Tuesday, January 01, 2013

MY HOMEMADE PUTU MAYAM.


PUTU MAYAM

Hidangan penutup tirai tahun 2012... “Putu Mayam”, orang utara panggil “putu mayung”. Mana satu betul ni ek? Manakala orang India Selatan menggelar “Idi Apom”. Tapi “Putu Mayam” kot betul kerana in Bahasa Inggeris di panggil ” String Hoppers”. Makanan ringan atau semi berat ini berasal dari benua India dan Sri Lanka. Makanan ini adalah khas untuk majlis keramaian atau pun sebagai sarapan pagi atau petang. Biasanya orang India makan putu mayam ini dengan kari tetapi di Malaysia ia lebih enak dimakan bersama kelapa parut dan gula perang (Gula Merah).

300g Tepung Beras
600-700 ml Air Panas
Garam secukup rasa.
Alat atau acuan muruku (yang berlubang paling halus).

Masukan tepung beras dalam periuk dan gorengkan sedikit. AWAS jangan sampai perang, just panaskan sikit jer.
Didihkan air dan masukkan garam supaya larut.
Masukkan air panas sedikit demi sedikit ke dalam tepung beras dan kacau sehingga sebati menjadi doh lembut dan tak melekat.
Kalau tangan tu tahan panas boleh adunkan dengan menggunakan tangan dan kalau tah tahan gunalah senduk kayu dab dila dah sedikit warm bentukkan doh kepada 3 atau 4 bahagian.
Panaskan air dalam bekas kukus.
Lapikan kain putih sebagai pelapis pada bekas pengukus, kalau ada daun pisang lagi best kot.

Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan dan mulakan pemutaran atau pemerahan mengikut saiz yang disukai.
Putuskan bahagian terakhir di setiap kepingan dengan menekan sedikit kepada putu mayam supaya tidak terburai apabila masak.
Kukus 5-10 minit. Hidangkan dengan kelapa parut dan Gula perang.
Kalau ingin warna hijau atau berwangi pandan masukan dua helai daun pandan dalam air mendidih dan campurkan perwarna hijau.
Mudah bukan.
Selamat mencuba.
 

4 comments:

  1. org yg jauh dah pandai buat putu mayam..akak kat sini beli je klu teringin..hehe.tp teringin try juga rasanya insyaAllah..slmt tahun baru 2013

    ReplyDelete
  2. Kak Rohah, lydia dok jauh nak makan TERPAKSAlah buat sendiri, kalau tak ngences je lah kak.. Kalau dok kat Malaysia agaknya sampai sekarang lydia tak tahu amsak nasik kot..hehhhe...Alhamdulillah :)
    Selamat tahun baru 2013, moga maju jaya

    ReplyDelete
  3. Bestnya....kalau jdkn putu mayam ni sbg bihun pon best kan..mkn ngan sup daging...

    ReplyDelete