Sunday, March 31, 2013

ROZ/REZ SAYADEH (RICE WITH FISH ARABIC STYLE)


Assalamualikum dan terima kasih kepada sahbati yang setia singgah kat blog Lydia..
Sejak kebelakangan ni Lydia jarang post N3 kerana network di Kuwait ni makin menjadi- jadi slownya dan kadang kala taka ad service langsung menjadikan Lydia double triple MALAS, nak ikutkan N3 tu banyak tapi dek kerana si network very poor dan fenant nak menunggu depan lappy maka terbantut segalanya kerja..
N3 hari ni adalah resipi hidangan nasi dan ikan . Ia adalah resepi tradisional Arab Saudi. Mr Huby katan nak makan ikan tapi ngan ansik so tau la nasik yang makan ngan ikan tu nasi nasi Sayadeh ler jawabnya Versi asli nasi ni maybe berasal dari Lubnan, rasanya sikit manis sebab bawang tu digoreng dengan gula hingga golden brown/ caramelize. Sememangnya laup pauk yang manis ni sedari azali Lydia sefamily tak suka dan memang kami tak letak gula dalam masakan lauk pauk kecuali air dan manisan jer...:) Terberkahwin lak ngan orang arab yang sememangnya PANTANG masakan lauk pauk manis so tak jadi amsalah ler bagi Lydia nak masak. Kalau U olls nak masak ikit cara asal senang je, masa goreng bawang tu add sikit gula..yang lain sama saja step dan bahanya. Jom tengok resepinya dan buat..

ROZ/REZ SAYADEH (RICE WITH FISH ARABIC STYLE)
NASI
1 1/2 cawan basmathi-cuci,rendam air garam selama 1 jam dan toskan
1 labu besar bawang, didadu kasar
2 cawan stok ikan/ kalau tak ada pakai air panas biasa pon ok je la..
4 camb minyak masak
1/4 camt cumin powder*
A pinch of tummeric powder*
1/4 camt arabic mixed spices*
kulit kayu manis*
2-3 kuntum bunga cengkih*
2-3 biji cardamom pods*
garam secukup rasa jika perlu
1 biji small loomy* (kalau tak aad pon tak per)
Roasted almond nuts
2 camb chopped fresh corainder leave

Panaskan minyak daalm periuk dan goreng bawang hingga garing, macam bawang goreng dan apabila bawang dah garing masukkan bahan bertanda*, goreng sehingga naik baunya dan masukkan beras. Teruskan menggoreng selama 2-3 minit hingga beras menjadi transparent dan sebati rempah ratusnya.
Kemudian masukkan stock ikan/ air panas mengelegak.
Masak hingga mendidih dengan api yang besar dan tutupkan periuk dengan penutupnya.
Bila air hampir kering, kacau sedikit nasi dengan garfu perlahan-lahan, dan perlahankan api serta tutup kembali periuk dengan kemas dan tanaklah nasi seperti biasa sehingga nasi masak.
Apabila nasi masak matikana api dan biarkan 5 minit, jangan dikacau kerana takut nasi patah tak cantik.
Selepas 5 minit gemburkan sedikat nasi menggunakan garfu dan letakkan di atas pinggan hidangan, susunkan ikan di atasnya dan taburkan chopped corainder leave berserta almond nuts.
Tarrraaaa... sedia untuk dihidangkan bersama dakous atau salsa tomato dan salata(salad)..
Selamat mencuba:)
NOTES:- Sementara menunggu nasi bolehlah anda goreng ikan

IAKN
2 ekor ikan kerapu (small saiz)
minyak masak-deep fry
1/2 biji lemon-diperah jusnya
1 camt arabic mix spices#
1 camt cumin powder#
1/2 camt corainder powder#
1/4 cmt tummeric powder#
1/4 cmt black paper powder#
garam dan lada hitam secukup rasa#( digaul bersama)
1/4 cawan tepung gandum
Sementara menunggu nasi masak sediakan..
Ikan yang dibersihkan dipotong kepada 3 bahagian dan ditoskan lebihan airnya.
Masukakn perahan lemon ke atas ikan dan biarkan seketika hingga meresap jusnya.
Masukkan bahan bertanda# dan gaul sebati..(tinggalkan sedikit rempah ratus campur ni dalam 1 camt ) dan biarkan seketiaka dalam 30 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, sebelum goreng ikan lumurkan ikan dengan tepung gandum yang dicampurkan dengan lebihan rempah tadi dan goreng hingga garing.
Angkat dan ketepikan

