Friday, July 13, 2012

AGAR- AGAR LAPIS BUIH

Assalamualikum, salam sejahtera di hari jumaat buat semua.
Ahakz.. hari ni terlaksana jua hasrat hati yang lama terpendam bertahun lamanya nak manerai dan makan puding buih.. Sedap dan rasa keruk- kruk cam makan buih, heheheh... macam pernah makan buih la pulak.
Resepi ni Lydia dapat dari umah Kak Nor yang dah bertahun lamanya tersimpan kat folder laptop ni.. nak buat lom ada kekuatan semangat kerana taiada keyakinan diri nak masak. Almaklumlah Lydia ni masih baru belajar masak.. dah dewasa baru naka belajar masak.
Terima kasik Kak Nor, walaupun hasilnya tak secun yang Kak Nor buat tarp alhamdulillah sebba tiap lapisannya melekat dengan baik antara satu sama lain..insha'Allah next time boleh diperbaiki lagi.. Lydia juga ada tambah sikit bahan sebab my agar- agar strips (kat sini tak de agar- agar powder) ni sikit banyak dari sukatan Kak Nor.
Jom tengok resepi..



AGAR-AGAR LAPIS BUIH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

1 paket agar2 strips (15gm)- direndam sdulu elama 2-3 jam
1 liter air
4 biji putih telur yang disejukkan
150 gm gula
1 camt esen vanila
2 helai daun pandan
pewarna mengikut pilihan

Masak agar-agar bersama air hingga larut.
Masukkan gula dan daun pandan, biarkan sehingga gula larut dan masukkan esen vanila.
Pukul putih telur hingga kembang (jika diterbalikkan mangkuk, telur tak jatuh.
Basahkan loyang/ acuan yang hendak digunakan dengan sedikit air (buang lebihan air).
Ambil 1 senduk putih telur yang dipukul tadi, masukkan sedikit pewarna yang disukai, kacau sehingga sebati dan masukkan 1 senduk adunan agar- agar, kacau cepat- cepat.
Tuangkan kedalam loyang dan ratakan.
Gunakan beberapa pewarna lain yang bebeza untuk setiap lapisan.
PASTIKAN anda menuangkanya secara berhati- hati ke atas lapisan pertama tadi. Ulanglah sehingga habis kesemua adunan agar- agar dan putih telur.
Biarkan agar- agar sejuk/ beku sedikit barulah dimasukkan ke dalam peti ais.
Biarkan sejuk kemudian bolehlah dihidangkan. Selamat Mencuba ....

Note:-
Untuk mempercepatkan proses agar- agar mengeras setelah dilapiskan, gunakan sebiji loyang yang lebih besar dan isikan air dan ketulan ais, kemudian letakkan loyang yang nak diisikan agar- agar tadi ke dalam loyang berisi air tu.
Untuk memastikan agar- agar tidak terpisah antara satu lapisan dengan lapisan yang lain, proses membancuh adunan agar2 dan putih telur serta perwarna perlu dibuat dengan cepat
Semasa nak menuang lapisan seterusnya, tuang atas belakang sudu yang diletakkan di bahagian tepi loyang, tuang perlahan- lahan dan jangan tuang direct kat tengah adunan krana kebiasaannya bahagian tengah agak lambat sedikit mengeras (ni utk mengelakkan adunan terjerlus ke lapisan sebelumnya)

No comments:

Post a Comment