Nisfu Syaaban
Menurut Wikipedia:- Nisf atau Nisfu dalam bahasa Arab bermaksud separuh. Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 (pertengahan) dalam bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, kitab amalan kita akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan kitab amalan yang baru setelah setahun berlalu. .
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib/senja, (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Rasulullah S.A.W menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
Diriwayatkan daripada Ata' ibn Yasar berkata: "Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, malaikat maut menulis nama orang yang akan meninggal dunia pada bulan Syaaban tersebut sehingga bulan Syaaban berikutnya. Sesungguhnya seseorang itu melakukan kezaliman, kejahatan, bernikah dan menanam tanamannya, sedangkan namanya telah dipindahkan dari dewan orang yang hidup kepada dewan orang mati. Tidak ada suatu malam selepas malam Lailatulqadar yang lebih mulia daripada malam Nisfu Syaaban."
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a berkata: "Sesungguhnya Allah akan memutuskan semua qadha' hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan menyerahkannya kepada pemilik-pemiliknya pada malam Lailatul Qadar."
Malam pengampunan
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Allah mengampunkan penduduk bumi melainkan dua golongan manusia; golongan musyrik dan musyahin (orang yang bermusuhan)."
Musyahin menurut tafsiran Imam al-Auza'i bermakna setiap pelaku bida'ah yang memisahkan diri daripada jemaah (Ahli Sunnah wal Jamaah) dan ummah (Muhammad ). Diriwayatkan daripada Umar ibn Hani': Saya bertanya Ibnu Thauban tentang makna musyahin, maka beliau berkata: Iaitu orang yang meninggalkan sunnah Nabi , orang yang menikam umatnya dan menumpahkan darah mereka.
Dalam riwayat lain pula Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT menilik hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Allah mengampunkan dosa orang-orang mukmin, memanjangkan kesesatan orang kafir dan membiarkan orang yang hasad dengan kedengkian mereka sehingga mereka meninggalkannya."
Diriwayatkan oleh al-Dar Qutni dan Imam Ahmad, dengan sanadnya daripada Aisyah r.a berkata: "Pada suatu malam, saya kehilangan Rasulullah , maka saya pun keluar mencarinya dan saya menemui Baginda di Baqi' sedang mendongakkan kepalanya ke langit. Maka Baginda bersabda: "Adakah kamu takut Allah dan Rasul-Nya menzalimimu?" Aisyah r.a berkata: "Saya berkata, bukan begitu, wahai Rasulullah. Saya cuma menyangka kamu mendatangi isteri-isterimu yang lain."
Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT melimpahkan rahmat pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya yang lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab."
Kemudian baginda mengangkat kepalanya dan kembali sujud lalu membaca: "Aku memohon perlindungan dengan keredaan-Mu daripada kemurkaan-Mu, dengan keampunan-Mu daripada balasan-Mu, dengan-Mu daripada azab-Mu. Tidaklah terhitung pujian ke atas-Mu, Engkau adalah sebagaimana pujian-Mu ke atas zat-Mu. Aku berkata sebagaimana yang pernah dikatakan oleh saudaraku, Daud a.s "Aku menyembam mukaku ke tanah bagi Tuanku dan berhaklah baginya sujud itu kepada-Nya."
Kemudian baginda mengangkat wajahnya dan berdoa: "Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku hati yang bertakwa, suci bersih, tidak kufur dan tidak celaka."
Daripada Abu Darda' r.a, bahawa Nabi bersabda: "Pada malam Nisfu Syaaban, Allah SWT memerintahkan para malaikatnya turun ke langit dunia, lalu memerhatikan amalan hamba-hamba-Nya. Maka Allah mengampunkan orang-orang yang meminta keampunan dan menerima taubat orang-orang yang bertaubat kepada-Nya. Dia juga menerima permohonan orang-orang yang meminta dan mencukupkan keperluan orang yang bertawakal."
"Dia juga meminggirkan orang-orang yang berdendam tanpa memperlakukan sesuatu ke atas mereka dan mengampunkan dosa-dosa bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya melainkan dosa orang musyrik dan orang yang membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah ataupun orang yang memutuskan silaturrahim."
Terdapat juga hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi dari Aisyah r.a. yang menjelaskan perginya Rasulullah ke Baqi' dan turunnya Tuhan pada Nisfu Syaaban ke langit dunia, mengampunkan dosa-dosa manusia sekalipun lebih banyak dari bulu kambing biri-biri Bani Kalb. Namun dikatakan sanad hadis Aisyah ini lemah dan terputus.
