur segala kesalahan.
SEKSA ORANG YANG TIDAK SEMBAHYANG
Seksaan orang yang tidak sembahyang adalah sekasaan semasa di dunia, ketika hendak mati, semasa di dalam kubur dan semasa hari akhirat. Antara seksaan semasa di dunia adalah Allah SWT menghilangkan berkat daripada usaha dan rezekinya, Allah SWT menghapuskan tanda-tanda kesalihan daripada mukanya dan sentiasa mendapat kebencian daripada orang yang beriman. Antara seksaan ketika hendak mati adalah, ketika rohnya akan dicabut, dia akan berada dalam keadaan sangat dahaga dan dia berasa kesakitan yang amat sangat. Selain itu dikhuatiri mati dalam keadaan Suul Khatimah (mengakhiri ajal dengan kejahatan). Antara seksaan semasa di dalam kubur adalah ketika ditanya oleh Munkar dan Nakir, dia sangat sedih dan tidak boleh memberi jawapan, kuburnya menjadi gelap dan sempit sehingga tulang-tulang rusuknya berselisih. Antara seksaan semasa di hari akhirat adalah ketika dihisab, amalnya lebih banyak yang jahat daripada yang baik. Selain itu, Allah SWT sentiasa murka kepadanya dan diseksa oleh Allah SWT dengan api neraka.
DOSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG WAJIB
Meninggalkan sembahyang adalah satu-satunya pemisahan antara keimanan dengan kekufuran. Dosa setimpal untuk mereka yang meninggalkan sembahyang bagi setiap fardu adalah seperti berikut;
Subuh - 1 fardu yang ditinggalkan Allah SWT akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.
Zuhur -1 fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti membunuh 1000 orang Islam.
Asar - 1 fardu yang ditinggalkan, dosanya samalah seperti meruntuhkan kaabah.
Maghrib - 1 fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti seorang itu berzina dengan ibu (bagi lelaki) atau bapa (bagi perempuan).
Isyak - 1 fardu yang ditinggalkan, Allah SWT tidak akan meredhai hidupnya di atas muka bumi ini.
GANJARAN BAGI MEREKA YANG MENJAGA SEMBAHYANG
Diriwayatkan pada sebuah hadis, siapa yang menjaga sembahyang 5 waktu, maka Allah SWT akan memuliakannya dengan 5 perkara iaitu:-
i- Masuk syurga tanpa dihisab
ii- dihindarkan dari seksaan kubur
iii- dihindarkan dari kesempitan hidup
iv- berjalan di atas sirat bagaikan kilat
v- diberi kitab amalnya dengan tangan kanan.

KESIMPULAN
Tidak mudah untuk memahami bahawa sembahyang itu boleh menegah pelakunya daripada melakukan dosa-dosa besar dan kemungkaran. Ini berpunca daripada kejahilan diri, atau kerana pembelajaran yang diterima tidak menekankan tentang penting sembahyang dengan tujuan untuk membenteras kejahatan diri. Banyak orang beranggapan bahawa sembahyang itu perlu ditunaikan kerana sembahyang tersebut merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Berdosa kalau meninggalkan dan mendapat pahala kalau melakukannya. Begitulah tabiat manusia, menyedari kesalahan yang mereka lakukan selagi mereka masih memiliki akal yang waras. Dari sinilah lahirnya pertentangan di antara akal dengan dorongan nafsu yang sentiasa mendesak, merayu-rayu dan menggoda. Akhirnya mereka terpaksa tunduk kepada kehendak nafsu, akibat lemah iman. Apabila membincangkan sembahyang, kita dapati banyak orang islam yang tidak mempedulikannya. Mereka seolah-olah menganggap sembahyang itu tidak wujud dalam kegiatan hidup hariannya. Keadaan ini terjadi boleh dikatakan di mana-mana sahaja, tanpa mengira jenis pekerjaan manusia, pangkat atau keturunan. Banyak di antara mereka yang memahami bahawa sembahyang itu wajib, tetapi tidak mengambil indah untuk mendirikan ibadah tersebut. Di antara mereka banyak yang lebih menitikberatkan amalan kenduri-kendura, kenduri arwah, majlis potong jambul, majlis berzanji dan seumpamanya yang tidak berupaya penting, berbanding dengan usaha menyediakan diri dan keluarga untuk mendirikan sembahyang. Pada hakikatnya sembahyang adalah urusan ketenteraman jiwa. Sembahyang mengandungi rangkaian doa, ucapan kesyukuran, puji-pujian, juga susunan kata-kata, lambang pengabadian seorang hamba kepada khaliknya. Sembahyang adalah penghubung di antara seorang hamba dengan tuhannya. Hanya orang beriman, yang dapat melakukannya dengan khusyuk dan tawak. Sembahyang merupakan urusan ketenteraman jiwa. Hasil daripadanya ialah keluhuran budi dan pembentukan peribadi yang mencetuskan ketenangan, puncak segala kejayaan dan petanda kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

