Sunday, April 07, 2013

HUMMUS

Lydia pasti ramai pembaca di luar sana sukakan hummus kan? Hummus/homos dalam bahasa arab nermaksud kacang kuda. Kalau tak salah Lydia Hummus berasal dari Syria bukannya Lubnan atau bukan juga Mesir, tidak juga Jordan, bukan juga Palestin dan sama sekali bukan Israel. Buktinya? Hahahhaaa... senang dong! Tahawa terdapat sebuah bandar dipanggil Hums di Syria. Penyediaannya amatlah mudah semudah ABC.. Apa yang anda perlukan:

HUMMUS
2 x 410g tin kacang kuda tanpa airnya(anda boleh rendam dan rebus sendiri jika rajin sangat)
150 ml tahini
2 ulas bawang putih
garam secukup rasa
1/2 biji jus lemon (nak boh lebih pon tak per..)
Garnishingnya:- Extra Virgin Minyak Zaitun @ sumac @ sweet paprika powder @ red chili powder

Masukkan 1 tin kacang kuda, dalam food processor dan kisar.
Kemudian msaukkan baki setin lagi bersama bawang putih dan teruskan mengisar sehingga halus.
Masukkan tahina, lemon jus dan garam secukup rasa dan teruskan memutar sehingga creamy selama 5 minit dan offkan food processor anda.
Masukkan Hummus ke dalam air tught container, simpan dalam peti sejuk.
Sekiranay anda nak makan masukkan sedikit ke daalm piring/ pinggan hidangan.
Tuangkan sedikit minyak zaitun ke atasnya dan sprinklekan dengan sumac @ sweet paprika powder @ red chili powder.
Tarrraaaa..sedia untuk di makan dengan roti pita Arab
Note:- Kalau nak sedap, rasanya lebih baik biarkan semalaman di dalam peti sejuk baru dihidangkan kerana ia akan membangkitkan sedikit rasa terutama bawang putih akan menyerap kesemua bau kacang kuda. Tapi kalau nak saji terus pon no hal..

No comments:

Post a Comment