Thursday, June 21, 2012

NASI AYAM BASMATHI SPECIAL



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni tak tahu nak masak apa sebab kepenatan seharian membasuh dan mengemas rumah membuatkan Lydia rasa malas nak masak. Kalau dok sorang- sorang tu sure maggie je ni my hb baru balik dari Dubai banyak barang dan bajunya yang nak di cuci tak kan la pula nak bagi makan mee segera..:)). Nak tak nak kenalah paksa diri masak juga. Press otak cari idea masakkan yang simple, cepat dan sedap serta boleh dimakanya. Teringat nasi aya, sebab a few days before ternampak nasi ayam kat facebook hasil "ayat" power kak Salami amka terjadilah nasik ayam my versi yang malas ni... Oklah jom kita semak resepi nasi ayam yang Lydia buat memang selalu guna basmathi dan tak pernah guna neras biasa pon. Lydia suka guna beras ni sebaa suka tengok berasnya panjang dan peroi dan rasanya tetap lembut walau dah sejuk serta yang paling ia nya Lydia masih tak pandai masak nasik guna beras biasa tu.. Almaklumlah semenjak dok di arab ni baru tau memasak, hahhahhahaaaaaa...pecah rahsia. Resepi Lydia memang amat mudah dan cepat, jom semak bahan- bahan yang di perlukan.



untuk nasi
2 cawan basmathi
3 cawan air rebusan ayam
sedikit garam (kalau dah cukup masin tak perlu tambah garam)
sedikit pewarna kunyit powder
1 camb butter
1 camb minyak masak



Bahan tumis
1 ulas bawang putih - di tumbuk halus
1 helai daun pandan-disimpul
1/4 inci halia - di ketuk*
1 camb minyak masak
1 kuntum bunga lawang*
2 kuntum bunga cengkih*
sebatang kulit kayu msnis*

Basuh beras hingga jernih airnya, rendam dalam air bergaram selam 1-2 jam dan toskan.
Panaskan minyak, tumiskan bahan bertanda hingga wangi dan masukkan daun pandan dan bawang putih.
Biarkan seketika hingga terbit baunya.
Masukkan air rebusan ayam ke dalam periuk dan biarkan hingga mendidihrice cooker. Masukkan beras dan biarkan sebentar.
Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga naik bau.
Masukkan 1 cawan air, biarkan mendidih dan masukkan ke dlm rice cooker.
Masukkan pewarna kuning dan beras serta butter ke dalam periuk dan masak macam biasa.
Bila nasi dah kering gaulkan guna garfu sekali sekala dan tutup semula.
Bila nasi dah masak, bolehlah hidangkan bersama ayam bakar, sos cili, kicap, sup dan ulaman.

Ayam bakar
1/2 ekor ayam
1/2 inchi halia-diketuk sedikit
1 ulas bawang putih-diketuk sedikit
1 helai bay leave
7 cawan air
1 camb kicap pekat*
1 camb sos tiram *
1/8 camt minyak bijan*
1 camb minyak masak*
1/2 cmt garlic powder*
1 camb air rebusan ayam*

Rebus ayam bersama air, halia, bay leave dan bawang putih hingga 3/4 masak, keluarkan dari sup tersebut dan ketepikan.Air rebusan ayam ini buat masak nasi ayam).
Perap ayam bersama bahan bertanda selama 1/2 jam.
Bakar ayam menggunakan api grill/atas selama 5-10 minit dan balik- balikan sikit supaya masak sekata.

sup ayam
2 biji bawang merah- ditumbuk halus
1 ulas bawang putih-ditumbuk halus
1 biji buah pelaga*
2 kuntum bunga cengkih*
1 kuntum bunga lawang*
1/8 camt cumin powder
1/8 camt corrainder powder
1 camb minyak
sedikit lada sulah
garam secukup rasa
a pinch of nutmeg powder
3 cawan air rebusan ayam
1 biji kentang- didadu kasar
1/2 batang carrot- didadu kasar

sedikit daun sup/ bawang
bawang goreng

Panaskan minyak dan tumiskan bahan bertanda hingga naik bau.
Masukkan bawang dan goreng hingga golden brown dan masukkan bawang putih, biarkan seketika hingga terbit bau bawang putih.
Masukkan air rebusan,biarkan hingga mendidih dan masukkan kentang.
Setelah kentang hampir masak amsukkan carrot, cumin powder dan corrainder powder serta garam.
Renehkan sebentar hingga masak dan tutupak apai.
Taburkan sedikit daun sup dan bawang goreng semasa nak hidang.
Bolehlah di hidangkan bersama nasi ayam.
Selamat Mencuba :))

2 comments:

  1. Assalamualaikum Lydia,
    cantiknya beras nasi basmathi tu... panjang berderai!
    Seronoknya dapat pengalaman hidup di ratau orang, tentu banyak menu & resepi menarik boleh dipelajari ye Lydia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam kak.. Alhamdulillah terlalu banyak pengalaman selama merantau & shukran sebab sudi mengunjungi blog lydia yg tak seberapa ni.. Silakan mencuba apa yang ada

      Delete