Monday, March 25, 2013

MIX MINI FATAYER ARABI II




MINI FATAYER ARABI II

1camt Dry yeast*
1/2 cmt Gula*
200 Air suam*
2C Tepung gandum
2-3 tbs Virgin olive oil
secubit Garam
Note:-sbb my tepung gandum abis I guna 11/2C tepung gandum & 1/2C tepung roti..kalau guna tepung gandum sepenuhnya pon ok sbb arab guna tepung gandum jer..inti pon leh letak inti karipap..

filing:ke bayam/cis/daging/zaater etc
1) Zaater= green/brown zaater + olive oil
2) Sbanah/bayam=racik bayam halus. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga berbau harum, masukkan bayam serta air, masak hingga bayam lembik, masukkan garam secukup rasa & sedikit jus lemon(optional)..sejukkan sblm guna
3) Cis
4) Daging cincang=tumis bawang & garlic hingga berbau harum, masukkan daging cincang, tomato fresh yg dicincang halus, masak hingga kering, masukkan sedikit arabic mix spice/meat spice & garam..sejukkan sblm guna

Masukkan tepung dan garam dalam mangkuk besar.
Buatkan lubang di tengahnya dan masukkan campuran yeast(yeast,gula&air suam) dan minyak zaitun.
Uli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal * elastik.
Bila doh dah sebati, lembut dan elastik serta tak melekat di mangkuk adunan,ketepikan & biarkan sehingag ianay naik 2x ganda.
Bila doh dah naik 2X ganda, canai, terap, isikan inti dan bentukkan mengikut citarasa anda...
Sapukan dengan putih telur diatas fatayer & kalau suka boleh sprinkle ngan bijan atau herbatusauda
Bakar selama 5-8 minit(ikut jenis oven & saiz) dalam oven yg tlh dipanaskan suhu oven 200C api atas bawah @ hingga golden.

Sunday, March 24, 2013

LALA GORENG BEREMPAH

lagi satu hidangan tengah hari ni..Lala Goreng Berempah. Simple but nice.. Lala ni lydia beli kat Lulu Hypermarket dah siap kopek so lagi la senang kerjaku tak yah susah- susahkan diri nak mengopek dan mengotorkan meja makan, rasanya lala ni kalau buat rendang macam rendang kerang pon ok gak kan atau di sambal tumiskan..mmmm.. next time leh cuba..

LALA GORENG BEREMPAH
Lala yang telah dikopek kulitnya
Sedikit rempah kari(ikut suka banyak mana pedasnya)
Daun kari
Bawang besar di potong bulat
Sedikit air
Minyak
Garam - secukup rasa
fresh tomato didadu halus
Bahan kisar:
bawang merah
bawang putih
halia

Tumis bahan kisar sehingga naik bau
Masukkan rempah kari dan sedikit air. masak sehingga rempah kari betul2 masak dan pecah minyak.
Masukkan fresh tomato dan daun kari, masak sebentar hingga tomato layu.
Masukkan bawang besar,garam dan lala, gaul hingga rata.
Biarkan sehingga lala masak, offkan api dan siap untuk dihidangkan.

BENDI ASAM REBUS

Salah satu resepi melayu yang amat simple dan paling Lydia suka. Bukan saja senang malah jianya berkahasiat lagi mudah nak disediakan. Campak- campak dah siap. Sesuai untuk yang berdiet pon. Rasanya masakan macam ni popular kat sebelah utara dan resepi ni lydia dapat dari ahsil menjadi PEMERHATI melihat my tok/opah/nenek/uwan memasak di dapur.. Simple sangakan? Budak kecik pon leh masak..

