Monday, June 18, 2012

CENDOL PERANTAUAN (TEPUNG JAGUNG)

Merantau kat negara orang ni bukan semua bahan yang kita nak tu ada.. dulu memang susah nak merasa makan cendol kerana payah nak dapat tepung beras Thailand. Yang ada semuanya Made in India..tepung beras made in India ni tak suai buat baut cendol mahupun kue muih melayu sebab pernah try buat cendol dia jadi patah- patah dan bila buat kuih lapis pon dia macam mendap semacam masa kukus.. Tapi alhamdulillah sekarang dah ada jual tepung berasa Thailand so senang sikit kalau sesekali teringin nak makan kue melayu..
Bagi yang payah nak dapat tepung beras Thailand tu leh cuba gantikan dengan tepung jagung pon ok gak.. resepi ni dapat dari kawan yang menetap di Doha.. sis Azliha.. Tengs sis atas resepinya ni.. izinkan Lydia share ngan kengkawan lain yang pernah mengalami nasib seperti Lydia..
Meh semak resepi di bawah dan selamat mencuba


CENDOL PERANTAUAN (TEPUNG JAGUNG)

1 cwn tepung jagung
3 cwn air daun pandan
secubit garam
1/2 cmt air kapur
sedikit pewarna hijau/ pandan emulco

Satukan semua bahan, kacau rata dan tapiskan.
Masak adunan hingga pekat dan berkilat, tapi jangan hangus lak.
Padamkan api, masukkan ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk yanga da ais batu.
Buat sehingga habis.
Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment