Friday, April 15, 2011

Pudding Caramel Cake..

Dah lama tak buat dan makan Pudding Caramel Cake..Dah lama gak saya dok intai rumah orang nampak kek ni versi belang- belang, keinginan nak buat tu ada 6 bulan lalu, cuma MALAS je..tapi dua hari semalam gahahkan diri buat untuk mak mertua. Saja nak kasi mak mertua makan air tanganku sebelum dia balik Syria this saturday..tapi sikit frust sebab puddingnya lebih tebal dari kek sampai tak nampak belang kat bawah tu. Satu setengah tahun yang lepas dah 3 kali buat versi plain sama gak hasilnya..insyallah next time nak buat double kek biar tebal sikit baru cun..Kalau tak salah resepi ni saya dapat dari Yani kat MY RESIPI..
Walau macam mana pun kek ni memang sedap..10Q Yani for the resepi.
saja tonggeng bagi nampak kek belang kat bawah tu..

PUDDING CARAMEL CAKE ( 20cm )
A) Karamel :-
60g gula
1cmb air
2cmb air

Puding :-
4 biji telur
500ml susu segar
70g gula
sedikit esen vanila

Kek span :-
70g tepung gandum
60g gula halus
2 biji telur
20g mentega- dicairkan

How to prepare:
Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
Karamel:- Panaskan gula dgn 1cmb air hingga perang. Masukkan 2cmb air,tutup api dan tuangkan semasa masih panas dlm loyang (saya buat karemel ni direct dengan memanaskan gula terus dalam loyang kek jer..)

Puding:- Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.Masukkan telur dan vanila ke dlm mangkuk.Pukul sedikit dan tuangkan susu panas tadi perlahan2 ke dlm mangkuk sambil dikacau perlahan2 supaya tak berbuih dan tapiskan terus ke dlm loyang karamel tadi.

Kek span:-
Asingkan putih dan kuning telur.
Pukul telur putih dgn ½ gula sehingga kembang.
Pukul pula telur kuning dgn ½ gula lagi sehingga berkrim.
Campurkan kedua2 adunan telur tadi, pukul perlahan2 hingga sebati.
Ayak tpg ke dlm manggkuk adunan.
Kacau dgn spatula, kaup balik.
Akhir sekali masukkan butter cair dan kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan kek ke dlm loyang puding.
Masukkan air panas ke dlm dulang oven.
Bakar selama 40-45 minit (water bath) atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.
Sejukkan sepenuhnya sebelum keluarkan puding/kek dari loyang dan simpan dalam peti sejuk.

No comments:

Post a Comment