Thursday, April 14, 2011

Apam Mekar Mewangi

Dah lama saya tak buat dan makan apam...Ni dah kali yang keberapa saya buat kue apam ni dan alhamdulillah semuanya menjadi..
Kalau nak kue apam kita mekar cantik kat atasnye tu masa nak kukus tu gunakan api yang paling besar/ kuat sebab apam ni nak suhu yang betul- betul panas barulah ia kembang mekar..

Bahan-bahanya
150g tepung gandum
1 biji telur ayam
1/2 cmt vanilla
1/2 cmt ovallate
100g gula pasir-saya tak suka manis sbb tu gula sikit jer..
100ml susu segar
perwarna
paper cup

Cara-cara
1.Pukul telur dan gula hingga kembang.

2.Masukkan esen vanilla dan ovalatte. Terus pukul dengan medium speed hingga sebati.

3.Masukkan tepung gandum dan susu berselang seli..teruskan memukul hingga benar-benar sebati dan gebu/putih.

4.Bahagikan adunan kepada beberapa manggkuk kecil dan letaklah warna yang anda gemari, kaup balikkan supaya warna rata, biarkan adunan rehat selama 10-15 minit.

5.Sementara menunggu adunan rehat..anda boleh ler panaskan periuk kukusan. Jangan lupa balut penutup kukusan dengan kain untuk menggelakkan air jatuh atas apam. Semasa proses ni saya masukkan 1 helai daun pandan kat dalam air kukusan tu supaya naik bau wangi sikit..

6.Masukkan paper cup ke dalam acuan/ cawan lompang. (Saya masukakn dalam cawan kopi arab je yang kecik macam cawan lompang tu)

7.Masukkan adunan ke dalam piping beg yang berlainan & paipkan ke dalam paper cup tadi dan kukuslah dengan api yang besar selama 10-15 minit. Insyallah kalau anda gunakan api yg besar dan periuk kukusan anda benar-benar panas kue apam ni akan mekar merekah ..

8.Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment