N3 aku hari nie nak citer pasal Bakhoor@kemeyan arab...
Masa awal aku tiba du bumi arab ni aku jadi takut dan hairan melihat banyak kedai memerasapkan premis-premis mereka dan tak kurang pula kat umah-umah kediaman..aku hanya tau asap kemeyan ni digunakan untuk acara kematian ataupun ilmu hitam jer, tapi yang peliknya mereka/orang arab suka bakar Bakhoor/kemeyan aarab ni tiap minggu terutama hari khamis malam jumaat, ini menguatkan lagi kat kepal otak ku tentang benda-benda karut marut...
Bila aku tanya my husband dia kata nak bagi wangi rumah,tubuh badan atau pakaian. Konfius!@#$%^&.....Lama kelamaan aku dah jadi lali dengan benda-benda macam ni dan dah tak de perasaan apa-apa lagi dan aku pun dah mula suka pada baunya, kalu dulu bau aje dah nak Uweeeekkkkk(muntah/pening).
hurmmm....kalo perasap-perasap ni...org melayu nenek moyang kita dolu-dolu pon pakai asap kemenyan taim orang meninggal, sebab apa ek??? Sebab kemenyan ni asap dia bole mengurangkan contamination between bacteria dan mayat tu so dat mayat tak cepat bau busuk sebelum dikebumikan.
Agak-agaknya boleh applykan tak info ni kat asap-asap pada kaabah ni? Maybe lah aku rase kalu asap-asap dalam kaabah tu maybe nak kurangkn bakteria kat dalam tue dan mengurangkan contamination sebaba kaabah kan dibuka sekali sekala jew.
Aku pernah dengar citer dari Allahyarhamah nenek aku pasal sape yang tengok atas atap dlm kaabah tu dia akan terus tengok Arasy....then pas tu orang tu akan jadi buta/bisu/gila sampai akhir hayat spy rahsia ini tetap tersimpan sampai hari kiamat. Benar atau tidak hanya Allah je yang tahu..
wallahualam...
Gabenor Makkah, akan melakukan pembersihan Kaabah selaku Penjaga Dua Masjid Suci Raja Abdullah, sempena 16 Muharram.
Sejumlah ahli akademik Islam, pegawai kerajaan, pembesar negara dan diplomat akan menghadiri upacara itu, yang dilakukan dua kali setahun pada 15 Syaaban dan pertengahan Muharram.
Rumah Allah itu diberi Kiswah atau kelambu baru pada 9 Zulhijjah apabila jemaah haji meneruskan perjalanan ke Arafah ketika kemuncak musim haji.
Upacara pembersihan Kaabah itu bermula dengan solat sunat dua rakaat dalam struktur kiub itu. Dinding dalamnya dibersihkan dengan pewangi mawar, kayu dan kasturi menggunakan kain putih. Air Zamzam dicampur dengan minyak wangi mawar kemudian direnjis pada lantai dan digosok dengan tangan dan daun kelapa.
Sebelum memasuki Kaabah untuk membersihannya, Gabenor Makkah akan melakukan tawaf tujuh kali dan mencium Hajarul Aswad. Beliau kemudian menerima kunci membuka Pintu Kaabah yang diberi dalam sebuah beg dibuat daripada baldu hijau daripada penjaganya, Bani Shayba.
Ketika memasuki rumah Allah itu, putera berkenaan akan bersolat sunat dua rakaat pada lantai marmar, tempat dipercayai Nabi Muhammad SAW bersolat.
Upacara membersihkannya hanya dilakukan selepas tetamu keluar. Lantai marmar dan dinding akan dibersihkan dengan air zam zam dicampur air mawar.
Selepas dibersihkan lantai dan dinding akan dikeringkan sekali lagi dengan kain putih dan tisu. Dinding kemudian diwangikan menggunakan kuantiti air mawar dan kayu kayan dalam jumlah yang banyak. Kaabah kemudian diasapkan.
Kaabah mempunyai ketinggian 14 meter di bahagian timur, 12.11 meter dari bahagian barat dan selatan dan 11.28 meter dari bahagian utara. Lantai dalamnya dihiasi marmar berwarna. Silingnya disokong oleh tiga tiang kayu setiap satunya dengan diameter 44 sentimeter.
Struktur itu memiliki dua siling. Dindingnya ditutup dengan langsir daripada baldu hijau dan digantikan setiap tiga tahun. Bahagian atas bumbung mempunyai lubang udara sepanjang 127 sentimeter dan lebar 104 sentimeter bagi membolehkan cahaya memasukinya.
Lubang udara ditutup dengan kaca kukuh dan dibuka ketika pembersihan. Lubang udara itu boleh dimasuki melalui tangga kaca dengan 50 anak tangga.
Pintu Kaabah dibuat daripada kayu dan dilitupi dengan 280 kilogram emas asli. Ia setinggi 310 sentimeter dan 190 sentimeter lebar. Panjang kunci Kaabah ialah 40 sentimeter. Pintu itu didirikan 225 sentimeter di atas paras tanah.
Oh ya!, benda nie gunanya untuk bakar bakhour dan namanye mabkhar. bakhour ni sjenis rempah campuran dengan minyak kasturi, kayu 'oud, kayu cendana, kemenyan dan lain-lain yang kadang-kadang kita nengok dia kepal bulat-bulat sebesar guli nampak macam cekelat atau makjun. Kalu masak kat umah guna belacan, pekasam atau yang seewaktu dengannya atau isap rokok pon bleh bakar bakhour nie untuk buang bau-bau busuk tu. Tetamu mai rumah pon bakar bakhour kalu jiran-jiran atau sedara mara mai umah.
Kalu pakai mabkhar yang bukan leterik kome kena le guna arang bagi bara skit. Boh sikit bakhoor kat ateh bara tu dan bior kan die terbako sendirinya dan berasap, nanti dia keluo asap wangi. kami besa pakai arang punya jah. tapi kalo pakai elektrik punya lg senang x yah pasang api, boh jah arang biar dia panas n kendian boh bakhoor atau getah kemenyan atas tu bila dh panas. lepas tu padam buang api dia jangan bg kluar api.
Kalu nok pase ateh piring pong buleh. Tapi tolong jauhkang pada budok-budok yek, buakang ape takot demo maing kot-kot melecur pulok. Lepah doh baka biar dio berasap putih dlm ruangang bilik, tapi jangang bia banyak sangat asap tu nanti mampuh pulok. Kegunaang laing menate tu scara ringkasnya, dio buleh steril baju bagi wangi, tubuh bade mau pong rambut..perasap dlm lebih kurang 2-3 minit. Kalu guna mabkhar leterik tu jangang lupo tutup lepas guna. Menate ni macang ubat nyamuk gak, kalu lupa tutup silap hari bulang rumah pulok hangus terbako. Kalu minyak wangi tu, bolehla bako macam bakar incense yang lain-lain/ biasa cuma jangan ter overdose udah la.
Lain padang lain lah belalangnya, lain orang lainlah ragamnya..Bukan nak promote yek tapi nak tunjukakn hasil keras tangan anna..
Nilah set tempat mengasap bakhoor(Arabic بخور)/mabkhar untuk mengasap rumah, badan, rambut, pakaian dan sebagaiya..set ni datangnya plain je tanpa apa- apa hiasan so ada one of my regular customer suruh buatkan dalam 7 set untuk Eid Fitri 2008, dibaginya masa beberapa hari jer untuk saya menyiapkannya..FENING wooo sbb kena fikirkan idea dan memerlukan kerja yang halus lagi teliti sebab benda ni macam seramik jer..senang pecah dan tak boleh nak potong atau takok sesuka hati..
Set ni juga datang dengan botol minyak wangi, juga perenjis air wangi dan bekas simpan bakhoor serta dulang yang dialas dengan cermin..Set yang beratus-ratus ringgit macam ni SOLD out macam tak percaya orang sanggup nak beli sebegitu mahal hanya untuk tempat bakar/ pengasap..
Tulah kalau dah ada duit berapa haraganya pun orang tak kisah..
Sekian je lah cerita saya untuk kali ni moga berjumpa dilain waktu..tata titi tutu..
No comments:
Post a Comment