Doa dikabulkan
Abu Sa'id al Khudri masuk ke dalam rumah Aisyah. Maka Aisyah berkata, "Wahai Abu Sa'id! Ceritakanlah kepada saya suatu hadis yang pernah kamu dengar daripada Rasulullah , maka saya akan menceritakan kepadamu pula apa yang pernah saya lihat dilakukan oleh Baginda ."
Berkata Abu Sa'id r.a, "Apabila Rasulullah keluar solat Subuh, Baginda akan membaca: "Ya Allah! Penuhilah pendengaranku dengan cahaya, pandanganku dengan cahaya, hadapanku dengan cahaya, belakangku dengan cahaya, kananku dengan cahaya, kiriku dengan cahaya, atasku dengan cahaya, bawahku dengan cahaya dan tambahkanlah cahaya Islam dan hidayah dengan rahmat-Mu terhadapku."
Dalam riwayat lain Rasulullah berkata kepada Aisyah: "Wahai Aisyah! Apakah kamu takut Allah dan Rasul-Nya akan menzalimimu?" Aisyah berkata, "Saya berkata, "Bukan begitu, wahai Rasulullah!" Sabda Baginda: "Telah datang kepada saya Jibril a.s. dan berkata, "Wahai Muhammad! Malam ini ialah malam Nisfu Syaaban. Pada malam ini, Allah SWT membebaskan manusia dari api neraka sebanyak bilangan bulu kambing Bani Kilab. Pada malam ini, Allah tidak memandang kepada orang musyrik, tidak juga kepada orang yang bermusuhan, orang yang putuskan silaturrahim, orang yang melabuhkan kainnya melebihi buku lali, orang yang menderhaka kepada ibu bapa dan orang yang berterusan minum arak."
Apabila Subuh, saya menyebut kepada Baginda kalimah yang dibacanya, maka Baginda bersabda, "Wahai Aisyah! Adakah kamu telah mengetahuinya?" Saya berkata, "Ya." Baginda bersabda, "Pelajarilah dan ajarilah ia kerana Jibril a.s. telah mengajarnya kepada saya dan menyuruh saya mengulang-ulangnya di dalam sujud."
Syaaban dan buku amalan dosa @ pahala
Assalamualaikum, masha Allah diam tak diam hari ni masuk 1 Syaaban. Syaaban adalah bulan ke lapan dalam setahun mengikut kalendar islam, ini bermakna kita dah nak masuk 2/3 bagi tahun islam.
SYAABAN bulan menabur benih. Kata ahli ilmu, malam 15 Syaaban adalah malam BUKU AKAUN DOSA & PAHALA setiap insan diangkat ke langit untuk di ganti buku baru. Dalam kata lain.. maknanya bermula hari ini 01 Syaaban, kita ada kira-kira 14 hari je lagi sebelum tutup buku lama untuk ganti buku akaun baru.
NOTIS PERINGATAN AKHIR 14 HARI telah di keluarkan buat kita.. apakah kita telah puas hati dengan PELABURAN-PELABURAN sepanjang tahun sejak Syaaban yang lalu??? Banyak yang BUKU DEBIT ke atau banyak yang BUKU KREDIT??? Kalau agak-agak banyak yang DEBIT BALANCE, kenalah buat TAUBAT BANYAK-BANYAK dalam tempoh notis 14 hari ini. Harap-harap dapat dipadamkan sikit oleh malaikat pada buku AKAUN DOSA kita tu.
Nak mula buku AKAUN BARU ni seeloknya biarlah apa PERANCANGAN, HARAPAN & CITA-CITA. Semua tu DOA kita. Jika buku baru ni dapat kita mulakan dengan DEPOSIT YANG BESAR-BESAR (a.k.a BAIK-BAIK) maka harap-harap ia boleh bina MOMENTUM SAHAM yang MENGUNTUNGKAN untuk bekalan kita nanti. Jika ada PERANCANGAN PELABURAN yang bijak, insyaAllah akan ada hasil wahsilnya. Jika tak ada AZAM langsung.. MAGNET pun tak terbina. Silap-silap PELABURAN pergi ke AKAUN DOSA aje nanti..Ingat!! pahala ni kena kejar… malah NIAT aje dah mula dapat POINT. Jika dikerjakan apa yang diniat tadi tu, POINT BERGANDA-GANDA!!! Sebaliknya, jika niat tak baik; malaikat ‘tangguhkan’ CATATANNYA. Jika buat juga apa yang tak baik tu.. barulah malaikat buat catatan 1 MATA SALAH dalam buku AKAUN DOSA. Begitulah Allah yang Maha PENYAYANG!!Syaaban bulan untuk merancang… RANCANGLAH SEWAJAR-WAJARNYA. Orang yang berjaya adalah orang yang ADA PERANCANGAN UNTUK BERJAYA.
Jika BUKU AKAUN BARU kita bermula di bulan ke 8, HIKMAHNYA kita diberi peluang oleh ALLAH untuk MENUTUP AKAUN TAHUNAN (pada bulan REJAB iaitu bulan ke 7) & MEMULAKAN buku AKAUN BARU TAHUNAN ini dengan PELBAGAI PELABURAN ATAU DEPOSIT AMALAN yang baik-baik. Manakan tidak, bulan REJAB adalah bulan ke 7 bulan yang dirahmati dengan peristiwa ISRA’ MIKRAJ. Manakala bulan ke 8 untuk kalendar HIJRAH ADALAH SYAABAN.. iaitu bulan yang dimuliakan oleh RASUL (disebut dalam beberapa hadis). Keduanya adalah bulan yang Rasul lipat-gandakan ibadah SUPAYA UMATNYA CONTOHI dan WARISI. Suatu MOTIVASI yang Rasul didik dari amalan baginda supaya para sahabat serta umat islam pada masa itu berlumba-lumba meningkatkan IBADAH seperti baginda. Lalu, tentulah semua ini MENJADI DEPOSIT AMAL KEBAIKAN KE DALAM BUKU AKAUN LAMA sebelum ditutup dan diganti dengan buku yang BARU (yang baru diganti setiap tahun pada 15 Syaaban).
SAIDATINA Aishah r.a ada berkata, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka, juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus.” Bulan yang dinyatakan dalam hadis terbabit adalah antara yang disebut-sebut banyak kelebihan, sehingga hadis berkenaan menyatakan mereka yang berpuasa tidak akan lapar dan haus pada hari kiamat kelak. Dalam memberikan penjelasan berkaitan tiga bulan yang berturut-turut itu, ada pihak membuat perumpamaan tahun dengan pohon, iaituRejab umpama waktu keluarnya daun, Syaaban diumpamakan keluarnya bunga dan Ramadan umpama buahnya.
Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Rejab bulan Allah dan Syaaban itu bulanku, manakala Ramadan itu bulan umatku.” (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).
Ketiga tiga bulan disebut Nabi s.a.w itu adalah bulan rahmat, kasih sayang dan kesejahteraan. Bulan yang penuh keberkatan dan keampunan. Sesetengah ulama menyatakan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa manakala bulan Syaaban untuk memperbaiki diri daripada segala macam cela dan Ramadan adalah waktu menyucikan hati dan jiwa.
Dari beberapa nukilan hadis ini, dapatlah kita lihat HIKMAHNYA buku catatan amalan kita diganti di bulan SYAABAN. Ini kerana selain bulan Syaaban, MENYUSUL SELEPASNYA BULAN AL-MUBARAK iaitu bulan RAMADHAN. Kita maklum bahawa RAMADHAN adalah bulan untuk beramal-ibadah. Banyak fadhilat dan kelebihan pada setiap hari-harinya. Selain ibadah puasa yang diwajibkan.. umat islam meraikan setiap malamnya denga solat terawikh, bacaan al-quran (tadarus) serta qiamullail. Selain itu mereka yang tadaru’ akan memburu Lailatul Qadr. Semuanya ini semata-mata untuk mencari kerahmatan, keredhaan-Nya serta menuju ke jalanNya. SEMUA INI, TENTULAH MENJADI DEPOSIT AMAL KEBAIKKAN (walau bukan itu motivasi beramal-ibadah iaitu mahukan ‘catatan baik’ atau pembalasan baik) KE DALAM BUKU CATATAN AMALAN BARU.
Dengan bekalan yang SECUKUPNYA INI (AMALAN SYAABAN & RAMADHAN) TENTUNYALAH AKAN MENJADI “MAGNET” UNTUK MENARIK LEBIH AMALAN & KEBAJIKAN yang akan DIKEKALKAN MOMENTUMNYA untuk bulan-bulan seterusnya. SYAWAL sebagai bulan ke 10 merupakan BULAN KERAIAN untuk meraikan KEJAYAAN MENAWAN NAFSU sepanjang Ramadhan. Syawal dengan PUASA SUNAT 6 – nya melengkapkan lagi MOMENTUM AMAL yang mahu dibudayakan kepada diri. Zakat dan Fitrah memakmurkan lagi KEBARAKATAN REZEKI yang diperolehi.. Kelazatan bertadarus dan bertarawih tentunya menjadi ‘MAGNET’ untuk berasa RINGAN BERAMAL-IBADAH miskipun bulan Ramadhan telah pergi.
DEPOSIT SYAABAN, RAMADHAN & SYAWAL semestinya BERPELUANG terisi dengan AMAL KEBAIKKAN jika dimanfaatkan kehadiran bulan-bulan tersebut dengan amalan yang dituntut padanya. Hasilnya, PERLATIHAN LATIH TUBI ini menjadi BEKAL SEMANGAT & KEINGINAN untuk terus menambah DEPOSIT-DEPOSIT kebaikkan ke buku pelaburan amalan.
DZUL-QAEDAH hadir sebagai bulan ke 11 menandakan akan TIBANYA DZUL-HIJJAH bulan KEMUNCAK untuk mencapai KEMENANGAN. Dzul-Hijjah bulan HAJI.. bulan ke 12 sebagai bulan penutup (HUWA AKHIR ATAU KEMUNCAK) kalendar hijrah. Bulan yang dirahmati untuk umat Islam melengkapkan RUKUN YANG LIMA jika berpeluang (dikurniakan rezeki).
PELUANG TIDAK AKAN HADIR JIKA INSAN ITU TIDAK BERHAJAT UNTUKNYA.. lalu KITA HARUSLAH MENANAMKAN HASRAT YANG KUAT untuk MENUNAIKAN HAJI KE MEKAH miskipun secara realiti kita berhadapan cabaran-cabaran untuknya.
DZUL-HIJJAH dengan AMAL IBADAH HAJI yang membawa SIMBOLIK BERJUANG MENUJU KEMENANGAN TOTAL. Ibadah Haji dengan RUKUN-RUKUN HAJI seumpama kiasan PERJUANGAN YANG HARUS DIKERAH untuk MENJAJAH JIWA MUSLIM SEPENUHNYA. Ibadah Ihram, Wukuf, Sa’i, melontar jumrah, korban dan sebagainya adalah SIMBOLIK yang harus dihayati. Ia perlu ‘diimani’ dan disempurnakan setiap tahun miskipun tidak berpeluang untuk ke Mekkah secara realiti. Hatta kerana itulah, HARI RAYA QURBAN merupakan HARI RAYA UTAMA untuk dihayati kemenangannya. Sekali lagi, PELUANG UNTUK MENAMBAH PELABURAN KE AKAUN AMALAN KEBAIKAN (PAHALA) TERSERLAH DAN TERBUKA. Lalu, buku akaun yang masih baru usianya ini (diganti setiap Syaaban – bulan ke 8 kalendar hijrah) bakal TERISI DENGAN CATATAN KEBAIKKAN yang banyak.
SETERUSNYA, Muharram MUNCUL SEBAGAI BULAN BARU DI TAHUN BARI HIJRAH. Muharram bulan yang MULIA semulia bulan-bulan HARAM yang disebut Rasulullah s.a.w. dalam khutbah terakhir baginda di ARAFAH iaitu ketika berlangsungnya Haji Wada’ pada 9 Zulhijjah 10H di Makkah ada menyebut tentang bulan MUHARRAM ini (perenggan ini sering dibuang daripada khutbah oleh penyunting moden kerana dianggap tidak penting):
“Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambahkan kekufuran yang menyebabkan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada satu tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangannya. Mereka merendahkan-rendahkan apa yang diharamkan oleh Allah. Oleh sebab itulah mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya masa telah beredar seperti keadaan hari, kejadian langit dan bumi, setahun adalah dua belas bulan. Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah s.w.t. adalah sebanyak dua belas bulan. Dari bulan-bulan tersebut ada empat bulan haram, tiga daripadanya berturut-turut iaitu: Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam, seterusnya bulan Rejab yang berada di antara bulan Jamadil Akhir dan Syaaban.