BENDI ASAM REBUS
bendi
bawang merah * -dimayang halus
bawang putih*
ikan bilis
asam keping (kalau tak ada guna air asam jawa,tapi kaler keroh sikit-lydia guna air asam ajwa sbb di sini tak ada asam keping)
garam (secukup rasa)
air
6 biji cili api (belah, tp x putus)-tak letak sbb tak suka
Dalam periuk, masukkan bahan *, cili, asam keping dan air,
Tunggu sehingga mendidih, setelah mendidih, masukkan bendi. kemudian, perasakan dengan garam. agak-agak bendi dah empuk, matikan api, sedia untuk dihidang

KARI IKAN MAMAK PENANG di Q8


Selamat berhujung minggu, hari ni Lydia ingin sharekan resepi Kari Ikan Mamak Style yang begitu popular di Pulau Pinang yang memang menjadi tradisi kami sekeluarga, resepi kari ni Lydia dapat dari my mom sebab selalu tengok dia masak kari, memang sedap. Kat Malaysia Lydia memang tak gemarkan kari sangat sebab pedas, so ni buat sendiri tau la nak adjust rempah ratus supaya tak pedas.. hehehe.. cubalah my family style ni naa..resepi kat bawah tu, memang nampak banyak tapi percayalah ianya simple dan sedap kalau betoi caranya :)

KARI IKAN MAMAK PENANG d Q8
500g Ikan..kalau dapat bawal sedap tapi lydia masak ikan Rohu (1st time beli & makan)
100 ml Santan pekat
1/2 paket Rempah Kari Ikan ADABI
1/4 cmt halba campur (mengandungi halba+biji sawi+jintan putih + dll)
1 biji Tomato (dipotong empat)
Bendi (basuh dulu kemudian potong tangkainya sikit)
1 biji bawang besar*- ditumbuk bersama(bahagikan kepada 2 bhgn 1-tumis & selebihnya dibancuh dgn kari pwdr).
2 biji bawang putih*
1 inci*
1/4 cmt serbuk jintan putih.
1/4 cmt jintan manis.
1/4 cmt serbuk cili (lydia boh sweet paprika powder kasi merah sebab tak makan pedas)
daun kari
minyak masak.
Air asam jawa/asam keping@gelugor
Garam secukup rasa.
cili hijau (belah 2)


Basuh ikan terutamanya bekas darah ikan yang terdapat ditulang tengah kerana sisa darah ikan ini menyebabkan bau hanyir dan juga memberi kesan kepada warna hitam pada kari ikan nanti. Ketulan ikan yang telah dibersihkan perlu diperamkan dengan garam dan besar asam jawa untuk menghilangkan bau serta lendir ikan tersebut selama 1/2 jam. Basuh kembali ketulan tersebut dengan air bersih. Ketulan ikan ini sedia untuk masak.
Sediakan periuk /kuali, panaskan dan masukkan minyak masak untuk menumis.
Masukkan halba campur. AWAS! jangan sampai halba campur ini hangit kerana bau hangit ini akan timbul dan menyebabkan kari rasa hampeh!. Bila naik bau harum dengan cepat masukan bawang tumbuk dan daun kari. Apabila bawang mengeluarkan bau yang harum dan bertukar warna keemasan masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air dan lebihan bahan tumbuk, serbuk jintan manis + jintan putih + serbuk cili/paprika. Tumisan ini akan mula mengeluarkan bau yang harum. Masukkan air (ikut suka) dan biarkan sehingga mendidih dengan menggunakan api yang besar/kuat.
Apabila kari telah mendidih, perlahankan api dapur dan masukan ketulan ikan. Biarkan ikan ini masak selama 15-20 minit. Jangan biarkan kari ikan mendidih terlalu kuat (ketulan isi ikan akan pecah). Masukkan tomato. Biarkan kari itu mengelegak selama selama 3 minit lagi.
Masukkan santan / susu cair dan garam secukup rasa. Kacau sama rata dengan perlahan dan berhati-hati supaya ketulan isi ikan tak hancur.
Apabila ikan dah masak (jangan kerap kacau nanti isi ikan hancus!). Masukan cili hijau dan bendi biarkan selama 1-2 minit, tutup api dapur. kari ikan dah sedia untuk hidang. Tutup bekas hidangan dengan penutup supaya bau haruman rempah kari tidak keluar. Buka Tuadung kari ni semasa makan je. Kari yang sedap boleh ditentukan dengan bau harum kari akan menusuk hidung kita apabila dibuka tudung penutup bekas kari ikan itu.Selamat mencuba!.