Monday, April 01, 2013

REZ ASFAR ma KOFTA (NASI MINYAK ARAB WITH KOFTA)

Nasi ni adalah nasi yang memang popular dalam my family in law. Kalau pergi ke rumah orang Syria nasi ni je lah yang dia orang akan hidangkan untuk hidangan makan tengahari ataupun meraikan tetamu. Dihidangkan bersama dagin ataupun ayam. Orang Syria yang betul- betul kampungan dok kat Syria tak makan nasi setiap hari, kalau makan pun sebulan 2-3 kali jer tu pun ada yang makan sekali dalam sebulan. Kerana di Syria bearsa agak mahal dan hidangan asasi mereka roti..pagi petang siang malam mereka tak jemu makan roti..kalau bagi makan nasi pun nak juga 2-3 keping roti dihidangkan bersama.
Geleng kepala mereka dengar orang ASEAN makan nasi tiap hari, pagi petang siang malam… Apa susah beras senang nak dapat dan murah kat negara kita dan di negara mereka pulak beras agak mahal. Orang arab makan beras BASMATI..tapi bagi yang susah atau miskin dalam istilah lain tu mereka akan guna beras Egyption. Beras Mesir ni pebdek- pendek dan sangat berkanji, berasa ni amat sesuai untuk buat stuffing/ mahshi ataupun halweyat/ sweets.
Resepinya:-

2 cawan basmati
4 cmb minyak masak + 3 cmb minyak sapi*
Sedikit saffron+1cmb air mawar-kalu tak ada saffron guna je pewarna kuning
2 helai daun bay*
1 labu bawang besar- quartered*
1-2 ulas bawang putih-belah dua*
1 batang kulit kayu manis*
1/2 cmt lada hitam biji*
3-4 biji cardamom*
1 inci halia*
1 cmt all spices*
Garam secukup rasa*
Air panas/ stock ayam

Bahan tabur:-
Kismis-di goring hingga keemasan
Pine nut/ almond- di goring hingga keemasan
Bawang goring
Bersihkan beras, rendam dalam air yang telah dicampurkan dengan garam yang banyak (anggaran 11/2 cmb) selama 20-30 minit dan toskan.
Dalam periuk masukkan minyak dan tumiskan semua bahan* sehingga terbit baunya, goreng beras kira 2 minit hingga transparent dan masukkan air panas atau air rebusan ayam anggaran kedua-dua air ni dalam 5 cawan +-.
Masukkan sedikit garam dan biarkan sehingga mendidih di atas api yang besar,tutup periuk dan biarkan hingga hampir kering airnya dan renjiskan saffron di atas nasi, tutup periuk dan tanak nasi hingga masak.
Bila nasi masak, off kan api dan biarkan selama 5 minit baru gembur-gemburkan sedikit nasi dengan garfu supaya nasi cantik terlerai.
Hidangkan nasi dalam pinggan hidangan besar.
Hiaskan dengan kofta yang telah dibakar/grill dan taburkan bahan tabur/hiasan.
  Sedia untuk dihidangkan dengan salad dan salsa kegemaran anda.

Lamb Kofta
500 gm ground mince lamb/ beef
1-2 biji fresh tomatoes- besar dibelah 4
1-2 ulas bawang putih- dicincang kasar
2 biji bawang besar- dikiub kasar
1 camt cumin powder
1 tsd coriander powder
1/2 biji lemon-ambil jusnya
1/4 cawan chopped fresh parsley
1/4 cawan fresh chopped coriander leaves
Olive oil
Salt and black pepper
Masukkan semua bahan di dalam food prosessor dan blend sehingga sebati.
Keluarkan dari food processor dan masukkan dalam mangkuk/besen dan gaul sekali lagi gengan tangan sehingga sebati.
Biarkan selama 1/2 jam dan bentuk2kan shape mamanjang mengikut saiz yang anda inginkan.
Grill di atas non stick pan/ masukkan dalam oven sehinggan goldean.
Angkat dan hidangkan berasama nasi atau roti pita.
Note:- Kofta ni kalau bakar di atas bara api lagi sedap & mangi jerr.. Kofta ni juga tak semestinya dimakan bersama nasi..ia juga boleh dinikmati bersama roti pita arab atau di gulung dalam roti pita dijadikan sandwich.

6 comments:

  1. Assalam Lydia cayang...alahaaaii lamanya x berjalan2 ke dapur org Arab ni hehee... Sungguh menyelerakan nampak nasi arab tu...dgn Kofta tu..uiissh x pernah rasa...kalau akak masak, tukar kpd daging biasa je la kot..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kak..Hepi anniversary.. moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. Boleh aja kak..leh gantikan ayam atau daging..kofta ni pon senang nk buat beli daging cincanh(mice beef/lamb)..try versi ni terasa lain sikit..kalau kak Ummi buat pasti meletopz..

      Delete
  2. asalamualaikum lydia...akak ni memang pengemar nasi arab...dgn ada nya blog lydia bertambah lagi selera..ashik cuba,,makan..tq kash tak terhingga sukran..hanya allah membalas budi lydia share resepi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam..shukran kak atas lawatan ke blog lydia yg tak seberapa ni..silakan mencuba segala resepi arab yga da di sini tak usah dok kayakan pak arab kat rsetoran je..rempah akak boleh buat sdri..cuba skodeng resepi nya ada, cuma kena rajin menyelongkar je..

      Delete
  3. As salam Lydia. Kak suka sangat masakan ini. Tq for d recipe. Nnti bila mood rajin bertandang, nak buatlah masakan ini, insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikum salam.. shukran kak.. silakan mencuba & harap akak & family will be like it!

      Delete