Berbekalkan PELUANG DEPOSIT bulan demi bulan tanpa henti sedari SYAABAN hinggalah MUHARRAM (selama 6 bulan) inilah, buku CATATAN AMALAN DOSA & PAHALA insan berpeluang untuk mencatatkan LEBIHAN KREDIT yang baik. Maka, 6 bulan seterusnya; SEKIRANYA MOMENTUM AMALAN DITERUSKAN.. buku amalan ini DIPENUHI DENGAN WARNA AMALAN KEBAIKKAN.
Begitulah AR-RAHMAN & AR-RAHEEM yang Maha Pengasih & Penyayang KASIHAN akan kita abdi-Nya. Peluang demi peluang diberikan agar kita TIDAK MUDAH TERJERUMUS KE ARAH YANG MEMBINASAKAN (banyak catatan dosa). Begitulah juga Dia : AL-ADLU iaitu Yang Maha Adil memberikan KEADILAN terhadap kita dalam mengharungi cabaran BISIKAN KEJAHATAN OLEH NAFSU & SYAITAN yang DIA izinkan buat kita. Yakni, ALLAH tidak membiarkan kita terus diserang VIRUS DAJJAL (IBLIS) tanpa ada ANTI-VIRUS yang DIA simpankan secara HIKMAH dalam bulan-bulan Islam ATURANNYA.
DIA Yang Maha Mengetahui (Al-Aliim) telah mengurusi urusan aturan bulan demi bulan ini untuk melindungi hamba-hamba-Nya tanpa disedari oleh hamba tersebut. Dia sebagai Al-Waliyyu iaitu Yang Maha Pelindung menyebarkan PELINDUNGANNYA ke langit dan bumi. Miskipun dorongan alam diri selalu longgar dan terkulai dengan nafsu sendiri, Allah membina DORONGAN KEKUATAN (Al-Qawi – Yang Maha Perkasa) melalui RAHSIA BULAN-BULAN ISLAM yang dilimpahi dengan pelbagai sirah dan tuntutan amalan.
6 bulan pertama (separuh masa pertama) untuk akaun buku amalan yang BERPELUANG untuk terisi dengan kebaikkan BAKAL MENJANJIKAN MOMENTUM KECEMERLANGAN untuk 6 bulan seterusnya. Malah, REJAB bulan ke 7 (yakni bulan terakhir sebelum buku amalan tahunan ditutup dan digantikan) MEMBERI HARAPAN DAN PELUANG TERAKHIR untuk diisi dengan TAUBAT YANG BERSUNGGUH semata-mata untuk CUBA MEMADAMKAN CATATAN DOSA sekiranya ada sepanjang tahun.
MALAH.. 14 HARI AWAL BULAN SYAABAN INI adalah NOTIS AKHIR.. TEMPOH BELAS IHSAN & KASIHAN untuk memberi PELUANG LAGI agar sang hamba TUNDUK MEMBASUH DOSA-DOSA melalui KEINSAFAN yang bersungguh-sungguh. TAUBATUL TOBEH.. bertaubat lagi dan lagi miskipun sudah bertaubat!!!
KINI SYAABAN 1431 BERMULA…
Kata ‘Syaaban’ membawa maksud berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana pada bulan itu masyarakat Arab dulu bertempiaran ke serata tempat untuk mencari air, sehingga ada yang mencarinya sampai ke gua. Ia juga membawa maksud ‘bulan pemisah’ iaitu memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan (2R).
Rasulullah s.a.w menjelaskan Syaaban mengandungi keutamaan dan kebaikan yang banyak, dengan nilai berganda bagi mereka melaksanakan kebaikan dan ibadat dengan ikhlas dan bersungguh. Baginda bertanya kepada sahabat, maksudnya: “Tahukah kamu sekalian mengapa bulan ini dinamakan Syaaban?” Mereka menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.” Baginda menjawab: “Kerana pada bulan ini bercabang banyak kebaikan.”
Dengan keutamaan yang ada pada Syaaban ini, Baginda memanfaatkan kesempatan untuk meningkatkan prestasi ibadat dan amal kebaikan sehingga seolah-olah Baginda tidak pernah melakukan sedemikian pada bulan lain. Daripada Saidatina Aishah, beliau berkata maksudnya: “Adalah Rasulullah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka yang Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka yang Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada Ramadan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak di bulan Syaaban.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Hadis ini menerangkan kepada umat Islam sekalian, Syaaban memang bulan sangat digalakkan beramal ibadat selain bulan lain, sesuai dengan statusnya sebagai gerbang Ramadan. Rasulullah s.a.w pernah mengumpamakan bulan Syaaban dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi lain. Sabda Baginda yang bermaksud: “Keutamaan Syaaban ke atas bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi lain sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya.”
Syaaban juga adalah bulan di mana setiap doa orang beriman akan dimakbulkan Allah, sebagaimana dinyatakan Abdullah Umar dalam riwayatnya mengenai hadis Nabi iaitu Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Antara solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah sewaktu malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.”
Rasulullah s.a.w bersabda: “Itulah bulan Syaaban di mana manusia lalai mengenainya iaitu antara bulan Rejab dan Ramadan, ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan pada masa itu aku dalam keadaan berpuasa.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Malah, sejarah umat Islam ada mencatatkan peritiwa yang berlaku di bulan Syaaban; iaitu peristiwa “perubahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram di Makkah”
KIBLAT ADALAH ARAH TUJU KITA.. kiblat adalah ARAH HIDUP kita. Simbolik perubahan arah kiblat ini haruslah dilakukan ke alam diri saban tahun iaitu : MELAKUKAN TRANSFORMASI HIJRAH DIRI ke arah INSAN SOLEH. Jika selama ini kiblat kita adalah WANG, HARTA, PANGKAT, KEDUDUKAN, KERETA, ISTERI, GELARAN dan sebagainya lagi.. kini masanya untuk MENUKAR KIBLAT itu KEMBALI KE HADZRAT ILLAHI. Jika ANTENNA DIRI DIHALAKAN KE ARAH YANG SALAH (kiblat yang salah), maka KESAN AKHIRNYA ia membawa SIARAN (PERTUNJUK) YANG SALAH. Lalu membawa kita ke perjalanan yang salah menuju destinasi yang salah. Hingga ditakuti kelak, akibat SALAH KIBLAT ini.. kita semakin menjauhi KIBLAT YANG ASAL. Kita tersasar dan diHIJABkan dari ‘nampak’ cahaya AN-NUR . Lalu jiwa-jiwa ini KELAM DENGAN DOSA miskipun kita tidak perasan tatkala melakukannya.
Dewasa ini RAMAI YANG MEMBERI KAD UNDANGAN / JEMPUTAN untuk ke MAJLIS-MAJLIS yang SALAH KIBLATNYA. Acara bola sepak PIALA DUNIA di bulan REJAB telah BERJAYA MENGALPAKAN RAMAI UMAT ISLAM untuk mengambil peluang memperbaiki buku catatan amalan tahunan mereka. Acara FINAL PIALA DUNIA di tarikh ISRA’ MIKRAJ telah menglalaikan umat Islam untuk mengejar HIKMAH atau merenung kembali peristiwa tersebut. Acara KARNIVAL & PESTA yang berkaitan juga menjadi magnet kuat menukar ARAH KIBLAT iman insan. PROMOSI-PROMOSI, HADIAH ISTIMEWA, BONUS dan segala yang berkaitan begitu luas dilancarkan semata-mata MAHU MENUKAR NAVIGASI KIBLAT IMAN kita.
Tak kurang MAJLIS ILMU seperti PROGRAM KUASA MINDA JUTAWAN SEGERA, MAGNET TARIK WANG, KUASA BERJAYA LUAR BIASA dan seumpamanya yang tak henti-henti mengasak minda melalui promosi luar biasa demi mengajak insan ke arah yang dijanjikan oleh mereka. Sebahagiannya secara HALUS TANPA SEDAR (seumpama pukau) perlahan-lahan menukar ARAH KIBLAT insan ke arah KEDUNIAAN sehingga mengecilkan komposisi Iman dan Taqwa. Biar apapun alasan atau hujah, ramai yang kini sudah mula berkiblat pada yang salah akibat bimbingan oleh ‘guru’ yang salah. Ilmu-ilmu hikmah dijajakan demi untuk meraih populariti dan keuntungan berganda. Gimik “WANG” digunakan untuk mengumpan mangsa-mangsa yang dahagakan wang segera untuk meraih kesenangan dunia. Ilmu menjana magnet insani ditukar menjadi magnet nafsu wang besar, hingga segalanya adalah wang dan harta.
