Thursday, April 14, 2011

Lopes lagi...

Kali ni saya buat lopes versi bulat macam biasa tapi bagi yang tak ada daun pisan tu bolehlah balut pulut anda tu dengan cling plastik jer..Bukan senang nak dapatkan daun pisang bagi yang tinggal di bandar besar apatah lagi perantau macam saya ni lagilah..tapi nasib baik supermarket sini ada menjual daun pisang MADE IN INDIA..walaupun tak power macam yang kat Malaysia pon kira jadilah daripada tak ada langsung, seperti kata pepatah melayu..."kalau tak ada rotan akar pun jadilah" aku bedalI...

Bahan-bahanya:-
3 cawan beras pulut
3 air
pewarna hijau
1 Cawan kelapa parut/ kelapa kering
secubit garam

Sirap Gula Melaka:-
1pek gula Melaka
1½ cawan air
2 helai daun pandan

1. Rendam beras pulut dgn sdkt pewarna hijau semalaman dan toskan.

2. Masukkan air dan garam.Masak dalam microwave selama 15- 20 minit dan kacau dengan garfu tiap 5 minit.

3. Sediakn cling film dan oleskan sedikit minyak dan letakkan pulut ke atsanya, gulung padat.

4- Sejukn sebelum dipotong dan gaul degan kelapa parut yg diletakan dengan sedikit garam.(Untuk mendapat potongan yang cantik anda bolehlah memotong lopes dengan menggunakan benang).

Untuk Sirap air gula:
Masak gula bersama air dan daun pandan hingga larut. Tapis sebelum dituang ke atas lopes.
Selamat mencuba!.

No comments:

Post a Comment