Saturday, September 17, 2011

KUIH LAPIS PELANGI


KUIH LAPIS PELANGI-tulip77/myresipi

1st time buat kue ni, dulu kat Malaysia pernah gak buat 1-2 kali tapi gunan tepung segera jer hahahah..ni versi 100% home made. Alhamdulillah menjadi cuma kurang halus sebab tepung beras kat sini kurang halus, kasar sikit walaupun telah ditapis. Tapi alhamdulillah menjadik, tak keras dan tak lembik..sedang- sedang saja.
Insyallah next time tak mo beli lagi tepung beras Made In India kalu nak buat Malay kue...hanya Made In Thailand jer ok boleh dipercayai. Senang aje membuatnya, saya buat 1/2 adunan jer dari resepi dibawah sebab nak makan sorang- sorang. Juling gak mataku nak menghabiskan.. :)
Terima kasih TULIP kerana sudi kongsi resepi..sedap

1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (kurangkan kalau tak suka manis sangat)
secubit garam
2 paket santan serbuk -(saya gantikan santan segera dalam tin& tak yah letak air lagi)
4 cawan air
1 cmt minyak masak
Pewarna ikut suka
1-2 helai daun pandan (saya tambah nak bagi bau wangi air kukusan)
Blend semua bahan, kecuali daun pandan,hingga sebati (gula,santan,tepung beras,tepung gandum, minyak,garam dan air). Tapiska adunan dan bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna kegemaran anda.
Panaskan air dalam kukusan bersama daun pandan dan balut tudung periuk dengan kain untuk mengelak air kukusn jatuh di atas kue, nanti tak cantik.
Untuk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling, saya guna acuan silikon kecik- kecik jer, so tak yah lapik plastik.
Bagi yang gunakan loyang, masukkan 2 cawan adunan pertama dan kukus selama 5 minit.
Lepas 5 minit,masukkan 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2 minit.
Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni benar- benar sejuk.
Hati- hati nak tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi.
Untuk lebih kemas,kuih ini boleh dipotong dengan benang.
Sedia untuk dihidangkan..
* Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak

No comments:

Post a Comment