10 Gunung Paling Tinggi Di Dunia

10 Gunung Paling Tinggi Di Dunia
Salam pagi rabu..pagi ni nak share sikit N3 tentang keindahan ciptaan Allah gunung ganang yang dah lama bersarang kat blog saya.. N3 ni saya dapat dari blog sapa pon tak tau sebab dah lama saya simpan..Kepada tuan empunya kalu terbaca/tengok tolong halalkan ya..Ilmu kita kena sebarkan baru bermanafaat :-)

10. Gunung Annapurna – Nepal
Ini adalah puncak kesepuluh tertinggi di bumi, yang ditemui di Nepal dengan ketinggian 26.545 kaki dan 8.091 meter.

9. Nanga Parbat – Pakistan
Nanga Parbat ialah gunung tertinggi kesembilan bumi yang terletak di Pakistan pada ketinggian 26.758 kaki dan 8.125. Ini adalah salah satu yang berbahaya dan mematikan lapan-thousanders untuk para pendaki dan naik ke sana, adalah risiko diprediksi.

8. Manaslu Mountain – Nepal
Manaslu ialah gunung tertinggi kelapan di dunia, dan terletak di Himal Hima dengan di Nepal Himalaya dengan ketinggian 8.163 m (26.758).

7. Gunung Dhaulagiri – Nepal
Dhaulagiri terletak pada nombor tujuh dalam senarai dari sepuluh gunung tertinggi di dunia, dan terletak di Nepal utara pusat dan sekarang telah menjadi titik poros dari pelawat dan pendaki.tinggi adalah 26.794 kaki, atau 8.167 meter. Hal ini juga disebut Gunung Putih sebagai salah satu daripada lapan thousanders.

6. Cho Oyu Mountain – Nepal / Tibet
Cho Oyu ialah gunung tertinggi keenam di dunia, dan terletak di pergunungan Himalaya di sempadan yang terletak di antara China dan Nepal, gunung ini juga dikenali sebagai “Turquoise Dewi” di Tibet. Ketinggian gunung ini adalah 26.906 dengan kaki atau 8.201 dalam meter.

5. Makalu Mountain – Nepal / Tibet
Makalu Gunung adalah gunung tertinggi kelima di dunia, dengan ketinggian 27.765 kaki, 8.463 meter, memiliki nama rasmi yang berbeza dalam bahasa yang berbeza. Hal ini terletak di sempadan yang menghubungkan Nepal dan China.

4. Lhotse Mountain – Nepal
Lhotse mempunyai dua nama yang berbeza, Lhotse seorang seorang pegawai, di Nepal dan kedua adalah Lhozê dalam bahasa Cina dan merupakan gunung tertinggi keempat di dunia, luar biasa ia dikaitkan dengan Everest dengan Kolonel selatan ini terletak di daerah sempadan yang menghubungkan di antara Tibet (China) dan Khumbu (Nepal). tinggi adalah 8.511 m (27.940 kaki).

3. Gunung Kangchenjunga – Nepal / India
Kangchenjunga adalah gunung ketiga tertinggi di dunia, yang ketinggiannya sekitar 8.586 meter (28.169 kaki). Jika kita cuba mencari tahu arti nama ini Kangchenjunga kompleks, maka tidak menghairankan bahawa makna sangat mirip dengan nama cerita, dan makna diterjemahkan adalah “Lima Harta Salju”, nama ini diberikan kepada gunung ini kerana diberkati dengan lima harta Allah yang emas, perak, permata, biji-bijian dan kitab suci.

2. K2 (Godwin Austen Gunung) – Pakistan
Gunung tertinggi di dunia dan merupakan kedua selepas Gunung Everest, tingginya diukur adalah 8.611 m (28.251 kaki), juga terletak di sempadan seperti Gunung Everest dan menyambung negara-negara dengan satu sama lain contohnya, dalam link up Taxkorgan Tajik County Autonomi Xinjiang, China dan Gilgit, Gilgit-Baltistan di Pakistan. Karena terletak di puncak itulah sebabnya itu adalah risiko untuk mendaki gunung ini dan banyak orang meninggal berusaha begitu. The Climbers terkenal seperti naik ke atasnya, tapi dalam musim sejuk tidak ada yang berani memikirkan mendaki.

