Monday, April 01, 2013

CHEESY JACKET POTATOES

Satu hidangan yang simple dah menyihatkan. Boleh dipelbagaikan intinya mengikut cita rasa tekak serta bahan yang ada di rumah. Lydia makan ni 1/2 jer dah kenyang tak leh on lagi, so kalau berdiet amat sesuai makan kentang je kan.. Lydia ternampak potatoes versi macam nk masa g UAE bulan lepas, kami suami isteri beli kat Dream Land Dubai. Sebiji kentang je melebihai harga 25Dirham tergantung pada filing yang anda nak. Anda boleh pilih apa inti yang anda suka dan past tu barulah mereka akan suka- suka caj berapa.. Yang tak bestnya cis sikit je, uat sendiri puas hati nak cekak banyak mana..huhuuhuh. Malam ni buat untuk dinner, 3 biji je, untuk kami laki bini, tu pon tak habis sbb cepat kenyang. Kami hanya makan kentang ni bersama creamy mushroom soup je.
Meh tengok resepi dan cuba buat, sure anak- anak atau suami anda akan suka.


CHEESY JACKET POTATOES
3 biji potatoes-big size
1 tin kecil white meat tuna-sejatkan airnya
daun bawang- cincang halus
daun parsely-cincang halus
chedar parut
butter*
mayonise
mustard*
black dan green olive*
garam dan black pepper powder*

Panaskan oven 200°C.
Scrub potatoes hingga bersih, cuci dan keringkan sepenuhnya.
Cucukkan dengan pencungkil gigi pada sekeliling potatoes.
Balut dengan aluminium foil dan bakar dalam oven selama 1 jam ke 11/2 jam tergantung pada oven dan saiz potatoes.
pada 30 minit pertama, buka oven, remove aluminium foil, teruskan membakar hingag garing dan empuk.
Dalam mangkuk, campurkan kesemua bahan kecuali bahan bertanda* hingga sebati
Cut potatoes kepada separuh tapi jangan sampai putus just macam poket je then picit sikit supaya terbelah dan senang nak mengeluarkan isinya.
Dengan mengunakan sudu keluarkan kesemua isi kentang tadi dan amsukkan ke dalam mangkok.
AWAS! jangan sampai koyak atau pecah kulit potatoes tu ya..
Gaulkan bersama cheese, butter, garam, black pepper powder hingga sebati dan masukkan tuna dan gaulkan hingga sebati.
Isiakn balik isian ni ke dalam kulit kentang tadi.
Taburkan sedikit cheese, daun bawang, daun parsley, zaitun dan paipkan dengan mustard jika suka.
Sedia untuk dinikmati semasa panas atau sejuk..
Selamat mencuba
Note:- Proses nak mengeluarkan isi kentang haruslah dilakukan semasa pansa selepas keluar dari oven supaya senang dan tak pecah. Masa nak belah dan picit potatoes tu gunakanlah tuala/kain yang bersih supata tak sakit tangan tu.

No comments:

Post a Comment