Sunday, January 29, 2012

AYAM MASAK MERAH/ MASAK TOMATO

Ayam masak merah ni memang sesuai dengan apa jua nasi yang dalam kategori BERMINYAK seperti nasi tomato, nasi hujan panas, nasi minyak dan yang sewaktu dengannya. Setiap individu/ keluarga ada resepinya yang tersendiri dan begitu jua dengan diriku yang kalau nak masak kena ikut tekak suamiku juga kerana kalau tak siapla kena masak berasingan dan menambahkan lagi kerja dapoku.. Ayam masak merah/tomato memang popular kalua ad kenduri kendara dari dulu kini dan selamanya. Juga masak merah ni telah mendapat tempat dimulut ipar duaiku menjadi santapan mereka kerana orang arab memang suka masakan yang masam- masam bewrasaskan berasaskan tomato.Ni adalah beberapa koleksi masak merah/tomato yang Lydia ada dan jom tengok resepinya..

AYAM MASAK MERAH/ TOMATO

1 ekor ayam (potong ikut suka)
Garam secukupnya
serbuk kunyit
1 kotak kecil tomato paste (135g)
1 biji capsicum-didadu kasar
2 biji fresh tomato-didadu kasar
air panas secukupnya
minyak untuk menggoreng terendam

Bahan Tumis:
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1/2 cmt black papper powder

Bahan dikisar:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia muda
1 camt corainder powder
1 cmt arabic mixed spices (optional)

Perap ayam dengan garam dan serbuk kunyit selama 30 minit, goreng hingga 1/2 masak dan ketepikan.
Ambil 4 cmb minyak lebihan goreng ayam tadi, tumiskan bahan tumis, kacau selama 1-2 minit.
Masukkan bahan kisar, kacau hingga terbit minyak.
Masukkan capsicum dan fresh tomato, masak sebentar hingga tomato layu dan masukkan tomato paste dan masakn sebentar hingga separuh kering.
Setelah sebati, masukkan ayam dan sedikit air.
Tutup periuk dan biarkan ayam masak.
Bila kuahnya dah pekat, angkat dan hidangkan.(Kalau suka boleh taburkan dengan daun sup dan daun bawang di atasnya)
Selamat mencuba...
Note:- kalu nak pedas masukkan cili paste

No comments:

Post a Comment