Monday, February 20, 2012

AGAR-AGAR PELANGI

Percubaan pertama kali yang last minit ni mungkin warnanya tak seindah pelangi lah yang macam Bro. Rozan buat!. Lydia buat half adunan je sebab takut tak jadi bazir but alhamdulillah menjadik..hepi U.
Nak baut agar- agar secantik macam ni memerlukan daya KESABARAN yang tinggi semasa nak membuatnya kerana ianya memakan masa membuatnya dan memerlukan banyak gak la perkakasan nak dicuci..hehhehehhe, tapi hasilnya inilah..cantik kan?. Puji diri sendiri..tak pe lah sebab tak de yang nak puji..huhuhuhu..masuk lif tekan button naik sendiri:)
Lydia buat ikut apa yang ada kat dapo jer tak yah nak fenin- fenin..
Lydia buat agar- agar ni special untuk jamuan masa 18 Febuari lepas kat kediamanku, makan ramai- ramai sambil berborak memang laju jer menyuap tak ingat dunia.
Jom cuci mata dan past tu try la yer..tak rugi mencuba sedapppp, here's my recipe!

AGAR-AGAR PELANGI
Rujukan :- Bro. Rozan

Bahan A
12.5 gm agar-agar strips
8-9 camb gula pasir(ikut kemanisan)
700 ml air

Bahan B
12.5 gm agar-agar strips
8-9 camb gula pasir(ikut kemanisan)
200 ml pati santan (guna santan segera dari tin jer)
500 ml air
secubit garam

Bahan C
Loyang
Pewarna (hijau, pink,kuning atau apa pun warna pilihan)
Masak Bahan A sehingga agar- agarnya larut dan hancur.
Masak pula Bahan B sehingga hancur/ larut, kecuali santan.
Bila agar- agar dah hancur/ larut masukkan santan dan biarkan mendidih sekali lagi dan perlahankan apinya.
Tuang ke dalam loyang sebanyak 200 ml agar-agar santan,Bahan A.
Tunggu sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan ke-2 iaitu 200 ml agar-agar Bahan B.
Biarkan sehingga hampir keras, lalu dituangkan lapisan seterusnya dengan menggunakan setetes dua pewarna pilihan anda.
Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan.
Agar-agar yang hendak digunakan haruslah berada di atas api yang kecil, supaya ia senantiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna.
Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk.
Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.

6 comments:

  1. Assalam Lydia cayangggg....waaaahhh sangat cantik agar2 pelangi mu ituuuu...terasa2 sejuknya masuk ke tekak akak...adeeei, rupanya mimpi... Meh sini sikit...panaslah cuaca skrg ni.. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ummi..1st taim buat but alhamdulillah layer menjadik walaupon buat lasti minutes tapi tak seCUN Bro. Rozzan buat..kalu dekat dah bagi kat kak Ummi..sini masih sejuk dan berdebu lak tu..hhehe

      Delete
  2. rajinnya Lydia ... KC cuma rajin buat agar2 santan je dik. hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakchick.. tergoda tengok kalernya..dah lama simpan &akhirnya terlaksana juga sebab my hb tak makan agar2..hanya makan jelly lembik jer..hehhe taime makan ngan kawan2 melayu ni la TERpaksa rajinkan diri

      Delete
  3. Tahniah! Good job.Boleh buat gubahan hantaran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..nak menghantar sapa..Lydia di arab & arab tak makan agar2..makan jelly jer..sbb tu time2 keramaian ni pulun masak yg mcm2

      Delete