1. Gunung Everest – Nepal / Tibet
Everest atau Gunung Everest adalah gunung tertinggi pertama di dunia, juga tahu sebagai Sagarmatha, memiliki nama yang berbeza dalam pelbagai bahasa seperti Chomolungma atau Qomolangma dalam Bahasa Nepal atau, Dalam Tibet gunung ini disebut Zhumulangma dalam bahasa Cina. Gunung ini terletak di rantau Asia dalam rentang Himalaya dan satu sempadan menyambung lokasi ke empat negara, bererti diposisikan pada sempadan yang membuat keterkaitan dengan Sagarmatha Zone, Nepal, dan Tibet, China. Tinggi gunung ini adalah 8.848 (29.029 ft)

Tuesday, June 21, 2011

BUAH ZURIAT (ADAM & HAWA)

BUAH ZURIAT (ADAM & HAWA)

Buah ni asalnya dari pokok koka yang memang ramai orang dok sibuk beli buat gelang pakai kat tangan atau tashih.
Sebenarnya buah zuriat ini dikenali sebagai buah adam/hawa, buah zuriatin atau buah koka dsb.

Pokok koka ini ialah pokok yang Nabi Noh a.s. gunakan untuk membina bahteranya ketika banjir dulu.

Dikatakan buah zuriat ini amat berkhasiat. Bila direbus ia boleh menyebabkan kita hamil dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan.Ia adalah amat keras. Kalau nak pecahkan memang kena guna kudrat orang lelaki dengan sebilah parang. Dalamnya macam sabut kelapa.

Nila ghoper buah zuriat atau nama lainnya buah Adam & Hawa. Buah ni memang keras. Pemberian kawan yang pergi umrah last month tapi saya baru dapat ambil last saturday. Thank You very Much Kak Mala..May Allah Bless U and Ur family.

My Asben yg arab tengok pon tak tau buah ni spises apa dan kewujudannya pon tak diketahui..pon gitu ada ramai kawan- kawan minah arab pon tak tau. Subhanallah... orang malaysia yang lebih tau kan?
Saya tau mengenai buah ni pon melalui net.

Ni gambo buah yang belum dipecahkan..nanti bila dah pecahkan saya upload gambonye. Saya tengah kompius nak gunakannya..ada sapa yang tau tolong HABAQ MAI..


cempedak jadi nakgka...PUDING ROTI ALA TEMBIKAI

PUDING ROTI ALA TEMBIKAI
Dah seminggu dok skodeng PUDING TEMBIKAI nak buat tapi angin dust storm + MALAS menebal di hati ni sebeb every day dok ulang alik hospital. Semalam ingat terlaksanalah impianku ini nak buat PUDING TEMBIKAI nak bawak g umah Kak Ely, tapi dek kerana kelalaian saya sendiri CEMPEDAK MENJADI NANGKA puding terpaksa di ubah suai supaya pembaziran tak berlaku.. KENAPA????.. Saya ingat sumer bahan2 wat puding PUDING TEMBIKAI ni complete kat pantry, rupa- rupanya ada kekurangan bahan… dah 1/2 way masak agar- agar baru saya sedar yang susu pekat tak de..KECIWA U..
Dah le tu pulak tersalah beli roti..terbeli roti masam..ingatkan roti dah expired rupanya sour dough toast, nak buang sayang lak so otak tu kenalah berfikir sikit supaya roti ni dapat di manafaatkan.
TING!!!!..idea datang..sib baik..so jadilah PUDING ROTI ALA TEMBIKAI. Taste dia not bad.. musim paneh ni kalu makan sejuk2 memang best!!!...and lagi satu not to sweet dan rasa sour pon ilang…. Try la kalu tak caya, Selamat mencuba!!!...

Bahan2nya:-
15g agar-agar strips
1/2 buku sour dough toast (+- 8kpg –roti ni kecik jew)
6 cawan air
2 cawan gula* sbb roti saya ni sour siket (+-)
1 tin 250g susu cair
250ml thick cream
2 sudu besar butter
1 sudu teh vanila
pewarna merah/hijau
Kismis hitam sebagai biji(potong kecil2)
Cara- caranya:-
Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan thick cream, blend sampai halus. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau selalu takut hangit kat bawah, hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)sy gn 11/2 mug.Biar keras sedikit. Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 1 mug), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit. Adunan selebihnya diwarnakan merah, taburkan blackcurrent/kismis hitam sebagai biji dan tuangkan adunan merah perlahan2 di atas lapisan putih/warna asal tadi. Biar sejuk dan simpan dalam freezer semalaman. Hidangkan..

Bakhoor 2011

Bakboor 2011

Nin dia projek terbengkalaiku...dah lama customer oder tapi malas sebab leceh nak buat. Dek kerana posa dah dekat dan musim kawen ni terpaksalah haku buatkan. seminggu masa nak abiskan 26 set ni sampai kelabu mata itamku (hahhaha..tak yah beli contact lense).
Sebenornya banyak nak di kelip gambonye tapi masal lak nak snap 1 per satu so tengok jelah apa yang ada.