Assalamualikum dan selamat berhari minggu.. Dah lama tak masak cumin rice. Actually nasi ni Lydia
REZ MA KAMUN wa JAJ/ DAJAJ(CUMIN RICE HADRAMAUT YEMAN NAD CHICKEN)
langkah pertama: Mula- mula sediakaan ayam dulu..
AYAM
1 ekor ayam- potong 4, cuci, rendam dengan cuka putih, bersihkan dan tos
2 helai daun bay
4-5 biji cardamom pods
1 biji bawang besar-potong 4
1 ulas bawang putih- potong 2
1/4 camt arabic mixed spices
1/4 camt corrainder powder
1/4 camt cumin powder
1/2 camt salt( secukup rasa)
1 biji loomy (tak boh pon tak apa)
air secukupnya untuk merebus ayam
Masukkan ke semua bahan di dalam presure cooker dan rebus sehingga ayam benar- benar empuk/ masak lebih kurang 1 jam.
Matikan api, asingkan ayam dari stock dan ketepilkan.
Campurkan sedikit minyak zaitun dengan pewarna.
Lumurkan rata pada ayam, susunkan ayam di atas tray, bakar dalam oven yang telah di panaskan selama 5-10 minit (180C), api atas bawah hingga garing dan ketepikan sebentar.
Langkah ke-2:- sediakan nasi
CUMIN RICE
4 cawan basmathi- cuci, rendam ngan garam selam 1 jam dan toskan
1 tsp yellow food coloring
4-5 kuntum bunga cengkih*
3-4 biji cardamom*
1 btg kulit kayu manis*
1/4 tsp cumin powder*
1/4 tsp corainder powder*
1/4 tsp Arabic mixed spices
1/2 camt cumin seeds*
1/2 camb minyak masak
1/2 tsp rose water
1-2 biji cili hijau*
1 biji loomy* (tak boh pon tak apa)
Air secukupnya sbb ikut jenis beras. (lydia guna 1 Cawan beras:1.5 cawan air)
Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan bertanda, tumis sekejap.
Masukkan beras dan goring hingga semua bersalut selama 2-3 minit dan masukkan air panas/ stock ayam secukupnya.
Bila dah hampir kering nampak lubang2 air di permukaan nasi tu, titiskan pewarna kuning dan rose water, biarkan nasi ditanak seketika sehingga kering sedikit.
Sementara menanak nasi, panaskan arang kecil(sebesar anggur pon ok) hingga berbara.
Buka penutup periuk, susunkan ayam di atas nasi dan masukkan mangkuk kecil, letakkan bara di dalamnya.
Dengan pantas tuangkan sesudu besar minyak masak pada arang dan cepat2 cover periuk menggunakan aluminium foil dan penutup periuk kemas- kemas supaya asap terperangkap dan tak dapat keluar.
Biarkan selama 2-3 minit, buka penutup periuk dan aluminium fol, keluarkan arang, biarkan nasi dan ayam.
Tunggu selama lebih kurang 5 minit baru angkat, asingkan ayam dari nasi.
Gemburkan sedikit dengan menggunakan garfu.
Tuangkan nasi di atas pinggan/ talam hidangan dan susunkan ayam di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan bersama ayam bakar, salad, salsa tomato dan maraq kegemaran anda.
Selamat mencuba..
Salsa Tomato
2 biji tomato masak ranum-belah 4
1 biji bawang besar-dadu kasar
1 ulas bwg putih
1 biji capsicum hijau/ cili padi
lemon jus secukup rasa
garam secukup rasa
Blend semua hingga halus.
Masukkan dalam peti sejuk seketika baru sedap nak makan, kalau tak amsuk peti sejuk pon ok terus hidang.
NOTE:- Lydia tak cakar nasik..apa yang Lydia buat adalah menggoncangkan pewriuk nasik up and down 2- 3 kali..hehehhehehe. Tapi kalau nak ikut my style ni pastikan anda pegang kemas- kemas penutupnya juga ya, bukan apa takut terberhambur nanti nasik tu..
TQ 4 d resepi.patut disertakan dilain entry pelbagai jenis maraq n cara penyediaan k.
ReplyDeletePS : Maraq tu kuah tu kan?
Thanks..dah ada di entry yg lepas cara masak maraq.. ya kuah!
Deleteas salam Lydia, nanti amik award kat umah akak ya...
ReplyDeletewalaikumsalam.. tak tahu caranya almaklumlah budak baru belajar..blog pon bodo jer..heheh..plz ajarkan..interested stg sbb 1st time dpt huhuhu
Delete