Nasi tomato yang simple lagi sedap dan tak cepat muak sebab tak guna susu.
Sesuai sangat dihidangkan ngan ayam masak merah dan acar mentah. Lydia tak baut acar mentah/jelatah sebab tak de yang makan buat buang masaku dan membazir jer. Sememangnya nasi tomato digemari oleh semua bangsa tak kira melayu mahupun yang buakan melayu. Buat untuk lunch ari ji..jom skodeng resepi kat bawah nie..
NASI TOMATO
2 cawan basmathi(dicuci, rendam 30 minit dengan air garam dan ditoskan)
3 camb minyak masak/ minyak sapi
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 helai daun bay
1 biji bawang putih*
1 inchi halia*
1/2 biji bawang besar*-blend bersama
1/3 cmt arabic mixed spices
2 camb tomato paste
1 kiub payi ayam MAGGI
21/2 cawan air panas (ikut jenis beras gak..)
Panaskan minyak masak/ minyak sapi di atas api yang sederhana dan tumiskan rempah ratus selama 1-2 minit.
Masukkan bahan blend dan teruskan menggoreng hingga pecah minyak.
Masukkan tomato paste dan arabic mixed spices, biarkan hingga sedikit kering.
Masukkan beras dan goreng sedikit hingga sebati selama 2 minit.
Masukkan air panas dan kiub pati ayam MAGGI.
Biarkan cecair meresap ke dlm beras sebentar.
Kecilkan api, tanak nasi dengan menutup periuk rapat hingga masak.
Bila dah masak padamkan api dan biarkan selama 5 minit dalam periuk,selepas 5 minit batu gembur- gemburkan sedikit nasi.
Tips kalau measak nasi tomato dan lain-lain nasi yangg guna rempah, susu dll.
-Sekiranya guna susu, sukatan air (tak termasuk susu) sama dengan beras (1:1)
-Supaya nasi tak mentah, pastikan periuk ditutup rapat agar wapnya tak terlepas keluar. Caranya selepas mengarih nasi, tutup atas periuk dgn aluminium foil dulu,barulah tudung periuk.Kemudian letak pemberat atasnya seperti lesung dll.
-JANGAN buka periuk shingga nasi benar- benar masak.
-Nasi JANGAN dikarih berlebihan agar butir beras tidak patah
No comments:
Post a Comment