Sunday, April 07, 2013

MUTABBAL/ BABAGANUSH..

Mutabal atau Baba Ghanoush adalah sama, ianya mudah dibuat dan didapati di mana- mana restoran arab, tak kira arab manapon. Hari ni Lydia sharekan sekali lagi bagaimana nak membuatnya secara terperinci sikit dan harap anda berpuas hati. Hidangan yang paling biasa dimakan bersama roti pita arab sebagai sarapan, makan tengahari ataupun makan malam. Asasnya terung dipanggang di atas bara api, ini memberikan Mutabal/ Baba Ganush rasanya sikit Smokey. Terdapat beberapa variasi untuk hidangan ini. Anda juga boleh menggunakan Terung digoreng, tapi kaedah ini kurang unik kerana bau smokey tulah yang menyebabkan Mutabal/ Baba Ganush ni menjadi unik dan sekiranya anda menggunakan kaedah goreng ianya akan menjadi sedikit berminyak. Jikalau anda tak ada bara api anda boleh membakar terung ni dia dalam oven atau dia atas api gas rumah anda. PASTIKAN anda menggunakan terung yang besar ya.
Bahan utama lain dalam hidangan ini adalah tahini, bagi mereka yang tidak tahu, ia adalah pes biji bijan. Anda boleh membelinya dari kedai yang menjual barangan Timur Tengah atau yang berada di Timur Tengah tu anda boleh membelinta di mana- mana kedai-kedai serta pasar raya.
Berikut adalah resipinya:-


MUTABBAL/ BABAGANUSH
1 biji terung (besar)
1-2 camb Tahini*
1-2 camb plain yogurt*
1-2 ulas bawang putih- ditumbuk halus bersama sedikit garam*
Garam secukup rasa*
Minyak Zaitun
Lemon jus- ikut suka nak masam macam mana*
Garnishing-chopped corainder leave @ chopped fresh tomato @ smoked paprika powder @ chili powder @ sumac (ikut taste anda)

Bersihkan terung dan lapkan airnya hingga kering.

Mulakan dengan meletakkan keseluruhan Terung langsung pada nyalaan terbuka/ api yang sederhan ayau kalau malas like me boleh balutkan selapis terung tu dengan aluminium foil dan masak ia sehingga ia hangus di luar dan lembut di dalam.
Biarkan selama beberapa minit supaya ia hangus keseluruhan.
Kaedah ini memberikan hidangan smokiness.
Jikalau anda bakar di dalam oven, anda boleh meletakkan terung langsung pada tray dan bakar selama 15-20 minit.
  Selepas anda terung dah lembik dan bermakna ianya dah masak, belah dua terung dan keluarkan isi dalamnya dengan mencakar- cakarkanya dengan sudu. AWAS! kulit hangus jangan ambil..hihihi.

Isi terung akan tertanggal dengan mudah dan mash isi terung dengan garfu.

Masukkan bahan-bahan bertanda*.
Sebenarnya tahina dan yogurt ni ikut saiz terung dan tiada jumlah yang tepat, anda boleh menambah lebih kurang je la sehingga anda mendapat rasa yang anda suka.
Lydia gunakan jumlah yang sama untuk tahini dan yogurt.
Letakkan di atas pingga/piring hidangan, tuankan sedikit minyak zaitun di permukaannya.
Garnishkan dengan salah 1 bahan garnishing yang anda suka.
Sedia untuk dihidangkan.
NOTE:- Mutabbal/ Baba Ganush ni boleh di simpan di dalam peti sejuk selama beberapa hari di dalam air tight container.


No comments:

Post a Comment