Hakikat KEKAYAAN ALAM DIRI yang telah diberikan oleh DIA kepada setiap insan TIDAK DIHAYATI, namun KEKAYAAN DUNIAWI yang dikiblatkan. Asalnya mahu mengasah potensi untuk sukses, namun kiblat yang salah serta definisi ‘sukses’ yang salah arah telah memesongkan laluan asal. Ilmu hikmah yang sepatutnya berfaedah.. menjadi virus berdarah. Yang padah adalah yang ‘makan umpan’.. Tak hairanlah majlis ILMU HIKMAH dilakukan secara komersial hingga adab ilmu hikmah diketepikan.. kesannya ramai yang tak dapat menghayati ilmu secara hikmah.
SYAABAN sudah bermula… NOTIS AKHIR sedang berjalan tempohnya.. AMBIL PELUANG INI untuk muhasabah diri. Betulkan NAVIGASI & KIBLAT DIRI.
“…tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka, Dia menafkahkan sebagaimana Dia kehendaki…” (QS Al Maidah: 64)
Andai kita mencari KERAHMATAN, kita haruslah mencari PINTUNYA. Harus diingat bahawa semua pintu memiliki kunci. Semua yang terkunci boleh terbuka di atas izin-Nya. Dan sebaik-baiknya ‘KETERBUKAAN’, adalah HATI dan FIKIRAN (yang TERBUKA untuk hikmah dan CAHAYA kebenaran). Berdoalah kepada AL-FATTAH agar dibukakan hati untuk hidayahNya serta dibukakan fikiran untuk kebenaranNya. Sesungguhnya HANYA DIA yang mampu membuka semua yang tertutup, lalu dengan izinNya semua yang tersimpul akan terurai dan semua ujian masalah akan selesai.
“Duhai Yang Maha Mampu Membuka, ajari kami yang lemah untuk melihat jalan keluar dari semua masalah. Bukalah mata kami yang tak mampu melihat kebaikan pada peristiwa. Jangan tutup untuk kami pintu kebaikan yang sebaiknya untuk kami dapatkan. Sungguh, jika Engkau menghendaki sesuatu tertutup, betapapun segala kekuatan bersekutu untuk membukanya, maka tak akan ada yang mampu membukanya.
Kami berdiri di gerbangMu, mengetuk pintuMu bertalu-talu. Ya Fattah… Ya Fattah…. Ya Fattah…. buka pintu ‘hijab’ kami Ya Fattah. Kami ini berharap redha dan kasihMu. Kami hamba yang mendamba dibukakan pintu rahmat Mu selebar-lebarnya. Maka kami menzikirkan (fikir) asmaMu, bukalah segala kebaikan untuk kami. Dengan namaMu Ya Allah, Al Fattah, wahai zat yang Maha Pembuka, kami berharap terbukalah semua pintu barokah (berkat).
Seorang ulama suatu hari pernah berkata, “Barang siapa yang berdzikir mengucapkan al Fattah, seraya tangan kanannya menekan bagian kiri dada, maka Allah akan membuka dan membersihkan hatinya, insyaAllah.” Ayuh.. dengan tangan di dada, atau tidak. Dengan mengusap dada atau tidak… kita lantunkan seruan namaNya. Allah mengetahui segala permintaan setiap hambaNya. Dan ketika seorang hamba menyebut selalu namaNya, berharap dibuka dan dibersihkan hatinya, maka dengan senang hati Allah akan menuruti seraya membanggakan manusia di hadapan malaikatNya. “Lihat, hamba-Ku. Dia meminta ampun kepada-Ku.”
Wallahualam.. inilah sedikit bacaan minda yang dapat saya kongsikan bersama anda hasil dari bacaan lydia di beberapa blog di google yang lydia +- kan, moga dapat di amanfaatkan bersama kerana subhanallah wa masha Allah lydia memang tertarik dengan isi pelulisanya. Yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan. Pada penulis halalkan ilmu penulisan anda yang Lydia sharekan di sini ya,
Wallahualam.. inilah sedikit bacaan minda yang dapat saya kongsikan bersama anda hasil dari bacaan lydia di beberapa blog di google yang lydia +- kan, moga dapat di amanfaatkan bersama kerana subhanallah wa masha Allah lydia memang tertarik dengan isi pelulisanya. Yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan. Pada penulis halalkan ilmu penulisan anda yang Lydia sharekan di sini ya,
No comments:
Post a Comment