Sesekali memang tekak ni teringin bebenor nak makan kue melayu yang dulunya semasa di Malaysia memang saya tak berapa menggemarinya, tapi bila dah merantau dan menetap lama di rantau orang nampak saja apa- apa gambar makanan kat internet jadi teringin pulak. Memang malas nak buat sebabnya tak berbaloi sebab kepenatan membuatnya tak berbaloi sangat sebab makan dah le ciput sebab makan sowang-sowang dek kerana tak semua makanan melayu tekak suami saya boleh terima nak tak nak kadang-kadang tu terpaksa jugalah saya paksa diri untuk membuatnya...
Bahan-bahanya:-
200g beras pulut-rendam semalaman dan letak sedikit pewarna hijau
air
secubit garam
daun pisang
benang/tali untuk mengikat
Kelapa parut
Air sirap gula melaka secukupnya.
Cara-caranya:-
1.Rendam beras pulut dengan sedikit pewarna hijau semalaman, toskan.
2.Masukkan air dan garam sama paras dengan pulut.
3.Masak dlm microwave 15 minit dan kacau dengan garfu tiap 5 minit untuk memastikan pulut masak.
4.Bersihkan daun pisang dan layur di atas api.
5.Potong daun pisang mengikut lebar lopes yang anda kehendaki, balut macam nak buat sambosa, tekan padat, buat sampai habis dan ikat dengan tali atau benang untuk memastikan pulut benar- benar padat.
6.Panaskan kukusan dan kukuslah selama 20minit.
7.Sejukan, gaul dengan kelapa parut yg diletakan garam dan hidang bersama sirap air gula.

No comments:
Post a Comment